Saturday 23 April 2011

Hyperemesis Gravidarum (minggu ke 7)

Bila sebut morning sickness mest semua ibu2 tahu kan......satu keadaan yg mana rasa loya dan muntah yg biasanyan menyerang ibu2 mengandung di waktu pagi....morning sickness ni dipercayai berpunca daripada perubahan fisiologi, tahap hormon dan alahan pada bau2 tertentu....morning sickness ini menjadi lebih serius jika kandungan air dalam badan terlalu kurang dan pada masa yang sama berat badan turun...

Tapi apa yang aku alami bukan sekadar morning sickness tapi muntah sepanjang hari sehingga badan ini menjadi lesu dan tak bermaya......hasil bacaan aku,rupa2 nya keadaan ini dinamakan hyperemesis gravidarum iaitu keadaan loya dan muntah yang teruk.......Ya Allah..hanya Allah yang tahu betapa peritnya keadaan ini....makan apa sahaja mest akan muntah....bdn plak tak ada tenaga dan nak buat kerja2 harian pun tak boleh..lemah dan lesu je tubuh ni..sehingga ramai rakan sekerja menegur dan nasihat supaya byk minum air masak...minggu ni mengajar pun tak boleh...kesian plak kat student2 ku...aku mengajar setakat yg mampu..minyak cap kapak menjadi peneman sepanjang hari....

Alhamdulliah kali ni tak seteruk seperti mengandungkan sofia dulu....adalah sedikit kekuatan......tp tak ada la jauh beza sgt......apa yang aku baca, ini adalah faktor keturunan..jika ibu kita mmg alahan yg teruk..kita pun berkemungkinan besar akan teruk....mengandung buat pertama kali pun leh menyebabkan hyperemesis gravidrum...patutla time mengandung yg sulung aku lagi teruk dari yang ke 2 ini......

Tak ada apa yang boleh di buat time ni....aku cuma berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh semua ni.......makanan di ambil seperti biasa......walaupun aku tahu akan keluar balik...itu lagi baik dr membiarkan perut kosong dan boleh terjadinya gastrik......aku tahu Allah menguji kerana aku mampu lalui....pengorbanan seorang ibu untuk anak tersayang......hanya ibu2 yang pernah merasai keadaan ini mengetahui perasaan aku.....pada masa yang sama aku sedar betapa besarnya pengorbanan ibu ku tercinta...beginilah rasanya sewaktu beliau mengandungkan aku..rupanya ada hikmah yang terselindung atas apa yang terjadi pada diri ini..KUAT LA SEMANGAT WAHAI IBU2...SESUNGGUHNYA ANDA SEDANG MELAKUKAN PENGORBANAN YANG BESAR DALAM HIDUP ANDA........MOGA JALAN KITA DIPERMUDAHKAN OLEH NYA...AMIN.............................

Sunday 17 April 2011

minggu ke 6

hari ni genap la 6 minggu 1 hari usia kandungan ke 2 aku......minggu lepas keadaan aku masih ok...muntah sikit2  tp masih mampu buat kerje2 rumah dan kerje2 sekolah dengan mood yang baik lagi....suka sgt rasa hati pregnant kali ni..ye la..time ank sulung dulu minggu ke 5 kerje aku mmg terbaring kat tilam tanpa boleh mkn dan minum..kalau mkn or minum mesti keluar balik....susahnya rasa time tu..dah la dudukjauh ngan suami....aku mengajar di Johor..suami plak bekerja di bangi.....menangis je aku hari2....

Hari ni aku dah mula muntah byk kali...alahan seperti anak sulung mcm dah nak dtg....bdn dah mula tak bermaya..muka aku pun dah mula pucat....tp aku kuat gak semangat bgn masak untuk suami dan anak...Alhamdullilah di minggu ke 6 Allah beri lagi aku kekuatan untuk masuk ke dapur..Maybe niat aku baik..demi anak dan suami....Doa aku pun tak putus2..suami melarang juga aku buat kerje..tp aku buat gak setakat yang aku mampu..bersyukur juga suami amat byk membantu..Skarang pun en suami sudah tidur..keletihan agaknya menjaga anak sulung aku yang sememangnya amat lasak, tolong cuci pinggan,bersih kan umah situ sini.....Berkali2 aku mintak maaf sebab kesian aku tengok dia penat di hujung minggu...dia hanya senyum dan  usap rambut aku sambil kata "sayang rehat la,abg faham"....Alhamdullilah............

Skarang ni aku duk menemani sofia menonton geng upin ipin.ni dah kali ke3 setakat mlm ni sahaja....pening juga kepala ni duk ulang benda yang sama..tp tak pe la...asaldia dukdiam..abahnyer pun leh berehat....Esok dah kerje balik....Ya Allah beri aku kekuatan mengajar esok hari.....Mak ada pesan bwk bekal limau nipis p kerje..kalau rasa nak muntah hidu....Aku nak try la esok....Mak kata dulu mak pernah cuba..mmg la akan muntah tapi tak ada la byk kali..harap2 menjadila petua mak...ish..time tak sihat mcm ni..mak dan ku (ayah) yang paling aku ingat.....RINDUNYERRRRRRRRRRRRRR.................

Friday 15 April 2011

di paksa mengira


haha..ini je la cara yang mama boleh buat utk mengajar sofia..kalau tidak asyik main je...bg buku campak2..bila rasa nak buka baru buka..itu pun berapa saat la sgt..last2 kene paksa mengira..hehe..ok la dari duk biar dia main je.....selit2 mengajar sikit walaupun secara tidak formal....

Wednesday 13 April 2011

ma..ma..ambo ya (mama..mama..gambar sofia)



hehe..sebenarnya nak ambik video sofia memanjat-manjat sofa dan aksi dia turun sofa ngan kepala dulu..tp bila menyedari ada kamera terus jadi sopan.....hahaha.....seronok tengok telatah ank2 ni......

Sunday 10 April 2011

Sofia aplikasi hidupkan enjin motor menggunakan toy car...

kunci yang mana satu ni ek????

rasa mcm yg ni kot...

ok dah jumpa

ok skarang masa nak masukkan kunci...

ok..hidupkan enjin motor skarang...

ready kunci di masukkan kat telinga toy car ni...

hahaha..leh terpk dia bt cam ni...

ye..saya hebat!!!!

naik motor ngan abah cuma seminggu sekali tp anak2 rupanya melihat apa yg kita buat....dia mudah meniru..dia boleh berfikir kreatif dari kita....itu tindakan kita..belum lagi tingkah laku kita..betul la org kata ibu bapa adalah cermin anak2....Ya Allah jadikan la aku Mama terbaik untuk anak2 ku...Amin.....

Saturday 9 April 2011

Anak Mengigau Malam...

Dari awal minggu ni aku dan suami letih tak cukup tidur..Sofia asyik mengigau menangis waktu tengah malam.....biasa dalam pukul 3 or 4 pagi mula la dia mengigau...bayangkan time tu la time kita tengah lene tidur...hari pertama mengigau  setiap 10or 15 minit sekali mest dengar suara menangis..kalau sekejap2 dan tak meronta ronta aku tak kisah dan bimbang sgt tp ni siap menangis keluar air mata..tunjuk2 dan kata nak2...bila aku dan suami angkat nak peluk dia tak nak..tolak2 badan kita sebab suruh baringkan dia atas tilam dia balik..atas tilam plak menangis la pusing kiri dan kanan...mata pejam..aku dan suami pujuk la..dlm5 minit menangis tiba2 dia berhenti dan sambung tido balik..aku dan suami sambung tido juga la..dalam sejam dua dia mengigau balik....

Malam berikutnya pun macam tu..aku dah mula pelik dan kadang2 rasa gak nak marah sebab letih sgt duk pujuk dia...Tapi aku dan suami sabar lagi...Subuhnya kami mula rasakan sofia ni mengigau mest disebabkan dia terlampau kuat bermain waktu siang atau waktu siang dia nak kan sesuatu tapi aku dan suami halang...yang kelakar dlm menangis mengigau tu aku pernah terdengar dia sebut pin pin(upin ipin)...Aku pun terus teringat malam sebelum dia tidur dia minta pasangkan cd upin ipin..aku pasang la...sekali tengok cd tak nak tido sampai la jam dah nak masuk pukul 1 lebih....aku pun tutup tv..terus dia menangis suruh buka kan..pujuk punya pujuk akhirnya tertido..maybe sebab tak dpt apa yg dia nak terbawa2 dlm mimpi...Nak kata dia mengigau sebab takut aku mcm tak setuju sebab dia tidakmenunjukkan dia takut..biasa kalau org mengigau satu benda yang menakutkan kita akan suka bila org peluk kita sebab rasa dilindungi...kes sofia marah bila aku dan suami peluk...

Lepas suami aku pergi kerje hari selasa baru2 ni, aku mula google pasal mengigau malam dan apa yang aku dapat ialah:
-anak mengigau kerana terlampau letih bermain
-Luahan perasaan yang anak2 tak dapat nak nyatakan terbawa ke dalam tidur
-keperluan atau kemahuaan dia tidak dapat dipenuhi

bila aku baca 3 faktor ni aku mula mengimbas kembali..Kalau bermain tu mmg aku tak hairan sgt..sofia mmg anak yang aktif..dia boleh bermain tanpa henti selama beberapa jam..itu mmg dari kecil lagi...sejak akhir2 ni mainan dia lasak2...kita tengok pun letih....tp silap aku dan suami.biarkan saja dia bermain...cuma bila tengok permainan tu merbahaya baru la aku larang..pernah aku dan suami marah dia buat aksi2 pelik yang merbahaya contohnya turun sofa guna kepala dulu..dia menangis menjerit2 marah sebab halang dia...malam pun mengigau dengan cara yang sama waktu aku dan suami marahkan dia bermain begitu....so leh dikatakan kemahuan dia tidak dipenuhi membuatkan terbawa ke dlm tidur..faktor luahan perasaan pun maybe gak...Sofia bukan la petah sgt bercakap...pelat2 lagi...kadang dia nak bagitahu sesuatu kita tak faham...kemungkinan juga boleh menyebabkan dia mengigau...

So....dari kesimpulan faktor ni...aku bagitahu suami....kami sepakat kawal emosi dan tingkah laku dia di waktu siang... 2 hari kami cuba Alhamdullillah ada nampak perkembangan positif...mengigau masih ada tapi tak ada la sampai menangis dan meronta ronta...Aku cuba kurangkan aktiviti bermain dia tp bukan dalam keadaan memaksa...cuba penuhi kehendak dia asalkan tidak keterlaluan....kawal dia dari tidak menangis kuat2....bila nampak nakmula menangis aku umpan dia dengan  mainan yang lagi menarik....kat umah pengasuh aku bagitahu masalah sofia mengigau dan minta tolong pengasuh pantau permainan dia....Alhamdulliah semalam sofia leh tidur tanpa mengigau lagi...bgn pun minta susu shj....

Sebenarnya anak2 ni mudah sahaja dijaga kalau kita tahu apa penyebabnya....Jgn la biarkan ank kita mengigau sehingga berlarutan setiap malam....kerana ada benda tak kene pada anak kita....hanya ibu bapa kenal anak2 dia....walaupun mengigau perkara yang biasa tpkita kene ingat anak2 cuba luahkan perasaan dia tu...Aku dan suami sudah mula nampak apa yang sofia mahukan....mungkin kami leke sebelum ni..syukur disebabkan sofia mengigau aku tahu faktor2 ini...dan sekarang aku kongsi dengan ibu2 yang sudi membaca...Semua ini hanya untuk anak manja mama...................

sofia 3 bulan kot time ni....lenenya tidur anak mama ni.....sarung tangan mana sebelah lagi sayang?

ini la gaya sofia tidur bermula umurnya 2 bulan setengah....gaya tidur ni mama dan abah tak akan lupakan sampai bila2...ramai yang menegur bila tengok sofia tidur mcmni..apa taknyer baru 2 bulan setengah..tp dengan gaya tidur ni la anak mama leh tidur lena dan tidak diserang asma ....

Thursday 7 April 2011

Alhamdullilah rezeki kami..........


Beberapa tanda2 awal sepanjang bulan lepas rupa-rupanya bermaksud ada orang baru nk hadir menyerikan lagi keluarga aku..hehe....perkara pertama yg membuatkan aku pelik ialah pengeluaran susu bdn...apa tak peliknyer..dah setahun lebih susu bdn kering..lagipun sofia menyusu smp umur 8 bulan sahaja...tiba2 ada...tp otak ni pk positif..maybe hormon memandangkan aku fanatik sgt baca tentang ibu2 yang breastfeeding ni...Selain dari tu aku sering pening2, kadang2 tak tentu masa,,sekejap elok sekejap tak elok....fikir positif lagi...maybe kurang tdo sebab seminggu ni sofia asyik mengigau malam....sampaila mula rasa pahit mulut dan angin...time ni aku dah mula pelik.....makin tak sedap hati bilaperiod dah mula lambat..aku ni jenis period yg stabil...cukup 28 hari mmg akan period...ni dah lewat baru 2 hari..hati dah mula rasa berdebar2....sofia dulu pun Alhamdullilah mudah melekatnyer....ingat yg ke 2 tak la..hehe...rupa2nyer tuhan murahkan rezeki kami di sini..mudah juga..hehe..plan nak jarakkan 3 tahun tp 2 tahun gak..InsyaAllah cukup sofia 2 tahun 11 bulan dapatla dia adik..hehe...check punya check rupa2nyer positive...Alhamdullilah..aku terima rezeki Mu Ya Allah dan akan aku jaga amanah yg diberikan pada kami bt ke dua kalinya...Amin..........



Nur 'Ain Sofia beberapa jam selepas dilahirkan.......anak sulung yang amat disayangi....nant adik camni gak kot rupanyer bila keluar..hehehe

Monday 4 April 2011

Pameran Hiasan Dalaman

Sementara berehat setelah seawal pagi mengemas rumah ni teringin plak nak update blog...sofia pun tidur lena lagi tu...leh la kongsi2 ngan pembaca2 blog ni tentang pameran hiasan dalaman kat pwtc semlm...pameran ni dah bermula dari 1 april lagi tapi semlm baru aku dan suami berkesempatan menjenguk....manala tahu ada yang berkenan dan murah untuk rumah kami nanti leh la beli....Sebenarnyar suami aku yang paling minat tentang pameran2 ni..tahu saja dia bila pameran....majalah dapur dia la selalu beli..aku?mingguan wanita minat la.hehe...kalau tanya bab2 bahan untukpembuatan kabinet dapur dia la paling arif..aku ni tahu tunjuk design..bilasuami bagi tahu baru kata "oooo...mcm tu ye bang"...tpbagus juga dia tahu semua, leh la tengok apa yg berkualiti dan tahan lama untuk digunakan di rumah kami nanti....


Kipas dan lampu adala target utama kami p sana..nak banding harga dan tengok design2 terbaru....Setelah round2 ada yg kami berkenan tp memandangkan harga di luar lagi murah berbanding di pameran tu kami ambil keputusan baik beli kat luar je..penting gak survey2 dulu brg2 sebelum beli nant tertipu je....Ada lampu hiasan kat garaj yang kami berkenan dan design nyer sama dekat kedai yg kami survey dan apa yg paling mengejutkan harga di pameran adalah rm999 tpdi kedai tersebut rm200 selepas kami minta kurang harga..jauh betul beza kan...jadi hati2 tau bila membeli....


kipas putih deka model Q7 nijadi pilihan hati..kat pameran harga dia rm299..kat kedai yg aku survey rm270

untuk bahagian dlm bilik air aku dan suami ada minat cermin 4 segi besar yg cantik..murah rm60 dapat 2 cermin..kira rm30 la satu..biasa cermin mcm tu paling murah kami tengok rm40-rm45...tp malangnya bukan rezeki kami..time nak beli dah habis...gambar pun tak sempat ambil.ramai betul org time tu..sofia plak menangis..rimas kot....satu lagi yg aku suka adala tempat letak berus gigi..cantik..tapi suami aku mcm tak berminat..rm120plak tu..design takada la lawa sgt tp kegunaan dia tu mcmbest..besi dia pun yg tak berkarat...


gambar senget dan tak jelas la..hehehe..tak beli pun..minat ajer.........

Kabinet dapur usah di kata la banyaknyer..bila tengok semua berkenan..kalini kami tak berkesempatan nak ambik gambar..sofia lasak sgt..cepat boring bila duk lama2 kat satu2 kedai...lambat ckit mest nk turun dari stroller....terpaksala tengok cam tu je....tak bagiperhatian sgt kat kabinet dapur sebab dah ada pilihan hati...hehe

Kalau kebahagian barang2 elektrik lagi la rambang mata....kali ni kami sempat gak membeli dvd player...sony rm99..bolehla..murah..lagi pun yg kat umah ni dah rosak dikerjakan sofia...duk tengokcd sgt..mula2 tengok je kita pasang..last2 dia yg pasang..bila dia yg pasang paham2 je la...mula lanak explore itu dan ini...tp kali nimmg betul2 kene jaga..taklarat la nak beli dvd player je....heehe

dvd player yg kami beli dengan harga rm99..hehehe

peti sejuk ni paling aku suka.sesuai untuksimpan stok susu ni....insyaAllah anak ke 2  nant nak beli la....hehe

Sunday 3 April 2011

JOM IBU2 GUNAKAN BOTOL SUSU BEBAS BPA...

Bagi membantu ibu2 diluar sana yg masih mencari botol susu bebas BPA untuk ank tersayang sila ikut link ini untuk mendapatkan botol susu tupperware yg bebas BPAdan dijamin seumur hidup..tulisan pudar leh tukar free di stokis tupperware..so kita gunakan botol susu yg selamat disamping menjimatkan..botol susu ini leh digunakan dari abg sehingga ke adik bongsu. Saya dah cuba utk ank manja saya.ibu2 lain bila lagi...

KLIK LINK NI:http://www.facebook.com/home.php#!/album.php?aid=22185&id=100002070175637

Disamping tu ibu2 juga dapat membeli tupperware utk kegunaan dapur ibu2 dengan harga yg murah...

set botol susu tupperware + tupperware murah

Saturday 2 April 2011

Jom tengok sofia rajin + sofia garang


Bila sofia semakin membesar perkara paling susah nak tengok dia buat ialah duduk diam2 baca buku....paksa pun tak guna sebab kalau paksa bukan dia leh tumpukan perhatian..selalu aku ambil kesempatan mengajar sambil dia bermain-main...kalau tengok cd abc or 123 or alif ba ta mest dah pandai tak nak...bila dah pandai bercakap ni ultraman la cerita kegemaran dia hari2..kalau la ada cd ultraman berunsurkan pendidikan mesti best kan...

Friday 1 April 2011

madu baik untuk meyembuhkan batuk yg berpanjangan

Kali ni aku teringin nak kongsi petua yang aku dah cuba..baru2 ni aku mengalami batuk yg panjang...hampir 2 bulan...ubat2 di klinik semua dah habis makan..4 jenis ubat batuk dah aku makan tp batuk tu tetap berpanjangan sampai sakit badan2 ni.....bila jumpa doktor alasannya batuk biasa....aku dah mula tak tahan...akhirnya sorang cikgu dekat sekolah cadangkan aku makan madu beserta air suam sebaik sahaja bgn pagi....

Balik dari kerja aku terus bagitahu suami..suami beli kan madu dan aku mula makan sesudu madu beserta air suam setiap pagi..Alhamdullilah dengan izin Allah batuk aku banyak berkurang sehari demi sehari...Aku berhenti makan ubat klinik sebab org kata madu ni panas takboleh bercampur dengan ubat klinik..takut mabuk...

Skarang batuk dah mula hilang..Madu ni amat elok...bukan utk batuk sahaja...banyak juga khasiat madu ni..Apapun yg ni aku dah cuba so aku cuma berani bgtau madu elok utk batukla...Bagi kawan2 di luar sana boleh la mencuba madu jika batuk anda berpanjangan....

Untuk budak asma pun elok madu ni..Tp aku belum cuba lagi bagi dekat Sofia..InsyaAllah jika asma sofia ada nampak berkurang dengan makan madu akan aku kongsi bersamaibu2 yang ada anak asma...ok la....sampai kat sini dulu la petua kali ni..nant ada petua lain yg aku cuba dan menjadi,InsyaAllah akan aku kongsikan bersama dengan pembaca blok anak mama manja ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...