Salam....
Amboi tajuk....huhu.....
Kenangan yg bukan senang nak dpt kan..ntah2 sekali ni je seumur hidup..rezeki dtg jgn ditolak...
Ala bukan kenangan apa pun....pasal rumah masuk majalah harmoni..rumah org masuk majalah berpuluh kali pun tak kecoh nak heboh2 abadikan kenangan pun kan....sy je yg lebih2..miahaha...
Apapun....bg sy n hasben, ianya tetap kenangan indah kami....mest diabadikan dlm frame..baru semangat deko tak akan pudar..haha....ank2 pun suka tau...."muka kakak masuk majalah..muka adik masuk majalah"...mana la tahu lepas ni muka baby baru plak masuk majalah....hihi.....rezeki dr Allah sape nak tahu kan....ni pun mcm mimpi..rumah tak seberapa pun...budjet pun ciput..semua buat sendiri ikut selera hati....rupa2nya ada org yg tertarik hati....alhamdullilah...apapun sy masih kecil di dunia deko2 ni...apa yg ada dikongsi bersama supaya dpt belajar dr org lain jugak...rumah sy pun tak cantik mana....tp yg tak cantik..yg kecik n yg biasa2 tu la syurga kami....tak salah kita cantikkan utk kepuasan kita kan..sambil2 bg semangat pada kwn2 lain juga...segala2nya bermula dr syurga kecil ni..ank2 belajar n membesar pun di dlm syurga kecil ini...so manfaat kan la ia sebaik mungkin...betul tak???
Dah malalut.....jom tengok gambar....
Friday, 30 May 2014
Friday, 23 May 2014
Little caliphs sports day
Cerita dah basi...lantak la..nak jugak update....untuk kenang kenangan....tarikh pun saya dah tak ingat sebenarnya..haha...punya lama dah berlalu..demi ank manja, nak jugak update....
Ok....sports day sofia kali ni lagi happening dr tahun lepas....sekolah pun berbeza kan...suasana pun tak sama...sports day ni berjalan serentak dengan 2 lagi cawangan little caliphs yg lain.. meriahnya usah ckp...dengan pelbagai ragam ank2 kecik comel berumur antara 4 ke 6 tahun...
Sofia plak semangat nak bersukan...dah ada pengalaman tahun lepas kan...so tahun ni dia mmg faham apa tu sports day...blur2 dah tak ada..bila tengok budak 4 tahun bersukaneka teringat plak sofia tahun lepas...tahun ni kakak hebat..bolot no 1 dlm 2 acara yg dia masuk...acara semua berkumpulan la..tp nampak sofia cergas n fokus sepenuhnya pada acara yg dia masuk...tahniah kakak..mama terharu n bangga dengan kakak....hehe...
Smp2 je kene pakaikan sofia mcm ni...yg kat kepala n pinggang tu.. |
Kemudian teacher kumpulkan sofia n kawan2 dlm bilik persediaan ni...dapat roti tp sofia tak mkn pun sbb dah breakfast kat rumah dulu...parents plak kene tunggu kat bawah je.. |
Perarakan masuk...bacaan doa dan menunggu acara masing2 bermula |
Ni acara 1st....lengkapkan puzzle jam tu..kene merangkak bwh tali sebelum lengkapkan puzzle...past tu merangkak balik utk past pada kwn lain plak...alhamdullilah no 1.. |
Ni acara kedua...kene bwk bola celah kangkang pastu labelkan anggota bdn upin tu...dan sekali lagi kump sofia dpt no 1...seronok sgt mama sofia..haha... |
Acara penyampaian hadiah..tahniah ank manja mama nur 'ain sofia.. |
Tak lama lagi kami berlima..hehe...thn dpn turn abg teh plak...kakak kene kekalkan kejuaraan la ni..hehe..baby kakak n abg teh melompat lompat dlm perut nak tengok kakak n abg teh tahun depan... |
Tuesday, 20 May 2014
ZALORA:::Busana Muslimah Moden Online
Salam.....
Bulan puasa dah tak lama kan...raya pun akan menyusul ....korang dah cari2 baju raya ke?..Sekarang dah tak payah nak susah2 menapak dari satu kedai ke kedai yg lain, tambah2 yang ada ank2 kecik..lagi2 la malas nak berjalan jalan sambil melayan kerenah anak2..boleh pitam...
So...jalan paling mudah..jom kita shopping busana muslimah moden online dari Zalora...meh...saya bwk korang semua cuci mata ngan saya..bekenan leh beli terus...
Bulan puasa dah tak lama kan...raya pun akan menyusul ....korang dah cari2 baju raya ke?..Sekarang dah tak payah nak susah2 menapak dari satu kedai ke kedai yg lain, tambah2 yang ada ank2 kecik..lagi2 la malas nak berjalan jalan sambil melayan kerenah anak2..boleh pitam...
So...jalan paling mudah..jom kita shopping busana muslimah moden online dari Zalora...meh...saya bwk korang semua cuci mata ngan saya..bekenan leh beli terus...
Dewasa ini kita dapat lihat perkembangan
trend fesyen Muslimah terkini yang cukup pantas berkembang di
pentas-pentas peragaan tempatan. Malah atas usaha para penggiat industri fesyen, trend
ini semakin mendapat perhatian di peringkat
global. Kemunculan banyak pereka fesyen tempatan yang
berbakat turut mencetuskan revolusi yang sudah lama
dinantikan ini. Penglibatan nama-nama besar dalam mengetengahkan fesyen Muslimah keperingkat antarabangsa membuahkan hasil kerana semakin mula mendapat tempat dan diterima ramai.
Para pencinta fesyen tanah air telah menyaksikan kebangkitan trend
gaya Muslimah dalam skala yang cukup besar.
Ini telah menambahkan populariti
trend pakaian Muslimah ditambahkan lagi dengan beberapa unsur yang
diketengahkan menampakkan keistimewaan terhadapnya. Para pereka fesyen kita telah hadir dan akan terus menghasilkan koleksi busana Muslimah daripada pakaian tradisional wanita
yang biasa namun ditambahkan dengan unsur-unsur lebih komersial. Dress
Muslimah kini boleh didapati dengan rekaan yang lebih moden dan stylish
lantas membuka lebih banyak peluang untuk para pembeli pilih.
Tidak dilupakan jugak ini lebih banyak variasi daripada segi jenis pakaian,
warna dan size yang pastiakan membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan mempesona!
Antara baju Muslimah yang sering mendapat tempat adalah seperti baju kurung moden, kaftan
moden, jubah moden, baju peplum kurung dan baju peplum.
Menggayakan busana Muslimah moden amatlah mudah terutamanya jika anda berikan sendiri sentuhan kreatif bagi kelihatan lebih menyerlah dan selesa.
Antara aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan baju anda ialah sudah tentunya tudung terkini ataupun
shawl, bangle, bracelet, handbag atau clutch
dan tidak dilupakan juga sepasang kasut pilihan anda sama ada ballerina flat, wedges
ataupun high heels.
Beli busanaMuslimah moden di
Zalora dan serikan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda dengan koleksi baju raya terkini
2014 di laman sesawang mereka untuk tahun ini. Zalora menawarkan pelbagai jenis baju raya
yang pastinya akan menambat hati anda dengan harga yang cukup murah dan berpatutan.
Rebut peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif daripada pereka-pereka fesyen terkenal seperti
Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rizalman Ibrahim dan Syaiful Baharim untuk 2014 di
Zalora Malaysia!
Wednesday, 14 May 2014
tirai or bidai di bilik anak2
Fuh..berderet n3 tertangguh....kadang2 dah tak kuasa nak meng update n3..huhu...ni pun duk sebelah si ikhlas yg baru lepas mengamuk sbb tak bg kakak dia pakai sweater kakanya sendiri...korang paham??? Haha....mama dia pun tak paham...miahahaha...apapun kakak n abah si ikhlas ni dah selamat bertolak p kerja n sofia p sekolah seperti biasa...saya n ikhlas je duk bersenang lenang atas tilam ni....jgn jeles..i kerja ptg..hehe...
Ok...kembali pada tujuan asal....mulanya saya p terjah nilai 3 utk survey brg2 kawin adik..ni dah berlaku 3 ke 4 minggu lepas..haha....dah hampir sebulan noora oi...kecoh nak cerita lagi...nak di jadikan cerita...tgh2 syok survey brg2 kawin, ternampak la plak tirai yg sama mcm saya letak kat wet kitchen saya...terus dtg idea nak letak bilik ank2....sbb terasa simple n kemas pasang tirai berbanding pakai langsir fabrik di bilik ank2...lg pun tirai ni ada 2 fungsi..boleh nak block cahaya n boleh pusing utk dptkan cahaya...so apa lagi, operasi tawar menawar pun bermula....
Saya pilih tirai yg 4 kaki lebarnya sbb tingkap 2 panel kan...harga yg tauke kedai nak bg rm180 utk satu tirai...alahai..mahal la wei...nak beli 2..dah jadi rm360..lagi pun beli yg dkt wet kitchen dulu pun baru rm150 satu...yg lebar 5 kaki plak tu...tak puas hati lagi..mintak lagi kurang..dari rm180 ke rm150..past tu rm140..past tu rm130...past tu rm120...last2 sy dpt rm115..hahaha.....yg ni last price...penat tawar menawar ni tau...terus angkat 2..rm230...hah..jauh kan beza dari harga asal...nak hidup pandai2 la kan...
Hasilnya ialah....
Ni di bilik sofia..tirai ni di tutup dr masuk cahaya |
Ni plak bila buka.... |
Ni utk bilik ikhlas |
Perbezaannya???? Saya rasa ruang bilik lagi nampak luas bila pasang tirai berbandig pakai langsir fabrik..senang cuci...utk bilik ank2 kecik saya ni mmg sesuai sgt2..puas hati n tenang fikiran..hahah...
Jom tengok perbezaan sebelum n selepas...
Sebelah kiri yg sebelum n sebelah kanan yg selepas...lagi kemas kan.. |
Subscribe to:
Posts (Atom)