Friday 28 September 2012

Ubat gigi vs nappy cream

Time tidur dan bangun ikhlas dah bertukar sejak 2 minggu kebelakangan ni... Tidur awal and semestinya bangun pun awal.. Saya bgn solat subuh, dia pun sama.. So sebab dia bgn awal, saya pun tak tunggu lama utk mandikan dia.. Kul 7.30 ikhlas dah wangi...pukul 8 biasanya dia dah siap mkn..

Minggu lepas abah ikhlas keje shif malam.. Pukul 7.30 dia dah smp rumah.. So abah ni ambik la ank yg semalaman tak jumpa..tgh syok bergurau mesra si abah ni terbau sesuatu.. Erm.. Ikhlas meneran rupanya.. So saya suruhla abah dia yg basuh.. Saya duk sibuk kat dapur..

Lepas siap basuh, saya boleh dgr abah ikhlas tutup pintu tandas..tgh2 syok duk dapur terasa plak nak p tengok dua beranak tu kat dalam bilik.. Saya pun mengintai la.. Tiba2 saya menjerit.. Abgggggggg...suami saya duk tengok muka saya... Time tu dkt jari telunjuk dia ada krim warna putih.. Hairan dia.. Jgn letak lg bang..saya jerit lagi.. Dia terus buat muka pelik.. Apa tak peliknya coz seminggu ni saya yg suruh suami letak nappy cream sebelum pakaikan pampers si ikhlas..tiba2 kali ni tak bg letak plak.. Kita org letak krim sbb punggung ikhlas merah2.. Dia berak2 minggu ni..terus si abh ni tanya.. Kenapa????

Abg try tengok apa yg abg guna tu?? Apa?dia tanya lagi.. Saya pun terus la ckp... Bang tu ubat gigi la.. Huahua.. Terus kitaorg bantai gelak.. Kalau la sempat pakaikan mesti berangin je punggung ikhlas... Haha.. Apa la perasaan si budak kecik ni kan..

Sebenarnya ubat gigi tu bersaiz kecik.. Mcm tester punya.. Adik saya yg ambik dental tu selalu bwk ubat gigi bila dtg rumah saya..Tak pun sofia yg selalu curi2 dr beg acik dia.. Saya plak bila tengok sofia main terus rampas and letak dlm bakul bedak and krim budak2 ni.. Suami plak mamai kerja mlm terus la guna ubat gigi. Huhu... En suami oh en suami.. Moral of this story.. Chah.. Tak payah bg lg la ubat gigi yg kecik2.. Nk bg terus bg yg besar... Haha..

Tuesday 25 September 2012

Mama... Ikhlas nak 6 oz lg susu...

Mama rasa tak sanggup nak cerita kisah sedih ni dkt ikhlas.. Setiap kali mama nak mula cerita mesti air mata mama bergenang..mama rasa bersalah sgt.. Mama tension.. Mama risau.. Mama bingung..mama sedih.. Mcm2 perasaan menghantui mama.. Maafkan mama syg..

Alhamdullillah ikhlas dah 10 bulan.. Membesar dgn sihat and makin aktif.. Mama gembira tengok perkembangan ikhlas.. Ikhlas dah pandai lepas tgn and belajar nk bertatih.. Mulut dah pandai nk bersuara.. Ikhlas pun kuat mkn.. Lambat tengok makanan mest menangis2 nak.. Kadang2 terubat penat mama..td check up ikhlas kat klinik kesihatan.. Berat ikhlas dah naik.. Walaupun naik cuma 300g.. Mama dah syukur sgt2.. Dlm masa 10 bulan mama susukan ikhlas sepenuhnya dgn susu mama, berat ikhlas belum pernah lg turun.. Tp....
••••••
••••••
••••••
••••••
••••••
•••••
????
????
????
????
... Tp mama hanya leh susukan ikhlas sepenuhnya smp ikhlas berusia 10 bulan shj.. Padahal ikhlas cuma perlukan hanya 6 oz shj lg utk bekalan ke rumah ummi.. Mama tak mampu syg..mama dah cuba.. Pagi, ptg dan mlm mama pump.. Tp hasilnya cuma 6 oz sehari.. Ikhlas perlukan 12 oz di rumah ummi.. Mcm2 cara mama cuba.. Stok dlm freezer mmg dah licin.. Mama bersalah syg.. Dlm solat mama selalu doa supaya susu mama cukup utk ikhlas..Mungkin ada hikmah Allah nak duga mama.. Mama terima.. Rezeki Allah utk mama susukan ikhlas sepenuhnya cuma smp 10 bulan shj.. Mama redha..

Apapun mama perlu bersyukur sbb mama hanya bagi susu fomula dkt ikhlas hanya 6 oz sehari.. Kalau time susu mama tiba2 byk and boleh pump smp 12oz, ikhlas mmg tak merasa susu fomula hari tu.. Kalau hari yg dpt 6 oz shj bila pump, bermaksud ikhlas minum 2 botol susu mama and 2 botol susu fomula di rumah ummi.. Dkt rumah mmg ikhlas minum susu mama sepenuhnya..time cuti pun ikhlas sepenuhnya menyusu dgn susu mama juga..Mama tahu, mama tak sepatutnya sedih sebab ikhlas masih berpeluang merasa susu mama byk dr susu fomula.. Kalau nk di bandingkan dgn kakak cuma dpt merasa susu mama smp umur kakak 8 bulan shj..insyaAllah mama akan terus pump utk bekalkan susu dkt ikhlas time mama p kerja.. Mama pun masih berusaha buat stok supaya ikhlas boleh fully susu mama lepas ni.. Mama harap sgt susu fomula ni sementara je utk ikhlas.. Mama kesian tengok ikhlas berak2 sbb susu fomula tak sesuai dgn ikhlas.. Doktor kata ikhlas kene minum susu yang bebas laktosa .. Mama tukar pada susu soya.. Mama tengok ikhlas dah kurang berak.. Maybe susu tu sesuai dgn ikhlas.. Kalau la mama dpt bekalkan lg 6 oz susu dkt ikhlas semestinya ikhlas tak perlu merana berak2 kan..maafkan mama syg.. Andai suatu hari ikhlas baca entry ni, mama harap ikhlas faham betapa sedihnya mama tika ini.. Luv u amar ikhlas.. Maafkan mama syg...

Monday 24 September 2012

Aku tension

Ish.. Punya la berapi.. Rasa nak bakor je..aku punya la bersusah payah menyiapkan jadual ujian, past tu boleh di batalkan.. Dah la jadual tu dua kali reject.. Habiskan masa, tenaga and ink printer aku jerk.. Senang je jadi bos.. Arah, reject kerja org past tu ckp tak jadi.. Kalau la boleh lempang.. Rasa nak lempang laju2.. Sabar je la..

Makin menambahkan tension bila aku tertinggal jadual tu kat rumah td..Smp sek bos tu cepat2 cari aku nak jadual.. Aku pun call la hasben suruh hantar..sian hasben.. Dah la keje mlm.. Tdo pun tak lg.. Kalau jadual tu on tak pe jugak..eeeee... Gerammmmmmmm..
Aku penyek2 jugak nanti...

Sunday 23 September 2012

Saya tak pernah beli kopi????

Kejap tadi saya and family baru je balik dari rumah jiran depan ni.. Diaorg bt kenduri kesyukuran dan aqiqah ank diaorg hari ni.. Bukan nak cerita sangat pasal kenduri ni, tapi nak cerita pasal air kopi yg saya minum di rumah mereka.. Hikhik.. Tiba2 rasa sedap plak kopi.. Ish.. Ni dah kat rumah.. Rasa nak p ambik lagi je..

Time p raya rumah liza minggu lepas pun minum kopi gak.. Ish.. Time tu la saya start jatuh cinta pada kopi panas ni.. Ntah angin apa yg dtg saya pun tak tahu.. Saya bukan la peminat kopi sebelum ni.. Untuk pengetahuan korang2, sepanjang usia perkahwinan kami iaitu selama 4 thn 6 bulan 2 minggu 2 hari, fuyoo.. Haha..saya tak pernah beli kopi sebagai stok di dapur pun.. Haha..baru saya perasan jap tadi.. Stok yg tak pernah putus di dapur saya ialah milo, teh, nescafe dan susu tepung(yg ni pun ada coz susukan ikhlas..kalau tak mmg tak ada gak).. Hikhik... Kopi mmg tak pernah tersenarai...parah kan...

So.. Conclusion skarang, shopping brg dapur hujung bulan ni mest ada kopi dlm list brg dapur.. Mest dan mesti..selera yg jarang2 smp ni.. Dah sampai bedal betul2.. So kalau ada tetamu yg dtg rumah past ni, air kopi panas akan jadi minuman utama ye.. Hehe.. Sekian, terima kasih :)

Saturday 22 September 2012

Mengidam kaunter bar

Sejak dua tiga menjak ni, saya duk meroyan berckp pasal kaunter bar ngan hasben.. Bukan apa, terasa dapur skarang mcm tak ada tempat utk saya nak termenung, buang masa and bergosip bila kwn2 dtg.. Huhu.. Hanya ruang mkn and ruang tamu je la tempat best nk melepak.. Tp citer2 org pompuan ni kalau citer depan hasben2 mcm tak best la kan... Hahaha.. Nampak sgt kaki gosip saya ni kan.. Ishh.. Citer hal ank2 je la.. Ciss.. Cover tu.. Menyampah i..

So adalah planning nak alih peti ais ke ruang blakang .. Nak letak sebelah mesin basuh dekat ruang mendobi and sidai baju tu..ruang yg letak peti ais tu boleh guna bt kaunter bar.. Tp ini hanyala plan je.. Buatnya ntah la.. Doa2 la kami murah rezeki.. Hikhik

Untuk menjamu mata and cari idea, saya pun meng goggle la gambar2 kaunter bar.. Tq en google.. Dah byk idea ni.. Tunggu ada budjet je.. Past tu saya ada tempat lepak baru.. Yahooo.. Huhu...

Friday 21 September 2012

Mama sayang ank2 mama

Ada beberapa minit lagi nak hantar anak2 ke rumah pengasuh.. Walaupun hari ni hanya dlm 5 jam je ank di rumah pengasuh tapi tetap rasa berat nak p hantar.. Alangkah bagusnya sepanjang masa bersama mereka.. Tp kerja harus kerja juga..kalau tak keje mana la nak dpt sumber pendapatan kan.. Tunggu abah korang jadi jutawan, baru mama berhenti kerja and jaga ank2 mama sepenuh masa..bila? Bila2 je la walaupun hanya dlm mimpi...huahua.. Apapun jaga diri elok2 ye.. Lagi 5jam mama ambik cayang2 mama..
Muahhhhh

Thursday 20 September 2012

Sofia sekolah part 6

Minggu lepas merupakan minggu ke 2 sofia sekolah selepas cuti raya yg agak panjang.. Minggu sebelumnya saya tak dpt nk join sofia sekolah sebab terkene muntah and cirit birit.. So sofia p sekolah dgn acik and abah dia je.. Mood dia mmg teruk minggu tu.. Adik saya kata dia langsung tak nak terlibat ngan aktiviti. Bila last2 kelas baru nampak ok.. Maybe dah lama sgt bercuti kot..

Minggu ni dia ok sgt.. Mula2 perangai gak.. Past warming up dia kembali ok..semua aktiviti dia bt dengan baik.. Tp nampak slow sikit la berbanding sebelum cuti raya dulu.. Kwn2 sofia pun ramai yg tak dtg.. Masih beraya agaknya.. Hikhik...

Tak byk nak cerita, layan je la gambar kat bwh ni.. Aktiviti bt kraf guna cap jari.. Seronok la budak tembam ni.. Hehe

Wednesday 19 September 2012

28 syawal

Saya Masih lg ambil kesempatan beraya... Kalau ikutkan byk lg tempat tak beraya.. Jemputan kwn pun ada yg tak dpt nak dipenuhi.. Apapun kene terima hakikat yg syawal dah smp penghujung.. Hehe...

Disebabkan minggu ni cuti hujung minggu bersambung ngan cuti hari malaysia, saya and hasben mmg ambil kesempatan beraya sakan.. Try hadirkan diri utk jemputan open house and kenduri kawen.. Kalau yg tak sempat tu kami mohon maaf sgt2.. Raya tu raya jugak.. Dugaan pun boleh tahan jugak.. Hikhik.. Jap lg citer pasal dugaan..

Kalau mula dari hari sabtu mcm panjang sgt je nk cerita.. So stori utk 28 syawal je la.. Coz ada something special sikit ngan hari ni.. Huhu..

Bermula dengan jemputan kawen ank jiran.. Actually ni bukan jiran baru kami.. Kami berjiran dari saya menyewa di bukit mewah lagi.. Rumah dia selang sebuah dengan rumah pengasuh ank2 saya..kebetulan dia pun beli rumah di anggerik perdana ni.. So berjiran lg la kami.. Besar besaran jugak akak ni bt kenduri kawen ank dia..maybe ank sulung kot.. Mknan pun leh thn byk and sedap.. Tp saya mkn sikit je coz nk simpan space perut utk mkn rumah kwn2 nant.. Paling saya suka kenduri ni bila ada menu otak2 kempas.. Paberet i k.. Hehe..mmg best la kak.. Tahniah la bt pengantin..

Habis cerita kenduri kawen.. Beralih plak ke rumah kwn hasben di puchong.. Tahun ni baru berkesempatan raya rumah dia..kwn hasben ni tiap2 tahun dtg raya rumah kami.. Naik segan kami bila kami je tak reti2 membalas jemputan.. So bersungguh jugak kami utk cuba beraya rumah dia.. Alhamdullilah sampai jugak.. Tq atas hidangan mee lidi yg sedap.. Teringat zaman budak2 dulu.. Menambah2 kami ank beranak.. Hehe

Destinasi kami seterusnya ialah ke pantai dalam.. Ke rumah kwn saya, ani.. Kebetulan dia celebrete besday ank dia anisa.. Kitaorg dah siap beli hadiah..sofia dah tak sabar nak jumpa kwn dia tu.. Asyik duk tanya bila nak smp rumah anisa.. Sekali berubah plan..Kwn hasben kata puncak alam lagi dekat kalau dari rumah dia.. Kalau ke pantai dlm dulu bermaksud kitaorg kene patah balik ke puncak alam past tu.. Pk punya pk.. Ok decide ke puncak alam dulu.. Msg ani bgtau nk dtg mlm rumah dia.. Sekali ani nak kuar beraya plak.. So conclusion tak jumpa la ani hari tu..dah terdiam bila sofia tanya bila nak smp umah anisa.. Hikhik..puas jugak nak menjawab dlm kereta.. Hehe..

Smp di rumah liza kat puncak alam dekat pukul 7 dah.. Dah lewat kan.. Sampai2 je melantak laksa penang.. Seronok sgt smp rumah liza.. Lama tak lama dekat 7 tahun tak jumpa.. Masing2 dah beranak baru ada peluang nak jumpa.. Padahal bukan jauh sgt kan.. Satu negeri je..hehe..mcm2 bercerita.. Smpkan siap mandikan ank2 dulu and mkn round ke 2 baru balik.. Sian tuan rumah melayan kitaorg.. Dengan sofia duk asyik rampas mainan qistina lagi.. Apapun puas hati la beraya jauh2.. Time dia org dtg rumah mmg tak sempat nak ckp panjang...ramai sgt tetamu time tu..tq liza and raja..N

7 tahun tak jumpa..


Ikhlas suka ngan kak ina


Nampak mcm baik tp asyik berebut mainan je.. Sofia la suka kacau si ina punya mainan..


Baru nak kenal2.. Hikhik

Dlm pukul 9 lebih kami pun bertolak balik.. Dlm kepala saya ni.. Hari ni balik awal dr semlm.. Balik terus mandi and tido.. Besttttttt nyerrrr..hampir sejam perjalanan kami dr puncak alam ke kajang.. Akhirnya tercegat smp depan rumah.. Tercegat terus tercegat la coz kunci rumah plak tak jumpa mana letaknya.. Satu kereta saya dan suami cari.. Siap ngan adik ipar saya pun mencari.. Dah semua tempat yg terselit kami cari.. Hasilnya hampa.. P ke petrol stesen konon2 nya tempat cerah so senang nampak if ada terselit kat mana2.. Sure and confirm mmg tak ada..hasben pun decide p tdo umah mak sedara dia kat sg besi.. So bermlm di sg besi la kami mlm tu.. Hampa la nk jumpa bantal i malam tu.. Sob2...

Esoknya.. Mencari lagi kunci.. Mmg dah hilang pun tp tetap tak putus asa.. Kesian liza and raja.. Terpaksa mencari kunci rumah kitaorg.. Sori ye susahkan korang... Dgn kwn2 hasben kat puchong mencari kunci rumah kami.. Huhu..habis dah susahkan semua org.. So.. Akhirnya dgn bantuan jiran2, kami terpaksa cabut grill.. Baru la leh masuk.. Tq ye my jiran..mmg dugaan betul.. Maybe ada hikmah yg kita tak tahu kan.. Bak kata adik ipar saya, hikmahnya leh makan gulai ketam kat umah mak sedara.. Hikhik... Mcm2 citer raya ni..

Tuesday 11 September 2012

Muntah + cirit birit

Ni baru berkesempatan nak update kisah minggu lepas..tgn ni pun sebelah duk ayun si ikhlas and sebelah lg duk laju menaip ni.. Nak tunggu budak kecik ni tdo ntah bila la.. Ni pun duk usha kak dia yg melompat2 ni..saya pun past ni nk kene siapkan keje2 sekolah yg belambak tak siap ni.. Exam pun dah tak lama..

Nak dipanjangkan cerita, hari isnin lepas ank sulung kesayangan saya muntah2..subuh2 lg dah bgn menangis.. Abah dia yg bersiap nak p keje time tu angkat and dukung la dulu coz nak memujuk... Sekali.. Uwekkkk baik punya atas abah dia... Fuhhhhhh.. Masam k..mulanya ingat sofia muntah sbb terlampau byk minum ais.. Almaklumla hujung minggu yg penuh dengan mkn2 raya kan.. Sofia ni bukan boleh minum ais pun.. Asma dia mula la dtg kalau mkn minum tak kawal betul2..sekali tu muntah berterusan smp tengah hari... Saya dah start risau... Terus bwk sofia p klinik n mintak mc ngan doktor.. Ni mest kwn2 kat sek syak saya cuti sbb penat bt open house... Hikhik... Apapun ptg ckit muntah2 dah kurang... Dia pun sihat and aktif je...

Esoknya, pengasuh budak2 ni plak call bgtau nak cuti jaga ank2 saya coz ank dia plak yg muntah2.. Alahai.. Semlm saya dah mc, takkan nak cuti lagi.. Gelabah jadinya.. Sofia tak susah coz adik saya leh jagakan.. Kebetulan dia ada di rumah ...tp ikhlas la.. Akhirnya suami saya terpaksa keje half day.. Nasib baik dipermudahkan...

Habis cerita anak pengasuh muntah2 tp sambung plak ikhlas yg muntah n cirit birit plak hari rabu... Dah bersambung2...kesian betul... tp ikhlas tak merenget sgt and tak seteruk sofia.. Saya plak dah byk ambik cuti.. Suami lagila.. Kilang jepun bukan leh dpt cuti sesuka hati.. So ngan rasa berat hati terpaksalah hantar ikhlas ke rumah pengasuh.. Ummi dia bgtau yg ikhlas merenget jugak satu hari tu.. Muntah dah stop tp cirit birit la teruk ikhlas ni.. Hari khamis masih lg berak2 tp dah tak seteruk hari sebelumnya...

Nak di sambungkan cerita, jumaat mlm saya plak bgn pukul 3 pagi muntah2... Smp subuh.. Campur plak ngan cirit birit... Seksanya tuhan je yg tahu.. Pg2 sabtu terus p klinik.. Doktor kata jangkit la ni.. Terus dpt mc.. Saya bantai tdo satu hati.. Hasben jaga ank2.. Bgn2 p open house umah pengasuh.. Hehe.. Sempat lg tu..tp tak selera mkn pun.. Sekadar rai je kan.. Tak p mcm tak best plak.. Minggu lepas penuh ngan muntah n cirit birit je la family kami...nasib2...:(

Friday 7 September 2012

Majlis kesyukuran dan jamuan raya

Alhamdullilah majlis kesyukuran dan jamuan raya yg kami adakan pada hari sabtu, 1 sept 2012 baru2 ni berjalan dengan penuh meriah..saya dan suami tak sangka tetamu yg hadir seramai tu sbb time kami jemput ramai yg kata tak dpt hadir.. So kami anggarkan tetamu yg akan hadir dlm 100 org shj..

Mlm sebelum majlis kesyukuran, kami dah menjemput org2 surau dtg ke rumah utk solat hajat dan tahlil.. Sib baik berjln lancar coz kami hampir2 tak dpt imam utk mengetuai solat hajat dan tahlil.. Maklumlah musim mcm ni ramai ambik kesempatan bt majlis..imam pun dah di booking awal2 lagi.. Nak jadi rezeki, imam tu sanggup dtg lepas maghrib hari jumaat..alhamdullilah.. Apa yg penting solat hajat dan tahlil kan.. Itu niat sebenar kami..lega lepas solat hajat dan tahlil berjalan lancar.. Syukur sgt dipermudahkan oleh Nya..
Sewaktu tahlil..sofia sempat lagi duk atas riba abah dia lepas solat hajat..ish budak sorang ni...


Setelah selesai solat hajat dan tahlil , para jemaah dijemput mkn.. Alhamdullilah semua berjln dengan baik..seterusnya mula la sesi menyediakan juadah utk esok plak.. Actually preparation ni bukan bermula dr mlm jumaat tu tapi dah bermula dari pagi jumaat lagi.. Basuh ayam, goreng ayam, kupas bawang and mcm2 la.. Meriah sgt.. Sib baik mak, ayah and adik beradik dtg menolong.. Mertua pun ada sekali.. Dpt ler meringankan kerja i kan.. Hikhik..


Kuah laksa penang dah dimasak prg jumaat coz mak kata awal ckit tak pe.. Bila mkn kita panaskan kiah laksa mi akan jadi semakin sedap..


Sesi godek2 ayam sambil dipantau oleh ikhlas.. Hikhik


Sesi menggoreng ayam


Saje aksi menyibuk.. Kacau kuah kacang kot time ni...


Ini la kerja sofia dan sepupunya zara time mak2 duk busy di dapur.. Saper ntah snap gambar ni.. Huhu

Mlm jumaat selepas tahlil dan solat hajat, kanopi pun mula dipasang...Susah betul nak dptkan kanopi musim2 raya dan kebetulan plak minggu ni ada cuti bersambung ngan cuti hujung minggu..ramai lah yg ambik kesempatan utk bt openhouse dan tak kurang jugak kenduri kawen.. Mula2 cuak jugak bila tel kedai ni dah habis, tel yg ln plak bgtau sepatutnya kene booking dari sebelum puasa lg.. Alamak mmg tak berkanopi la nanti..kitaorg nk bt majlis hari sabtu and cari kanopi hari rabu, mane la nk dapatkan.. Tgh2 frust, suami kata ada kwn tempat kerja dia boleh sewakan kanopi.. Wah.. Berbunga2 hati time tu..harga pun murah.. Rm300 dgn khemah, scallop, kerusi 40 buah, meje buffel 2buah and meja mkn 4 buah..ramai yg kata ok la.. Kitaorg pun tak tahu sgt harga sebenar tp rasanya murah kot..hasilnya seperti di bawah


Ok.. Now masuk pada majlis kemuncak.. Alhamdullilah, syukur pada Allah majlis kami berjalan lancar..tak tahu nak gambarkan perasaan gembira kami..bukan setakat 100 tetamu yg hadir tp rasanya 200 lebih kot.. Sampai tak terlayan and yg paling best my mum smp tak sempat nk masak nasi.. Baru je kuarkan satu periuk besar dah mintak tambah lagi... Lakukan..Lauk berlambak tp nasi tak sempat masak.. Sib baik dlm 30 min je.. Sori ye para tetamu..past tu stok nasi kembali ok.. Tq mak..apapun saya dan suami amat rasa berpuas hati.. Terasa mcm nak buat lagi tp penat la kalau tak ramai membantu..syukur sgt...plannya saya nk la ambik gambar ngan setiap tetamu tp sekali dtg serbunya ramai, terus tak tahu mana p kamera.. Gambar yg ada pun awal2 majlis je.. Ok la dr tak ada kan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...