Wednesday 27 May 2015

dugaan anak2 sakit

Salam

Sejak akhir2 ni sy mmg jarang dah update blog. Cerita ank2 ntah ke mana hala. Cerita deko pun sama. Byk benda penting yg kene diuruskan setiap hari. Kadang2 rindu nak bercerita seperti dulu. Tak nak tertinggal walaupun 1 cerita anak2 kesayangan. Tp terpaksa utamakan yg penting. Kerja sekolah pun boleh tahan bertimpa timpa. Bisnes pun alhamdulillah semakin mendapat sambutan dan yg paling penting ank2 manja mama yg selalu sakit2.
.
.
time cuti sekolah yg seminggu baru2 ni. Eh..baru ek?? Tak baru mana pun. Lama dah la. 2 bulan yg lepas, muhammad terpaksa dibawa ke kecemasan hospital kajang. Nafas dia laju. P klinik biasa dulu. Tp lepas beberapa kali ambik nebulizer, doktor tak berani ambik risiko, terus buat surat utk bawa p kecemasan. Berkejarla kami ke kecemasan. Lama la jugak duk dlm kecemasan, dpt nebulizer banyak kali. Kene x ray bagai tp last2 tak masuk wad pun. Alhamdulillah lepas dpt antibiotik dan ubat radang paru2, nafas muhammad makin ok.
.
.
Ntah mcm mana 2 minggu lepas tu nafas dia laju balik. Mulanya p klinik kesihatan nak lengkapkan imunisasi dia yg tertinggal sbb selalu demam. Sekali doktor tak bg cucuk. Kene ambik nebulizer plak. Lepas ambik nebulizer nafas still laju. Sekali lagi doktor bg surat refer kecemasan. Berkejar la kami ke sana plak. Kali ni terus kene tahan wad. Tak pe la. Saya dan suami mmg dah tekad nak muhammad masuk wad. Dah tak larat nk ulang alik kecemasan. Teka teki tak ada jawapan. Baik masuk wad dan doktor buat pemeriksaan. So dpt tahu apa penyakit sebenar.
.
.
3 hari berkampung di wad. Last2 tahu muhammad kene viral phnemonia. Keadaan dia waktu tu tak perlu antibiotik sbb muhammad tak demam. So doktor bgtau maybe virus dlm paru2 tu virus biasa. Sbb tu dia tak demam. Cuma antibodi muhammad lemah so tak dpt nak lawan virus. Mungkin jugak muhammad asma sbb kami pun ada strong history of athsma.
.
.
3 minggu lepas tu muhammad demam lagi. Pakej sekali batuk dan selsema. Bila dah batuk mula la sy risau. Nafas muhammad lagi sekali laju. Mula2 kami ke klinik dulu. Dengan harapan komen doktor positif dan tak perlu bawa ke hospital. Sekali jawapannya negatif. Doktor nak buat surat untuk kami bawa muhammad ke kecemasan. Sy dan suami minta doktor bg ubat dulu. Kalau pg esoknya tak ada perubahan baru kami nak bawa ke kecemasan.
.
.
Keadaan esok paginya pun sama. Nafas still laju. Sobsob. Redha je menyerah diri ke kecemasan dan sekali lagi berkampung kami di wad hospital kajang. Perkara sama berulang. Sepanjang kat wad muhammad mmg tak demam. Nafas je laju. Kali ni
5 hari juga dalam wad tanpa sebarang ubat antibiotik or ubat demam. Just nebulizer shj.
.
.
Pemeriksaan doktor, muhammad ni kene bronchitis . Radang pada bronchial yg menyebabkan saluran menyempit dan menyebabkan oksigen susah nak masuk. Tu yg menjadikan nafas muhammad laju. Bila tanya doktor kenapa terjadi? Doktor just bgtahu kemungkinan faktor daya tahan bdn yg rendah dan paling kuat ialah sbb asma. Seperti biasa baby bwh 2 tahun tak boleh dikategorikan sebagai asma.
.
.
selepas 5 hari, muhammad dibenarkan pulang. Dan yg pasti muhammad terpaksa bergantung pada inhealer macam kakak jugak. Tak pe la dik. Mama tak kisah. Asal adik baik je.
.
.
Hari ni selepas sebulan keluar wad, muhammad demam batuk dan selsema lagi. Risaunya mama. Nafas tak laju lg. Mama dah mula guna inhealer biru yg berfungsi sebagai pelega. Doakan muhammad tak melarat ye. Nak setahun ni mcm2 la dugaan. Moga Allah permudahkan urusan kami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IKLAN

Hot item
Robocar Poli
1pcs rm20
1set (4pcs) rm70

WHATSAPP UTK ORDER 0199189016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...