Wednesday 27 April 2016

Bilik Anak Perempuan::: penambah baikan bilik sofia

salam semua..
.
.
Alhamdulillah lately mmg ada masa nak hadap blog. Harap2 sentiasa diberi rezeki kelapangan waktu begini. Hari ni pun kebetulan pagi ada karnival sukan kat sekolah jadi muhammad dah awal2 hantar kat pengasuh. Sofia dan ikhlas sekolah. Habis karnival plak awal so plan nk p butik kat tesco. Hajat nk hantar DVD Islamic Children Song kat butik. Kebetulan baru smp semlm stoknya.Tapi terasa malas la plak.Hihi.. Malas nak terkejar kejar .Kul 12 lebih nak kene bersiap p sekolah plak kan. Jadi apa lagi update blog la. Nak kemas2 rumah tak ada mood sgt sbb ruang bawah sekarang dah tak tentu hala. 100% nak ubah. Nanti2 cerita pasal ruang bawah.
.
.
Tak ada apa2 perubahan yg ketara pun bilik kakak ni. Ubah sikit2 je. 


Terbaru almari baju dan meja study. Dah lama nak tukar almari sofia ni. Almari dulu tu pun pintu dia dah tercabut. Asyik nak kene pasang balik bila terbuka dr skru dia. Bertahun dah geram nak tukar tp asyik sayang sbb terasa elok lagi body almari tu. Hihi.Sampailah timbul masalah susah nk gantung baju2 sofia. Dah sekolah ni mcm2 keperluan la kan. Tempat penyimpanan baju yg selesa dan mudah untuk ank ambil mmg perlu disediakan. Gantung semua baju2 sekolah dan baju2 lain. Mmg amat2 memudahkan sofia dan memudahkan mama dia jugak sbb mama dah tak payah nak lipat2 baju. Bila kemas almari lama hari tu, yang banyak cuma baju2 sofia yg dari baby dan baju2 yg dah tak muat sofia nak pakai. Patutla tak ada space nak simpan baju2 sekarang. Puas hati kemas baju2 lama tu. Dapatla 1 kotak besar. 

Pemilihan warna almari mmg putih ler. Match la dengan katil kan. Bilik pun nampak besar bila tukar almari ni sbb almari yg lama tu agak besar size dia berbanding yg ni. 
.
.


Cerita meja study plak. Dah lama sgt dah beli meja ni.Tak silap akhir tahun lepas. Kononnya nak siapakn meja study kat sofia sebelum dia masuk darjah 1. Nanti homework semua buat dlm bilik. Hihi. Tak sampai target pun. Sekarang baru nk mula ajar sofia guna. Tapi masih tak terlambat pun nk latih. Lagi pun sy rasa sekarang lagi sesuai mulakan sbb bilik dah kemas dan lapang. Baru ada ketenangan.
.
.

Ceria muka anak dara ni bila mama deko2 sikit bilik dia.
.
.

Actually terasa nk tukar laci pink ni pada laci ikea. Tapi hasben tak bagi kelulusan lagi. Maybe laci ni masih elok dan warna dia tak lari dari tema bilik kakak. Tak pe la, guna dulu ye kakak. Nanti abah kata tukar kita tukar. Laci ni asalnya dr bilik tetamu kat bawah.Saya simpan baju ikhlas dan muhammad dalam ni.Now bilik bawah tu pun kami buat sikit perubahan so laci ni bawak naik bilik kakak utk senang kakak nak simpan buku2 dia. 
.
.


Cerita pasal frame gambar. Kalau korang perasan, dulu dinding belakang laci pink tu sy gantung frame2 gambar sofia. Now sy dah gantung gambar konvo sofia time 6 years hari tu. Hampir berbulan2 kakak mintak gantungkan tp sekarang baru dapat tunaikan hajat dia. Frame gambar yg dulu plak sy letak pada dinding yang asalnya saya letak cermin. So sekarang, bukak2 pintu bilik dah nampak gambar tuan tanah. hihi..
.
.
Eh tu je la kot. Nak p kerja dah ni.Nanti sambung ye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ISLAMIC CHILDREN SONG (DVD)

NI TENGAH HOT DAN VIRAL SEKARANG TAU. BOLEH DAPATKAN DARI KAMI. INSYAALLAH ESOK SY UPDATE ENTRY PASAL DVD ICS NI YE





Friday 22 April 2016

Redha yang menyentuh hati

Kisah jumaat lepas. Biasalah kan. Baru nak cerita. Just nak share apa yg dapat after tengok filem Redha. Korang dah tengok belum? Saya ni tak ada ada angin, tak ada ribut taufan alih2 bagitau hasben nak p nonton wayang. Rasanya pelik jugak dia. Almaklumlah, bini dia ni bukan kaki movie pun. Usahkan movie, cerita2 kat tv pun tak ada masa nak hadap. last nonton wayang cerita polis evo kot. Tu pun lepas berzaman dah viral cerita tu best. orang dah p nonton 4 ke 5 kali, sy baru terhegeh hegeh nk dating berdua tengok wayang.mihmih.Lepas tu datang la cerita diwale ke,ola bola ke, semua tak ada hati nak tengok walaupun feedback org yang agak menggoda. Sanggup tunggu kat astro first je.
.
.
Pagi tu macam biasa siapkan ank2 p sekolah. Kalut ribut seperti biasala pagi2.Tak riuh rendah tak nama rumah kami. hihi. Kami biasa pilih hari jumaat keluar dating berdua sbb masa yang agak panjang.Saya pun masuk sekolah lambat hari jumaat. Sofia dan ikhlas sekolah pagi. Muhammad hantar pengasuh.Tak ralat la hantar awal pun sbb bukan hari cuti kan. Jadi mak pak ni boleh dating releks2 tanpa gangguan. Sebelum p tu hasben dah check tempat yg ada tayangan paling awal. Hajat nk p yg paling dekat je. Sekali kat IOI Mall lewat jugak tayangan cerita ni. Alih2 ke Mines. Tiket wayang pukul 11.
.
.
breakfast dulu. korang ingat senang nak mkn tenang2 gini,hihi. 
.
.
Sebelum tu nak pesan awal2 kat korang ni. Bawak tisu banyak2 sbb kalau tak keluar air mata mmg tak menghayati la tu.Cerita penuh pengajaran dan amat2 memberi pendidikan pada masyarkat. 
.
.
keluar panggung laju saya berjalan semata2 nak snap gambar ni. 
.
.
Kat bawah ni sy letak status sy di instagram lepas tengok cerita ni. mmg dr hati la sbb time karang ni tengah fresh lgkan.Kalau sekarang tak berapa feeling dah la..
.
.

Salam jumaat .
.
Parents semua...anda wajib tengok cerita ni.
.
.
Sy tak punya ank autism. Tp sy nak ajak semua letakkan diri anda memiliki ank autism.
.
.
Sy bangkit dr kesedihan dan dugaan yg kecil. Dulu sy punya ank yg lambat sikit bercakap. Kwn sebaya dgn ank sy dah boleh bercerita tp ank sy baru nk membina ayat. Ujian kecil itu pun saya dah lemah. Sy lemah menghadap org2 yg suka bezakan perkembangan ank2.
.
.
Sy ibu...sy nak yg terbaik dr ank sy. Sy membaca dan kaji pasal ank2 autism sendirian. Ye sy minat nak tahu. Walaupun sy tak nampk ciri2 ank sy ke arah itu tp disebabkan tekanan org sekeliling sy jadi risau..alhamdulillah ank sy normal. Sekarang dah sekolah dan boleh bersaing secara sihat dr aspek akademik mahupun bukan akademik.
.
.
Cuma satu. Sy nak masyarakat kita buka mata dan buka minda. Berhenti la membezakan kebolehan ank2. Sesungguh dugaan kita tak sama dengan dugaan ibu bapa yg punya anak syurga ini. .
.
Jom kita faham dan kenal siapa mereka. Baru kita boleh jatuh cinta. Baru kita boleh syg. Baru kita sedar yg ank2 kita anugerah tak ternilai dan anugerah yg paling sempurna Allah bagi. .
.
Kalau tak gugur air mata tgk cerita ni mmg keras bebenor la hati..hihi..hero sy pun gugur air mata inikan saya kan..hihi..
.
.
Korang p la tengok ye. Banyak ilmu dpt. 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
semasa menonton filem redha ni, sy ada perasan beberapa perminan pembelajaran yg bukan sahaja selama ni membantu ank2 normal kita, tapi amat2 membantu anak2 autism melatih fokus mereka. Kalau ada parents yg berminat nk dapatkan dr kami pun boleh. saya letak beberapa educational toys yg sy perasan ada dalam filem tu. 
.
.
.


5 IN 1 BEADS
RM55
POSTAGE SEMENANJUNG RM12


 3 COLUMN TOWER
RM 40
POSTAGE SEMENANJUNG RM8




TEACHING LOGARITMA
RM44
POSTAGE SEMENANJUNG RM6


Friday 15 April 2016

DEKO AMM BUTIK: RAK BIRU IDAMAN HATI SEMUA

Salam..
.
.
Stay up siapkan kerja2 sekolah. Nak kene kemas kini fail PBS. Sambil2 tunggu hasben balik dari uptown boleh la update entri terbaru. 
.
.
Hari ni nak bawak cerita rak biru yang ada di butik kami. Ramai la yang bertanya. Setiap kali saya update gambar butik di fb setiap kali tu la dpt pm berderet tanya pasal rak biru ni. Tak pe sis, sy tak marah, saya suka orang bertanya dan berkenan dengan pilihan sy. Ini bermaksud sentuhan deko tu berjaya menarik minat orang kan. hihi..
.
.




Soalan biasa: Noora kat mana beli rak biru ni? cantik la. susah nak jumpa. nak p beli secepat mungkin ni.
.
.
Jawapan: beli kat kedai hardware yg jual brg2 keperluan kedai. KST nama kedai tu. Segala macam mak nenek ada kat situ. Untuk keperluan kedai shj la. Jgn korang cari benda bukan2 plak. Time sy beli hari tu, rak ni ada 2 warna,  biru dan pink. Harga dlm lingkungan rm180. Dah ingat2 lupa tp tak sampai rm200 la. Terus angkut 3.Rasa sesuai la ngan konsep kami kot. warna2 ceria sikit utk butik mainan kan. Kedai ni kat nilai. Tak silap kat GM Klang pun ada.Boleh la survey2 dulu ye.
.
.

.
.
Ni time pemasangan. Tak ada la cerewet sgt. Mmg sesuai utk jadi tempat simpanan brg2.
.
.
cukup dah kot. nant ada yang bertanya terus bg link enri ni. lg details dan puas hati dpt tgk gambar dekat sekali. hihi.. 
.
.
.
.
.
.
last sebelum tidur:








TERBARU DARI KAMI UNTUK ANAK2 ANDA:
SUPER WINGS:
1PCS RM30
1 SET (4PCS)RM100
1 SET (8PCS) RM180 FREE TSHIRT ROBOCAR POLI

WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER

Thursday 7 April 2016

Alhamdulillah, Saya dah ada butik permainan tau...

Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2016. Konpius nak mula dari mana.Tengok entry last bulan Julai tahun lepas. Tak la terkejut sgt sbb mmg tak ada masa sgt2 nak update. Last cerita deko raya yang mcm tak ada penghujungnya. Banyak kisah yg berlaku selepas entry last tu, membuatkan sy ambil keputusan menyepi dahulu. Urusan keluarga, bisnes dan kerja terpakasa didahulukan.
.
.
Masalah kesihatan muhammad time tu pun antara sebab sy tak ada masa nk layan blog.Korang tahu, buat pertama kalinya dalam hidup kami pada tahun lepas terpaksa beraya di perantauan. Cewah..Hihi.. Maksud saya bukan beraya dikampung halaman. Sebabnya muhammad diserang asma yang agak teruk, sampaikan terpaksa berada di wad hampir seminggu. Sedih. Pelbagai ujian demi ujian kami terima selepas tu. Rasanya tak perlu detail diceritakan di sini. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran kami waktu itu.
.
.
Sesungguhnya setiap yg pahit ada manisnya. Sesungguhnya juga setiap kesabaran itu indah, Allah turunkan ujian kemudian Allah tunjukkan jalan. Nikmat Allah mana yg harus kita dustai.
.
.
Alhamdulillah, sekarang kesihatan muhammad dah semakin baik. Dah jumpa penawar yang sesuai utk dia. Kuranglah kerisauan dalam hati kami suami isteri.Berat badan muhammad pun dah semakin naik. Sekarang dah mula belajar bercakap, dah mula aktif dan dah panjang akalnya. Karekter suka bergurau tu antara yg paling menyerlah. Menyakat abang dan kakak hobi utama. Tersenyum sorang2 saya kalau ingat keletah dia. Sekarang Muhammad dah 1 tahun 10 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.
.
.
.
.
Tu dia Muhammad kekasih hati ku. Besar sudah. Muhammad baju merah tu tau.Kot2 korang tertukar. Yang belakang tu kekasih hati saya jugak, Ikhlas merangkap abang teh. Ok now cerita pasal abang teh plak.
.
.
Anak teruna ke dua saya ni, semakin membina badan dengan jayanya, Bercakap dia la juara, Pelat? tak ada langsung dalam kamus hidup dia, Ayat dia kalau bercakap, perhhh... tak terjawab ko... hihi..Ikhlas dah 4 tahun 4 bulan. Saya masih hantar dia di LittleCaliph. Tak plan nak tukarkan dia ke tadika lain sbb saya dah jatuh hati dengan sistem pembelajaran di Little Caliph. Hafazan, membaca  dan mengira alhamdulillah sudah dikuasai.Yang best tahun ni saya hantar ke kelas teakwando. Abahnya kata nak bagi Ikhlas berani dan berdisiplin. Apa taknya, nampak anak lipas pun lari satu rumah. Hihi..
.
.

.
.
Hah... Gaya mesti lebih. Ini la hero bambam saya. Kalau nak cerita pasal dia sorang, sebulan pun tak habis.
.
.
Cerita Puteri Hang Li Po saya plak. Korang tahu, Sofia sekarang darjah satu dah. Duk cerita kisah sofia bermula dari dia umur 3 tahun kot dlm blog ni.Sekarang dah 7 tahun. Princess solehah nan sorang ni membesar bagai juara jugak. Kakak yg cukup kasih pada adik2, kakak yg cukup berdikari dan dengar kata,kakak yg sgt rajin belajar dan kakak yang suka berebut tab ngan adik2. Hihi. Kami suami isteri ambil keputusan  hantar dia ke Sek Rendah Islam Integrasi. Satu hari disekolah. Utk masa sekarang kakak nampak semakin menyesuaikan diri dengan sistem sekolah baru. Ialah dari tadika ke sekolah,byk jugak perubahan yang dia kene hadapi. Apapun kakak nampak enjoy ngan sekolah ni.Syukur sgt2.

.
.
.
.
Inilah kakak sofia, satu2nya puteri jantung hati saya. Besarkan. Anak dara dah. Saya dan suami?membesar jugak. Hihi..
.
.
Perkembangan terkini saya dan suami ialah pembukaan butik baru kami. Memang tak pernah cerita pun pasal kedai ke apa dalam blog ni. Bukan tak nak cerita, tapi benda2 ni berlaku dengan pantas. Usia bisnes kami pun baru dalam setahun lebih, masih banyak kene belajar dan masih byk lagi dugaan yg akan mendatang.Rasanya korang tahu saya menjual mainan pembelajaran secara online sbb saya pernah iklan barang2 dalamblog ni.
.
.

.
.
Ini lah tempat bermulanya saya berniaga online. Hanya berbekalkan minat yang teramat dengan mainan berunsurkan pendidikan atau dalam bahasa omputeh educational toys. Jual kecik2 dengan tujuan nak tolong orang lain dpt membeli mainan ni dengan mudah sambil2 saya seolah2 dapat mainan free gitu. Ruang family hall di rumah saya ni penuh sarat ngan stok. Masih menggunakan nama anak mama manja tp saya singkatkan pada amm kemudian tambah amm_book_ and_learning_toy_shop, sy jual di instagram dah fb sahaja mula2 tu. Boleh la nak follow sekarang. Cepat2 follow ig kami dan like page fb kami tau. Cewah.. Promosi plak. hihi.
.
.
Alhamdulillah sambutan educational toys ni amat2 menggalakkan di online. Dah jadi side income kami plak.Dari niat nk kumpul mainan utk anak shj mulanya. Bila hasben pun turut terjebak, maka tercetusnya idea dia nk cuba nasib buka cawangan di uptown jln reko kajang.Ternganga jugak saya dengar mula2. Dalam hati " ye ke suami aku ni?".. Apapun setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah dan dengan izinnya juga kami dipermudahkan segala urusan. Kedai di uptown dpt dibuka dan kami gajikan adk hasben sebagai staf kami. Hasben saya pun turut sama berniaga jugak bila ada masa free.Almaklumla masih terikat dengan waktu bekerja time tu.Sekarang pun kami masih disana. Lokasi tapak kami di hadapan agro bank dan  bersebelahan jalan besar. Saya jarang ke sana sbb uptown ni bukak mlm, dari 9mlm ke2 pagi. Anak2 kecik ni susah sikit la nak handle mlm2. Kalau pergi pun time weekend dan biasa singgah sekejap je.Tak larat nk kejar si muhammad.
.
.

Bila di uptown ni, kamimula campur sikit barang2jualan. Masih fokus pada mainan pembelajaran tapi tambah sikit denganbaju budak2 dan mainan2 ikut trend kartun terkini macam robocar poli dan tobot. Alhamdulillah sambutan pun baik di sini
.
.
Terbaru, kami buka cawangan terbaru kami di tingkat 1, tesco semenyih. Alhamdulillah cita2 nak memiliki butik permainan sendiri di makbulkan. Tu yang busy memanjang. dah hampir 2 bulan butik ni beroperasi. Meh ler singgah. Now, kesibukan sudah mula reda. Mungkin byk benda dah selesai jadi kehidupan just maintain shj. Terlepas dari kesibukan  pun rezeki kan.syukur.. Tu yg boleh update entry tu. hihi. Doakan saya dan suami terus berjaya ye.Ada masa singgah la mana2 cawangan kami.
.
.

Ok.. kisah deko plak? biasa2 je. tak ada apa2 perunahan. Kalau ada pun tambahan sikit2 gitu  je. Projek mega tak ada lagi setakat ni. Baru je keluar dari fasa kesibukan. insyaAllah akan update kalau ada deko2 terbaru. Kali ni belanja gambar2 lama je la.
.
.




Sekian dulu la ye.Nanti ada kelapangan saya update lagi ye. bye.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...