Tuesday, 23 September 2014

perkembangan muhammad 2 bulan

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

Entri yg saya berminat nak update hari ni ialah entri dr list yg ke 3. Kalau korang perasan list tu dah bertambah. Jenuh nak habiskan. InsyaAllah cuba untuk update.


Berat muhammad 2 bulan mmg naik byk sgt. Dr 3.6kg sewaktu 1 bulan, naik smp 5.1kg waktu 2 bulan. Membesar bagai juara dengan susu ibu. Hehe. Dah pandai senyum tp mcm tak fokus sgt la. Senyum tak tahu sebab. Kadang2 buat muka sedih pun tak tahu sebab. Pertuturan plak just keluar bunyi2 je. Nampak mcm nak tegur kita tp suara duk "aaaa". Pergerakan masih terlentang je. Kaki dan tangan bergerak gerak la tp mengiring tak nampak gaya lg. Penglihatan dan pendengaran pun dah advance dari 1 bulan. Bila saya gerakkan mainan yg ada bunyi dan mainan yg warna warni, dia duk pising kiri kanan atas bawah tengok maianan tu..Huhu.  Time 2 bulan jugak, muhammad demam jangkit dengan ikhlas. Kesian sgt. Batuk pun bunyi mcm kucing batuk..Alhamdullilah lepas 2 hari baru sembuh.

Sunday, 7 September 2014

Ruang Menonton dan Ruang Tepi Tangga ::: Cat dinding baru

Salam..

Jam 1.40 pagi. Tak heran dah berjaga sampai pagi sekarang. Muhammad jenis tidur malam. Siang dia tidur sekejap2. So segala jadual kemas rumah, membasuh, memasak dan segala mak nenek kerja rumahtangga saya terpaksa buat malam. Si Muhammad ni start tidur pukul 8 mlm, kemudian bangun2 subuh esok plak. Jaga nak susu dalam 3 jam sekali. Bahagia sgt2 la saya di malam hari tapi agak sengsara di siang hari. Tak boleh buat apa. Berkepit ngan muhammad dan abg kakak dia je la. Kesimpulannya masa bersama anak2 saya lakukan di waktu siang. Mengaji, hafazan, mewarna, membaca, melukis, menyanyi, mengira dan mcm2 aktiviti sy spend di siang hari bersama 3 cahaya mata saya tu. Bila muhammad nak susu, sy baring dan time tu la terlelap sekejap2 ngan Muhammad. Tu pun dengar je si sofia dan ikhlas duk aktif bermain. Namapun ibu. Tidur2 ayam je la. Asal boleh hilang penat jadila.

Melalut ok. Korang pun tak kuasa nak membaca or nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak pe la. Just nak bagitau betapa tak ada masanya nak update blog. Siang ngan ank2. Malam ngan kerja rumah. Lewat malam dah letih so nak tdo la kan. Tp malam ni ter over rajin sikit. Cerita ringas2 je. Asal isinya padat. Hehe.

Lepas raya seminggu, sy dan ank2 ikut hasben balik kajang. 2 bulan tak jumpa rumah. Rindu jugak la kat rumah sendiri. Lama sgt kan duk kampung. tp bila lg nk duk lama2. Time ni ler. Lepas ni tak ada peluang dah.

Baru2 ni, hasben duk cakap2 yg dia bosan dengan warna cat dinding area ruang menonton dan ruang tepi tangga. Saya ni diam je. Dah la 2 bulan tak jumpa rumah. Balik mcm2 nak kene kemas. Dengan hari raya lagi kan. Ank2 yg mcm2 ragam lagi. So malas nak fikir cat2 baru ni. Maintain kemas yg ada ni pun dah ok sgt2 dah rasanya. Tp siapa2 pun tak ada boleh menghalang kerajinan si hasben ni. Nak cat sgt. Cat la bang. Lagi syg suka. So warna baru kami thn ini adalah seperti di bawah. Jom saya belanja gambar wajah baru ruang menonton dan ruang tepi tangga saya.






Baki hutang entry:
1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table dan kerusi ikea
7. Cermin mydin dan karpet meter1
8. Rak buku family hall
9. cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan anak2

Wednesday, 27 August 2014

tangguh dan tangguh

Salam...

Kalau la boleh top up masa 24jam mcm top up prepaid kan best. Terkejar sgt la. Sampai terpaksa abaikan dulu blog ni. Tengok kwn2 blogger update blog terasa jugak nk update. Malangnya, sy tidak diberi kesempatan.

Malam ni pun curi2 masa. Sambil2 mengepam susu, gigihkan jua hati dan kuatkan jari jemari menaip. Just nak taip entry2 yg akan di buat.. miahaha...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang tangga
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table
7. Cermin mydin
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall

Fuh. byk kan. esok2 ntah2 berderet lagi entry. Hihi...ok..slow2. Tungguuuuuu

Friday, 15 August 2014

raya 2014

Salam syawal semua...

Baru ada kelapangan nak buat ucapan kat blog. Punya la busy lepas balik rumah sendiri ni. Byk perubahan jadual kehidupan lepas ada 3 anak. Dengan kemas2 rumah utk raya lagi. Org kemas time sebelum raya. Saya p kemas time raya. Boleh dimaafkan la sbb baru lepas pantang kan.

Ok. Dengan ini saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ampun la kalau ada salah dan silap ye. Jemput la dtg raya. Hehe.

Thn ni turn raya pertama di rumah saya. Raya ke 2 ptg baru balik kg suani. So sy tempek la beberapa keping gambar raya kami bt tatapan.






Ni je gambar yg kami sempat snap. Kat kg suami langsung tak ambik gambar. Tak ada kesempatan. Huhu

Thursday, 17 July 2014

menu berpantang

Salam ramadan..

Hari ke 38 berpantang. Hari ni selera makan bertambah sikit. Dah boleh makan bebola ikan yg tumis dengan cili boh tu. Nikmatnya sehingga menjilat jari ye. Betapa sedapnya bila menu berpantang dah bertukar pada menu org biasa.

Sedih jugak pantang kali ni. Ala bukan kali ni je, setiap kali pantang mmg sedih bab2 mkn. Tp kira bersyukur la sbb pantang mkn utk muhammad dan ikhlas dulu tak ada la seteruk pantangkan sofia. Sayakan czer waktu bersalin sofia. Mak plak tak tahu sgt menu pantang org yg czer ni. So korang bygkan menu hari2 saya ialah bubur campur sayur sawi je. 30 hari saya melantak bubur smp rasa nk muntah. Mak risau luka dlm perut tu lambat baik kalau main mkn je. Tp tu la. Kalau mkn ikan panggang n sayur sawi air pun kira dah ok. Apa alasan mak suruh mkn bubur tu tak tahu la sy. Dah mak masak, perut pun lapar. Ngap je la. Bila makcik saya dtg melawat saya dan baby, baru la mak saya ubah menu. Makcik sy pun czer. So dia ckp kat mak, dah boleh buat sup daging. Patutnya dah lama boleh mkn daging tu. Nasi biasa pun boleh je mkn. Lada hitam tu mmg tak boleh mkn la sbb mak takut panas, risau luka dlm perut tu lambat baik. Sy ni tak tahu apa2 kan. Ikut je la. Tp alhamdullilah, mmg cepat pulih luka. Walaupun operate tp bdn sy sihat. Parut pun elok je. Pregnantkan ikhlas dan muhammad langsung tak sakit dekat tempat operate. Tu hikmah bersabar dan dengar ckp mak kot.

Ok. Bila bersalinkan ikhlas dan muhammad, menu saya tak ada la bubur sampai 30 hari. Alhamdullilah, saya dapat lahirkan ikhlas dan muhammad secara normal. So tak susah la mak saya nak masak makanan2 pantang sbb dia pun dah biasa menu2 pantang org bersalin normal ni. padahal lebih kurang je. Cuma ada masalah lain plak.

Bila dah bersalin normal, dugaan kot lain plak. Time saya bersalinkan sofia, sy mmg rasa susah nak menjaga luka operate, takut nak mkn itu ini sbb risau luka operate lambat baik, pergerakan pun terbatas  tp sofia bebas jaundice. Sy tak perlu berulang ke klinik kesihatan setiap hari or selang beberapa hari utk ambik bacaan jaundice. Allah maha penyayang kan. Dia tahu kita susah nk bergerak, mkn pun bukan mcm org lain, tenaga pun kurang jd Allah tak duga plak benda di luar kemampuan saya.

Saya akui yg saya bersalinkan ikhlas dan muhammad tak la susah mcm saya bersalinkan sofia. Tak sakit lama mcm sofia. Saya duduk 12 jam dalam labour room baru dpt melahirkan sofia. Ikhlas plak 2 jam dan muhammad 1 jam sahaja dalam labour room. Semakin ramai ank semakin senang proses kelahiran kot. Maybe jln dah ada dan berkat doa kita yang mintak pertolongan dariNya kan. Tapi saya diuji plak dengan prolonged jaundice. Ye, ikhlas dan muhammad mengalami prolonged jaundice. kuning yang lebih dari 2 minggu. Sebulan lebih ye. Mahu tak risau. Susah hati usah ckp la.

 Apapun saya bukan nak cerita pasal pasal prolonged jaundice ni. Yang ni nanti saya buat entry khas. Cuma masanya belum tiba. Saya nak cerita makanan saya bila ank2 terkena jaundice ni. Hari pertama keluar hospital mak masakkan saya ikan panggang kunyit dan sayur sawi air. Bukan main sedap saya mkn. Hari pertama kan. Lama tak mkn ikan panggang jd semuanya sedap.

Esoknya sy p check kuning muhammad. Naik mendadak. Dari bacaan 100 lebih terus meningkat jadi 200 lebih. Kecut perut. Nurse pun pesan jgn mkn kunyit, halia, lada hitam dan sebarang jamu. Tu antara sbb kuning ank naik katanya. Telan air liur lagi saya. Kisah ikhlas berulang lagi. Kene hadapi lagi sekali. Langsung tak leh sentuh kunyit, halia dan lada hitam. Padahal benda2 tu la penyedap makanan kita time pantang kan.

3 minggu pertama, menu saya ikan panggang kosong dan sayur sawi air shj. Dah lebih 21 hari kuning muhammad masih lagi ada. Sy dah mula jemu menu ikan panggang kosong tu. Buat plak bubur. 2 minggu makan bubur. Mula2 sedap la, past tu berkerut muka nak habiskan. Maklum la, bubur bukan boleh letak halia or lada hitam. Mana la nak sedap kan. Demi ank ku telan jua.

Bila masuk hari ke 30 lebih, saya dah rasa nak nangis dengan makanan2 saya. Org lain dah boleh mkn ayam masak lada hitam bagai kan. Saya duk menu bubur lagi. Sebab tension, saya p tanya nurse boleh tak saya nk mkn ikan goreng. Haha. Kelakar plak time tu. Nurse ada la tanya pasal result darah dan air kencing muhammad. Sy jawab semua ok. Nurse pun senyum dan cakap, mkn je la. Jgn makan jamu dah. Maybe kuning muhammad disebabkan oleh susu ibu. So dia lambat turun. Lega sgt2 bila dah boleh mkn ikan goreng. Hihi. Ikan goreng je pun. Mcm org meroyan bila tak boleh mkn. Bila masuk hari ke 35, mak kata boleh la nak makan nasi goreng tp letak minyak sikit je time tumis. Cili boh pun jgn la byk sgt. Sukanya hati bukan kepalang. Tu pun dah syukur sgt. Kuning muhammad pun dah semakin turun. Lg 2 hari saya dah nak tamatkan pantang. Moga ahad depan muhammad dah boleh discharge kuning ni. Mama nak telan jamu plak. Nak tutup rapat2 dah buku menu pantang. Naik jemu sudah...huhu..

Monday, 14 July 2014

video sofia dan ikhlas


Salam ramadan....

Hari ke 35 berpantang. Hari ni nak layan video sofia dan ikhlas. Mood rindu yang melampau dah ni. sudah hari ke 3 budak berdua ni ikut abah diaorg balik kampung abahnya. Tinggal mama ngan muhammad je kat umah tok. Sunyinya tak dengar suara budak berdua ni. Kerja saya sepanjang budak berdua ni tak ada adalah tengok video2 mereka. Cepat2 balik ye syg. Mama tak sabar dah nak peluk cium awak berdua ptg ni.


video


Ni video sofia membaca. Antara yg terbaru saya rakam. Sofia mmg rajin baca buku. Hari2 suruh mama dengar dia baca buku cerita. Walaupun masih byk yg tersekat sekat tp ok la. Alhamdullilah sgt2 untuk usia dia yg 5 tahun 5 bulan ni. Perlu lebih rajin lagi ye kakak. Mama rindu nak ajar kakak ni.




Ni plak video time kakak nak ajar abg teh baca iqra'. Tengok la gelagat 2 beradik ni. Si kakak ikhlas nak mengajar. Si adik ego nak baca sendiri. Apapun kerajinan kakak mmg banyak membantu adik. Bila kakak ambik buku baca, si abg teh ikut.Tinggal semua mainan dia. Sibuk suruh mama ajar dia jugak. Syukur dengan perkembangan budak berdua ni setakat ni. Mereka pun punya kemahuan yg tinggi nak belajar tanpa perlu dipaksa. Moga sikap ni jadi contoh untuk muhammad plak nanti. InsyaAllah

Friday, 11 July 2014

kejutan pantang::: episod breastpump

Salam ramadan..

Dah main episod2 plak. Ni episod last kot untuk aksi2 kejutan yang tak berapa nak terkejut sgt pun. Tak ada apa nak cerita dlm pantang ni kan. Bedal je la cerita apapun. Janji ada cerita utk saya baca dan gelak sorang2 pada masa akan datang. Hihi. Sebelum tu nak bgtahu jugak yg hari ni dah hari 32 berpantang. Tak lama dah nak habis. Yahooo....

Korang ingat tak kejutan pertama dlm pantang yang saya citer sebelum ni? Kompem tak ingat dan tak baca pun kan. Tak baca pun tak pe. Tak penting sgt. Time tu duk fikir la sape yg hantar hadiah besar2 kan. Siap terfikir bila masuk pertandingan bagai. Last2  tahu dr hasben sendiri. Dah tak payah nak berangan ko ada peminat nak bg hadiah noora oi. Laki ko je yg minat nak bg hadiah2 ni.hehe. so dapat la saya sebuah mesin rumput eh nursing pillow.. hehe.. seronok bukan kepalang.

Selepas beberapa hari aksi kejutan tersebut, dtg plak van gdex masuk pagar rumah dan hon laju2 depan rumah mak saya ni. Kebetulan sy dan ank2 lepak kat ruang tamu, so sy pun keluar la jumpa abg gdex tu. Besar kotak yang keluar dr van. Ter excited la plak saya bila dia ckp parcel ni atas nama saya. Terkejut sikit je la tp macam dah boleh agak  hasben yg hantar. Cuma suprise, benda alah apa la plak kali ni kan.

Tu dia..kotak mcm ni sampai. Apa tak ter excited nya. Dah mcm kota biskut pun ye kan.

Apa lagi. Dengan penuh teruja saya bukak kotak ni. Berlawan ngan anak2 yg sama naik teruja mcm mak dia. Kita tarik sini. Si ank2 tarik sana. Kita menjerit jangan, si ank2 menjerit nak. Penuh drama k. Padahal bukak kotak je pun..miahaha...

Buka2.. terharu giler bila nampak......

Electronic double breastpump jenama Autumnz
Tu dia...best sgt2
Terima kasih sgt2 kat hasben sbb bg suprise ni. Memang betul2 terkejut. Dah lama berangan nak double breastpump. Dr susukan ikhlas lagi. Time Ikhlas dulu sy beli breastpump medela swing. Medela swing kan guna single breastpump. Saya ni bekerja. Semua nak kene cepat. Masa tu amat2 beharga. Kalau yg single ni ambik masa la sikit nak mengepam. Kalau 10 min yg double breastpump dah boleh dpt 5 oz susu. Yg single kene setengah jam tau. Ni utk kes saya mengepam la. Susu tak ada la meriah sgt. Tp alhamdullilah berjaya jugak fully bf ikhlas.

So, waktu mengandungkan Muhammad adalah sebut2 depan hasben nak beli double breastpump. Sbb utama ialah nak cepatkan proses mengepam. Tak nak bazir masa pump sebelah2. Pump dua2 terus. Hasil dpt dlm masa yg sama. Kata anak dah ramai. So masa tu penting sgt2 pada saya utk uruskan ank2, rumahtangga jugak kerjaya.

Tp, saya biasa la kan. Cakap2 je. Beli tu tak pun. Tambah2 dah ada medela swing, so tak ada la kalut sgt nak beli yg lain. Fikir2 balik tak pe la. Pandai2 la manage masa sendiri nanti walaupum dalam hati teringin.

Tup2, sekarang hasben dah hadiahkan. Suka ok. Tak tahu nak ckp. Tak kan nak lompat bintang plak kan. Sengih2 je la sepanjang hari dpt tu. Kesimpulan dr kisah ni ialah saya kene harus lebih gigih memastikan Muhammad dpt saya susukan sepenuhnya sehingga umur Muhammad 2 tahun. Kalau time ikhlas saya mampu buat kenapa tak utk Muhammad kan. Caiyok noora...hihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...