Monday 30 March 2015

birthday ::: sofia 6 tahun & mama 32 tahun

Salam...

Bulan Mac dah nak melabuhkan tirai... Pantasnya masa. Rasa baru je sambut tahun baru. Usahkan bulan berganti bulan terasa cepat. Hari berganti hari pun terasa cepat sgt2. Kalau dulu, tempoh masa dari pagi sampai tengah hari sebelum p sekolah terasa mcm2 boleh buat. Kenapa la sekarang saya rasa tempoh masa yang sama, saya hanya sempat kemas rumah, masak, urus ank2 dan mengajar ank2 sekejap. Nak rest sekejap sebelum p kerja pun tak sempat. Tu pun kadang2 ada yg skip tak masak..ada skip tak mengajar ank2. Ada skip tak mengemas rumah. Ntah2 saya tak pandai manage masa. Sobsob..

Dah melalut, cerita birthday sofia dulu lah. 20 jan 2015. Ambik ko. Bulan januari punya cerita. Anak sulung kesayangan saya ni dah 6 tahun usianya. Tahun depan dah darjah satu. Dah tua mamanya. Tahun ni tak ada majlis dirumah. Tak ada sambut besday bwk p holiday ke apa. Permintaan kakak nak sambut besday kat sekolah. Tahun last di zaman pra sekolah. ok la.Mama dan abah bagi peluang kakak merasa sambut besday bersama kawan2 di Little Caliphs. Persediaan yg simple dan last minute. Just beli sebiji kek, air kotak dan pop corn. Pop corn ni saya tempah dengan adik kwn sekerja. Nasib baik dia sanggup buat 80 bekas pop corn dalam masa yang singkat. Mlm tempah. Pagi esoknya dpt. Pantas dan puas hati. Hihi.

kek frozen permintaan sofia.

tak sabar nk potong

tercapai hajat kakak nak sambut besday dengan teacher dan kawan2

piss sikit

suap teacher

teacher ayu plak

alhamdulillah. sampai hajat puteri kesayangan walaupun persiapan last minute
Now cerita bulan 2 plak. Besday mama. Tak ada persiapan or apa2 kejutan pun. Almaklumlah besday jatuh hari bekerja. Kebetulan mak dan ayah saya ada kat rumah. Ayah saya belanja sate haji samuri sempena besday ank yg dah tua bangka ni. Hihi.

Dari suami apa plak?Hebat abang tahun ni. Hadiah hantar ngan email je. miahaha.. Korang tahu apa? Jap nak tunjuk..

Tu dia....p spa wei.. hihi.... tq la bang... ni besday bulan 2...nak masuk bulan 4 tp tak p pun lg. Jgn lepas due date dah


Paling best ada lg. Ini mmg best la. Nampak sgt bini makin mengembang. Korang tahu my lovely hasben bg apa.. ambik tengok

Sy nak large kan gambar pun malu sbb terasa diri semakin gemuk. Miahaha...

Apapun tq bang. Suka je hadiah apapun. Asal hadiaj semua senyum sampai telinga. Penimbang pun penimbang la. Hari2 timbang berat. Ok la. Ada la jugak semangat nk diet lepas ni benda alah ni. Hihi..

Ok tu je cerita besday saya dan sofia. Ringkas dan padat yg penting catat..











IKLAN LEARNING TOYS

Utk order:
WhatsApp 0199189016 
Email : tunkunoora83@gmail.com

Shape sorter rm20
postage rm6


Rm19
postage rm6


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...