Saturday, 29 November 2014

Ihtifal Little Caliphs Sofia & perkembangan anak2

Salam..


1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

Amboi ko ni noora. senyap2 tup2 potong list nombor 11 dan nombor 13. hihihi. Sori ye, gabung sekali la. Senang cerita. 

Sebelum start mengarang ni, termenung gak sekejap. Tertanya tanya, bila plak muhammad demam time 3 bulan tu? Hahaha. Lupa habis dah eh. Muhammad dah nak masuk 6 bulan 10 disember ni. Ambik ko. 3 bulan saya tak mengupdate apa2 pasal muhammad, ikhlas dan sofia. Sibuk bebenor beranak 3 ni kan. Jgn tak tahu. Mmg sibuk. Lain tau jaga 2 org ngan jaga 3 orang. Ada org kata, kalau nak mudah lagi, tambah lagi sorang jadikan 4. Perhhh.... Dalam sibuk2 pun ada sinar bahagia melihat pembesaran ank2 di depan mata.

Bermula dengan kakak yg sulung. Ahad lepas merupakan hari Ihtifal Little Caliphs Sofia. Buat di Muzium Negara. Bergabung dengan 3 lagi cawangan Little Caliphs yg lain. Penuh la dewan dengan ibubapa dan kanak2 rebina. Macam2 ragam. Seronok sgt2.

 Utk majlis Ihtifal ni, setiap LC akan hantar student2 mereka membuat persembahan. Boleh dikatakan semua student harus involve la. Baik umur 4 tahun mahupun 5 tahun. Oh..lupa, Ihtifal sofia ni sesi ptg. Sesi pagi utk student 6 tahun so tak dpt tengok la persembahan ank2 6 tahun. Tp persempahan 4 dan 5 tahun ni pun penuh mencuit hati. Berbakat sungguh. Budak2 kalau dilatih mmg boleh jadi hebat. Team 5 tahun sofia bt persembahan kisah sejarah Raja Muhammad Al Fateh. Pegang pedang je watak sofia. Hihi.

Lepas akhir persembahan, parents boleh ambik ank2 di belakang stage. Saya ni dengan semangat bgn nak p ambik kakak. Smp2 je,  teacher sofia kata tak boleh ambik lg sofia sbb dia dpt award. Perh... award ko. Bling2 mata saya..meloncat2 jantung ni tau. Eh..dah mcm ko nak dpt award. Ye la tengok dlm atucara majlis tu mmg ada penyampaian award ni. 3 award je utk setiap umur. Tak terfikir pun milik ank sendiri kan. Sy masuk plak dlm dewan ngan muka tersengih sengih. Hihi. Ckp kat hasben sofia dpt award.

Tiba saat penyampaian award tu, saya yg terlebih berdebar tau. Ada 3 award utk setiap umur. Best reader award for malay reading, best reader award for english reading dan satu lagi best akhlak award. Mana satu milik anak ku ini. Sekali sofia diumumkan best reader award for malay reading. Time kakak melangkah masuk ke stage seiring dengan panggilan nama Nur 'Ain Sofia Bt Mohd Faizul, sy dah mula rasa nak menitik air mata. Ya Allah syukur padaMu. Kerajinan kakak belajar ada hasilnya. Sy akui sofia mmg rajin dan minat sgt belajar. Jarang menolok kalau disuruh belajar. Alhamdulillah ini hasil kakak syg. Kakak buktikan yg kakak mmg cemerlang. Tahun depan kene kekalkan ye. Hati ibu mana tak tersentuh melihat kejayaan ank2 kan. Moga kekal cemerlang dunia dan akhirat. Amin.









Habis cerita terbaru kakak sofia. Sekarang masuk cerita abg teh si amar ikhlas. Lagi beberapa hari abg  teh nak menyambut besday yg ke 3 tahun. Cepatnya la masa berlalu kan. Korang mest dah lama tak tengok gambar terbaru abg teh kan. Nah..saya tempek kat bawah ni.


Tu dia hansem boy saya. Hihi. Besar punya. Mulut macam makcik2 tau. Suka merajuk macam pompuan. Manja kededek. Jenuh la bini ko nak pujuk ikhlas oi.
Alhamdulillah ikhlas ni perkembangan dia advance sikit dr sofia. Eh2..tak boleh banding2. Ok2. Setakat ni kalau suruh belajar ok la. Nak jugak la dia mengikut walaupun bertahan 10 minit je. Hihi. Yg penting belajar sambil main mmg syok apa. Sekarang menyepak bola, mengimbang bola dan mengayuh basikal dah boleh sgt2 la. Tak ada nak risau apa pun sbb perkembangan dia sesuai la ngan umur. Bercakap je lebih advance dr umur.. hihi.. geram kalau lawan bercakap ngan dia tau. Tapi bila dia tidur mulala rasa rindu..hihi..

Sebelum berakhir, kesian muhammad ni. Lama mama tak cerita pasal dia. Ok. Sy tempek jugak gambar terbaru hero ke 2 saya muhammad hadif.



Erm..bilang hari je lagi muhammad nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah masih minum susu ibu sepenuhnya. Bermaksud juga tak lama lg muhammad dah boleh mkn. Dah berapa minggu saya ni duk fikir menu pertama muhammad. Mcm2 rasa nak buat. Melampau kan. Hampir 6 bulan muhammad hadir memeriahkan family kami dan menjemput rezeki utk kami. Dia pun tak la meragam sgt. Baik muhammad ni. Awal2 hari tu tak berapa nak tidur siang tp sekarang dah ok je. Sekarang dah pandai balikkan badan, baru belajar nak menjulur dan pandai berguling hindustan dah. Cute sgt.















IKLAN
Whatsapp 0199189016 utk order


Wednesday, 19 November 2014

learning toys:::threading puzzle

Salam..

Copy paste dr fb saya:

Sebelum tdo jom baca karangan pjg sy...meh sy nak share sesuatu.. bisnes pun bisnes jugak. Sy nak bisnes bukan nak kaut keuntungan sgt pun. Tp sbb minat sy pada learning toys ni.

Ok, mlm ni teringin la nak share sedikit pengetahuan. Kalau korang guna, boleh sy dpt saham akhirat kan.. past tu korang bgtahu org ln plak..lama2 kita share sama2 pahala..

Sy mmg minat dgn pendidikan awal kanak2 ni. Time sofia umur 3 tahun, saya masukkan dia ke playgroup. Time tu ada org yg kata terlalu awal la nak sekolahkan ank2 dan ada org yg teruja nak join sekali masukkan ank ke playgroup. Sy tak kisah pun org nak  ckp apa. Yg penting sy nak ilmu. Playgroup yg saya join ni sekali seminggu je dan mmg ibu bapa kene beraktiviti dgn ank2. Yuran boleh tahan gak la. Tp sy rasa berbaloi sbb ilmu di playgroup sy boleh ajar pada adik2 sofia...sy dpt byk idea dan pengetahuan baru..now sedikit sy nak share ngan korang semua salah satu aktiviti yg saya pernah buat di playgroup.

Sebenarnya, aktiviti ni korang boleh je buat sendiri guna kertas dan tali. Past tu suruh ank2 masukkan tali pada lubang2 yg korang buat. Korang ambik masa. Pastikan masa yg diambil semakin singkat setiap kali percubaan dibuat. Contohnya 1st try ank2 berjaya masukkan tali ke dalam lubang selama 20 saat. 2nd try kene pastikan dia boleh masukkan tali ke dlm semua lubang kurang dr 20 saat. Kenapa??? Ok..disini la kita nak melihat tahap ank2 kita fokus dan tahap koordinasi tgn serta mata. Korang tanya plak...kenapa pentingnya fokus??

Korang tahu.. cikgu di playgroup buat semua aktiviti mmg menekankan fokus. Sbb ank yg fokus adalah ank yg mudah belajar serba serbi. InsyaAllah mudah menerima ilmu. So jgn pandang ringan dengan permainan2 simple ni. Sebenarnya amat2 berguna..

Ok.. td smp stok mainan baru.. teruja saya bila terpandang kotak ni. Puzzle with rope.  Siap ada lubang2 lagi. Sukanya hati sy sbb permainan yg saya idam2kan utk ank2 dah ada depan mata. Sy ni bekerja. Mmg kurang masa nk diy sendiri mainan2 melatih fokus ni. Bila ada ni seronok smp rasa tak nak tdo dulu. Nak gak share ngan korang semua.

Puzzle with rope ni dtg ngan kotak penyimpanan yg comel.. ada 4 gambar. Material kayu. Kalau ank ramai tak payah berebut. Setiap sorang akan dpt satu gambar, satu puzzle dan satu tali. Jimat dan tak mudah hilang sbb kita leh simpan elok2 dlm kotk...lagipun puzzle tu ank2 kita akan ikat ngan tali so tak bersepah.. sy dah beli utk ank2 saya.. hasilnya mmg best la kan.. stok ada 6. Saya dah sambar satu.. so ada 5 lagi.. apa lagi.. order la kan..

Rm35 je...
Whatsapp: 0199189016


Friday, 14 November 2014

learning toys::: magnet 123

Salam..

Copy paste dr fb saya:

Ok...karangan saya lg..haha...
Korang buat apa ngan ank2 pg ni...
Sy ni mmg busy ngan kerja sek tp bila ank dah bgn mmg tak leh nak fokus pada kerja2 sekolah...utamakan ank2 dulu la..thari nant nak bersiap p sek plak kan...seharian tinggal ank kat pengasuh...ok..so spend masa 15 min je..tak payah lama2..

Pagi ni subjek math utk ikhlas...dah bosan giler ngajar si ikhlas guna buku2 ni..ubah bbm plak..saya ni memilih gak brg2 yg nak guna utk ajar ank2..sekali ternampak magnetic 123 ni..terus dpt idea bt mcm ni..byk xtvt la boleh buat..ramai yg tanya nk buat apa..letak kat peti ais ke??dr letak kat peti ais baik korang guna utk pembelajaran ank2.. seronok ikhlas..walaupun lain kira lain nombor letak dlm kotak jawapan..hihi...ala belajar sambil main kan..sekurang kurangnyanya dia faham dan lama2 insyaAllah boleh la tu...

123 magnet ni senang simpan..tak nak guna masukkan balik dlm board dia tu..tak mudah terlerai pun...

Rm10 je korang...warna warni..ada magnet..n mudah simpan..




Harga: rm10
whatsapp: 0199189016
email: tunkunoora83@gmail.com

Wednesday, 12 November 2014

the first e book for children and kinetic sand

Salam....

Lama giler menyepi...tiba2 keluar citer ebook n kenetic sand..

Ok ampun maaf dipinta dulu ye..saya menyepi bukan tak rindu kat blog..bukan tak rindu kat deko2..bukan tak rindu nak cerita perkembangan ank2 dan bukan jukak sbb tak rindu kat korang..RINDU YANG AMAT..
 Tp buat masa ni sy menyepi kerana duk terlebih fokus pada bisnes learning toys.

Nak dijadikan cerita, sy mulakan bisnes ni hampir 2 bulan. Hasilnya amat2 menggalakkan. Dlm masa 2 bulan saya dah ada 11 org dropship.. busynya nak handle droship dan nak handle customer sendiri..alhamdulillah rezeki Allah...mmg kene pandai manage masa utk rumah tangga..ank2...kerja serta bisness ni..alhamdulillah sekali lagi Allah permudahkan semua cuma kene abaikan blog sementara waktu..jgn marah ye...

Hari ni rasa nak sgt update dlm blog. Sebenarnya byk learning toys yang saya jual..utk permulaan di blog ni saya letak 2 item terbaru yg sampai..

1) The Fisrt Ebook for Children













Harga pasaran antara rm65 ke rm75
HARGA KAMI CUMA RM55

Jom kita teliti sekejap...
The  first  E book for Children
*buku dengan 2o0m/s
*mempunyai audio
*mengandungi 2 bahasa iaitu bahasa arab dan bahasa inggeris
*mempunyai butang muzik yg mengandungi pelbagai lagu kanak2
*mengenal huruf
*mengenal kenderaan
*mengenal buah buahan
*mengenal haiwan
*mengenal nombor
*mengenal bentuk dan warna
*belajar cara2 berwuduk dan solat beserta bacaan2 dalam solat
*doa2 harian
*bacaan ayat2 suci Al Quran yg terpilih
  Borong ye...beli byk ada diskaun lg..

2) kinetic sand




Kegunaan kinetic sand

*membantu perkembangan deria anak2
*membantu perkembangan psikomotor ank2
*membantumeningkatkan imaginasi anak

Rm55shj

Kalau anda berminat whatsapp je nora:0199189016

Boleh jugak follow page dan ig nora..

Sebenarnya dah lama sy nak share ngan pembaca blog anak mama manja ni. 2 bulan sy taburkan anak2 dengan learning toys. Hasilnya ank2 sy dah tak mintak ipad..tak tengok tv tp minat nak belajar tu teramat tinggi..rasa bersyukur sgt2. Sy mmg tak sabar nak cerita perkembangan ank2 sejak saya perkenalkan kearning toys ni. Ala2 keajaiban jugak la. Syukur ya Allah mempertemukan saya jalan dan menurunkan rezeki pada saya sekeluarga..amin..

2 item kat atas tu antara yg saya belikan pada ank2.. terbaik sgt.. korang pun patut ada tau...beli ye..murah sgt2 tu. Saya bisnes sambil nk menolong korang jugak..untung sikit2 je.. yg penting semua ibu2 dpt permainan yg berfaedah utk ank2...order tau..whatsapp laju2 ye..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...