Monday, 27 June 2016

Deko::Ubah Suai Ruang Dan Console table

Salam Ramdhan semua..
Kita diambang akhir ramadhan dah kan. Cepatnya masa. Terasa sayu nak menjalani hari2 akhir ramadhan. Bulan penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan rezeki, bulan ibadah dilipat gandakan. Special sungguh bulan ni. Waktu zaman kanak2 dulu, kalau boleh bulan puasa ni nak je cepat2 berlalu sbbnya lagi seronok nak raya. Bila dah tua ni, kita mesti mengharapkan sepanjang tahun ialah bulan ramadhan kan. Banyaknya ganjaran pahala kita boleh kumpul pada bulan ni.
.
.
Berbuka hari ni sy tak masak. Sofia dah 2, 3 hari mintak berbuka kat pizza hut. Dia punya ulang merayu rayu sampai naik bosan sy dan suami. Akhirnya bwk la jugak. Saya ni tekak orang kampung.Kalau boleh berbuka nak makan nasi berlauk. Pizza ni boleh je sebenarnya tp tekak ni tak berapa nk terima roti2 ni. Kalau p lepas mkn nasi ok la. Tu pun saya ambik la sekeping dua pizzanya. Makan ala kadar. Biasa p pun lepaskan hajat ank2 . 
.
.
Permintaan sofia bukan takat nk berbuka kat pizza tp nak kek jugak. Dia tuntut kek besday adik muhammad dan abahnya. Aduhai ank. Besday sape ni. Abah dia layankan aje.Kesian kakak puasa katanya. Jadi secara tak sengaja kami  tersambut besday abah dan adik muhammad. Sekali ngan besday adik ipar yg bulan jun jugak. Adik ipar saya ni mmg duk ngan kitaorg.Kerja ngan suami saya. Jadi berbuka dan celebrete besday la kami hari tu. Nampak riak muka gembira kakak.
.
.

Berbalik pada cerita console table. Jauh melalut tadi. Ok,utk pengetahuan korang,sy dah tukar kedudukan ruang mkn saya sebelumn ni ke ruang menonton. Kira tukar suka sama suka. Huhu.. Meh nak tunjuk gambar.
.
.

.
.
Inila rupa baru ruang makan saya.Sesimple boleh sy nak utk ruang ni. Cermin yg bwh jam tu, sy alih je dr ruang mkn sebelum ni kesitu. Tempat cermin tu dulu adalah tempat kami gantung tv. Disebabkan nampak kosong, sy pun beli la console table. Still mencari yg simple2.Kan dah tua,tak suka sarat2.Haha..Ada kaitan ke.
.
.

.
.
Inila rupa ruang menonton baru saya. Dulu sini ialah ruang makan. Ikhlas cakap.Mmg nampak luas dan lapang rumah bila ubah 2 ruang ni. Ruang tamu? Still pada kedudukan lama cuma ubah stool shj. Nah tengok gambar.
.
.

.
.
Sama je dengan yang dulu, cuma stool merah tu sebelum ni saya letak dekat ruang tepi tangga kan. Sekarang saya tukar.Wing chair sy ubah ke ruang tepi tangga manakala stool merah letak kat tempat wing chair sebelum ni. Kesannya semakin luas ruang tamu. Haha. Kan nk konsep simple dan lapang.
.
.
Bercerita pasal console table, actually ni bukan console table pun. Kalau ikut nama kat ikea namanya meja komputer. Hikhik. Saya plak duk bekenan sbb simple dan boleh matching ngan rak ikea yg ada kat ruang menonton.Dia plak memanjang gitu. Dari mata saya rasa mcm boleh je buat console table. Harga plak murah.Apa lagi rembat jela. Bila letak,not bad ok.Cantik jugak.Dimata saya la.So selesai masalah ruang kosong bila ada console table ni.
.
.

.
.
Hah 2perabot ni la yg saya nak matching kan tu.Dua2 dr ikea.Konsep kosong.Kihkih..
.
.
Okla..Nak sambung pasang wallpaperkat dapur ni. Baju Zalora sy pun baru sampai jap2baru. Tunggu next entry utk tahu pasal 2 kisah ni ye.Utk pengetahuan korang, entry ni sy taip dr hari khamis lepas tau.ni main sambung je. Jadi redho jela ye...kuikui..

31 comments:

  1. Simple, kemas dan cantik sangat!! Dah ready tuk raya ni..

    ReplyDelete
  2. salam ziarah blog sis..

    cantik rumah sis..kemas dan simple.. x kisah macam mana pun deko rumah kita...walau tak berapa di mata orang lain, janji di hati kita ada kebahagiaan...tu dah memadai... :)

    ReplyDelete
  3. Congratulations on your article, it was very helpful and successful. f33b99f5c990b0cbf4d4e380d65a562c
    sms onay
    website kurma
    numara onay

    ReplyDelete
  4. Thank you for your explanation, very good content. c571cf77cf38379c13178b35a5cd575f
    define dedektörü

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...