Friday, 4 July 2014

Ruang tamu dan ruang makan

Salam ramadan..

Alhamdullilah masih diberi kesempatan bercerita di dalam blog walaupun masih berpantang hari ke 25. Curi2 menaip time ank2 tidur. Tp nak habiskan satu2 cerita tu mest satu or dua hari baru siap. Huhu. Bila si baby bangun, keutamaan mesti pada baby. Paham2 je la baby. Menyusu kerap. Si mama pun menaip kene berhenti2 la. Bersambungnya pun kerap la. Si kakak dan abg baby pun perlu perhatian jugak. Bertambah lagi dugaan nak siapkan cerita. Tak masuk lagi mak dia kene bertungku bagai. Lagi2 la menyebabkan cerita akan bertangguh.

Tak pe. Tak pe. Yang penting siap kan. Asal ada coretan untuk kenang kenangan masa depan. Ok stop la cerita pasal kesibukan diri. Ni nak cerita pasal ruang tamu dan ruang makan rumah saya. Korang mesti dah boring kan. Asyik citer benda sama.
 Bukan ada perubahan pun. Tak kisah la korang boring pun. N3 kali ni semata2 nak masuk cabaran susun atur sioca. Nak tahu lebih lanjut, korang klik je kat gambar bwh ni.


Ok. Jom kenal ruang di rumah saya. Rumah saya ni berkonsepkan open kitchen. Bukak pintu utama nampak keseluruhan ruang rumah. So sy awal2 dah tutup dapur saya dengan tempah display cabinet utk memudahkan saya membahagi ruang2 di dalam rumah. Nak lebih jelas meh2 lihat gambar kat bwh.


Gambar 1 merupakan keadaan asal rumah saya sebelum sebarang ubah suai dibuat. Mmg konsep terbuka terus. Sbb tu saya tempah divider dan display cabinet mcm dlm gambar no 2. Tujuannya utk membeza kan ruang dapur dengan ruang2 lain. Hasil dari pembinaan divider dan display cabinet tu, saya berjaya mewujudkan 4 ruang di rumah sy yg hanya berkeluasan 20x70 kaki ini. Ruang2 tersebut ialah ruang mkn (gambar 2), ruang tamu (gambar 3), ruang menonton (gambar 4) dan ruang tepi tangga ( gambar 5).

Now, korang dah leh bayang keadaan sebenar rumah saya. K. Mula2 sy nak kenalkan ruang tamu saya dulu.


Kedudukan ruang tamu ni  bersebelahan dengan ruang tepi tangga. Saya hanya ambil 10x10 kaki ruang untuk mewujudkan ruang tamu simple ni. Saya just letakkan sofa panjang bewarna coklat dan kerusi rehat bewarna krim utk dipadankan dengan langsir yang saya gabungkan dengan 2 warna.  Sy memillih langsir kosong tanpa sarat dengan manik2 supaya dpt mewujudkan ruang yang ringkas dipandang mata. Bantal kecil yang bewarna kelabu serta bangku ubewarna biru gelap saya selitkan di dalam ruang tamu saya supaya dapat dikombinasikan dengan warna karpet dan warna dinding di ruang menonton dan ruang tepi tangga. Bantal panjang pink atas sofa saya letak utk melahirkan warna kontra bg mengelakkan ruang ni nampak suram. Meja kopi berbentuk bunga sakura yg ada di ruang tamu ni bg sy dpt menampak kan reka bentuk moden. Tak lupa daun2 hijau. Sy mmg peminat daun2 hijau. Bg saya sedap di pandang mata.

Fuh..bila baca balik nak tergelak la plak. Mcm la pandai sgt mendeko.haha.. nak termuntah pun ada. Biar la..korang jgn muntah lagi ye. Sy sambung ruang mkn plak ni.. hihi..



Ini ruang mkn. Susun aturnya pun simple je. Simple tu fokus utama saya. Meja mkn murah ni syg beli sebelum sy pindah ke rumah ni lagi. Kerusinya tak ada pelapit mulanya, saya beli utk padankan dengan bantal kecil di sofa ruang tamu. Warna tambahan di ruang mkn ni ialah merah. Kalau korang perasan di ruang menonton dan ruang tepi tangga, saya ada letakkan warna merah utk pintu stor, bangku pjg dah pemegang tangga.  So, utk ruang mkn, sy cuba letakan warna merah utk karpet dan jam dinding. Cermin ikea tu plak bg sy boleh menampak kan rumah kecil saya kelihatan lebih besar. Perhiasan di atas display cabinet pun saya susun agar tak nampak sarat. Pasu hijau dengan sekuntum bunga di atas meja mkn mmg sengaja saya letak sbb sy mmg suka kehijauan. Ada kaitan ke ek? Tak pe la...asal  nampak cantik di mata saya.

Itu saja perkongsian saya. Mata dah ngantuk..jom tidur semua..mlm nant nak bgn susukan baby plak..bye..


7 comments:

  1. umah saya pon jenis open... lurus je sampai kedapur.. huhu..memang pembahagi ruang penting kan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la...kalau tak ada pembahagi ruang mmg lurus bendul la rumah kan..hehe..

      Delete
  2. Suka divider tu.. dwi fungsi.. boleh letak barang hiasan sekali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erm..tu la..kalau tak ada mesti tak ada hiasan rumah sy ni..hehe

      Delete
  3. ayat2 nora ni mcm tgh baca majalah dekorasi rumah...semua pilihan deko ada justifikasi yang menarik...tak rugi baca...byk bermanfaat..sukaa!!! :))

    ReplyDelete
  4. Assalam..sis..display cabinet tu bape kos nya ye..=)

    ReplyDelete
  5. cantiknya rumah. boleh tahu keluasan ruang makan rumah puan? ruang makan saya 10 kaki x 7 kaki. macam sempit je nak letak meja makan :(

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...