Tuesday 23 September 2014

perkembangan muhammad 2 bulan

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

Entri yg saya berminat nak update hari ni ialah entri dr list yg ke 3. Kalau korang perasan list tu dah bertambah. Jenuh nak habiskan. InsyaAllah cuba untuk update.


Berat muhammad 2 bulan mmg naik byk sgt. Dr 3.6kg sewaktu 1 bulan, naik smp 5.1kg waktu 2 bulan. Membesar bagai juara dengan susu ibu. Hehe. Dah pandai senyum tp mcm tak fokus sgt la. Senyum tak tahu sebab. Kadang2 buat muka sedih pun tak tahu sebab. Pertuturan plak just keluar bunyi2 je. Nampak mcm nak tegur kita tp suara duk "aaaa". Pergerakan masih terlentang je. Kaki dan tangan bergerak gerak la tp mengiring tak nampak gaya lg. Penglihatan dan pendengaran pun dah advance dari 1 bulan. Bila saya gerakkan mainan yg ada bunyi dan mainan yg warna warni, dia duk pising kiri kanan atas bawah tengok maianan tu..Huhu.  Time 2 bulan jugak, muhammad demam jangkit dengan ikhlas. Kesian sgt. Batuk pun bunyi mcm kucing batuk..Alhamdullilah lepas 2 hari baru sembuh.

Sunday 7 September 2014

Ruang Menonton dan Ruang Tepi Tangga ::: Cat dinding baru

Salam..

Jam 1.40 pagi. Tak heran dah berjaga sampai pagi sekarang. Muhammad jenis tidur malam. Siang dia tidur sekejap2. So segala jadual kemas rumah, membasuh, memasak dan segala mak nenek kerja rumahtangga saya terpaksa buat malam. Si Muhammad ni start tidur pukul 8 mlm, kemudian bangun2 subuh esok plak. Jaga nak susu dalam 3 jam sekali. Bahagia sgt2 la saya di malam hari tapi agak sengsara di siang hari. Tak boleh buat apa. Berkepit ngan muhammad dan abg kakak dia je la. Kesimpulannya masa bersama anak2 saya lakukan di waktu siang. Mengaji, hafazan, mewarna, membaca, melukis, menyanyi, mengira dan mcm2 aktiviti sy spend di siang hari bersama 3 cahaya mata saya tu. Bila muhammad nak susu, sy baring dan time tu la terlelap sekejap2 ngan Muhammad. Tu pun dengar je si sofia dan ikhlas duk aktif bermain. Namapun ibu. Tidur2 ayam je la. Asal boleh hilang penat jadila.

Melalut ok. Korang pun tak kuasa nak membaca or nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak pe la. Just nak bagitau betapa tak ada masanya nak update blog. Siang ngan ank2. Malam ngan kerja rumah. Lewat malam dah letih so nak tdo la kan. Tp malam ni ter over rajin sikit. Cerita ringas2 je. Asal isinya padat. Hehe.

Lepas raya seminggu, sy dan ank2 ikut hasben balik kajang. 2 bulan tak jumpa rumah. Rindu jugak la kat rumah sendiri. Lama sgt kan duk kampung. tp bila lg nk duk lama2. Time ni ler. Lepas ni tak ada peluang dah.

Baru2 ni, hasben duk cakap2 yg dia bosan dengan warna cat dinding area ruang menonton dan ruang tepi tangga. Saya ni diam je. Dah la 2 bulan tak jumpa rumah. Balik mcm2 nak kene kemas. Dengan hari raya lagi kan. Ank2 yg mcm2 ragam lagi. So malas nak fikir cat2 baru ni. Maintain kemas yg ada ni pun dah ok sgt2 dah rasanya. Tp siapa2 pun tak ada boleh menghalang kerajinan si hasben ni. Nak cat sgt. Cat la bang. Lagi syg suka. So warna baru kami thn ini adalah seperti di bawah. Jom saya belanja gambar wajah baru ruang menonton dan ruang tepi tangga saya.






Baki hutang entry:
1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table dan kerusi ikea
7. Cermin mydin dan karpet meter1
8. Rak buku family hall
9. cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan anak2
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...