Sunday, 7 September 2014

Ruang Menonton dan Ruang Tepi Tangga ::: Cat dinding baru

Salam..

Jam 1.40 pagi. Tak heran dah berjaga sampai pagi sekarang. Muhammad jenis tidur malam. Siang dia tidur sekejap2. So segala jadual kemas rumah, membasuh, memasak dan segala mak nenek kerja rumahtangga saya terpaksa buat malam. Si Muhammad ni start tidur pukul 8 mlm, kemudian bangun2 subuh esok plak. Jaga nak susu dalam 3 jam sekali. Bahagia sgt2 la saya di malam hari tapi agak sengsara di siang hari. Tak boleh buat apa. Berkepit ngan muhammad dan abg kakak dia je la. Kesimpulannya masa bersama anak2 saya lakukan di waktu siang. Mengaji, hafazan, mewarna, membaca, melukis, menyanyi, mengira dan mcm2 aktiviti sy spend di siang hari bersama 3 cahaya mata saya tu. Bila muhammad nak susu, sy baring dan time tu la terlelap sekejap2 ngan Muhammad. Tu pun dengar je si sofia dan ikhlas duk aktif bermain. Namapun ibu. Tidur2 ayam je la. Asal boleh hilang penat jadila.

Melalut ok. Korang pun tak kuasa nak membaca or nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak pe la. Just nak bagitau betapa tak ada masanya nak update blog. Siang ngan ank2. Malam ngan kerja rumah. Lewat malam dah letih so nak tdo la kan. Tp malam ni ter over rajin sikit. Cerita ringas2 je. Asal isinya padat. Hehe.

Lepas raya seminggu, sy dan ank2 ikut hasben balik kajang. 2 bulan tak jumpa rumah. Rindu jugak la kat rumah sendiri. Lama sgt kan duk kampung. tp bila lg nk duk lama2. Time ni ler. Lepas ni tak ada peluang dah.

Baru2 ni, hasben duk cakap2 yg dia bosan dengan warna cat dinding area ruang menonton dan ruang tepi tangga. Saya ni diam je. Dah la 2 bulan tak jumpa rumah. Balik mcm2 nak kene kemas. Dengan hari raya lagi kan. Ank2 yg mcm2 ragam lagi. So malas nak fikir cat2 baru ni. Maintain kemas yg ada ni pun dah ok sgt2 dah rasanya. Tp siapa2 pun tak ada boleh menghalang kerajinan si hasben ni. Nak cat sgt. Cat la bang. Lagi syg suka. So warna baru kami thn ini adalah seperti di bawah. Jom saya belanja gambar wajah baru ruang menonton dan ruang tepi tangga saya.






Baki hutang entry:
1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table dan kerusi ikea
7. Cermin mydin dan karpet meter1
8. Rak buku family hall
9. cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan anak2

4 comments:

  1. cantik.. nampak terang dan ceria bila macth dgn dua tiga ketul brg yang merah menyala.. bole tau x.. apa kod cat tu dan cat jenis apa?.. cam terhingin nak cat warna tu gak :-)

    ReplyDelete
  2. sesekali tukar angin kan besh kan... nampak lah seronok sikit mata nak pandang.. :)

    ReplyDelete
  3. wahhh naik seri terus ruang ni...pandai laa main ngan kaler,,,kagum!!

    ReplyDelete
  4. asyik sama je la kita ni....(bukan dalam bab mengemas la tapi....hehe)...tu ha.....Si Muaz saya pun sama, tido siang kejap2 sangat, malam tido tak sedar diri, susu pun mama dia kena kejutkan....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...