Happy weekend semua. Banyaknya dugaan minggu ni. Antara yang tak dapat dilupakan sampai akhir hayat ialah sofia terkene air panas. Melecur jugak lebih kurang besar 1 tapak tgn dia kat atas dada. Tak ada mood lagi nak cerita kisah sedih ni. Tunggu elok sikit saya cerita ye.
.
.
Minggu ni jugak pulun siapkan soalan peperiksaan pertengahan tahun. Seminggu gantung kuali dan periuk semua kerana nak fokus buat soalan sains.Stress wei buat soalan sains sekarang. Dengan soalan semua subjektif,nak kene masukkan soalan KBAT bagai. Nak ngeluh lebih2kan ada parents kata cikgu byk ngeluh. Silap2 buat ayat suruh kita berhenti kerja sbb byk ckp sgt. Sesungguhnya hanya Allah tahu keikhlasan hati seorang guru dlm mendidik ank2 muridnya.
.
.
Lupakan 2 perkara diatas. Hari ni ada berita gembira.Educational toys dari china dah smp. Balik dari satu program kat sekolah tengah hari tadi terus dpt suprise kehadiran 2 kotak besar dpn ruang tamu. Alhamdulillah hasben bagitau brg2 yg kitaorg order dah sampai. Apapun ni bukan kali pertama brg2 yg kami order dari cina sampai. Banyak kali dah. Banyak lagi dari ni pun ada. Cuma excited sbb baru kali pertama ada masa letak dlm blog sendiri.
.
.
Baru je duk cakap2 ngan hasben pasal stok educational toys kitaorg yg dah semakin berkurang. Kononnya tak sabar nk tunggu brg2 dari cina ni sampai. Nak penuhkan rak2 penyimpanan kami. Saya tak leh tengok rak kosong ni..Jumaat semlm bergegas kami suami isteri dptkan educational toys dr supplier sini kerana memikirkan stok yg lambat sampai dari china. Sekali hari ni dah sampai. Apapun alhamdulillah stok educational toys melimpah ruah.Insyaallah cukup sampai raya aidilfitri nanti. Itu pun rezeki Allah. Allah turunkan dugaan di awal minggu tp Allah permudahkan stok kami dihujung minggu. Nikmat Allah mana harus kita dustai.
.
.
Saya tak tahu apa yg seronok apabila stok sampai. Perasaannya tak sama mcm ambik stok dr supplier sini. Berbunga bunga hati ni tau..
.
.
2 kotak besar menanti untuk dibelah |
ni ala2 poket doremon. dlm dia berkotak kotak lagi. hihi |
hasil |
ko tahu sape paling seronok.tu dia..si budak kecik tu |
si abang apa lagi kerjakan kotak la |
konon muhammad tu buat gaya abah kira stok la kot. |
.
selesai sesi pengiraan stok.Rumah tak payah cakap la. Hancussss... Laju2 kemas bwk p butik kami. separuh bawak butik, suku stok uptown dan suku lagi stok di rumah.
.
.
seterusnya sesi angkut brg2 masuk troli.
tdo ke hasben i ni..hihi |
troli ni tak leh letak byk2 brg. raja muhammad nk duduk |
kuat abah kan.. |
ok.. abah bwk satu troli. mama bwk satu.baru adil |
.
next susun stok. ikhlas ckp ketahanan mental yg kuat mmg perlu time kemas brg. ank2 mmg akan mcm2 kerenah. |