Saturday 29 November 2014

Ihtifal Little Caliphs Sofia & perkembangan anak2

Salam..


1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

Amboi ko ni noora. senyap2 tup2 potong list nombor 11 dan nombor 13. hihihi. Sori ye, gabung sekali la. Senang cerita. 

Sebelum start mengarang ni, termenung gak sekejap. Tertanya tanya, bila plak muhammad demam time 3 bulan tu? Hahaha. Lupa habis dah eh. Muhammad dah nak masuk 6 bulan 10 disember ni. Ambik ko. 3 bulan saya tak mengupdate apa2 pasal muhammad, ikhlas dan sofia. Sibuk bebenor beranak 3 ni kan. Jgn tak tahu. Mmg sibuk. Lain tau jaga 2 org ngan jaga 3 orang. Ada org kata, kalau nak mudah lagi, tambah lagi sorang jadikan 4. Perhhh.... Dalam sibuk2 pun ada sinar bahagia melihat pembesaran ank2 di depan mata.

Bermula dengan kakak yg sulung. Ahad lepas merupakan hari Ihtifal Little Caliphs Sofia. Buat di Muzium Negara. Bergabung dengan 3 lagi cawangan Little Caliphs yg lain. Penuh la dewan dengan ibubapa dan kanak2 rebina. Macam2 ragam. Seronok sgt2.

 Utk majlis Ihtifal ni, setiap LC akan hantar student2 mereka membuat persembahan. Boleh dikatakan semua student harus involve la. Baik umur 4 tahun mahupun 5 tahun. Oh..lupa, Ihtifal sofia ni sesi ptg. Sesi pagi utk student 6 tahun so tak dpt tengok la persembahan ank2 6 tahun. Tp persempahan 4 dan 5 tahun ni pun penuh mencuit hati. Berbakat sungguh. Budak2 kalau dilatih mmg boleh jadi hebat. Team 5 tahun sofia bt persembahan kisah sejarah Raja Muhammad Al Fateh. Pegang pedang je watak sofia. Hihi.

Lepas akhir persembahan, parents boleh ambik ank2 di belakang stage. Saya ni dengan semangat bgn nak p ambik kakak. Smp2 je,  teacher sofia kata tak boleh ambik lg sofia sbb dia dpt award. Perh... award ko. Bling2 mata saya..meloncat2 jantung ni tau. Eh..dah mcm ko nak dpt award. Ye la tengok dlm atucara majlis tu mmg ada penyampaian award ni. 3 award je utk setiap umur. Tak terfikir pun milik ank sendiri kan. Sy masuk plak dlm dewan ngan muka tersengih sengih. Hihi. Ckp kat hasben sofia dpt award.

Tiba saat penyampaian award tu, saya yg terlebih berdebar tau. Ada 3 award utk setiap umur. Best reader award for malay reading, best reader award for english reading dan satu lagi best akhlak award. Mana satu milik anak ku ini. Sekali sofia diumumkan best reader award for malay reading. Time kakak melangkah masuk ke stage seiring dengan panggilan nama Nur 'Ain Sofia Bt Mohd Faizul, sy dah mula rasa nak menitik air mata. Ya Allah syukur padaMu. Kerajinan kakak belajar ada hasilnya. Sy akui sofia mmg rajin dan minat sgt belajar. Jarang menolok kalau disuruh belajar. Alhamdulillah ini hasil kakak syg. Kakak buktikan yg kakak mmg cemerlang. Tahun depan kene kekalkan ye. Hati ibu mana tak tersentuh melihat kejayaan ank2 kan. Moga kekal cemerlang dunia dan akhirat. Amin.









Habis cerita terbaru kakak sofia. Sekarang masuk cerita abg teh si amar ikhlas. Lagi beberapa hari abg  teh nak menyambut besday yg ke 3 tahun. Cepatnya la masa berlalu kan. Korang mest dah lama tak tengok gambar terbaru abg teh kan. Nah..saya tempek kat bawah ni.


Tu dia hansem boy saya. Hihi. Besar punya. Mulut macam makcik2 tau. Suka merajuk macam pompuan. Manja kededek. Jenuh la bini ko nak pujuk ikhlas oi.
Alhamdulillah ikhlas ni perkembangan dia advance sikit dr sofia. Eh2..tak boleh banding2. Ok2. Setakat ni kalau suruh belajar ok la. Nak jugak la dia mengikut walaupun bertahan 10 minit je. Hihi. Yg penting belajar sambil main mmg syok apa. Sekarang menyepak bola, mengimbang bola dan mengayuh basikal dah boleh sgt2 la. Tak ada nak risau apa pun sbb perkembangan dia sesuai la ngan umur. Bercakap je lebih advance dr umur.. hihi.. geram kalau lawan bercakap ngan dia tau. Tapi bila dia tidur mulala rasa rindu..hihi..

Sebelum berakhir, kesian muhammad ni. Lama mama tak cerita pasal dia. Ok. Sy tempek jugak gambar terbaru hero ke 2 saya muhammad hadif.



Erm..bilang hari je lagi muhammad nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah masih minum susu ibu sepenuhnya. Bermaksud juga tak lama lg muhammad dah boleh mkn. Dah berapa minggu saya ni duk fikir menu pertama muhammad. Mcm2 rasa nak buat. Melampau kan. Hampir 6 bulan muhammad hadir memeriahkan family kami dan menjemput rezeki utk kami. Dia pun tak la meragam sgt. Baik muhammad ni. Awal2 hari tu tak berapa nak tidur siang tp sekarang dah ok je. Sekarang dah pandai balikkan badan, baru belajar nak menjulur dan pandai berguling hindustan dah. Cute sgt.















IKLAN
Whatsapp 0199189016 utk order


2 comments:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  2. hihi seronok kan tgk anak membesar...rasa mcm nak jer jadi housewife jaga diaorg....ni jaga separuh masa...moga tetap jadi anak yg berguna insyaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...