Friday, 26 December 2014

AMM Book and Learning Toys Enterprise

Salam semua..

Dah hampir 4 bulan saya dan suami menjalankan bisnes menjual buku dan mainan pembelajaran. Alhamdulillah  sambutam teramat menggalakkan. Rezeki muhammad mungkin.

Idea ni datang tiba2. Ye la. Idea pun dari Allah kan. Dr suka membeli mainan pembelajaran utk anak2 smp la tahap rasa nak cuba jual online kecik2 dulu coz nak tengok sambutan org mcmana. Dalam otak ni terfikir. "Kalau aku jual dpt untung sikit2 pun tak pe. Anak2 dpt mainan free. Past tu dpt bantu org2 kat luar sana yg ada minat mcm aku gak. Ye la ada parents nak mencari learning toys tp tak tahu kat mana. Kalau boleh bantu diaorg lagi best kan".

Kenapa learning toys?
Ok jawapan dia sbb saya minat dan saya nampak perubahan pada anak2. Pelbagai aktiviti kita boleh buat untuk anak2 menggunakan learning toys ni. Ya Allah..terasa seronok sgt spend masa dengan diaorg. Gajet? Mmg tolak tepi tau. Saya tak iklan tp mmg kenyataan. Sy tak ckp gajet tak elok. Mana mungkin nak pisahkan ank2 sekarang dengan teknologi. Cuma kita parents la kene pandai mengatur jadual ank2. Pendedahan yg tak melampau pada gajet. Tp kalau melampau lampau pendedahan pada gajet pun tak elok jugak. Bg saya menolak terus gajet pun bukan cara yg sebaiknya. Cuma parents kene atur jadual yg elok.

Sejak learning toys melimpah2 kat rumah. Amboi..melimpah ko..hihi.. sofia dan ikhlas mmg menunjukkan minat dlm pembelajaran. Main sambil belajar adalah sesuatu yg fun sgt. Ngan mama diaorg seronok. Rasa mudah mengajar menggunakan learning toys. Belajar math, belajar cara2 solat, belajar menegenal huruf, buat hafazan semua boleh guna learning toys. Cuma parents je kene kreatif mcm mana nak pelbagaikan aktiviti. InsyaAllah saya akan kongsi pengajaran dan pembelajaran saya bersama ank2 dalam blog ni. Niat mmg nk share ngan parents semua. Moga berguna utk semua.

Ok berbalik pada item2 yg kami jual. Korang tahu apa yg saya jual mula2. Nah saya tempek kat bwh ni.


 Dua item tu. ..hehe.. simple giler cara kami test market. Hihi.  Nak dijadikan rezeki. Sambutan mmg best giler2. Seronok sgt2. Saya ni bukan ada masa kan. So bisnes ni mmg hasben la yg byk uruskan. Ambik brg, bungkus dan pos semua hasben. Saya membantu bila free dan biasa tolong promote je. Hihi.

Semua aktiviti saya bersama anak2 saya share ngan semua. Tak kisah la customer or bukan customer. Ada yg pm dan whatsapp tanya mcm2 pasal learning toys. Tanya pasal cara nak tarik ank2 minat belajar. Eh..dah mcm pakar plak rasa. Malu ngan diri sendiri pun ada. Tp saya bantu atas apa yg saya tahu. Kalau tak tahu mmg ckp tak tahu. Ada yg kata saya cikgu so expert la bab ajar mengajar ni. Jawapannya mmg tak la kan. Kita ajar ank org lg senang dr ajar nak sendiri. Satu lagi saya ni ngajar sek menengah so mmg pendekatan ajar anak2 0 ke 6 tahun ni mmg berbeza yunk.

Sambung lagi. Bila dah sambutan baik. Ada yang kata mmg patut sgt2 kami teruskan. Kami dah mula rasa nak pelbagaikan stok learning toys.  Mencari pembekal learning toys bagai. Hasben la byk bergerak. Harap saya ni kalut ngan ank2 je setiap hari. Mana masa nak kerja, mana masa nak urus anak2 dan mana masa nak ajar ank2. Tp bila kita buat benda yg kita minat, semua berjalan lancar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Mmg kami rasa seronok yg amat.

Stok kami


Selepas 2 bulan bisnes kami dah jadi vendor di infini butique concept di bandar seri putra. Rezeki utk kami kembangkan lagi bisnes dan memudahkan lagi semua parents yg berada sekitar bangi n kajang serta nilai dapatkan learning toys kami. Pasal vendor ni saya cerita lg detail kat n3 lain ye.


Utk lebih serius, hasben sy daftar kan syarikat kami kat ssm. Hasben mmg nampak berminat sgt. Sy mmg serahkan semua kat dia. Kami sama2 tolong menolong sbb masing2 pun ada kerjaya masing2. Bisnes ni pun atas nama hasben. Penat sikit sbb tugas hakiki kami dahulukan baru tumpu pada bisnes. Cita2 kami nak kembang dan kembangkan lagi. Doakan yg baik2 aje utk kami ye.



Kalau berminat nak shopping learning toys bolehla follow page dan ig kami ye.



6 comments:

  1. alhamdulillah, congrates dear.. insyaallah will buy from u later =)

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal..baru folo blog anda..tertarik dgn mainan sambil belajar untuk anak2...
    mainan 2-3 tahun yg sesuai?boleh syorkan tak?

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak..teruskn usaha murni akk..mudah2an melimpah ruah rezeki..deal ngn akk pn sng..puas ati..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...