Monday, 27 June 2016

Deko::Ubah Suai Ruang Dan Console table

Salam Ramdhan semua..
Kita diambang akhir ramadhan dah kan. Cepatnya masa. Terasa sayu nak menjalani hari2 akhir ramadhan. Bulan penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan rezeki, bulan ibadah dilipat gandakan. Special sungguh bulan ni. Waktu zaman kanak2 dulu, kalau boleh bulan puasa ni nak je cepat2 berlalu sbbnya lagi seronok nak raya. Bila dah tua ni, kita mesti mengharapkan sepanjang tahun ialah bulan ramadhan kan. Banyaknya ganjaran pahala kita boleh kumpul pada bulan ni.
.
.
Berbuka hari ni sy tak masak. Sofia dah 2, 3 hari mintak berbuka kat pizza hut. Dia punya ulang merayu rayu sampai naik bosan sy dan suami. Akhirnya bwk la jugak. Saya ni tekak orang kampung.Kalau boleh berbuka nak makan nasi berlauk. Pizza ni boleh je sebenarnya tp tekak ni tak berapa nk terima roti2 ni. Kalau p lepas mkn nasi ok la. Tu pun saya ambik la sekeping dua pizzanya. Makan ala kadar. Biasa p pun lepaskan hajat ank2 . 
.
.
Permintaan sofia bukan takat nk berbuka kat pizza tp nak kek jugak. Dia tuntut kek besday adik muhammad dan abahnya. Aduhai ank. Besday sape ni. Abah dia layankan aje.Kesian kakak puasa katanya. Jadi secara tak sengaja kami  tersambut besday abah dan adik muhammad. Sekali ngan besday adik ipar yg bulan jun jugak. Adik ipar saya ni mmg duk ngan kitaorg.Kerja ngan suami saya. Jadi berbuka dan celebrete besday la kami hari tu. Nampak riak muka gembira kakak.
.
.

Berbalik pada cerita console table. Jauh melalut tadi. Ok,utk pengetahuan korang,sy dah tukar kedudukan ruang mkn saya sebelumn ni ke ruang menonton. Kira tukar suka sama suka. Huhu.. Meh nak tunjuk gambar.
.
.

.
.
Inila rupa baru ruang makan saya.Sesimple boleh sy nak utk ruang ni. Cermin yg bwh jam tu, sy alih je dr ruang mkn sebelum ni kesitu. Tempat cermin tu dulu adalah tempat kami gantung tv. Disebabkan nampak kosong, sy pun beli la console table. Still mencari yg simple2.Kan dah tua,tak suka sarat2.Haha..Ada kaitan ke.
.
.

.
.
Inila rupa ruang menonton baru saya. Dulu sini ialah ruang makan. Ikhlas cakap.Mmg nampak luas dan lapang rumah bila ubah 2 ruang ni. Ruang tamu? Still pada kedudukan lama cuma ubah stool shj. Nah tengok gambar.
.
.

.
.
Sama je dengan yang dulu, cuma stool merah tu sebelum ni saya letak dekat ruang tepi tangga kan. Sekarang saya tukar.Wing chair sy ubah ke ruang tepi tangga manakala stool merah letak kat tempat wing chair sebelum ni. Kesannya semakin luas ruang tamu. Haha. Kan nk konsep simple dan lapang.
.
.
Bercerita pasal console table, actually ni bukan console table pun. Kalau ikut nama kat ikea namanya meja komputer. Hikhik. Saya plak duk bekenan sbb simple dan boleh matching ngan rak ikea yg ada kat ruang menonton.Dia plak memanjang gitu. Dari mata saya rasa mcm boleh je buat console table. Harga plak murah.Apa lagi rembat jela. Bila letak,not bad ok.Cantik jugak.Dimata saya la.So selesai masalah ruang kosong bila ada console table ni.
.
.

.
.
Hah 2perabot ni la yg saya nak matching kan tu.Dua2 dr ikea.Konsep kosong.Kihkih..
.
.
Okla..Nak sambung pasang wallpaperkat dapur ni. Baju Zalora sy pun baru sampai jap2baru. Tunggu next entry utk tahu pasal 2 kisah ni ye.Utk pengetahuan korang, entry ni sy taip dr hari khamis lepas tau.ni main sambung je. Jadi redho jela ye...kuikui..

Thursday, 23 June 2016

Deko: Warna Pastel Pilihan Hati

Salam 17 Ramadhan. Nasib baik hari ni terkejut bangun sahur. Malam semalam pukul 6 baru terjaga. Luar  rekod kami ni. Dah 3 kali terlepas sahur tahun ini shj. Biasa sehari gitu je la yg terlepas. Selalunya kami mmg jarang terlepas sahur. Macam jugak berbuka sepenuhnya di bulan ramadhan, sahur pun sepenuhnya jugak..Ngengenge. 
.
.
Kami suami isteri tak ada la terkesan sgt tak bersahur ni kan. Tua bangka nk menangis mintak berbuka awal sbb terlepas sahur mmg nak kene penampor la tu. Hihi. Cuma yang kesian dekat si sofia la. Risau dia penat. Sebelum ni terlepas sahur time cuti sekolah, kali ni hari sekolah. Tapi seperti biasa, kakak sofia mmg seorang yang kuat. Tak tinggal wei. Puasa penuh lagi setakat ni. Alhamdulillah. Darjah 1 dah puasa penuh dan solat tak pernah tinggal. Selalu pesan kat dia, orang yang terjaga solat, insyaAllah puasanya jugak terjaga sayang. Mama kamu pun dolu2 darjah 1 tak lengkap puasa dan solat. Malu kat anak. Si sofia ni kalau terlepas waktu solat mmg menangis penuh penyesalan. Seperti tdo itu satu kesalahan menyebabkan dia terlepas solat. Bukan bulan puasa je mcm ni, Saya perasan sejak darjah 1ni la. Bimbingan ustaz dan ustazah di sekolah beserta pesanan tanpa henti saya dan suami di rumah jugak kot menyebabkan dia berdisiplin. Harap2 kekal sampai bila2 ye sayang. 
.
.
Cerita hari ni ialah kisah deko. Hihi..Lama tak share ngan korang kan. Terkini tp bukan la terkini pun. Basi dah pun. Saya dah tukar warna cat di ruang mkn, ruang tamu dan ruang menonton saya. Kalau dulu dinding titik tumpu tu warna hijau  dan yang dinding sebelahnya warna putih, kali ni saya cat satu warna je semua dinding tu. Tak ada dah future wall semua. Tak ada dah warna2 gelap semua. Warna pastel pilihan hati. Rasa nk konsep tenang dan lembut serta lapang bila dah tua2 ni.Eh tua..hihi.. En hasben pun menurut ajer. Jenuh google warna2 pastel ni. Nak cari kaler la kononnya. Saya kalau dah dtg angin mendeko, seminggu tugas google cat shj. huhu. 
.
.
Tinkerbell warna pilihan setelah study punya study.

.
.
 Ini adalah part yang jadi perang mulut antara saya laki bini. Korang tahu,ntah macam mana my hubby p kikis cat sampai ngan simen2 terkeluar. Kesannya sampai ke sekarang dinding bahagian ni nampak tak rata. Meroyan jugak la saya ni. Nasib baik la tak terus kikis smp dinding satu lagi. Kalau tak mahu meroyan tahap dewa derrr...
.
.




Ni sesi tampal simen balik dekat yg tak  rata sebab kikis tadi. Walaupun nampak ok tp still menggerutu dinding i k. Sakitnya tuh di sini tau. Nak marah lama2 pun tak guna.Hadap jela




Dinding yg ok tu dah cat ngan warna pilihan. Dinding satu lagi baru cat undercode
.
.

 Ini yang dah siap cat, bahagian ruang menonton.Kalau korang perasan, sy dah tukar kedudukan ruang menonton dan ruang makan. Ni nant sy ulas dalam entri lain ye
.
.
Dinding bahagian langsir
.
.
Dinding ruang tamu.Senang kata satu ruang yg merangkumi ruang tamu,ruang menonton,ruang makan dan ruang tepi tangga kami cat ngan warna tinkerbell ni. Impaknya mmg nampak cosy, lembut je... cewah..
.
.
Gambar2 ni semua time tgh serabut lagi. Nanti dalam entri satu lagi saya bg gambar cantik sikit ye. 

Sunday, 19 June 2016

Ramadhan 2016

Alhamdulillah dipertemukan lg dengan bulan ramadhan yg mulia ni. Dah 13 Ramadhan baru terhegeh2 nak buat entry. Apapun saya gembira jugak sbb 1 Ramadhan tahun ni jatuh pada cuti sekolah. Dapatlah merasa bersahur dan berbuka di kampung bersama family. Tahun lepas kami diduga dengan Muhammad sakit. Tak ada peluang langsung nak berada dikampung. Tapi Allah bg kami merasa perjalanan ramadhan dan syawal di hospital. Terasa besarnya nikmat itu sbb kalau Allah tak takdirkan Muhammad sakit mungkin saya langsung tidak memahami kepayahan dan keperitan org lain. Sampai sekarang masih terkesan di hati dan tak mungkin lupa sampai ke mati.  Sebab tu la selalu kita dengar bila raya jgn kita lupa pada org yg memerlukan, org yang sakit dan anak2 yatim. Sebenarnya tak perlu tunggu puasa or raya pun utk ingatkan mereka2 ni. Peringatan utk diri sendiri juga.
.
.
Balik sahaja kajang, kami ditimpa ujian plak. Kali ni bukan anak2 yang sakit tp sy dan suami. Sampai2 je kajang dah nak dekat waktu berbuka. Bdn sy sebenarnya dr kampung lagi dah rasa nak demam. Tak larat sgt2. Yang paling kesian hasben saya la, sepanjang dia drive dr terengganu ke kajang duk tersedu tak berhenti. Pelik betul. Time berhenti rehat, hasben tidur, kemudian sedu tu berhenti sendiri. Tak lama lepas sedar dia tersedu balik.Korang bayangkan sedu mcm tu, mahu sakit perut dan dada kan. Kita yg sedu sekejap pun rasa tak selesa dah, inikan sedu sepanjang hari,puasa plak tu. Kesian sgt tengok.
.
.
Kami berbuka di restoran berhampiran dengan taman kamini je. Balik je terus solat maghrib dan telan penadol. Saya jadi sakit2 badan. Badan pun panas giler2. Kebetulan sedu hasben dah hilang.Dia plak nampak ok. Saya mmg tdo je mlm tu. Ank2 mmg serah kat hasben. Bila masa muhammad dtg dan tdo sebelah saya mlm tu pun, sy tak tahu. Dalam kul 4 pagi, sy terjaga nk solat isyak. Time ni baru la rasa bdn sejuk dan ringan sgt2. Rasa sengal2 bdn dah hilang.Alhamdulillah. Tp tiba2  hasben sy yg ok semlm jadi sakit perut dan tersedu lagi. Kesian sgt2 kat dia. Selesai sahur telefon mak kat kampung tanya pasal sakit perut dan sedu ni. Mak suruh urut2 bdn dan betis. Angin kot katanya. Saya pun try la urut belakang dan betis. Last2 hasben tertdo dan sedu berhenti. Sepanjang hari tu hasben mmg tdo je. Bgn utk solat shj. Sy pun suruh dia rest. Kalau terjadi lagi sedu mmg suruh dia p klinik je. Nasib baik tak berulang dah. Cuma sakit perut dia ambik masa 2 ke 3 hari nak hilang. Pakej ngan sakit2 belakang lagi time kene sakit perut. Kami ank beranak habiskan saki baki cuti di rumah shj. Dah abah tak sihat mmg mcm tak ada kaki la kami pun.
.
.
10 jun 2016 bersamaan 5 ramadhan. Besday muhammad yang ke 2. Mmg tak ada plan nak sambut sbb tak sempat nk plan. Thari tu hasben nak p jenguk butik kami di tesco.Dah lama sgt tinggal. Lagipun nak p hantar stok batal dan stok handbag raya utk budak2. So hari tu dapatla kemas2 kedai sikit. Tengok2 buku sales. Check stok2 brg. Tiba2 adik ipar sy whatsapp nk dtg berbuka kat umah. Jadi cepat2 la balik sbb nk masak.Time tu ada terfikir nk beli kek utk muhammad. Bolehla sambut besday ngan sepupunya rania. Tp tu la benda tak plan dr awal ni susah sikit nak menjadi.Last2 balik masak lauk berbuka je. Tu pun ngam2 nak berbuka baru siap.Masaknya tomyam, masak merah ketam ngan kerabu sotong je tp gaya bersilatnya hebat giler..hahaha...

kejap main ok..kejap gaduh

boring dah muhammad.nak kereta tak boleh

time ok.
Malam tu, kami semua p uptown. Pun operasi melawat kedai yg lama dah tinggal. Adik sy pun ikut sekali, kebetulan adik ipar nk round2 uptown. Dalam pukul 12 lebih kami balik.
.
.
Esoknya, 6 ramadhan. Saya teman hasben p ambik stok pakaian raya di KL. Anak2 tinggal kat umah pengasuh. Kesian jugak nk bwk sbb si kakak tu puasa. Kan penat plak. Benda nk kene menapak sana sini. So kami ambik kepuusan tinggalkan ank2.Lagipun nak cepat jugak. Kan tak sempat nk berbuka plak. Seharian jugak kami di sana. Sampai2 kajang singgah bazar beli makanan berbuka.Mmg tak sempat dah nak masak. Past tu ambik ank2.Ngam2 sampai umah dah berbuka. Malam plak kene p set up kedai. Kami kurangkan jualan mainan2 pembelajaran bulan ni. Ye la bulan2 puasa ni kalau ikut pengalaman thn2 lepas mainan pembelajaran sales nya drop sikit di bulan ramadhan. Apa taknya. Mainan bukan keperluan raya kan. Nak menampung sewa tapak dan sewa butik yg naik disebabkan bulan perayaan terpaksala cari idea jual keperluan2 raya budak2. Sebelum ni pun kami ada la jual baju jugak tp just baju tdo dan tshirt serta topi budak shj. Kali ni kami ambil baju kurung, baju melayu, jubah, jeans, legging, handbag budak dan mcm2 la. Kene setting elok2 kedai uptown sbb kami target sales uptown  utk cover butik kami bulan ni. Butik permainan kami kat tesco tak dapat letak pakaian raya disebabkan terikat dengan syarat2 tesco yang agak ketat. Kedai yg jual mainan mmg tak boleh jual benda2 lain begitu jugak dengan kedai2 lain. Tu pun kami letak jugak handbag dan tshirt raya budak2..hihi..sikit2 la.. Malam tu pukul 2lebih baru sampai rumah.Letihnya ya Allah.

jemputla datang ye.educationaltoys pun masih ada cuma kami buka 1 meja shj
.
.
Akhirnya kami terlepas sahur . Paling sedih saya dah terlambat wish besday kat hasben. Subuh baru wish. Alahai abg..mintak maaf ye bang. Keletihan sgt smp byk benda lupa. Besday hasben ngan muhammad tak jauh sgt beza. Selang 2 hari je. Sama macam muhammad gak, tak ada sambutan dibuat.Ada la plan last2 minute nak p mkn situ la..sinu la..Last2 kat umah jugak sbb sy busy menanda paper budak2. Rasa nk muntah hijau bila 2 hari pulun menanda. InsyaAllah kami dah plan nak berbuka kat satu tempat ni utk sambut besday 2 lelaki idaman malaya ni. Kalau tak pun kene sambut lepas puasa la nampaknya. Sambut tetap sambut cuma lambat sikit.
.
.
Hari pertama bukak sekolah, kelam kabut jugak sbb baru nak masukkan markah dalam saps. Tp balik still lagi masak utk berbuka. Lega bila beban menanda dah hilang. Fuhhh..bukan senang melalui fasa marking paper tau. Hihi. Malangnya hari ke 2 sekolah, sy demam dan cirit birit. Dugaan kesihatan dtg lagi. Ntah apa yang salah makan tak tahu la. Saya sorang plak yg kene tu. Balik kerja terbaring atas katil tahan sakit perut, sakit bdn dan sakit kepala. Keluar masuk tandas lagi. Menangis jugak sbb tak tahan. Hasben kata sakit ni penghapus dosa kita. Jgn merungut sgt. Puasa plak kan jd lembik la sikit. Esoknya ambik cuti.Rest. Alhamdulillah hari khamis dan jumaat dapat kerja seperti biasa.
.
.
Khamis tu siap ke sekolah ikhlas ambik report card dia. Ikhlas tak ada exam pun. cuma laporan pretasi. Mengikut laporan akademik tu, prestasi ikhlas ok la. Bacaan bahasa melayu antara yang ok dalam kelas. Begitu jugak hafazan. Matematik plak, teacher kata semua dalam kelas ikhlas tu kemampuan dia lebih kurang. Tak ada perbezaan sgt antara soarang dengan yg lain. Cuma ikhlas agak lemah dalam little qari.Little qari ni mcm iqra la. Banyak jugak dia ketinggalan berbanding kawan2 dia. Saya mengaku, ni salah saya jgak.Mmg saya jarang ajar little qari tu kat rumah. Yang saya duk ulang buat ialah bacaan, hafazan dan math. Selalu abaikan little qari tu. Kita sebagai parents mmg kene bantu guru. di sekolah mereka dah ajar, pengukuhan tetap kita. So mulai jumaat dan hari ni mmg saya fokus little qari kat ikhlas. Lepasni hari2 la baca iqra ngan mama ye abg teh
.
.
Wah...mcm pajang plak cerita.Himpun cerita 1 smp 13 ramadhan . Lepas ni ntah bila plak nak update. Kisah cat n deko2 rumah pun tak sempat nk celah. Ok ngantuk dah.Nak kene bgn utk masak sahur lagi ni. Nanti sambung lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DAPATKAN BAJU MELAYU BABY
0 HINGGA 6 BULAN
RM30 SEPASANG
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER
.
.








Wednesday, 8 June 2016

ZALORA::: Koleksi Bokitta Hijab Online di ZALORA

Salam Ramadan..
.
.
Dah 3 hari kita berpuasa kan. Syukur tahun ni dpt mulakan ramadan di kampung. Bersahur dan berbuka bersama mak, ku dan adik beradik. Jarang2 cuti sekolah jatuh di awal2 ramadan mcm ni. Hari ni nak balik kajang dah. Kembali pada dunia realiti. Hihi. Macam la fantasi sgt sekarang. 
.
.
Balik kali ni saya sibuk jugak mencari kelengkapan raya utk keluarga, Terutama kain baju. Alhamdulillah baju raya utk 1st dan 2nd hari raya saya dah sediakan secara sederhana sahaja. Asal yg baru utk keluarga pun dah syukur. Lega tahap pertama dah selesai. Tapi dah pening nak mencari tudung raya plak dah. Bulan-bulan puasa ni korang ingat saya rajin sgt ke nak singgah dr butik ke butik mencari tudung? Mmg tak la kan. Nah, bg yg ala2 malas macam sy ni boleh la jamu2 mata ngan koleksi Bokita Hijab di ZALORA. Macam2 fesyen hijab ada. Pilih pastu beli je. 
.
.
.
.
Penggemar koleksi instant shawl pastinya sudah tidak asing dengan jenama hijab popular – Bokitta. Mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu, Bokitta Hijab mencetuskan fenomena pinless shawl di dalam arena industri fesyen tanah air dan menarik minat ramai wanita Muslimah. Apa yang menarik, trend pinless hijab ini terus mendapat tempat tempat di hati ramai wanita sehingga kini dan kita juga dapat melihat banyak jenama dan pereka yang turut mengeluarkan koleksi instant shawl dengan pelbagai rekaan yang menarik.
.
.
Namun, apa yang menarik, koleksi pinless shawl keluaran Bokitta Hijab adalah eksklusif dan berlainan dengan rekaan instant shawl yang boleh anda temui di pasaran. Ia dijual dalam dua bahagian iaitu bahagian inner dan bahagian shawl dimana anda hanya perlu menyarungkan sahaja kedua-duanya tanpa memerlukan sebarang pin tudung atau penggunaan brooch. 
.
.
.
.
Ini menjadikan koleksi pinless hijab Bokitta amat mudah dipakai dan praktikal untuk semua jenis acara. Ia juga menarik minat ramai wanita yang sentiasa sibuk dan menginginkan gaya tudung yang kemas serta mudah dipakai. Koleksi tudung Bokitta ini boleh anda temui dalam aneka pilihan warna menarik dan corak yang terkini.
.
.
Bagi penggemar koleksi pinless hijab Bokitta, anda kini boleh membuat pembelian dengan mudah secara online di ZALORA. ZALORA turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dengan masa yang pantas. 

Sunday, 5 June 2016

Hari Guru 2016

Salam.
Bersiaran dari kampung. Sejuk dan tenangnya pagi2 ni. Datang mood nak update blog dr mlm semlm lg tp malasnya nak bukak laptop sendiri. Kemaskini data Hrmis pun guna laptop adik. Hajat nak update blog terus lepas siap Hrmis. Tapi bila fikir2 nk kene pindahkan byk gambar dari handphone terus lupakan niat. Masuk tdo lagi bagus. Miahahaha..
.
.
So lepas subuh hari ni, hadap terus laptop. Ni pun mak dah byk kali suruh hidangkan breakfast. Mak dah beli siap2. Duk cakap ok je dr tadi. ank update blog.Jap lagi ye mak. Hari ni pun plan tinggal ank2 kat hasben, kami2 nk keluar jln2.Hasben lg suka. Kalau tak asyik kene ikut je si isteri ke sana ke mari. Bg tau nak keluar ngan mak dan adik2 perempuan semlm, terus dpt lampu hijau.Sanggup tengok ank2 kat rumah.Hihi...Biasa la lelaki,Shoping moping ni bukan dia minat sgt. 
.
.
Oh, bukan nak cerita pasal shoping hari ni. Ni nak cerita kisah sambutan hari guru yang dah berlalu lama dah ni. Dah basi dah pun. Letak gambar pun jadi la.Nak cerita satu2 bukan boleh ingat semua pun. Apapun hari guru tahun ni best sgt bg saya. Walaupun sambutan bukan lah pad tarikh 16 mei tp kami guru2 still  enjoy. Kami tak sambut 16 mei sbb tak nak ank2 murid terganggu dengan peperiksaan pertengahan tahun. Biar habis dulu exam baru sama2 enjoy dengan cikgu. hihi
.
.
Kemuncak sambutan kami buat pada hari akhir sekolah utk penggal pertama ni. Tapi beberapa hari sebelum tu dah bermula program2 hari guru. Walaupun busy ngan exam budak2 tp kami cuba memeriahkan sambutan hari guru. Biasa la, hari kami, kami plan, kami jlnkan, kami seronok, kami beli hadiah dan kami dpt hadiah. kami jugak pastikan ank2 kami pun gembira. Takpe la, kami bekorban apa sahaja asal semua bahagia. aura negatif tolak tepi siap2.
.
.
Bermula hari rabu, pertandingan bowling hari guru. Saya ni mengajar petang so pagi sebelum masuk sekolah tengah hari saya dan rakan2 guru petang memenuhi pusat bowling metro point kajang dulu. Almaklumla metro point kan depan sekolah je... haha.. berseronokla kami hari itu walaupun dlm kepala penuh sarat dengan memikirkan kertas2 yg akan marking.
.
.
my team. candy crush. cikgu2 sains ptg
ada gaya gitu.. miahaha...
Alhamdulillah team kami dpt no 3. Seronok dpt spend masa ngan kawan2.Jauh dari kesibukan kerja utk beberapa jam.
.
.
Esok plak pertandingan memasak . Tahun ni saya pulun semua aktiviti  hari guru. Saje mencari keseronokan dalam kesibukan kerja.
.
.



.
.
Tu dia. topi paling win kan..haha... ketuk2 kuali dan periuk belanga semua. Tu kawan team sy, cikgu raihan dah mcm nk bergaduh mukanya tp masak punya pandai. Di bantu plak ngan 3 org murid. Kecoh betul cikgu2 ni memasak. Alahai seronok bila ingat balik.
.
.
tadaaaa.... siap sudah menu. siap sedia utk juri rasa
Menang? semestinya tak la.. hahaha... yg penting enjoy...hihi..
.
.
Now tiba la hari kemuncak sambutan. Bertemakan " candy land". Berbaju ala2 princess. Main taram je kitaorg pakai baju .Asal dpt enjoy pada hari yg kami plan sendiri dan kami laksanakan sendiri demi utk menghiburkan hati  ank murid kami yg hadir. Awal2 acara, cikgu melalui karpet merah naik ke pentas di iringi pengiring yg kami ambik dikalangan murid kami juga,
.
.




.
.
cikgu2 beratur sebelum melalui red carpet. Posing tetap posing. hihi
.
.
ini student yg mengiringi saya. siap bwk baju hasben suruh ank murid pakai. tq hazimi  sporting melayan kerenah cikgu.
.
.







tekun tutup register di hari sambutan hari guru.Tugas tetap tugas. seronok pun seronok jugak kan.
.
.
.
.
Paling best tahun ni berpeluang menyanyi buat cikgu zainora yg akan bersara. Berakhir dgn sayu tp puas hati. Cikgu ucapkan terima kasih pada ank2 murid yg bg hadiah. Sebakul pen merah cikgu dpt.Nampak sgt nak suruh cikgu marking paper cepat2 kan. hihi.
.
.
Tak sempat snap hadiah2 murid sbb smp2 je rumah dah kene berkemas utk balik kg. adik ipar kawin. Nant cerita next entry ye...  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...