Showing posts with label Teratak kami:::FAMILY HALL. Show all posts
Showing posts with label Teratak kami:::FAMILY HALL. Show all posts

Tuesday, 3 February 2015

family hall: part 1(cat baru family hall)

Salam...

Dah terasa lama giler cerita cat baru family hall ni.Tahun lepas punya cerita. Allahuakbar. Kesian sungguh kan. Tak pe kita mula dari awal. Mihmih. Asyik2 mula dari awal lepas tu senyap tanpa berita balik. Mula dr awal balik. Senyap balik. Dan begitu. Dan begitu. Dan begitu smp ke akhirnya. Hihi..

Asal2 nya tak ada niat langsung nk cat family hall. Tak masuk list utk deko2 family hall. Perancangan awal nak cat ruang menonton di tingkat bawah rumah shj. Semua ni terjadi bila kami salah memilih warna yg kami idam2kan utk ruang menonton. Oh..amat2 tak sesuai warna biru di ruang menonton kami. Sy ni kalau tak sesuai je mula la rasa sakit mata. Termenung sana sini sbb tak sedap mata memandang. Lari konsep dah la walaupun rumah tak berkonsep mana pun. Tp biasa la pompuan kan. Dah dinding kaler lain mest nak kene tengok match tak ngan warna2 perabot, warna langsir, warna karpet dan macam2 la. Serta merta pening sbb risau nant tak cantik dipandang mata. Aduhai. Kita yg nak hadap hari2. Kalau tak sesuai baik elak la awal2 kan.

Last2, kami decide beli cat baru, cat yg dah terbeli ni cat je kat family hall. So bermula la episod cat dan deko family hall tanpa pernah terpk pun nak mendeko ruang tu. Semuanya salah cat..hihi..nak gak tu...





Tengok tu..ank dara i nak tolong cat. Habis tulis segala nama yg dia ingat. Kalau korang perasan dinding tu dah cat sama warna ngan feature wall tp sekali gelap lepas cat. Terus tak lena tidur duk fikir gelapnya family hall kami. Apa lagi, arah hasben cat biru lembut la plak. Hihi. Tu yg kene cat putih dulu. Sanggup tu demi kepuasan hati dan kesedapan mata memandang.

Ok. Siap jugak akhirnya. Ceria la sikit family hall kami. Langkah akhir ialah buat border plak pada laluan masuk ke ruang family ni. Ala2 frame. Tp frame bajet. Guna cat je. Hihi


Tadaaaa....dah siap frame.. ok la kan.. so dgn ini tamatla kisah mengecat amily hall yg berzaman ditangguhkan.  Next nak cerita pasal diy coffee table di family hall... tunggu part 2 ye..









IKLAN LEARNING TOYS

WHATSAPP: 0199189016


WOODEN PUZZLE RM15.POSTAGE RM6

IPAD LEARNING RM40. POSTAGE RM6

BLACKBOARD STICKER RM22

TOY STORAGE BAG RM55. POSTAGE RM6

MAGNETIC BOARD RM38. POSTAGE RM9

FOUR SET OF COLUMN. RM28. POSTAGE RM7  

Wednesday, 24 December 2014

BBW 2014 & Rak Buku Family Hall

Salam...

Cerita 3 minggu lepas. Duk kajang sibuk. Duk kampung pun sibuk. Ntah bila tak sibuk tak tahu la. Kat kampung sibuk makan. Hihi. Yang penting tenang sangat bercuti di kampung. Hilang penat kerja bila jumpa mak n ayah tersayang.

Cerita kali ni pun gabungan cerita. Mcm biasa. Jimat masa dan tenaga serta idea. Padahal hakikatnya malas nak mengarang. Alang2 ada mood mengarang, baik gabung terus.

BBW 2014, kali ni saya rela tak balik kampung awal2 cuti. Sebab utama nak tunggu BBW ni. Thn lepas alahankan Muhammad so saya balik kampung awal2 lagi. Hasben sorang yg p cari buku ank2. Kurang feel la kan. Tak puas tak dpt pilih sendiri.

Tahun ni, di hari pertama BBW dibuka, kami ank beranak dah p serbu. Brg2 nak balik kampung mmg dah siap awal2. Pagi tu ready nak bertolak je. Punya tak sabar nak beli buku. Keluar rumah terus breakfast kat bangi. Sy ni punya excited dan  tak nak lapar bila memilih buku, mmg ngadap nasi berlauk siap2.  Kalau kenyang baru feel shopping buku.

Mula2 terbayangkan jem la jln nak p mines. Mesti ramai org kan. Sekali jem bukan sebab org p BBW. Jem sbb lori rosak tgh2 jln. Sabar je la. Wah..tahun ni releks sgt2 pilih buku. Anak2 pun mood baik. Muhammad pun ok. Merenget sbb lapar je. Bg susu senyap. Sofia dan ikhlas memilih buku mcm apa.. semua buku diaorg bedal masuk beg troli. Tak muat beg troli, ambik kotak jugak. Nasib baik adik saya chah tu ikut sekali. Boleh la tolong pilih buku2 dan jaga budak berdua ni. Suami mmg pegang muhammad. Mama dia pilih buku tak ingat ank2 dah. Mihmih..






Tu dia hasil tangkapan hari tu. Sekotak jugak la. Buku ank2 yg byk. Stok utk setahun terus.hihi. ye la tu. Nant ada pesta buku lain beli lg. Bukan boleh percaya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bila dah beli buku, nak kene pk tempat penyimpanan plak kan. Rak ikea yg ada dlm bilik tetamu sudah penuh. Past tu mula la projek utk kerjakan family hall. Benda pertama yg terlintas nak buat ialah rak penyimpanan buku. Eh. Sebelum tu, projek ni sy dan suami buat sebelum big bad lagi ye. Dah 4 bulan lepas kot. Hihi. Mmg dah ready tempat penyimpanan buku2 yg dibeli di big bad wolf. So plan nya mmg nak susun buku dekat rak2 yg hasben saya diy sendiri tu. Tp belum berkesempatan menyusun buku2 baru beli sbb masih di kampung. Apapun, saya belanja gambar rak yg hasben sy diy tu. Segala cerita pembelian, pemasangan dan bajet akan dicerita kemudian. Hihi.

Setakt ni penuh ngan learning toys yg dijual. Nant nak kene ubah balik la. Buku2 nak letak kat ruang bwh.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
DAPATKAN PELBAGAI JENIS LEGO.
BERAKTIVITI BERSAMA ANAK2.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR.
BAGI RUANG ANK2 BERIMAGINASI.






WHATSAPP :0199189016
EMAIL : tunkunoora83@gmail.com

Friday, 27 September 2013

family hall: sedikit perubahan

Salam...

Dah lama pun perubahan ni..baru nak citer..perubahan biasa2 aje...antaranya:

Karpet dah tukar..sebelum ni karpet merah tp yg tu dah masuk master bedroom..yg ni karpet dr ruang tepi tangga dulu...
Frame kereta tu pun baru..ada plan nak bt ruang frame utk dinding ni...bt yg penuh satu dinding..lagi pun family hall ni kat tingkat atas kan..so nak letak gambar family mmg sesuai sgt la...malas nak gantung frame kat ruang tamu...suatu masa nak memeriahlan lagi ruang ni..nonton kat ruang ni ke..so gambar2 xtvt family letak kat dinding ni..ank2 leh tengok..

Ruang yg berhadapan ngan family hall tadi..tak ada perubahan pada ruang ni..just tukar pasu bunga..kalau korang perasan pasu bunga tu dr ruang mkn...tukar2 je...yg bwh dah tak guna, saya bwk naik atas utk ceriakan lagi ruang ni..
Perancangan akan dtg nak ubah 100% ruang ni...nak dijadikan ruang solat..ruang family dan work station..projek 2014 insyaAllah..utk masa sekarang..guna je yg ni dulu..best jugak sekali sekala kumpul kat sini main ps2...coz tv ni leh pasang utk main game je..haha

Wednesday, 10 April 2013

Dekorasi rumah

Salam....

Hampir 1 tahun 4 bulan kami tinggal di rumah sendiri....Banyak lagi ruang2 di dalam rumah yang belum sempurna deko nya...tp dah duduk rumah sendiri ni slow motion pun tak apa kan..yg penting buat sikit2 lama2 siap jugak...masalah utama adalah budjet and perasaan yang tak pernah puas...bila dah ada yg ini, terasa nak tambah yg ini..ada je yg tak cukup..ish..nafsu betul....korang2 yg follow blog saya ni agaknya dah bosan tengok dekorasi yg sama je....kalau berubah pun sikit bebenor...tp saya nak tempek juga gambar deko ni..sekadar suka2..haha..masih menunggu duit jatuh ke riba utk mulakan projek bilik tetamu, master bedroom, bilik sofia dan garaj kereta...bila la tu agaknya kan..yg dah di deko sikit2 ni pun perlu byk lagi budjet yg kene keluar....akhir2 mimipi je la agaknya..hehe...



RUANG TAMU





RUANG MAKAN





RUANG SANTAI KAMI + RUANG STUDY SOFIA






RUANG TEPI TANGGA






DRY KITCHEN







OUR LEPAK SPACE








WET KITCHEN








FAMILY HALL








BILIK ANAK BUJANG KAMI








TAMAN MINI KAMI







KAMI.. KENE BERLIMA JUGAK NI..BARU BERTAMBAH REZEKI ALLAH...HEHE

checklist deko2 akan dtg:
1)bilik sofia
2) bilik tetamu
3) master bedroom
4)garaj kereta

:).

Sunday, 6 January 2013

Wall sticker & family hall

Ni kerja kami semlm....lekatkan wall sticker di family hall atas rumah and alih2 perabot sikit2....saya jarang cerita pasal bahagian atas rumah saya..ye la duduk sini pun baru setahun..tumpuan awal byk pada bahagian bawah rumah..so mula tahun ni nak mulala deko sikit2 bahagian atas rumah ni...ni hasil simple kami semlm....biasa2 ajer..tak ada budjet..insyaAllah akan di improve pada masa2 yg akan dtg...Cewahhh ayat..hehe...









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...