Showing posts with label Petua. Show all posts
Showing posts with label Petua. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

Kurma boleh banyakan susu

Salam....
Sebelum tidur ni, teringat plak nak update sikit kisah minggu lepas. Bermula dari minggu lepas, saya dapat rasa kan pengeluaran susu mcm sikit merudum...hari isnin dan selasa lepas, saya pump di sekolah dan seperti biasa, pump utk satu sesi saya boleh dpt 9oz. Tapi tiba2 bermula dari hari rabu smp jumaat, hasil susu yg saya dpt utk sekali pump merudum byk jugak.. Dr boleh bwk balik 9oz setiap hari, tiba2 jd 5oz sahaja. Punya la bersungguh2 nak dptkan 5oz tu hinggakan sanggup tunggu sejam lebih...sedih giler2 3 hari tu.

Saya yang risau ni mula bertanya kwn2 cara nak tambahkan susu... Kwn pump saya kat sekolah syorkan saya makan Kurma.... Saya apa lagi, terus suruh hasben belikan kurma..weekend yg 2 hari tu saya amalkan..ambik tak byk pun, 2 biji je sehari sambil2 tu minum juga susu tepung. Alhamdullilah bermula Dari hari isnin, saya leh pump 10oz utk satu sesi...cik b pun asyik bengkak kalau Ikhlas lambat menyusu...

So, ok sgt2 la Kurma ni.. Tp tak leh bergantung sgt jugak pada Kurma...Ibu2 yg menyusu sendiri pun kena ambik balance food jugak..air Masak mmg kena byk minum...Tp Kurma ni sedikit Sebanyak membantu ...cuba2 lah ibu2..... InsyaAllah hasilnya memberangsangkan...

Friday, 1 April 2011

madu baik untuk meyembuhkan batuk yg berpanjangan

Kali ni aku teringin nak kongsi petua yang aku dah cuba..baru2 ni aku mengalami batuk yg panjang...hampir 2 bulan...ubat2 di klinik semua dah habis makan..4 jenis ubat batuk dah aku makan tp batuk tu tetap berpanjangan sampai sakit badan2 ni.....bila jumpa doktor alasannya batuk biasa....aku dah mula tak tahan...akhirnya sorang cikgu dekat sekolah cadangkan aku makan madu beserta air suam sebaik sahaja bgn pagi....

Balik dari kerja aku terus bagitahu suami..suami beli kan madu dan aku mula makan sesudu madu beserta air suam setiap pagi..Alhamdullilah dengan izin Allah batuk aku banyak berkurang sehari demi sehari...Aku berhenti makan ubat klinik sebab org kata madu ni panas takboleh bercampur dengan ubat klinik..takut mabuk...

Skarang batuk dah mula hilang..Madu ni amat elok...bukan utk batuk sahaja...banyak juga khasiat madu ni..Apapun yg ni aku dah cuba so aku cuma berani bgtau madu elok utk batukla...Bagi kawan2 di luar sana boleh la mencuba madu jika batuk anda berpanjangan....

Untuk budak asma pun elok madu ni..Tp aku belum cuba lagi bagi dekat Sofia..InsyaAllah jika asma sofia ada nampak berkurang dengan makan madu akan aku kongsi bersamaibu2 yang ada anak asma...ok la....sampai kat sini dulu la petua kali ni..nant ada petua lain yg aku cuba dan menjadi,InsyaAllah akan aku kongsikan bersama dengan pembaca blok anak mama manja ni...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...