Showing posts with label Teratak kami:::RUANG MAKAN. Show all posts
Showing posts with label Teratak kami:::RUANG MAKAN. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Deko::Ubah Suai Ruang Dan Console table

Salam Ramdhan semua..
Kita diambang akhir ramadhan dah kan. Cepatnya masa. Terasa sayu nak menjalani hari2 akhir ramadhan. Bulan penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan rezeki, bulan ibadah dilipat gandakan. Special sungguh bulan ni. Waktu zaman kanak2 dulu, kalau boleh bulan puasa ni nak je cepat2 berlalu sbbnya lagi seronok nak raya. Bila dah tua ni, kita mesti mengharapkan sepanjang tahun ialah bulan ramadhan kan. Banyaknya ganjaran pahala kita boleh kumpul pada bulan ni.
.
.
Berbuka hari ni sy tak masak. Sofia dah 2, 3 hari mintak berbuka kat pizza hut. Dia punya ulang merayu rayu sampai naik bosan sy dan suami. Akhirnya bwk la jugak. Saya ni tekak orang kampung.Kalau boleh berbuka nak makan nasi berlauk. Pizza ni boleh je sebenarnya tp tekak ni tak berapa nk terima roti2 ni. Kalau p lepas mkn nasi ok la. Tu pun saya ambik la sekeping dua pizzanya. Makan ala kadar. Biasa p pun lepaskan hajat ank2 . 
.
.
Permintaan sofia bukan takat nk berbuka kat pizza tp nak kek jugak. Dia tuntut kek besday adik muhammad dan abahnya. Aduhai ank. Besday sape ni. Abah dia layankan aje.Kesian kakak puasa katanya. Jadi secara tak sengaja kami  tersambut besday abah dan adik muhammad. Sekali ngan besday adik ipar yg bulan jun jugak. Adik ipar saya ni mmg duk ngan kitaorg.Kerja ngan suami saya. Jadi berbuka dan celebrete besday la kami hari tu. Nampak riak muka gembira kakak.
.
.

Berbalik pada cerita console table. Jauh melalut tadi. Ok,utk pengetahuan korang,sy dah tukar kedudukan ruang mkn saya sebelumn ni ke ruang menonton. Kira tukar suka sama suka. Huhu.. Meh nak tunjuk gambar.
.
.

.
.
Inila rupa baru ruang makan saya.Sesimple boleh sy nak utk ruang ni. Cermin yg bwh jam tu, sy alih je dr ruang mkn sebelum ni kesitu. Tempat cermin tu dulu adalah tempat kami gantung tv. Disebabkan nampak kosong, sy pun beli la console table. Still mencari yg simple2.Kan dah tua,tak suka sarat2.Haha..Ada kaitan ke.
.
.

.
.
Inila rupa ruang menonton baru saya. Dulu sini ialah ruang makan. Ikhlas cakap.Mmg nampak luas dan lapang rumah bila ubah 2 ruang ni. Ruang tamu? Still pada kedudukan lama cuma ubah stool shj. Nah tengok gambar.
.
.

.
.
Sama je dengan yang dulu, cuma stool merah tu sebelum ni saya letak dekat ruang tepi tangga kan. Sekarang saya tukar.Wing chair sy ubah ke ruang tepi tangga manakala stool merah letak kat tempat wing chair sebelum ni. Kesannya semakin luas ruang tamu. Haha. Kan nk konsep simple dan lapang.
.
.
Bercerita pasal console table, actually ni bukan console table pun. Kalau ikut nama kat ikea namanya meja komputer. Hikhik. Saya plak duk bekenan sbb simple dan boleh matching ngan rak ikea yg ada kat ruang menonton.Dia plak memanjang gitu. Dari mata saya rasa mcm boleh je buat console table. Harga plak murah.Apa lagi rembat jela. Bila letak,not bad ok.Cantik jugak.Dimata saya la.So selesai masalah ruang kosong bila ada console table ni.
.
.

.
.
Hah 2perabot ni la yg saya nak matching kan tu.Dua2 dr ikea.Konsep kosong.Kihkih..
.
.
Okla..Nak sambung pasang wallpaperkat dapur ni. Baju Zalora sy pun baru sampai jap2baru. Tunggu next entry utk tahu pasal 2 kisah ni ye.Utk pengetahuan korang, entry ni sy taip dr hari khamis lepas tau.ni main sambung je. Jadi redho jela ye...kuikui..

Thursday, 23 June 2016

Deko: Warna Pastel Pilihan Hati

Salam 17 Ramadhan. Nasib baik hari ni terkejut bangun sahur. Malam semalam pukul 6 baru terjaga. Luar  rekod kami ni. Dah 3 kali terlepas sahur tahun ini shj. Biasa sehari gitu je la yg terlepas. Selalunya kami mmg jarang terlepas sahur. Macam jugak berbuka sepenuhnya di bulan ramadhan, sahur pun sepenuhnya jugak..Ngengenge. 
.
.
Kami suami isteri tak ada la terkesan sgt tak bersahur ni kan. Tua bangka nk menangis mintak berbuka awal sbb terlepas sahur mmg nak kene penampor la tu. Hihi. Cuma yang kesian dekat si sofia la. Risau dia penat. Sebelum ni terlepas sahur time cuti sekolah, kali ni hari sekolah. Tapi seperti biasa, kakak sofia mmg seorang yang kuat. Tak tinggal wei. Puasa penuh lagi setakat ni. Alhamdulillah. Darjah 1 dah puasa penuh dan solat tak pernah tinggal. Selalu pesan kat dia, orang yang terjaga solat, insyaAllah puasanya jugak terjaga sayang. Mama kamu pun dolu2 darjah 1 tak lengkap puasa dan solat. Malu kat anak. Si sofia ni kalau terlepas waktu solat mmg menangis penuh penyesalan. Seperti tdo itu satu kesalahan menyebabkan dia terlepas solat. Bukan bulan puasa je mcm ni, Saya perasan sejak darjah 1ni la. Bimbingan ustaz dan ustazah di sekolah beserta pesanan tanpa henti saya dan suami di rumah jugak kot menyebabkan dia berdisiplin. Harap2 kekal sampai bila2 ye sayang. 
.
.
Cerita hari ni ialah kisah deko. Hihi..Lama tak share ngan korang kan. Terkini tp bukan la terkini pun. Basi dah pun. Saya dah tukar warna cat di ruang mkn, ruang tamu dan ruang menonton saya. Kalau dulu dinding titik tumpu tu warna hijau  dan yang dinding sebelahnya warna putih, kali ni saya cat satu warna je semua dinding tu. Tak ada dah future wall semua. Tak ada dah warna2 gelap semua. Warna pastel pilihan hati. Rasa nk konsep tenang dan lembut serta lapang bila dah tua2 ni.Eh tua..hihi.. En hasben pun menurut ajer. Jenuh google warna2 pastel ni. Nak cari kaler la kononnya. Saya kalau dah dtg angin mendeko, seminggu tugas google cat shj. huhu. 
.
.
Tinkerbell warna pilihan setelah study punya study.

.
.
 Ini adalah part yang jadi perang mulut antara saya laki bini. Korang tahu,ntah macam mana my hubby p kikis cat sampai ngan simen2 terkeluar. Kesannya sampai ke sekarang dinding bahagian ni nampak tak rata. Meroyan jugak la saya ni. Nasib baik la tak terus kikis smp dinding satu lagi. Kalau tak mahu meroyan tahap dewa derrr...
.
.




Ni sesi tampal simen balik dekat yg tak  rata sebab kikis tadi. Walaupun nampak ok tp still menggerutu dinding i k. Sakitnya tuh di sini tau. Nak marah lama2 pun tak guna.Hadap jela




Dinding yg ok tu dah cat ngan warna pilihan. Dinding satu lagi baru cat undercode
.
.

 Ini yang dah siap cat, bahagian ruang menonton.Kalau korang perasan, sy dah tukar kedudukan ruang menonton dan ruang makan. Ni nant sy ulas dalam entri lain ye
.
.
Dinding bahagian langsir
.
.
Dinding ruang tamu.Senang kata satu ruang yg merangkumi ruang tamu,ruang menonton,ruang makan dan ruang tepi tangga kami cat ngan warna tinkerbell ni. Impaknya mmg nampak cosy, lembut je... cewah..
.
.
Gambar2 ni semua time tgh serabut lagi. Nanti dalam entri satu lagi saya bg gambar cantik sikit ye. 

Friday, 4 July 2014

Ruang tamu dan ruang makan

Salam ramadan..

Alhamdullilah masih diberi kesempatan bercerita di dalam blog walaupun masih berpantang hari ke 25. Curi2 menaip time ank2 tidur. Tp nak habiskan satu2 cerita tu mest satu or dua hari baru siap. Huhu. Bila si baby bangun, keutamaan mesti pada baby. Paham2 je la baby. Menyusu kerap. Si mama pun menaip kene berhenti2 la. Bersambungnya pun kerap la. Si kakak dan abg baby pun perlu perhatian jugak. Bertambah lagi dugaan nak siapkan cerita. Tak masuk lagi mak dia kene bertungku bagai. Lagi2 la menyebabkan cerita akan bertangguh.

Tak pe. Tak pe. Yang penting siap kan. Asal ada coretan untuk kenang kenangan masa depan. Ok stop la cerita pasal kesibukan diri. Ni nak cerita pasal ruang tamu dan ruang makan rumah saya. Korang mesti dah boring kan. Asyik citer benda sama.
 Bukan ada perubahan pun. Tak kisah la korang boring pun. N3 kali ni semata2 nak masuk cabaran susun atur sioca. Nak tahu lebih lanjut, korang klik je kat gambar bwh ni.


Ok. Jom kenal ruang di rumah saya. Rumah saya ni berkonsepkan open kitchen. Bukak pintu utama nampak keseluruhan ruang rumah. So sy awal2 dah tutup dapur saya dengan tempah display cabinet utk memudahkan saya membahagi ruang2 di dalam rumah. Nak lebih jelas meh2 lihat gambar kat bwh.


Gambar 1 merupakan keadaan asal rumah saya sebelum sebarang ubah suai dibuat. Mmg konsep terbuka terus. Sbb tu saya tempah divider dan display cabinet mcm dlm gambar no 2. Tujuannya utk membeza kan ruang dapur dengan ruang2 lain. Hasil dari pembinaan divider dan display cabinet tu, saya berjaya mewujudkan 4 ruang di rumah sy yg hanya berkeluasan 20x70 kaki ini. Ruang2 tersebut ialah ruang mkn (gambar 2), ruang tamu (gambar 3), ruang menonton (gambar 4) dan ruang tepi tangga ( gambar 5).

Now, korang dah leh bayang keadaan sebenar rumah saya. K. Mula2 sy nak kenalkan ruang tamu saya dulu.


Kedudukan ruang tamu ni  bersebelahan dengan ruang tepi tangga. Saya hanya ambil 10x10 kaki ruang untuk mewujudkan ruang tamu simple ni. Saya just letakkan sofa panjang bewarna coklat dan kerusi rehat bewarna krim utk dipadankan dengan langsir yang saya gabungkan dengan 2 warna.  Sy memillih langsir kosong tanpa sarat dengan manik2 supaya dpt mewujudkan ruang yang ringkas dipandang mata. Bantal kecil yang bewarna kelabu serta bangku ubewarna biru gelap saya selitkan di dalam ruang tamu saya supaya dapat dikombinasikan dengan warna karpet dan warna dinding di ruang menonton dan ruang tepi tangga. Bantal panjang pink atas sofa saya letak utk melahirkan warna kontra bg mengelakkan ruang ni nampak suram. Meja kopi berbentuk bunga sakura yg ada di ruang tamu ni bg sy dpt menampak kan reka bentuk moden. Tak lupa daun2 hijau. Sy mmg peminat daun2 hijau. Bg saya sedap di pandang mata.

Fuh..bila baca balik nak tergelak la plak. Mcm la pandai sgt mendeko.haha.. nak termuntah pun ada. Biar la..korang jgn muntah lagi ye. Sy sambung ruang mkn plak ni.. hihi..



Ini ruang mkn. Susun aturnya pun simple je. Simple tu fokus utama saya. Meja mkn murah ni syg beli sebelum sy pindah ke rumah ni lagi. Kerusinya tak ada pelapit mulanya, saya beli utk padankan dengan bantal kecil di sofa ruang tamu. Warna tambahan di ruang mkn ni ialah merah. Kalau korang perasan di ruang menonton dan ruang tepi tangga, saya ada letakkan warna merah utk pintu stor, bangku pjg dah pemegang tangga.  So, utk ruang mkn, sy cuba letakan warna merah utk karpet dan jam dinding. Cermin ikea tu plak bg sy boleh menampak kan rumah kecil saya kelihatan lebih besar. Perhiasan di atas display cabinet pun saya susun agar tak nampak sarat. Pasu hijau dengan sekuntum bunga di atas meja mkn mmg sengaja saya letak sbb sy mmg suka kehijauan. Ada kaitan ke ek? Tak pe la...asal  nampak cantik di mata saya.

Itu saja perkongsian saya. Mata dah ngantuk..jom tidur semua..mlm nant nak bgn susukan baby plak..bye..


Wednesday, 10 April 2013

Ubahsuai kedudukan sofa dan meja makan

Salam....

Projek besar yang kami buat semlm..ubah kedudukan sofa dan meja mkn....nampak macam lagi luas ruang rumah tp masih janggal dengan kedudukan baru ni...nampak mcm tak cantik tp hasben saya kata ok je... Dia dah malas nak mengalih la tu..pening kepala dia..kejap bini arah letak sini..kejap letak sana....pitam......






yang kat bawah ni plak gambar meja mkn...saya ubah dari kedudukan melintang kepada menegak..






Seterusnya pandangan dari drykitchen




Nampak mcm ok la kan..tp saya rasa cantik kedudukan yg dulu..kalau yg ni best la anak2 nak berlari..tetutama ikhlas nak main kereta..rasanya biar je la kedudukan mcm ni..sekali sekali ubah selera....nant dah boring kembali asal plak..

Dekorasi rumah

Salam....

Hampir 1 tahun 4 bulan kami tinggal di rumah sendiri....Banyak lagi ruang2 di dalam rumah yang belum sempurna deko nya...tp dah duduk rumah sendiri ni slow motion pun tak apa kan..yg penting buat sikit2 lama2 siap jugak...masalah utama adalah budjet and perasaan yang tak pernah puas...bila dah ada yg ini, terasa nak tambah yg ini..ada je yg tak cukup..ish..nafsu betul....korang2 yg follow blog saya ni agaknya dah bosan tengok dekorasi yg sama je....kalau berubah pun sikit bebenor...tp saya nak tempek juga gambar deko ni..sekadar suka2..haha..masih menunggu duit jatuh ke riba utk mulakan projek bilik tetamu, master bedroom, bilik sofia dan garaj kereta...bila la tu agaknya kan..yg dah di deko sikit2 ni pun perlu byk lagi budjet yg kene keluar....akhir2 mimipi je la agaknya..hehe...



RUANG TAMU





RUANG MAKAN





RUANG SANTAI KAMI + RUANG STUDY SOFIA






RUANG TEPI TANGGA






DRY KITCHEN







OUR LEPAK SPACE








WET KITCHEN








FAMILY HALL








BILIK ANAK BUJANG KAMI








TAMAN MINI KAMI







KAMI.. KENE BERLIMA JUGAK NI..BARU BERTAMBAH REZEKI ALLAH...HEHE

checklist deko2 akan dtg:
1)bilik sofia
2) bilik tetamu
3) master bedroom
4)garaj kereta

:).

Beli swim suit la sgt kan....

Lepas balik dari LADAP tadi, hasben ajak p tempah kek besday sofia....past tu p beli swim suit kat budak kecik 2 ketul ni...tujuan utama adalah kedai kek and AEON jusco...selepas urusan di kedai kek selesai, kami isi perut dulu kat restoran tepi kedai kek tu je hah...kali ni tak tempah secret recipe pun..kenapa? Nant saya cerita kat n3 lain...n3 khas utk besday sofia nant...

So...sesampainyer di AEON...kami terus memulakan shopping tak ingat dunia..haha...mula ngan tengok baju tidur ank2.. Angkut dua pasang sorang...past tu p beli kusyen kerusi utk meja mkn...past tu bantal utk sofa...lepas dah byk kali lepas baru p beli swim suit budak2 ni..hahaha...beli swim suit la sgt kan..hikhik...

After angkut swim suit, hasben ofer plak saya beli baju...so apa lagi angkut je la apa yg bekenan..dah ada org nk byr kan...kalau tak beli nant mengigau plak saya mlm ni sbb menyesal..hahaha...tq bang..luv u so much...hikhik....so bila dah dpt shoping, mlm ni ambil hati urut badan hasben ler....tanda tq..hahaha...kesian dia keje mlm..bdn penat2... Hikhik..

Sayapun penat sebenarnye ni...so malas nak cerita pjg2.. Layan je la gambar kat bwh ye....nite...sweet dream..i dream2 ngan baju tido baru..jgn jeles....hahahhaha....





Tu dia..warna pink kali ni..sebelum ni pakai yg daiso je..
Ni harga dia rm 13.90 sebiji...Murah..kain elok and tebal span dia..





Kat sofa di ruang tamu plak, saya p cari sarung bantal panjang kaler pink jugak..saje nak match kan dgn yg kusyen kerusi di ruang mkn...sebelah menyebelah je ruang nyer..so match kan je la sikit2... Nampak ok je...boleh la kot...




Ni kain baju yg di angkut dr jusco tadi...baju mama semestinyer lebih dr yg ank2 la kan...hikhik




Ini la benda paling penting kami nak beli pada mulanyer..tp dah smp sini jadi semua sekali yg di atas tu penting...kenapa beli swim suit ni? Tunggu n3 berikutnyer...hikhik....

Wednesday, 19 December 2012

rumah ini syurga kami(ruang tamu,ruang makan, ruang menonton dan ruang tepi tangga)

tak habis lagi pasal rumah kan saya ni....ntah..tiba2 rajin....internet rumah ayah ni laju..syok je upload gambar..hehehe...walaupun saya letak gambar yang sama layan je la..

ni la rumah kami syurga kami

ruang tamu 

ruang makan

ruang menonton

ruang tepi tangga....gambar tak penuh la....

pandangan dari dry kitchen


ok la..saya plak boring tengok gambar2 sama ni..nant nak update yg atas rumah plak...tunggu....


Saturday, 3 November 2012

Edit gambar

Wah entry ke 2 hari ni..Erm.. Hari ni sempat gak luang masa berkebun di taman mini ku.. Hilang la sikit stress kerja yg berlambak tu.. Tengah syok edit gambar taman mini yang dikebunkan pagi tadi.. Ish ada ke perkataan dikebunkan.. Hahaha.. Lantak la.. I kan stress.. K sambung..saya pun ter edit sekali gambar2 dlm rumah.. Mmg ringan rasa otak ni.. Lepas edit gambar, hantar sofia p sek.. Past tu dating ngan sofia mkn tengah hari di bangi.. Kerja???langsung tak sentuh lagi.. Huahua.. Layan ank2 dulu.. Ank2 tdo post entry ni.. Haha..so layan gambar tmn mini and rumah i ye.. Hehe.. Mood bengong..:)(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...