Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Thursday, 7 April 2016

Alhamdulillah, Saya dah ada butik permainan tau...

Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2016. Konpius nak mula dari mana.Tengok entry last bulan Julai tahun lepas. Tak la terkejut sgt sbb mmg tak ada masa sgt2 nak update. Last cerita deko raya yang mcm tak ada penghujungnya. Banyak kisah yg berlaku selepas entry last tu, membuatkan sy ambil keputusan menyepi dahulu. Urusan keluarga, bisnes dan kerja terpakasa didahulukan.
.
.
Masalah kesihatan muhammad time tu pun antara sebab sy tak ada masa nk layan blog.Korang tahu, buat pertama kalinya dalam hidup kami pada tahun lepas terpaksa beraya di perantauan. Cewah..Hihi.. Maksud saya bukan beraya dikampung halaman. Sebabnya muhammad diserang asma yang agak teruk, sampaikan terpaksa berada di wad hampir seminggu. Sedih. Pelbagai ujian demi ujian kami terima selepas tu. Rasanya tak perlu detail diceritakan di sini. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran kami waktu itu.
.
.
Sesungguhnya setiap yg pahit ada manisnya. Sesungguhnya juga setiap kesabaran itu indah, Allah turunkan ujian kemudian Allah tunjukkan jalan. Nikmat Allah mana yg harus kita dustai.
.
.
Alhamdulillah, sekarang kesihatan muhammad dah semakin baik. Dah jumpa penawar yang sesuai utk dia. Kuranglah kerisauan dalam hati kami suami isteri.Berat badan muhammad pun dah semakin naik. Sekarang dah mula belajar bercakap, dah mula aktif dan dah panjang akalnya. Karekter suka bergurau tu antara yg paling menyerlah. Menyakat abang dan kakak hobi utama. Tersenyum sorang2 saya kalau ingat keletah dia. Sekarang Muhammad dah 1 tahun 10 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.
.
.
.
.
Tu dia Muhammad kekasih hati ku. Besar sudah. Muhammad baju merah tu tau.Kot2 korang tertukar. Yang belakang tu kekasih hati saya jugak, Ikhlas merangkap abang teh. Ok now cerita pasal abang teh plak.
.
.
Anak teruna ke dua saya ni, semakin membina badan dengan jayanya, Bercakap dia la juara, Pelat? tak ada langsung dalam kamus hidup dia, Ayat dia kalau bercakap, perhhh... tak terjawab ko... hihi..Ikhlas dah 4 tahun 4 bulan. Saya masih hantar dia di LittleCaliph. Tak plan nak tukarkan dia ke tadika lain sbb saya dah jatuh hati dengan sistem pembelajaran di Little Caliph. Hafazan, membaca  dan mengira alhamdulillah sudah dikuasai.Yang best tahun ni saya hantar ke kelas teakwando. Abahnya kata nak bagi Ikhlas berani dan berdisiplin. Apa taknya, nampak anak lipas pun lari satu rumah. Hihi..
.
.

.
.
Hah... Gaya mesti lebih. Ini la hero bambam saya. Kalau nak cerita pasal dia sorang, sebulan pun tak habis.
.
.
Cerita Puteri Hang Li Po saya plak. Korang tahu, Sofia sekarang darjah satu dah. Duk cerita kisah sofia bermula dari dia umur 3 tahun kot dlm blog ni.Sekarang dah 7 tahun. Princess solehah nan sorang ni membesar bagai juara jugak. Kakak yg cukup kasih pada adik2, kakak yg cukup berdikari dan dengar kata,kakak yg sgt rajin belajar dan kakak yang suka berebut tab ngan adik2. Hihi. Kami suami isteri ambil keputusan  hantar dia ke Sek Rendah Islam Integrasi. Satu hari disekolah. Utk masa sekarang kakak nampak semakin menyesuaikan diri dengan sistem sekolah baru. Ialah dari tadika ke sekolah,byk jugak perubahan yang dia kene hadapi. Apapun kakak nampak enjoy ngan sekolah ni.Syukur sgt2.

.
.
.
.
Inilah kakak sofia, satu2nya puteri jantung hati saya. Besarkan. Anak dara dah. Saya dan suami?membesar jugak. Hihi..
.
.
Perkembangan terkini saya dan suami ialah pembukaan butik baru kami. Memang tak pernah cerita pun pasal kedai ke apa dalam blog ni. Bukan tak nak cerita, tapi benda2 ni berlaku dengan pantas. Usia bisnes kami pun baru dalam setahun lebih, masih banyak kene belajar dan masih byk lagi dugaan yg akan mendatang.Rasanya korang tahu saya menjual mainan pembelajaran secara online sbb saya pernah iklan barang2 dalamblog ni.
.
.

.
.
Ini lah tempat bermulanya saya berniaga online. Hanya berbekalkan minat yang teramat dengan mainan berunsurkan pendidikan atau dalam bahasa omputeh educational toys. Jual kecik2 dengan tujuan nak tolong orang lain dpt membeli mainan ni dengan mudah sambil2 saya seolah2 dapat mainan free gitu. Ruang family hall di rumah saya ni penuh sarat ngan stok. Masih menggunakan nama anak mama manja tp saya singkatkan pada amm kemudian tambah amm_book_ and_learning_toy_shop, sy jual di instagram dah fb sahaja mula2 tu. Boleh la nak follow sekarang. Cepat2 follow ig kami dan like page fb kami tau. Cewah.. Promosi plak. hihi.
.
.
Alhamdulillah sambutan educational toys ni amat2 menggalakkan di online. Dah jadi side income kami plak.Dari niat nk kumpul mainan utk anak shj mulanya. Bila hasben pun turut terjebak, maka tercetusnya idea dia nk cuba nasib buka cawangan di uptown jln reko kajang.Ternganga jugak saya dengar mula2. Dalam hati " ye ke suami aku ni?".. Apapun setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah dan dengan izinnya juga kami dipermudahkan segala urusan. Kedai di uptown dpt dibuka dan kami gajikan adk hasben sebagai staf kami. Hasben saya pun turut sama berniaga jugak bila ada masa free.Almaklumla masih terikat dengan waktu bekerja time tu.Sekarang pun kami masih disana. Lokasi tapak kami di hadapan agro bank dan  bersebelahan jalan besar. Saya jarang ke sana sbb uptown ni bukak mlm, dari 9mlm ke2 pagi. Anak2 kecik ni susah sikit la nak handle mlm2. Kalau pergi pun time weekend dan biasa singgah sekejap je.Tak larat nk kejar si muhammad.
.
.

Bila di uptown ni, kamimula campur sikit barang2jualan. Masih fokus pada mainan pembelajaran tapi tambah sikit denganbaju budak2 dan mainan2 ikut trend kartun terkini macam robocar poli dan tobot. Alhamdulillah sambutan pun baik di sini
.
.
Terbaru, kami buka cawangan terbaru kami di tingkat 1, tesco semenyih. Alhamdulillah cita2 nak memiliki butik permainan sendiri di makbulkan. Tu yang busy memanjang. dah hampir 2 bulan butik ni beroperasi. Meh ler singgah. Now, kesibukan sudah mula reda. Mungkin byk benda dah selesai jadi kehidupan just maintain shj. Terlepas dari kesibukan  pun rezeki kan.syukur.. Tu yg boleh update entry tu. hihi. Doakan saya dan suami terus berjaya ye.Ada masa singgah la mana2 cawangan kami.
.
.

Ok.. kisah deko plak? biasa2 je. tak ada apa2 perunahan. Kalau ada pun tambahan sikit2 gitu  je. Projek mega tak ada lagi setakat ni. Baru je keluar dari fasa kesibukan. insyaAllah akan update kalau ada deko2 terbaru. Kali ni belanja gambar2 lama je la.
.
.




Sekian dulu la ye.Nanti ada kelapangan saya update lagi ye. bye.

Monday, 12 August 2013

raya 2013



Salam aidilfitri..belum terlambat lagi nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin kat semua..raya2 ni tak sempat betul nak jenguk blog...tambah2 line internet tak berapa nak elok kat rantau panjang hari tu...

Now bersiaran dr trg...hari ni dah raya ke 5...baru berpeluang letak gambar raya...jom layan..


Raya tahun ni tema biru...hehe....@rantau panjang

Susah betul nak ambik gambar ikhlas duduk diam
Tengok aksi ikhlas tu...kakak maintain ayu..hehe

Family besar en suami...ada lagi 1 family tak ada dlm gambar coz diaorg raya 1st kat penang tahun ni..


Tu dia...ni lagi besar kan....kat rumah tok ayah...seluruh family hasben ambik gambar...ni pun masih ada ramai yg tak ada rasanya...riuh rendah usah cakap la kan..hihi


Raya ke 2 tak sempat nak ambik gambar pun...just snap satu dua keping gambar anak2..kalau raya pertama lebih tertumpu di rantau panjang, raya ke dua kami berubah ke pasir mas, kampung bapak mertua plak..sehari suntuk kami duduk di pasir mas shj n beraya ke  rumah saudara mara...






Lepas maghrib raya ke 2, kami dah bertolak balik terengganu...giliran terengganu plak utk raya ke 3..hehe.. pun tak byk gambar utk raya ke 3 sbb terkejar2 p rumah sanak saudara...apapun tempek je la gambar budak dua org ni...





Raya ke 4 baru la ada kesempatan raya ngan family saya...hihi...










Malam semalam hasben dah balik kajang...hari ni dah start kerja...so kami 3 beranak masih beraya di trg...sek kan cuti panjang..hasben suruh kami raya puas2...hehe..tq bang...sunyi jugak raya tak ada abg...cewahhh..mesti menyampah hasben i baca kan..haha....raya ke 5 ni masih lagi beraya ke rumah saudara and jiran tetangga..tak kurang jugak tetamu yg dtg beraya ke rumah..syok raya kan....raya smp pengsan.....hihihi
















Thursday, 11 April 2013

Selamat Hari Lahir ke 60 Ku

Salam....

Mesti korang tertanya tanya...."ku?" siapa plak la ku ni kan.....ku adalah panggilan saya pada ayah yg paling saya sayang di dunia ni....special kan panggilan tu.....time saya kecil2 dulu, saya pelik jugak kenapa saya je yang panggi ayah saya ngan panggilan ku..dengar org lain mesti panggil abah, ayah, papa, daddy and macam2 la...saya plak ku...ish mcm panggil kawan.. Hehe..actually ku saya cerita yg panggilan ni adalah panggilan keturunan gitu...ku saya panggil atuk saya pun ku jugak...jgn pening hah...hehehehe..apapun saya seronok and suka sgt dengan panggilan tu....terasa special sgt....tp ank2 saya tak ada la panggil abah dia ku coz abh dia tak ada tunku or tengku ni....nanti bila sofia besar agak jenuh jugak saya nak menjawab soalan cepumas sofia..mesti dia tanya " kenapa ku?" hari tu pun dia pernah tanya kenapa nama dia tak ada tunku and kenapa nama ank abg saya merangkap sepupu dia ada tunku....menangis juga dia bila saya kata tak boleh sama ngan zarra...dia kata " yaya nak jugak" saya geram jugak mula2 and buntu nak explain..menyesal pun ada sbb p sebut nama penuh zarra...mesti la si sofia ni nak sama sbb nama mama dia pun ada tunku kat depan...saya ni mencari idea and jwb mcm ni.." yaya anak mama and abah...kalau anak mama and abah nama yaya kene jadi nur ' ain sofia.. Kalau yaya nak ada tunku yaya kene jadi anak ayah long..tak boleh jadi anak mama and abah" explain ngan berhemah and sopan gitu..alhamdulliah dia jwb " tak nak la..yaya ank mama, tak nak la sama ngan zarra".. Hehehe..berhasil...tapi agak take time jugak si sofia ni nak jwb tak nak tu...apapun dia dah belajar utk memahami..itu yg penting....

Apa la yg duk melalut cerita benda lain ni....pergi pada tujuan sebenar..hari ni 11 april 2013 merupakan hari lahir ku saya yang ke 60..kak ngah satu family nak ucap selamat hari lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baikdan diberi kebahagian dunia dan akhirat...sofia and ikhlas sayang tokki...terima kasih kerana menjadi ku yg amat baik dan tokki yg amat penyayang....

Tuesday, 2 April 2013

Pertunangan ayah teh & mak teh

Salam...

Lama jugak menyepi dari update cerita2 dlm blog ni.....keadaan kesihatan betul2 tak mengizinkan...dengan macam2 masalah yg malas nak fikir..kalau fikir boleh jadi giler.....arh.....ketepikan semua masalah tu....hidup mana tak ada masalah kan....tabik spring kat hasben yg amat2 penyabar ngan perangai wife yg ntah apa2 ni..hukhuk....hormon tak stabil lagi bang..hahahahaha....ampun ye bang.....

Minggu last cuti, kami ke Kulai, johor... Adik saya yg ke 3 bertunang..merangkap ayah teh ank2 saya la...bertolak ptg jumaat and smp kulai dlm pukul 9 mlm..jem teruk time ambik adik saya kat ppum..past tu tersangkut plak jem kat nilai and seremban...terus lewat smp...apapun majlis berjalan ngan lancar... Nah saya letak gambar je la...malas nak cerita panjang2.. Apapun tahniah buat mak teh and ayah teh....moga cepat2 kawin....hehehe... Ni je gambar yg ada dlm ipad....byk dlm kamera.... Gambar ipad ni byk kabur la...." BANG, SAMSUNG NOTE SATU".... Huahua...

























Tuesday, 5 February 2013

Umrah

Salam....

Now saya sudah bersiaran dari rumah sendiri di kajang..sampai sini pukul 5.45 pagi tadi...letihnya badan ni hanya Allah yg tahu...tegang urat2 and bengkak mata ni..sofia and adik2 saya yg lain masih terbongkang tdo...lepas saya kejutkan diaorg solat subuh, boleh diaorg sambung membuta balik..penat sgt2 la tu...saya ambik mc hari ni..mmg rasa flat sgt2.. Sofia sambung lg cuti..esok baru hantar sekolah..actually, saya dah bgtau yg saya ambik crk utk hari isnin kan...sebabnyer? Sbb saya nak hantar mak dan ku ke airport.. Mereka nak pergi menunaikan umrah..so saya dan hasben apply la sehari cuti..sofia plak saya main ikut suka hati mak bapak saya bg cuti kat dia..hikhik..eh..mesti korang pelik sape plak ku tu kan..ku adalah panggilan saya pada ayah saya...kira panggilan keturunan la sbb ku saya panggil ayah dia pun ku jugak..huhu..

Kalau ikut plan sebenar, flight ke madinah yg mak and ku naik akan bertolak dr airport kuala terengganu pada pukul 7pm..mak dan ku dah plan awal2 nak keluar rumah sebelum zohor....so akan buat qasar jamak di masjid or surau yg luar dr mukim kitaorg..saya dan adik beradik yg lain pun turut sama bersiap sedia..kemas brg2 sendiri bwk masuk bonet kereta...ingatkan lepas hantar mak and ku masuk balai berlepas, kitaorg pun boleh berlepas balik rumah masing2..mereka pun dijangka masuk balai berlepas pukul 5 ptg.. kira tak ada la lewat sgt utk kami meneruskan perjalanan balik..

Kami sekeluarga sampai di airport beberapa minit sebelum zohor.. Ku bwk kitaorg ke jabatan penerbangan awam..tempat kerja lama dia...ku saya ni pencen dr jawatan air trafic controller 2 or 3 tahun yg lepas kot..saya dah ingat2 lupa...dulu menara kawalan adalah tempat yg tak asing bagi kami adik beradik..dari kecik ku selalu bwk kami naik dan turun tower..kadang2 pekerja2 lama kat situ kenal kitaorg adik beradik..sebenarnya, ku dah contact bos tower utk tumpang solat di surau kat situ..maklumla org kan lebih 400 org yg akan naik flight ke madinah hari ni..so akan bersesak sesak la kan..kalau solat di surau ni, selesa la sikit..

Ku duk borak ngan salah seorg pekerja kat situ..ikhlas pun kusyuk giler mendengar..





Ni gambar time ku saya masih bekerja..ada tertampal kat board di jabatan ni..hehe..sempat lagi snap...

Lama jugak kami duduk dlm ofis ku ni..pukul 2 baru keluar and terus ke airport..sebelah bangunan je pun..hehe...lepas mak and ku daftar apa yg bekenaan, kami keluar mkn tengah hari dulu..ramai sgt org time tu...pukul 4 baru masuk balai berlepas..so ada dlm sejam setengah lagi..ku pun ajak kitaorg p mkn kat luar airport..cari nasi...kedai tu bersebelahan sek men ibrahim fikri...ok jugak la makanan dia...sejam kemudian kami patah balik ke airport...sambil2 tunggu annouce, saya sempat snap gambar2 kat bwh..

















Ank2 pun boleh tahan riang bila tengok ramai sgt org ni...sofia mcm biasa main kejar2 ngan sepupu dia zarra...ikhlas plak duk syok main sorang2.. Kat atas ni,saya ada rakam video si ikhlas and sofia...

Tunggu punya tunggu, tak ada annouce suruh masuk balai berlepas lagi...tiba2 ku dpt information flight naik pukul 1 pagi plak..terkejut gak kitaorg..tp still tunggu annonce...dlm pukul 4.30 mmg ada annouce flight delay...pukul 1pg baru naik...so ejen suggest suruh balik dulu and dtg balik pukul 11 mlm..mula2 mak and ku tak nak balik..tp kitaorg pujuk balik dulu sbb lambat lg kalau nak menunggu..balik pun bukan rumah sendiri tp rumah mak cik di bukit besar..akhirnya mereka setuju..sebelum balik, adik lelaki pelawa minum ptg di tepi pantai dulu...so menyinggah la dulu sebelum p umah makcik.




Dlm pukul 6.00 ptg sampai umah makcik...rest2 dulu...mandi and solat kat sini...makcik siapkan makanan malam utk kami sekeluarga..budak2 2 org ni plak bantai tdo lepas minum ptg smp la lepas isyak baru bgn..lepas siapkan budak berdua ni terus bertolak ke airport...

Sampai kat airport, lagi sekali ku dpt info flight delay lagi..maybe pukul 5 pagi...flight saudi arabian ni ada problem teknikel..so kene repair dulu di subang..tu info yg dpt dari kwn2 ku la.. Pun antara org 1st tahu pasal delay ni..dugaannyer..maybe ada hikmah...ikhlas dah mula tunjuk keboringan dia..mak saya dah bising suruh saya bertolak balik kajang cepat2.. Tak payah tunggu dia dah...nant masuk balai berlepas tak boleh jumpa jugak..so dlm pukl 11.30 kitaorg pun bertolak balik....




Sampai atas lantai...boring sgt dah ni..

Alhamdullilah kitaorg selamat smp pukul 5 lebih pagi tadi...ku dah telefon tanya smp ke tak lagi kajang..dia tak bertolak lagi...ejen umrah tu dah bwk jemaah ke hotel dulu mlm tu sbb flight mmg tak smp mlm tu coz prob teknikkal tadi..pukul 12 thari mak tel bgtau bas dah bwk p airport balik lepas berehat beberapa jam di hotel...dlm pukul 4 baru ku bg msg bgtahu flight dah berlepas ke madinah..kami adik beradik doakan ku dan mak selamat pergi dan selamat pulang..semoga diberi kesihatan yg baik utk menjalankan ibadah umrah di sana...ikhlas dan sofia rindu tok and tokki :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...