Showing posts with label Teratak kami:::RUANG TEPI TANGGA. Show all posts
Showing posts with label Teratak kami:::RUANG TEPI TANGGA. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Deko::Ubah Suai Ruang Dan Console table

Salam Ramdhan semua..
Kita diambang akhir ramadhan dah kan. Cepatnya masa. Terasa sayu nak menjalani hari2 akhir ramadhan. Bulan penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan rezeki, bulan ibadah dilipat gandakan. Special sungguh bulan ni. Waktu zaman kanak2 dulu, kalau boleh bulan puasa ni nak je cepat2 berlalu sbbnya lagi seronok nak raya. Bila dah tua ni, kita mesti mengharapkan sepanjang tahun ialah bulan ramadhan kan. Banyaknya ganjaran pahala kita boleh kumpul pada bulan ni.
.
.
Berbuka hari ni sy tak masak. Sofia dah 2, 3 hari mintak berbuka kat pizza hut. Dia punya ulang merayu rayu sampai naik bosan sy dan suami. Akhirnya bwk la jugak. Saya ni tekak orang kampung.Kalau boleh berbuka nak makan nasi berlauk. Pizza ni boleh je sebenarnya tp tekak ni tak berapa nk terima roti2 ni. Kalau p lepas mkn nasi ok la. Tu pun saya ambik la sekeping dua pizzanya. Makan ala kadar. Biasa p pun lepaskan hajat ank2 . 
.
.
Permintaan sofia bukan takat nk berbuka kat pizza tp nak kek jugak. Dia tuntut kek besday adik muhammad dan abahnya. Aduhai ank. Besday sape ni. Abah dia layankan aje.Kesian kakak puasa katanya. Jadi secara tak sengaja kami  tersambut besday abah dan adik muhammad. Sekali ngan besday adik ipar yg bulan jun jugak. Adik ipar saya ni mmg duk ngan kitaorg.Kerja ngan suami saya. Jadi berbuka dan celebrete besday la kami hari tu. Nampak riak muka gembira kakak.
.
.

Berbalik pada cerita console table. Jauh melalut tadi. Ok,utk pengetahuan korang,sy dah tukar kedudukan ruang mkn saya sebelumn ni ke ruang menonton. Kira tukar suka sama suka. Huhu.. Meh nak tunjuk gambar.
.
.

.
.
Inila rupa baru ruang makan saya.Sesimple boleh sy nak utk ruang ni. Cermin yg bwh jam tu, sy alih je dr ruang mkn sebelum ni kesitu. Tempat cermin tu dulu adalah tempat kami gantung tv. Disebabkan nampak kosong, sy pun beli la console table. Still mencari yg simple2.Kan dah tua,tak suka sarat2.Haha..Ada kaitan ke.
.
.

.
.
Inila rupa ruang menonton baru saya. Dulu sini ialah ruang makan. Ikhlas cakap.Mmg nampak luas dan lapang rumah bila ubah 2 ruang ni. Ruang tamu? Still pada kedudukan lama cuma ubah stool shj. Nah tengok gambar.
.
.

.
.
Sama je dengan yang dulu, cuma stool merah tu sebelum ni saya letak dekat ruang tepi tangga kan. Sekarang saya tukar.Wing chair sy ubah ke ruang tepi tangga manakala stool merah letak kat tempat wing chair sebelum ni. Kesannya semakin luas ruang tamu. Haha. Kan nk konsep simple dan lapang.
.
.
Bercerita pasal console table, actually ni bukan console table pun. Kalau ikut nama kat ikea namanya meja komputer. Hikhik. Saya plak duk bekenan sbb simple dan boleh matching ngan rak ikea yg ada kat ruang menonton.Dia plak memanjang gitu. Dari mata saya rasa mcm boleh je buat console table. Harga plak murah.Apa lagi rembat jela. Bila letak,not bad ok.Cantik jugak.Dimata saya la.So selesai masalah ruang kosong bila ada console table ni.
.
.

.
.
Hah 2perabot ni la yg saya nak matching kan tu.Dua2 dr ikea.Konsep kosong.Kihkih..
.
.
Okla..Nak sambung pasang wallpaperkat dapur ni. Baju Zalora sy pun baru sampai jap2baru. Tunggu next entry utk tahu pasal 2 kisah ni ye.Utk pengetahuan korang, entry ni sy taip dr hari khamis lepas tau.ni main sambung je. Jadi redho jela ye...kuikui..

Thursday, 23 June 2016

Deko: Warna Pastel Pilihan Hati

Salam 17 Ramadhan. Nasib baik hari ni terkejut bangun sahur. Malam semalam pukul 6 baru terjaga. Luar  rekod kami ni. Dah 3 kali terlepas sahur tahun ini shj. Biasa sehari gitu je la yg terlepas. Selalunya kami mmg jarang terlepas sahur. Macam jugak berbuka sepenuhnya di bulan ramadhan, sahur pun sepenuhnya jugak..Ngengenge. 
.
.
Kami suami isteri tak ada la terkesan sgt tak bersahur ni kan. Tua bangka nk menangis mintak berbuka awal sbb terlepas sahur mmg nak kene penampor la tu. Hihi. Cuma yang kesian dekat si sofia la. Risau dia penat. Sebelum ni terlepas sahur time cuti sekolah, kali ni hari sekolah. Tapi seperti biasa, kakak sofia mmg seorang yang kuat. Tak tinggal wei. Puasa penuh lagi setakat ni. Alhamdulillah. Darjah 1 dah puasa penuh dan solat tak pernah tinggal. Selalu pesan kat dia, orang yang terjaga solat, insyaAllah puasanya jugak terjaga sayang. Mama kamu pun dolu2 darjah 1 tak lengkap puasa dan solat. Malu kat anak. Si sofia ni kalau terlepas waktu solat mmg menangis penuh penyesalan. Seperti tdo itu satu kesalahan menyebabkan dia terlepas solat. Bukan bulan puasa je mcm ni, Saya perasan sejak darjah 1ni la. Bimbingan ustaz dan ustazah di sekolah beserta pesanan tanpa henti saya dan suami di rumah jugak kot menyebabkan dia berdisiplin. Harap2 kekal sampai bila2 ye sayang. 
.
.
Cerita hari ni ialah kisah deko. Hihi..Lama tak share ngan korang kan. Terkini tp bukan la terkini pun. Basi dah pun. Saya dah tukar warna cat di ruang mkn, ruang tamu dan ruang menonton saya. Kalau dulu dinding titik tumpu tu warna hijau  dan yang dinding sebelahnya warna putih, kali ni saya cat satu warna je semua dinding tu. Tak ada dah future wall semua. Tak ada dah warna2 gelap semua. Warna pastel pilihan hati. Rasa nk konsep tenang dan lembut serta lapang bila dah tua2 ni.Eh tua..hihi.. En hasben pun menurut ajer. Jenuh google warna2 pastel ni. Nak cari kaler la kononnya. Saya kalau dah dtg angin mendeko, seminggu tugas google cat shj. huhu. 
.
.
Tinkerbell warna pilihan setelah study punya study.

.
.
 Ini adalah part yang jadi perang mulut antara saya laki bini. Korang tahu,ntah macam mana my hubby p kikis cat sampai ngan simen2 terkeluar. Kesannya sampai ke sekarang dinding bahagian ni nampak tak rata. Meroyan jugak la saya ni. Nasib baik la tak terus kikis smp dinding satu lagi. Kalau tak mahu meroyan tahap dewa derrr...
.
.




Ni sesi tampal simen balik dekat yg tak  rata sebab kikis tadi. Walaupun nampak ok tp still menggerutu dinding i k. Sakitnya tuh di sini tau. Nak marah lama2 pun tak guna.Hadap jela




Dinding yg ok tu dah cat ngan warna pilihan. Dinding satu lagi baru cat undercode
.
.

 Ini yang dah siap cat, bahagian ruang menonton.Kalau korang perasan, sy dah tukar kedudukan ruang menonton dan ruang makan. Ni nant sy ulas dalam entri lain ye
.
.
Dinding bahagian langsir
.
.
Dinding ruang tamu.Senang kata satu ruang yg merangkumi ruang tamu,ruang menonton,ruang makan dan ruang tepi tangga kami cat ngan warna tinkerbell ni. Impaknya mmg nampak cosy, lembut je... cewah..
.
.
Gambar2 ni semua time tgh serabut lagi. Nanti dalam entri satu lagi saya bg gambar cantik sikit ye. 

Wednesday, 8 July 2015

DEKO RAYA 2015 :: RAK IKEA PELENGKAP RUANG

Salam..
.
.
Ingat tak dalam n3 yg lepas saya ada sebut pasal meja study ank2 sy dah tak ada di ruang menonton. Ini pun antara penyebab bermulanya projek deko raya. Kalau korang lupa kedudukan meja tu.. meh sy tempek balik gambar meja study ni.
.
.

.
.
Ok. Meja ikea kecik tu la sy jadikan meja study ank2. Tp dah tak sesuai kat situ sbb muhammad suka panjat. Risau la jatuh sbb kalau baby yg naik kira agak tinggi la jugak utk dia. Sebelum apa2 terjadi kami alih la meja tu.  So mulala mesi pencarian rak ikea utk ruang ni. Mencari yg simple2 je. Tak nak nampak serabut sgt. Konsep mininalis tetap di ambik kira. Akhirnya jumpa yg bekenan di hati.
.
.
Ni je piliha kami. Biasa2 je. Hihi
.
.
Saya lupa dah apa nama rak ni. Harga rm159. Hasben yg bekenan sgt rak ni. Dia tak nak rak or perabot yg tertutup. Konon nak nampak luas n simple. Bila pasang ok la..nampak simple dan sesuai sgt2 dgn apa yg kami nak.
.
.
Adanya rak ni kira lengkapla ruang menonton n ruang tepi tangga kami. Rasa best sgt tengok.
.
.


.
.
Alhamdulillah siap sudah ruang menonton dan ruang tepi tangga kami. Tak ada apa yg menarik sgt pun...kebanyakan perabot2 lama dan kedudukan perabot yg sama macam asal. Tambahan rak dan warna dinding baru shj.
.
.
InsyaAllah next n3 saya cerita family hall plak.

Sunday, 5 July 2015

DEKO RAYA 2015:: TERJAH IKEA & SAMBUNG CAT LAGI

Salam..
.
.
Jumaat baru ni, kami laki bini p terjah ikea. Lama sgt2 tak p ikea wei. Terlepas rindu kat ikea. P berdua plak tu. Lagi la lancar kerja kami hari tu.
.
.
Hasil dapatan di ikea:
*Rak hiasan
*bantal sofa
*Alas kerusi utk meja mkn
.
.
Teaser la sikit kat korang

Rak hiasan

Bantal.sofa
Alas kerusi tak ambik pun gambar. Tak siap lg la. Bersepah lg rumah ni..nant dah siap saya kasi gambar real.
.
.
Hari ni seharian hasben cat dinding ruang tamu n ruang mkn. Warna apa??? WARNA PUTIH JER. Ye putih shj. Nak nampak ringkas la kononnya. Layan je la gambar ni ye.
.
.
Dah macam kene bom


Penat sgt abg teh..muhammad gak tak tentu arah nak cekau cat

Thursday, 2 July 2015

DEKO RAYA 2015:: MASIH KARPET LAMA

Salam..
.
.
Sambung kisah deko lagi. Kali ni pendek je entry. Alang2 tunggu cerita MAID. Haha
.
.
Kisah karpet di ruang menonton dan ruang tepi tangga. Td p kamdar cari langsir, tiba2 ternampak karpet putih. Tergoda giler2. Dah la less 10% tp bentuk karpet tu bulat. Byk kali jeling smp pening. Siap ukur bagai ngan hasben. Last2 tak jadi k. Hihi. Sbb utama ialah tiada bajet utk karpet. Bajet ke kamdar hanya utk langsir.  So terima seadaanya karpet lama. Sobsob
.
.


.
.
Apapun ok je la karpet lama. Perasan tak dah tak ada meja study ank saya. Mcm korang ingat. Nampak kosong kan. InsyaAllah saya sambung kisah perabot baru esok or lusa. Stop la. Ready for MAID.

Monday, 29 June 2015

DEKO RAYA 2015:: CAT FUTURE WALL TINGKAT BAWAH

Salam..
.
.
Alhamdulillah. Tahun ni diberi kesempatan utk deko2 raya. Tahun lepas kan dalam pantang time bulan puasa. Meleleh air liur tengok org deko rumah sebelum raya. Tahun ni ada rezeki sikit boleh la deko mendeko ni. Deko ala2 kadar je ni. Deko bajet pun ye. Yang penting mata kami2 yg duk di rumah ni rasa tenang dan lapang.
.
.
Ok. Step pertama ialah ubah warna future wall kami. Sebelum ni pernah warna kelabu. Kemudian kelabu gelap. Kali ni dah boring kelabu2 ni. Totally nk ubah jauh dr warna kelabu. So banyak la idea2 kami yg mencurah2 datang. Berani mati kali ni coz bila ubah warna future wall so byk benda yg kami kene ubah. Baik dr segi warna langsir, perabot , karpet dan yang sewaktu dengannya.
.
.
Apapun tak nak pk lagi step2 yg akan dtg tu. Kita slow and steady jerk. Tengok dulu hasil demi hasil baru boleh fikir idea2 deko lain. So pagi tadi bermula la proses mengecat. Mula dengan cat warna putih utk tindan warna lama.
.
.

Rajin tak anak2 ku
.
.
Ni kerja hasben dan ank2. Saya tengok je tadi coz nak kene pantau yg no 3. Kalau tak tengok mahunya masuk dlm tin cat. Tak pasal2 qu puteh nant. Miahahaha.
.
.
Kering je cat putih ni, hasben cat plak warna pilihan kami. Kali ni ank2 tak dibenarkan sentuh dah. Kan ada plak bahagian tebal dan ada bahagian nipis catnya. Ikhlas terutamanya, suka cat tempat sama. Tak pun dia p cat tempat2 mana dia suka shj.  Sah2 tak sekata cat tu nanti.
.
.
So cat punya cat, kul 7 baru siap. Saya tak ambik kisah dah coz busy layan kerenah ank2 dan layan masak utk berbuka. Apapun puas hati sgt dengan hasil nya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Langkah pertama dah selesai. InsyaAllah esok saya cerita lagi apa yg seterusnya. Tahun ni kami buat perubahan besar besaran tp kos yg ciput. Camner tu. Tungguuuuuuuuu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                                        IKLAN



DAH ADA BAJU RAYA ROBOCAR POLI UTK ANAK2 KE???
.
.
JANGAN MENYESAL KALAU LAMBAT2 BELI NANT DAH HABIS STOK.
.
.
SAYA ORG TERAWAL JUAL BAJU ROBOCAR POLI TAU. ORIGINAL DARI KOREA NI
.
.
RM50 SEPASANG
.
.
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER

Sunday, 7 September 2014

Ruang Menonton dan Ruang Tepi Tangga ::: Cat dinding baru

Salam..

Jam 1.40 pagi. Tak heran dah berjaga sampai pagi sekarang. Muhammad jenis tidur malam. Siang dia tidur sekejap2. So segala jadual kemas rumah, membasuh, memasak dan segala mak nenek kerja rumahtangga saya terpaksa buat malam. Si Muhammad ni start tidur pukul 8 mlm, kemudian bangun2 subuh esok plak. Jaga nak susu dalam 3 jam sekali. Bahagia sgt2 la saya di malam hari tapi agak sengsara di siang hari. Tak boleh buat apa. Berkepit ngan muhammad dan abg kakak dia je la. Kesimpulannya masa bersama anak2 saya lakukan di waktu siang. Mengaji, hafazan, mewarna, membaca, melukis, menyanyi, mengira dan mcm2 aktiviti sy spend di siang hari bersama 3 cahaya mata saya tu. Bila muhammad nak susu, sy baring dan time tu la terlelap sekejap2 ngan Muhammad. Tu pun dengar je si sofia dan ikhlas duk aktif bermain. Namapun ibu. Tidur2 ayam je la. Asal boleh hilang penat jadila.

Melalut ok. Korang pun tak kuasa nak membaca or nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak pe la. Just nak bagitau betapa tak ada masanya nak update blog. Siang ngan ank2. Malam ngan kerja rumah. Lewat malam dah letih so nak tdo la kan. Tp malam ni ter over rajin sikit. Cerita ringas2 je. Asal isinya padat. Hehe.

Lepas raya seminggu, sy dan ank2 ikut hasben balik kajang. 2 bulan tak jumpa rumah. Rindu jugak la kat rumah sendiri. Lama sgt kan duk kampung. tp bila lg nk duk lama2. Time ni ler. Lepas ni tak ada peluang dah.

Baru2 ni, hasben duk cakap2 yg dia bosan dengan warna cat dinding area ruang menonton dan ruang tepi tangga. Saya ni diam je. Dah la 2 bulan tak jumpa rumah. Balik mcm2 nak kene kemas. Dengan hari raya lagi kan. Ank2 yg mcm2 ragam lagi. So malas nak fikir cat2 baru ni. Maintain kemas yg ada ni pun dah ok sgt2 dah rasanya. Tp siapa2 pun tak ada boleh menghalang kerajinan si hasben ni. Nak cat sgt. Cat la bang. Lagi syg suka. So warna baru kami thn ini adalah seperti di bawah. Jom saya belanja gambar wajah baru ruang menonton dan ruang tepi tangga saya.






Baki hutang entry:
1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table dan kerusi ikea
7. Cermin mydin dan karpet meter1
8. Rak buku family hall
9. cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan anak2

Tuesday, 15 April 2014

ubah frame

Salam...

Sebenarnya tak ada perubahan apa pun....just tukar kedudukan frame je...saje bosan2....


Gambar ni sebelum perubahan frame


Tu je..frame kufi sy letak kat dinding tv...yg frame bunga plak sy tukar pafa dinding tangga..kan dah  ckp, tak ada apa2 pun..gatal nak cerita..haha...

Gambaran keseluruhan

Sunday, 8 September 2013

hiasan dinding::kufi

Salam...

Akhirnya smp jugak hajat kami suami isteri nak menghiasi dinding rumah dengan ayat2 suci alquran dr seni khat kufi..dah lama mengidam tp memandangkan bujet takde so tangguh dulu..ni ada peluang p la beli tp beli yg mampu dengan bujet je lìa..hehe..

sempat gak kebas 2 keping....hehe...

Surah al fatihah...yg ni sepatutnya harga dia rm330..tp ada reject ckit kat penjuru atas frame tu..ala reject tak nampak pun..kalau korang tengok pun tak perasan..nampak mcm kaler dia je...so dptla harga rm200...rezeki kitaorg..hehe

Gambar keseluruhan ruang..boleh la..dinding yg ada kaler putih tu bekas dr buai ikhlas..dah cabut pun buai tu n letak dlm bilik...dah cat pun..tp gambar tak snap..

Ni ayat seribu dinar..saya letak dln master bedroom..yg ni tak reject..hehe..rm280...

Dlm gambar tak nampak sgt kejelasan tulisan ayat tp real mmg cun..hehe
So..apa lg..puas hati ler dpt 2 biji ni...haha....apapun tenang and sejuk je ruang rumah kalau dihiasi ayat2 suci alquran kan...

Thursday, 22 August 2013

perubahan terbaru: ruang tepi tangga

Salam...

Ni yang terbaru....

Dah smp sudah mek merah saya

Pandangan dr dua ruang

Ruang tepi tangga ni bersebelahan dengan ruang menonton+ruang study ank2

Friday, 16 August 2013

deko2 ruang tepi tangga

Salam....

Ingat lagi tak saya ada cerita pasal projek cat dinding ruang menonton and ruang tepi tangga bulan puasa baru2 ni..saya pun ada buat n3 ringkas and ada letak gambar ruang2 ni..kalau ingat la kan..kalau tak ingat nah saya tempek gambarnya..

Dinding stor tu saya cat kelabu jugak..dulu dinding tv je yg warna kelabu..

Ok...gambar ruang tepi tangga plak...

Ok ni la dinding yg saya dah warnakan dengan warna kelabu.. 

Perubahan pertama..ialah saya dah tukarkan kipas pada tower fan di antara ruang pemisah antara ruang tepi tangga and ruang menonton+ruang study sofia..letak tower fan ni boleh jimatkan space sikit..kipas biasa tu besar sikit saiznya....yg ni kecik and comel...tak bahaya sgt...kalau kipas berdiri sebelum ni asyik jadi tempat ikhlas bergayut..risau...

kenapa letak tower fan? Padahal dah ada aircond n kipas syiling kan?..jawapannya..ruang ni jauh sikit dr kipas syiling...syiling plak tinggi..kadang2 bila baring kat ruang2 ni, angin tak sampai pun kat kita...so agak panas la..aircond plak tak kan nak pakai sepanjang masa kan...muflis la i kalau pasang aircond 24 jam..haha...tu yg letak gak towel fan kat sini..

Perubahan lepas ni ialah alih buai ikhlas tu..alih masuk bilik tetamu la sbb nak letak bench kat ruang tu...dah tempah sebelum raya hari tu..insyaAllah bench ni smp minggu depan...tak sabar k...tungguuuuuu perubahan selepas ada bench....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...