Showing posts with label little caliphs. Show all posts
Showing posts with label little caliphs. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

Amar Ikhlas::Little Caliphs Sports Day

Salam..
.
.
Selamat Hari Pekerja semua. Bersiaran di awal pagi sambil2 menunggu cik abe balik uptown. Mata tak terasa nak tutup sbb dah membuta ngan Muhammad ptg tadi. Hasben punya la berhempas pulas mengecat dinding ruang tamu dan ruang makan, saya selamba je membuta, Lama plak tu. Miahaha. Tak ada niat nak tidur, maybe letih meayan kerenah ank2 time sports day ikhlas pg tadi.
.
.
Pagi tadi kitaorg bangun lambat sebenarnya. Sepantas kilat jugak la bersiap. Ye la yg bersiap tu bukan saya,suami dan ikhlas shj tp kakak dan muhammad pun kami angkut sekali join sports day abg teh ni. Paham2 je la bila ank2 kecik ni. Melayan kerenah itu ini. Nak cepat pun tak boleh. Yang mmg dah lambatkan jadi semakin lambat. Tempat plak di Putrajaya, walaupun tak jauh ngan kajang ni tapi lebih kurang 30 minit jugak kot. Tengok atucara mula kul 8.30pg. Kitaorg kul 8 ngam2 baru nak bertolak.. haha.. Tak masuk masa singgah beli kuih muih tepi jln tu lg. Miahaha..Macam mana nak cepat. Iklan byk sgt kitaorg ni..
.
.
sampai2 je teacher suruh breakfast dulu.
.
.
Lepas breakfast teacher ikhlas suruh siapkan ikhlas. Ikhlas terlibat ngan persembahan teakwando. Teacher cakap semua yg terlibat ngan persembahan teakwando dah masuk kecuali ikhlas. Hihi..Kalut abah pakaikan kasut ank risau lewat.
.
.
Nak masukkan video persembahan teakwando abg teh tp ada problem upload la  plak. Tak pe la.Yang penting saya tiba2 rasa terharu dari jauh tengok persembahan abg teh. Besar sudah ank teruna ni. Camner nak gambar perasaan ek?? Hanya ibu je kot memahami perasaan ini.Cewah...Tahniah syg Very good performance. Ala cari gambar pun tak ada jugak. Memang ambik video semata hari tu.
.
.
Gambar ni time marching. Group Ikhlas pakai tshirt merah tu. Tema tahun ni "kampung style". Tapi Ikhlas tak ada time marching ni sbb tak sempat tukar baju teakwando kot. Lepas habis marching baru nampak kelibat ank teruna saya dari jauh.
.
.
Hah ni time lepas marching. Semua berkumpul sebelah gelanggang tu sbb 4years yg akan bersukan dulu. hihi.. tak payah tanya mana satu ikhlas.Saya pun tak tahu. Haha
.
.
Adik Muhammad pun bukan boleh duduk diam. Panjat sana sini. Aduhhhh...Pening...
.
.

Tu dia. Beratur dah dia. Hihi. Bermula game pertama. Lari dalam kain batik.Ala2 mcm lari dlm guni la. Kene selesaikan soalan past tu patah balik.
.
.
Gini la rupa permainan ni. Alhamdulillah merah team nombor  1. Lompat bintang mak ayah team merah. Sejuk kaki tgn nak tunggu. terasa nk je p main.. slow motion dan releks sgt2 la main budak2 ni. Mak ayah yg kuat sorak dr pergerakan ank2. haha..
.
.
yeh...dpt no 1
.
.
Susah betul nk ambil gambar si Ikhlas ni. Suruh berdiri elok2, biasanya tak elok la..Buat gaya tutup muka la.. Nganga mulut la.. Ni syukur leh dpt gambar sempurna. hihi
.
.
Now game ke 2. Setiap tahun kalau game ke 2 mesti melibatkan ibu atau bapa. Macam biasa, abah la yang wakil. Mama juara tengok je. Acara kali ni si abah kene tiup belon. Anak bwk belon smp depan. Abah kene pastikan ank duduk atas belon sampai pecah. Comel je budak2 ni tau.
.
.


semangat abah dan anak. Akhirnya dapat no 1. Tapi malangnya dibatalkan sbb ada juri bgtau ada belon yg tak pecah. huhu.. Tak ada rezeki nk dpt no 1. Terus dpt  no 4 game ni. Takpe la, game1st dah juara kan. hihi.. cuma ank2 tu mcm blur la kenapa dia dpt last plak.
.
.


.
.
 .
.
so, berakhirla sports day abg teh. Alhamdulillah abg teh dan kami enjoy sgt.
.
.
p/s:korang abaikan je la tarikh yg sy mention awal2 perenggan tu ye.. hari ni dah 11hb pun. time sy menaip entri ni tiba2 laptop gelap. ni baru dapat lepas repair so main sambung je... hihi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

SALES 15% OFF

LAST DAY
FOLLOW ig: @amm_book_and_learning_toy_shop
fb: amm_book_and_learning_toys_shop
whatsapp 0199189016

.
.


Friday, 23 January 2015

orentasi amar ikhlas di little caliphs

Salam..

Kene update cepat2 cerita orentasi ni. Sejarah penting untuk si ikhlas. Org semua duk busy 1st day ank2 ke tadika or ke sekolah hari ni. Si ikhlas n sofia dah mula sekolah rabu lepas. Mama dia baru kecoh nak cerita dlm blog. Tp kalau ada yg follow fb or instagram sy mest dah tahu yg budak2 ni dah mula berorentasi rabu lepas. Utk sofia mmg tak ada masalah sgt la coz senior dah kat little caliphs ni. Siap menambah mkn byk kali lagi. Ada kakak kesah kan. Yg penting kakak kenyang.

Ok. Pagi rabu tu kami hantar sofia dulu ke LC. Sofia sesi pagi. Ikhlas 4 tahun dan kelas sesi ptg. Kami bwk jugak ikhlas hantar kakak sbb nk tunjuk kelas dan tempat daycare dia.  Excited k. Bukan setakat ikhlas, mama dia pun sama excited tambah2 nampak nama ank2 yg siap tertampal cantik di dinding kelas. Bagus teacher little caliphs ni. Dah ready nama ank2 murid dr awal.

Cute kan
Tahun ni tempat belajar dan tempat daycare dah asing. Kelas semua di tingkat 3. Hanya daycare di tingkat 2. Seronok tengok suasana warna warni dlm kelas ank2. Dah bahagi siap2 kelas utk 4, 5 dan 6 tahun.

Ni kelas sofia. Mama plak terasa nk join kelas ni. Hihi. Time ni ank2 6 tahun turun utk mkn pagi. 
 After tengok2 sofia mkn pagi, kami pun tinggalkan sofia kat LC dan terus balik rumah. Sampai rumah si ikhlas tak sabar2 nak p sek. Alahai. Bagus betul anak mama manja sorang ni. Semangat bukan main. Balik terus mandikan dia, siap pakai baju kemas2 dan part paling best tak nak minum susu dlm botol. Ish..tak ada org ckp pun p sek tak payah minum susu dlm botol abg teh oi.  Maybe terpengaruh ngan kakak kot. Layan je kehendak dia. Mood tgh bagus.



Hari pertama sekolah, ikhlas tak nagis pun. Ni feedback teacher dia la. Ikhlas tengok je org nangis. Bagus abg teh. Mama dan abah tahu abg teh mmg ready nk p sekolah dan nak tahu apa yg ada di sekolah. Balik sekolah bwk balik aktiviti dia. Eh..ok la kerja ikhlas dalam kelas. Baru 3 tahun 2 bulan je pun. Jom tengok aktiviti si ikhlas selama 3 hari orentasi.


Tu dia. Gambar siap pakej ngan roti la..haha...

P/s: entry ni sy dah taip minggu lepas..hihi..baru ada kesempatan nk habiskan hari ni. So jgn pening ngan hari kat perenggan pertama. Rabu yg saya maksudkan adalah rabu 2 minggu lepas. Ngehngeh..alhamdulillah ikhlas boleh follow sekolah dgn baik. Seronok. Byk jugak hasil positif yg sy dpt tengok sejak 3 minggu sekolah ni. Moga berterusan ye syg.










IKLAN



Arithmetic digital card
rm29
postage rm8


Softbook : get dressed
Rm10
postage rm6

Islamic ipad for kids 3years above
rm26
postage rm6












                         

Friday, 23 May 2014

Little caliphs sports day

Salam....

Cerita dah basi...lantak la..nak jugak update....untuk kenang kenangan....tarikh pun saya dah tak ingat sebenarnya..haha...punya lama dah berlalu..demi ank manja, nak jugak update....

Ok....sports day sofia kali ni lagi happening dr tahun lepas....sekolah pun berbeza kan...suasana pun tak sama...sports day ni berjalan serentak dengan 2 lagi cawangan little caliphs yg lain.. meriahnya usah ckp...dengan pelbagai ragam ank2 kecik comel berumur antara 4 ke 6 tahun...

Sofia plak semangat nak bersukan...dah ada pengalaman tahun lepas kan...so tahun ni dia mmg faham apa tu sports day...blur2 dah tak ada..bila tengok budak 4 tahun bersukaneka teringat plak sofia tahun lepas...tahun ni kakak hebat..bolot no 1 dlm 2 acara yg dia masuk...acara semua berkumpulan la..tp nampak sofia cergas n fokus sepenuhnya pada acara yg dia masuk...tahniah kakak..mama terharu n bangga dengan kakak....hehe...


Smp2 je kene pakaikan sofia mcm ni...yg kat kepala n pinggang tu..
Kemudian teacher kumpulkan sofia n kawan2 dlm bilik persediaan  ni...dapat roti tp sofia tak mkn pun sbb dah breakfast kat rumah dulu...parents plak kene tunggu kat bawah je..
Perarakan masuk...bacaan doa dan menunggu acara masing2 bermula
Ni acara 1st....lengkapkan puzzle jam tu..kene merangkak bwh tali sebelum lengkapkan puzzle...past tu merangkak balik utk past pada kwn lain plak...alhamdullilah no 1..
Ni acara kedua...kene bwk bola celah kangkang pastu labelkan anggota bdn upin tu...dan sekali lagi kump sofia dpt no 1...seronok sgt mama sofia..haha...
Acara penyampaian hadiah..tahniah ank manja mama nur 'ain sofia..
Tak lama lagi kami berlima..hehe...thn dpn turn abg teh plak...kakak kene kekalkan kejuaraan la ni..hehe..baby kakak n abg teh melompat lompat dlm perut nak tengok kakak n abg teh tahun depan...

Monday, 14 April 2014

little caliphs: parents-teacher meeting

Salam...

Sabtu lepas merupakan perjumpaan pertama antara ibu bapa dan guru disekolah sofia selepas hampir 4 bulan lebih bersekolah...disebabkan pagi sabtu tu,  saya ada LADAP di sekolah, so saya buat temujanji pukul 2 ptg dengan cikgu sofia...suka jugak la saya sbb kalau sekolah sofia yg dulu masa ditetapkan oleh pihak sekolah..so nak tak nak kene dtg jugak la kan..tp di little caliphs ni ibu bapa boleh ubah masa temujanji ikut keselesaan ibu bapa...

Ok..pergi pada komen cikgu kelas sofia...alhamdullilah...komen semua positif...dr membaca, sofia antara yg paling cepat boleh membaca...dlm masa 4 bulan dah boleh smp buku bacala anakku 6..di rumah, sofia dah smp buku 7 pun..buku cerita pendek pun dah boleh baca..

Matematik plak semua dpt good cuma tak lancar lagi mengira no 15 smp 20 dlm english..bertukar2 kata cikgu sofia...tiba2 baru saya perasan yg saya tak ajar pun sofia mengira dlm english..hehe..dlm bm mmg dah boleh smp 100...kadang2 kita pun terlepas pandang kan..so sekarang gigih la mengajar...

Iqra dan hafazan jugak sgt2 bagus kata cikgu sofia...actually sofia mmg tak ada masalah sgt dlm kelas...dengar ckp dan mudah dapat bila belajar...kalau cikgu tanya soalan dia la org pertama yg menjawab....sosial dengan kwn2 pun ok cuma dgn cikgu je agak pemalu nak bercakap...takut kot...hehe...

Art dan tulisan sofia antara yg paling kemas..ni komen cikgu dia la kan..sy tengok biasa je..hehe..maybe sbb dia dah sekolah time umur 4 tahun kan..so tak ada masalah la kan...kesimpulannya sy sgt2 bersyukur dengan perkembangan sofia sekarang..alhamdullilah..semoga kakak terus cemerlang ye...mama tahu kakak good girl...jadi contoh utk adik2 ye...

Ni antara hasil kerja sekolah sofia sepanjang di little caliphs...













Wednesday, 29 January 2014

seminar membaca little caliphs

Salam....

Alahai....malas yg amat nak update blog sejak pregnant yg ke 3 ni..cerita punyala berderet deret...tp nak menaipnya ya ampun.MALAS...

Sabtu lepas little caliphs anjurkan reading seminar..nak ke tak nak saya mest p walaupun terpaksa korbankan cuti rehat saya..almaklum la, sabtu lepas sekolah ganti sempena tahun baru cina...dua2 komitmen kan...tp dlm mendidik ank2 org lain takkan nak abaikan pendidikan ank sendiri kan...so ambik je cuti rehat...

2 ke 3 hari sebelum seminar, teacher sofia dah bagi surat n borang kehadiran...bayar rm10 hinggit je pun.bukan mahal pun nak timba ilmu kan...antara kemahuan kita je..


Saya mmg teruja sgt nak p....nak sgt belajar..walaupun dah jadi cikgu tp tak semua cikgu tahu dik oi....saya opsyen kimia n sains..bukan opsyen  bahasa...aktiviti dlm makmal pakar la kan...aktiviti mengajar ank kecil membaca zero k....sekarang zaman dah berubah...nak ajar ank membaca  bukan mcm zaman mak2 kita ajar kita dulu..ada gak org kata..ala..ikut teknik mak2 kita ajar dulu pun leh masuk u apa...lantak korang la kan...kalau teknologi moden sekarang kita tak nak terlepas dr ketinggalan..kenapa tidak dengan pendidikan anak2..kene sesuaikan dengan zaman la..lagi sistem pendidikan pun mengalami perubahan yg mendadak kan..contohnya PBS tu...hah....takkan kita parents nak duk di takuk lama lagi...mcm jugak sekolahkan ank di usia 4 tahun...ada lagi yg anggap terlalu awal n anak2 cepat boring...ntah la pendapat masing2...negara barat pun dah ada playgroup di usia ank2 umur 2 or 3 tahun....dan jangan tak tahu bagi nak didik ank tahfiz quran..semakin awal ank didedah ngan hafazan, semakin bagus tau....

Apa la saya duk melalut ni...berbalik pada seminar..seminar bermula dlm pukul 2 lebih...tak sia2 p ....tak rugi pun saya ambik cuti...berbaloi2..tahu teknik nak ajar ank cepat membaca...secara tak langsung saya tahu yg sofia dah boleh membaca sikit2 rupanya...terkejut...3 minggu di litttle calips kajang...dah mcm2 peningkatan...ayat mcm BABA ADA..BABA BACA..ADA BABA.. dan banyak lagi la......dah boleh baca ye..walaupun hanya ayat2 yg mudah tp bg saya satu peningkatan yg teramat baik..sebelum ni sofia cuma kenal huruf a smp z je...tapi nak baca perkatannya ADA contonya, belum pandai..kalau dia tahu pun dia sebut je la huruf tu..bila tanya apa..dia tak tahu pun...kenal huruf je...tp ni dah boleh baca ye...alahamdullilah....tak sia2 hantar ank ke sini...bukan nak bgtahu ank dah pandai membaca ke apa...cuma nak bgtahu teknik tu yg penting..

Sebelum p seminar ni, saya ada la tertanya2..apala yg ank saya duk sebut ni..nak kata mengaji bukan..nak kata membaca mcm menyanyi...haha....rupa2 apa yg dia belajar kat sek...itu adalah latihan utk dia mengenal sebutan...wah..kagum ye...teknik yg baik sgt2...ilmu yg sgt berguna...semangat sgt nak ajar sofia membaca lepas tahu teknik..sofia pun buat ayat.." eh mama tahu..mama dengar ke sofia belajar?" Hehe..lagi2 la dia seronok...mmg mudah teknik cepat membaca di little caliphs ni...teacher fazi yg bg ceramah tu pun hebat sgt2...seronok...punya ank tahfiz quran lagi....kene hantar ikhlas umur 4 tahun ni..teacher fazi ckp kalau kita hantar dr umur 4 tahun lagi bagus...otak ank2 kecil ni kan fresh lg....

Apapun doakan saya terus bersemangat mengajar anak membaca...tak perlu lama pun..5 min sehari pun dah cukup...cara tu kene betul kan...penerapan nilai2 islam dalam diri ank2 di little caliphs pun bagus....byk sgt nak cerita..citer kat n3 lain la..hari ni just cerita pasal seminar membaca je...tunggu turn check up ni..tup2 dah siap satu n3..hehe....


Tuesday, 7 January 2014

1st n 2nd day sofia di little caliphs


Salam...

semlm hari pertama sofia masuk little caliphs..tahun ni kira tahun ke 2 sofia sekolah...tahun lepas saya hantar sofia kat tadika berdekatan dengan rumah je..tahun ni mmg dah plan awal2 nak hantar sofia ke tadika islamik...past tu terus sambung daycare kat tadika yg sama... kalau tahun lepas, selepas sekolah saya p jemput sofia utk hantar rumah pengasuh..tp tahun ni nak terus je masuk daycare...risau gak takut dia tak biasa ngan keadaan daycare yg ramai kwn2..kat rumah pengasuh dia berdua je ngan adik...semua pengasuh uruskan...kat tadika kali ni kene berdikari la si kakak ni..bila pk2..bagus jugak mcm ni..


Posing sebelum p sekolah
Disebabkan hasben kerja pagi minggu ni..so saya la yg kene uruskan hero n heroin saya ni..p hantar ikhlas ke rumah pengasuh dulu, past tu baru bergegas ke sekolah sofia...sampai2 kat little caliphs dah ramai parents yg hantar anak..sofia diam je..maybe tak biasa dgn keadaan baru sekolah ni kot..cikgu tanya pun tak nak jwb...tapi posing tetap posing..hehe



Pukul 9 pagi, parents dah tak dibenarkan berada di sekolah...so terpaksa la meninggalkan ank kesayangan...alahai..saya plak yg sedih..sofia releks je p main mainan bila saya tinggalkan dia...tp nampak la muka dia blur2 lagi..harap2 ok la kan..menangis tu mmg tak la si sofia ni sbb dia mmg tak sabar nk sekolah..cuma nampak dia agak malu n diam sikit..1st day kot...




Tengah hari, saya singgah sekejap sekolah sofia...alahai...teacher dia ckp dia terkencing dlm seluar...takut nak ckp katanya...saya pun mintak izin nak uruskan dia sambil2 nak ajar dia...satu2 saya ajar..."esok kakak kene ambik towel sendiri...bukak baju sekolah..simpan dlm beg..ambik sabun n mandi sendiri...bt mcm kakak buat kak rumah"...dia angguk.."bila nak kencing or berak terus bgtahu teacher...jgn malu..kalau teacher sibuk, kakak kene p sendiri..tak bagitahu pun tak pe"...dia angguk lagi...panjang lebar saya train dia...haha....saya tak salahkan sofia..dia mmg tak biasa dengan suasana daycare yg ramai kwn2..byk kene berdikari..di rumah pengasuh, semua diuruskan pengasuh...so lebih dimanja kan la konon..huhu..

Risau dengan kejadian tengah hari tu, saya telefon lagi teacher dia dlm pukul 5.30ptg..alhamdullilah, dah ok katanya..dah pergi tandas sendiri..tengah seronok main....syukur sgt2..tak rugi saya singgah utk train dia tadi...mama tahu kakak cepat belajar dan cepat dapat menerima perubahan sekeliling...

Paling sedih, bila semlm saya la parent terakhir ambik sofia..hihi..sorry ye kakak...mama n abah kerja...apapun sofia suka sgt sek hari ni..nak p sekolah lagi esok katanya...mula la cerita yang dia lukis apple, lukis tangan sampai dpt sticker sbb dia lukis cantik...cerita dia mkn nasi ngan ayam kicap tp ayam kecik je..alahai kakak...ini bukan rumah kita nak mkn ayam 6 ketul sekali gus..hehe...syukur sgt2 bila tengok wajah ceria sofia...

Hari ke dua, sofia ke sekolah ngan abah dia..7.15 pg dah kene bertolak..alhamdullilah tak susah pun kejutkan dia walaupun sedikit mengantuk....sampai kata sek, tak sempat ambik beg dr tangan abah, cik kak ni dah berlari p main gelongsor...tu yg paling seronok kat sekolah kot..haha...

Tengah hari tadi, saya p jenguk lagi....semua ok...dah siap mandi kata cikgunya...dah mula bercakap ngan cikgu n kawan2..bgtahu cikgu nak ke tandas...tak pun dia p sendiri..senang kata cikgu sofia..hehe...ok..senang hati...esok tak p jenguk la...nant manja plak cik kak ni...dah boleh berdikari tu ok la...balik sekolah tadi terus cerita mkn mee goreng n nasi telur..ko tengok..mkn je dia ingat...past tu belajar alif ba ta..belajar mengaji...suka sgt dengar...moga kakak terus berjaya di sekolah baru ye..sayang kakak ketat2..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...