Friday 26 December 2014

AMM Book and Learning Toys Enterprise

Salam semua..

Dah hampir 4 bulan saya dan suami menjalankan bisnes menjual buku dan mainan pembelajaran. Alhamdulillah  sambutam teramat menggalakkan. Rezeki muhammad mungkin.

Idea ni datang tiba2. Ye la. Idea pun dari Allah kan. Dr suka membeli mainan pembelajaran utk anak2 smp la tahap rasa nak cuba jual online kecik2 dulu coz nak tengok sambutan org mcmana. Dalam otak ni terfikir. "Kalau aku jual dpt untung sikit2 pun tak pe. Anak2 dpt mainan free. Past tu dpt bantu org2 kat luar sana yg ada minat mcm aku gak. Ye la ada parents nak mencari learning toys tp tak tahu kat mana. Kalau boleh bantu diaorg lagi best kan".

Kenapa learning toys?
Ok jawapan dia sbb saya minat dan saya nampak perubahan pada anak2. Pelbagai aktiviti kita boleh buat untuk anak2 menggunakan learning toys ni. Ya Allah..terasa seronok sgt spend masa dengan diaorg. Gajet? Mmg tolak tepi tau. Saya tak iklan tp mmg kenyataan. Sy tak ckp gajet tak elok. Mana mungkin nak pisahkan ank2 sekarang dengan teknologi. Cuma kita parents la kene pandai mengatur jadual ank2. Pendedahan yg tak melampau pada gajet. Tp kalau melampau lampau pendedahan pada gajet pun tak elok jugak. Bg saya menolak terus gajet pun bukan cara yg sebaiknya. Cuma parents kene atur jadual yg elok.

Sejak learning toys melimpah2 kat rumah. Amboi..melimpah ko..hihi.. sofia dan ikhlas mmg menunjukkan minat dlm pembelajaran. Main sambil belajar adalah sesuatu yg fun sgt. Ngan mama diaorg seronok. Rasa mudah mengajar menggunakan learning toys. Belajar math, belajar cara2 solat, belajar menegenal huruf, buat hafazan semua boleh guna learning toys. Cuma parents je kene kreatif mcm mana nak pelbagaikan aktiviti. InsyaAllah saya akan kongsi pengajaran dan pembelajaran saya bersama ank2 dalam blog ni. Niat mmg nk share ngan parents semua. Moga berguna utk semua.

Ok berbalik pada item2 yg kami jual. Korang tahu apa yg saya jual mula2. Nah saya tempek kat bwh ni.


 Dua item tu. ..hehe.. simple giler cara kami test market. Hihi.  Nak dijadikan rezeki. Sambutan mmg best giler2. Seronok sgt2. Saya ni bukan ada masa kan. So bisnes ni mmg hasben la yg byk uruskan. Ambik brg, bungkus dan pos semua hasben. Saya membantu bila free dan biasa tolong promote je. Hihi.

Semua aktiviti saya bersama anak2 saya share ngan semua. Tak kisah la customer or bukan customer. Ada yg pm dan whatsapp tanya mcm2 pasal learning toys. Tanya pasal cara nak tarik ank2 minat belajar. Eh..dah mcm pakar plak rasa. Malu ngan diri sendiri pun ada. Tp saya bantu atas apa yg saya tahu. Kalau tak tahu mmg ckp tak tahu. Ada yg kata saya cikgu so expert la bab ajar mengajar ni. Jawapannya mmg tak la kan. Kita ajar ank org lg senang dr ajar nak sendiri. Satu lagi saya ni ngajar sek menengah so mmg pendekatan ajar anak2 0 ke 6 tahun ni mmg berbeza yunk.

Sambung lagi. Bila dah sambutan baik. Ada yang kata mmg patut sgt2 kami teruskan. Kami dah mula rasa nak pelbagaikan stok learning toys.  Mencari pembekal learning toys bagai. Hasben la byk bergerak. Harap saya ni kalut ngan ank2 je setiap hari. Mana masa nak kerja, mana masa nak urus anak2 dan mana masa nak ajar ank2. Tp bila kita buat benda yg kita minat, semua berjalan lancar. Alhamdulillah Allah permudahkan. Mmg kami rasa seronok yg amat.

Stok kami


Selepas 2 bulan bisnes kami dah jadi vendor di infini butique concept di bandar seri putra. Rezeki utk kami kembangkan lagi bisnes dan memudahkan lagi semua parents yg berada sekitar bangi n kajang serta nilai dapatkan learning toys kami. Pasal vendor ni saya cerita lg detail kat n3 lain ye.


Utk lebih serius, hasben sy daftar kan syarikat kami kat ssm. Hasben mmg nampak berminat sgt. Sy mmg serahkan semua kat dia. Kami sama2 tolong menolong sbb masing2 pun ada kerjaya masing2. Bisnes ni pun atas nama hasben. Penat sikit sbb tugas hakiki kami dahulukan baru tumpu pada bisnes. Cita2 kami nak kembang dan kembangkan lagi. Doakan yg baik2 aje utk kami ye.



Kalau berminat nak shopping learning toys bolehla follow page dan ig kami ye.



Wednesday 24 December 2014

BBW 2014 & Rak Buku Family Hall

Salam...

Cerita 3 minggu lepas. Duk kajang sibuk. Duk kampung pun sibuk. Ntah bila tak sibuk tak tahu la. Kat kampung sibuk makan. Hihi. Yang penting tenang sangat bercuti di kampung. Hilang penat kerja bila jumpa mak n ayah tersayang.

Cerita kali ni pun gabungan cerita. Mcm biasa. Jimat masa dan tenaga serta idea. Padahal hakikatnya malas nak mengarang. Alang2 ada mood mengarang, baik gabung terus.

BBW 2014, kali ni saya rela tak balik kampung awal2 cuti. Sebab utama nak tunggu BBW ni. Thn lepas alahankan Muhammad so saya balik kampung awal2 lagi. Hasben sorang yg p cari buku ank2. Kurang feel la kan. Tak puas tak dpt pilih sendiri.

Tahun ni, di hari pertama BBW dibuka, kami ank beranak dah p serbu. Brg2 nak balik kampung mmg dah siap awal2. Pagi tu ready nak bertolak je. Punya tak sabar nak beli buku. Keluar rumah terus breakfast kat bangi. Sy ni punya excited dan  tak nak lapar bila memilih buku, mmg ngadap nasi berlauk siap2.  Kalau kenyang baru feel shopping buku.

Mula2 terbayangkan jem la jln nak p mines. Mesti ramai org kan. Sekali jem bukan sebab org p BBW. Jem sbb lori rosak tgh2 jln. Sabar je la. Wah..tahun ni releks sgt2 pilih buku. Anak2 pun mood baik. Muhammad pun ok. Merenget sbb lapar je. Bg susu senyap. Sofia dan ikhlas memilih buku mcm apa.. semua buku diaorg bedal masuk beg troli. Tak muat beg troli, ambik kotak jugak. Nasib baik adik saya chah tu ikut sekali. Boleh la tolong pilih buku2 dan jaga budak berdua ni. Suami mmg pegang muhammad. Mama dia pilih buku tak ingat ank2 dah. Mihmih..






Tu dia hasil tangkapan hari tu. Sekotak jugak la. Buku ank2 yg byk. Stok utk setahun terus.hihi. ye la tu. Nant ada pesta buku lain beli lg. Bukan boleh percaya.
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Bila dah beli buku, nak kene pk tempat penyimpanan plak kan. Rak ikea yg ada dlm bilik tetamu sudah penuh. Past tu mula la projek utk kerjakan family hall. Benda pertama yg terlintas nak buat ialah rak penyimpanan buku. Eh. Sebelum tu, projek ni sy dan suami buat sebelum big bad lagi ye. Dah 4 bulan lepas kot. Hihi. Mmg dah ready tempat penyimpanan buku2 yg dibeli di big bad wolf. So plan nya mmg nak susun buku dekat rak2 yg hasben saya diy sendiri tu. Tp belum berkesempatan menyusun buku2 baru beli sbb masih di kampung. Apapun, saya belanja gambar rak yg hasben sy diy tu. Segala cerita pembelian, pemasangan dan bajet akan dicerita kemudian. Hihi.

Setakt ni penuh ngan learning toys yg dijual. Nant nak kene ubah balik la. Buku2 nak letak kat ruang bwh.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
DAPATKAN PELBAGAI JENIS LEGO.
BERAKTIVITI BERSAMA ANAK2.
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERFIKIR.
BAGI RUANG ANK2 BERIMAGINASI.






WHATSAPP :0199189016
EMAIL : tunkunoora83@gmail.com

Wednesday 10 December 2014

Amar Ikhlas 3 tahun + kisah potty train

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

30 nov 2014 baru2 ni, genap la usia abg teh yg ke 3 tahun. Kenapalah cepat sgt masa berlalu ni. Memori bersalinkan abg teh time kitaorg baru 3 hari pindah ke rumah baru masih segar bugar lagi dlm ingatan. Pantas betul masa. Tak guna sebaik mungkin mmg rugi la sgt2.

2 minggu sebelum birthday abg teh, my bff (salmi) ada whatsapp ajak sambut besday ank2 sama2 ngan sorang lagi bff sy (hariza). Kebetulan ank masing2 sambut birthday bulan november. Dan lagi2 kebetulan bila tarikh sambutan yg kitaorg plan adalah 30 nov 2014. Tepat2 time birthday ikhlas. Seronok sgt la wei.

Kami plan celebrate  birthday ank2 kitaorg kat pusat permainan dlm giant kelana jaya. Salmi la selalu lepak sini. Kebetulan pusat permainan ni ada sewakan tempat utk sambutan hari lahir, apa lagi kan bg idea la kat kwn2 ni hah. Sy dan hariza setuju aje. Mcm biasa, mak budak lagi excited tak ingat apa berbanding ank2. Salmi n hariza la tu.. saya tak..haha..mest nyampah salmi n hariza baca ni..haha..

Malas nak cerita pjg2 sbb kesimpulannya mmg best sgt2 sambut birthday berjemaah ni. Ank2 suka..mak2 suka.. pakej boleh belah kek, boleh main, boleh mkn, boleh gosip..eh..haha..tu pun salmi n hariza je tu..haha..gurau2 yunk...ok biarla gambar berbicara.













 Doa mama semoga ikhlas menjadi ank yg soleh. Rajin mengaji. Rajin belajar. Jadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk jaga kakak dan adik ye. Mama syg abg teh sgt2. Muah2
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hutang n3. Hehe..ada sambungan lagi ni. Alang2 cerita kisah ikhlas kan. Potty train. Tak ada cerita sgt pun pasal potty train ikhlas ni. Senang cakap amat2 mudah. Tak perlu gulung karpet. Tak perlu ready mop. Oh tak perlu apa2. Sy sendiri pun terkejut. Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Time nak train dia. Sy ckp siap2 yg dia dah tak perlu pakai pampers sbb abg teh dah besar. Umur ikhlas waktu tu 2 tahun 7 bulan gitu. Amek kau. Umur 3 tahun baru mak ko nak cerita. Hihi. Takpe2. Asal cerita. Ikhlas mmg jenis cepat belajar. Senang terima perubahan. Bila nak terk****g je  terus dia bgtau. Seingat saya, Sepanjang 6 bulan tak pakai pampers ni baru sekali dua dia ter**** dlm seluar. Biasanya sbb dia ralit main benda yg dia suka. Tapi satu kekurangan ikhlas, bila time nk buang air besar, mesti cari pampers suruh kita pakaikan. Ntah apa dia geli pun tak tahu la. Mak sy kata takpe, nanti dia ok sendiri tp kene slow talk la. Sy pun tengah usaha.

Apapun, syukur sgt2 sbb sy mmg tak tension melatih ikhlas ke tandas. Kalau saya tahu semudah ini dah lama latih tau. Hihi. Over mak ko kan ikhlas. Bukan apa, terbayang2 kisah potty train sofia. 2 minggu baru lepas mop tau. Tu yg serik sbb time ikhlas ni kan baru lepas pantang muhammad. Fokus dah bertambah pada 3 ank. Sofia dulu sorang2 tak pe la kan. Betul la. Setiap ank2 tu berbeza. Potty train pun dah lain. Hehe. Tunggu muhammad plak tengok mcm mana. Harap2 senang la kan. Ni je kenangan potty train ikhlas yg saya boleh abadikan dlm blog. Tak ada episod2 sbb bg saya amat2 senang. Alhamdulillah. Tq Allah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
IKLAN






BAGI YG MENCARI LEARNING TOYS BOLEH LA WHATSAPP 0199189016
 OR
 EMAIL tunkunoora83@gmail.com

Saturday 29 November 2014

Ihtifal Little Caliphs Sofia & perkembangan anak2

Salam..


1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

Amboi ko ni noora. senyap2 tup2 potong list nombor 11 dan nombor 13. hihihi. Sori ye, gabung sekali la. Senang cerita. 

Sebelum start mengarang ni, termenung gak sekejap. Tertanya tanya, bila plak muhammad demam time 3 bulan tu? Hahaha. Lupa habis dah eh. Muhammad dah nak masuk 6 bulan 10 disember ni. Ambik ko. 3 bulan saya tak mengupdate apa2 pasal muhammad, ikhlas dan sofia. Sibuk bebenor beranak 3 ni kan. Jgn tak tahu. Mmg sibuk. Lain tau jaga 2 org ngan jaga 3 orang. Ada org kata, kalau nak mudah lagi, tambah lagi sorang jadikan 4. Perhhh.... Dalam sibuk2 pun ada sinar bahagia melihat pembesaran ank2 di depan mata.

Bermula dengan kakak yg sulung. Ahad lepas merupakan hari Ihtifal Little Caliphs Sofia. Buat di Muzium Negara. Bergabung dengan 3 lagi cawangan Little Caliphs yg lain. Penuh la dewan dengan ibubapa dan kanak2 rebina. Macam2 ragam. Seronok sgt2.

 Utk majlis Ihtifal ni, setiap LC akan hantar student2 mereka membuat persembahan. Boleh dikatakan semua student harus involve la. Baik umur 4 tahun mahupun 5 tahun. Oh..lupa, Ihtifal sofia ni sesi ptg. Sesi pagi utk student 6 tahun so tak dpt tengok la persembahan ank2 6 tahun. Tp persempahan 4 dan 5 tahun ni pun penuh mencuit hati. Berbakat sungguh. Budak2 kalau dilatih mmg boleh jadi hebat. Team 5 tahun sofia bt persembahan kisah sejarah Raja Muhammad Al Fateh. Pegang pedang je watak sofia. Hihi.

Lepas akhir persembahan, parents boleh ambik ank2 di belakang stage. Saya ni dengan semangat bgn nak p ambik kakak. Smp2 je,  teacher sofia kata tak boleh ambik lg sofia sbb dia dpt award. Perh... award ko. Bling2 mata saya..meloncat2 jantung ni tau. Eh..dah mcm ko nak dpt award. Ye la tengok dlm atucara majlis tu mmg ada penyampaian award ni. 3 award je utk setiap umur. Tak terfikir pun milik ank sendiri kan. Sy masuk plak dlm dewan ngan muka tersengih sengih. Hihi. Ckp kat hasben sofia dpt award.

Tiba saat penyampaian award tu, saya yg terlebih berdebar tau. Ada 3 award utk setiap umur. Best reader award for malay reading, best reader award for english reading dan satu lagi best akhlak award. Mana satu milik anak ku ini. Sekali sofia diumumkan best reader award for malay reading. Time kakak melangkah masuk ke stage seiring dengan panggilan nama Nur 'Ain Sofia Bt Mohd Faizul, sy dah mula rasa nak menitik air mata. Ya Allah syukur padaMu. Kerajinan kakak belajar ada hasilnya. Sy akui sofia mmg rajin dan minat sgt belajar. Jarang menolok kalau disuruh belajar. Alhamdulillah ini hasil kakak syg. Kakak buktikan yg kakak mmg cemerlang. Tahun depan kene kekalkan ye. Hati ibu mana tak tersentuh melihat kejayaan ank2 kan. Moga kekal cemerlang dunia dan akhirat. Amin.









Habis cerita terbaru kakak sofia. Sekarang masuk cerita abg teh si amar ikhlas. Lagi beberapa hari abg  teh nak menyambut besday yg ke 3 tahun. Cepatnya la masa berlalu kan. Korang mest dah lama tak tengok gambar terbaru abg teh kan. Nah..saya tempek kat bawah ni.


Tu dia hansem boy saya. Hihi. Besar punya. Mulut macam makcik2 tau. Suka merajuk macam pompuan. Manja kededek. Jenuh la bini ko nak pujuk ikhlas oi.
Alhamdulillah ikhlas ni perkembangan dia advance sikit dr sofia. Eh2..tak boleh banding2. Ok2. Setakat ni kalau suruh belajar ok la. Nak jugak la dia mengikut walaupun bertahan 10 minit je. Hihi. Yg penting belajar sambil main mmg syok apa. Sekarang menyepak bola, mengimbang bola dan mengayuh basikal dah boleh sgt2 la. Tak ada nak risau apa pun sbb perkembangan dia sesuai la ngan umur. Bercakap je lebih advance dr umur.. hihi.. geram kalau lawan bercakap ngan dia tau. Tapi bila dia tidur mulala rasa rindu..hihi..

Sebelum berakhir, kesian muhammad ni. Lama mama tak cerita pasal dia. Ok. Sy tempek jugak gambar terbaru hero ke 2 saya muhammad hadif.



Erm..bilang hari je lagi muhammad nak masuk 6 bulan. Alhamdulillah masih minum susu ibu sepenuhnya. Bermaksud juga tak lama lg muhammad dah boleh mkn. Dah berapa minggu saya ni duk fikir menu pertama muhammad. Mcm2 rasa nak buat. Melampau kan. Hampir 6 bulan muhammad hadir memeriahkan family kami dan menjemput rezeki utk kami. Dia pun tak la meragam sgt. Baik muhammad ni. Awal2 hari tu tak berapa nak tidur siang tp sekarang dah ok je. Sekarang dah pandai balikkan badan, baru belajar nak menjulur dan pandai berguling hindustan dah. Cute sgt.















IKLAN
Whatsapp 0199189016 utk order


Wednesday 19 November 2014

learning toys:::threading puzzle

Salam..

Copy paste dr fb saya:

Sebelum tdo jom baca karangan pjg sy...meh sy nak share sesuatu.. bisnes pun bisnes jugak. Sy nak bisnes bukan nak kaut keuntungan sgt pun. Tp sbb minat sy pada learning toys ni.

Ok, mlm ni teringin la nak share sedikit pengetahuan. Kalau korang guna, boleh sy dpt saham akhirat kan.. past tu korang bgtahu org ln plak..lama2 kita share sama2 pahala..

Sy mmg minat dgn pendidikan awal kanak2 ni. Time sofia umur 3 tahun, saya masukkan dia ke playgroup. Time tu ada org yg kata terlalu awal la nak sekolahkan ank2 dan ada org yg teruja nak join sekali masukkan ank ke playgroup. Sy tak kisah pun org nak  ckp apa. Yg penting sy nak ilmu. Playgroup yg saya join ni sekali seminggu je dan mmg ibu bapa kene beraktiviti dgn ank2. Yuran boleh tahan gak la. Tp sy rasa berbaloi sbb ilmu di playgroup sy boleh ajar pada adik2 sofia...sy dpt byk idea dan pengetahuan baru..now sedikit sy nak share ngan korang semua salah satu aktiviti yg saya pernah buat di playgroup.

Sebenarnya, aktiviti ni korang boleh je buat sendiri guna kertas dan tali. Past tu suruh ank2 masukkan tali pada lubang2 yg korang buat. Korang ambik masa. Pastikan masa yg diambil semakin singkat setiap kali percubaan dibuat. Contohnya 1st try ank2 berjaya masukkan tali ke dalam lubang selama 20 saat. 2nd try kene pastikan dia boleh masukkan tali ke dlm semua lubang kurang dr 20 saat. Kenapa??? Ok..disini la kita nak melihat tahap ank2 kita fokus dan tahap koordinasi tgn serta mata. Korang tanya plak...kenapa pentingnya fokus??

Korang tahu.. cikgu di playgroup buat semua aktiviti mmg menekankan fokus. Sbb ank yg fokus adalah ank yg mudah belajar serba serbi. InsyaAllah mudah menerima ilmu. So jgn pandang ringan dengan permainan2 simple ni. Sebenarnya amat2 berguna..

Ok.. td smp stok mainan baru.. teruja saya bila terpandang kotak ni. Puzzle with rope.  Siap ada lubang2 lagi. Sukanya hati sy sbb permainan yg saya idam2kan utk ank2 dah ada depan mata. Sy ni bekerja. Mmg kurang masa nk diy sendiri mainan2 melatih fokus ni. Bila ada ni seronok smp rasa tak nak tdo dulu. Nak gak share ngan korang semua.

Puzzle with rope ni dtg ngan kotak penyimpanan yg comel.. ada 4 gambar. Material kayu. Kalau ank ramai tak payah berebut. Setiap sorang akan dpt satu gambar, satu puzzle dan satu tali. Jimat dan tak mudah hilang sbb kita leh simpan elok2 dlm kotk...lagipun puzzle tu ank2 kita akan ikat ngan tali so tak bersepah.. sy dah beli utk ank2 saya.. hasilnya mmg best la kan.. stok ada 6. Saya dah sambar satu.. so ada 5 lagi.. apa lagi.. order la kan..

Rm35 je...
Whatsapp: 0199189016


Friday 14 November 2014

learning toys::: magnet 123

Salam..

Copy paste dr fb saya:

Ok...karangan saya lg..haha...
Korang buat apa ngan ank2 pg ni...
Sy ni mmg busy ngan kerja sek tp bila ank dah bgn mmg tak leh nak fokus pada kerja2 sekolah...utamakan ank2 dulu la..thari nant nak bersiap p sek plak kan...seharian tinggal ank kat pengasuh...ok..so spend masa 15 min je..tak payah lama2..

Pagi ni subjek math utk ikhlas...dah bosan giler ngajar si ikhlas guna buku2 ni..ubah bbm plak..saya ni memilih gak brg2 yg nak guna utk ajar ank2..sekali ternampak magnetic 123 ni..terus dpt idea bt mcm ni..byk xtvt la boleh buat..ramai yg tanya nk buat apa..letak kat peti ais ke??dr letak kat peti ais baik korang guna utk pembelajaran ank2.. seronok ikhlas..walaupun lain kira lain nombor letak dlm kotak jawapan..hihi...ala belajar sambil main kan..sekurang kurangnyanya dia faham dan lama2 insyaAllah boleh la tu...

123 magnet ni senang simpan..tak nak guna masukkan balik dlm board dia tu..tak mudah terlerai pun...

Rm10 je korang...warna warni..ada magnet..n mudah simpan..




Harga: rm10
whatsapp: 0199189016
email: tunkunoora83@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...