Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Friday, 11 July 2014

kejutan pantang::: episod breastpump

Salam ramadan..

Dah main episod2 plak. Ni episod last kot untuk aksi2 kejutan yang tak berapa nak terkejut sgt pun. Tak ada apa nak cerita dlm pantang ni kan. Bedal je la cerita apapun. Janji ada cerita utk saya baca dan gelak sorang2 pada masa akan datang. Hihi. Sebelum tu nak bgtahu jugak yg hari ni dah hari 32 berpantang. Tak lama dah nak habis. Yahooo....

Korang ingat tak kejutan pertama dlm pantang yang saya citer sebelum ni? Kompem tak ingat dan tak baca pun kan. Tak baca pun tak pe. Tak penting sgt. Time tu duk fikir la sape yg hantar hadiah besar2 kan. Siap terfikir bila masuk pertandingan bagai. Last2  tahu dr hasben sendiri. Dah tak payah nak berangan ko ada peminat nak bg hadiah noora oi. Laki ko je yg minat nak bg hadiah2 ni.hehe. so dapat la saya sebuah mesin rumput eh nursing pillow.. hehe.. seronok bukan kepalang.

Selepas beberapa hari aksi kejutan tersebut, dtg plak van gdex masuk pagar rumah dan hon laju2 depan rumah mak saya ni. Kebetulan sy dan ank2 lepak kat ruang tamu, so sy pun keluar la jumpa abg gdex tu. Besar kotak yang keluar dr van. Ter excited la plak saya bila dia ckp parcel ni atas nama saya. Terkejut sikit je la tp macam dah boleh agak  hasben yg hantar. Cuma suprise, benda alah apa la plak kali ni kan.

Tu dia..kotak mcm ni sampai. Apa tak ter excited nya. Dah mcm kota biskut pun ye kan.

Apa lagi. Dengan penuh teruja saya bukak kotak ni. Berlawan ngan anak2 yg sama naik teruja mcm mak dia. Kita tarik sini. Si ank2 tarik sana. Kita menjerit jangan, si ank2 menjerit nak. Penuh drama k. Padahal bukak kotak je pun..miahaha...

Buka2.. terharu giler bila nampak......

Electronic double breastpump jenama Autumnz
Tu dia...best sgt2
Terima kasih sgt2 kat hasben sbb bg suprise ni. Memang betul2 terkejut. Dah lama berangan nak double breastpump. Dr susukan ikhlas lagi. Time Ikhlas dulu sy beli breastpump medela swing. Medela swing kan guna single breastpump. Saya ni bekerja. Semua nak kene cepat. Masa tu amat2 beharga. Kalau yg single ni ambik masa la sikit nak mengepam. Kalau 10 min yg double breastpump dah boleh dpt 5 oz susu. Yg single kene setengah jam tau. Ni utk kes saya mengepam la. Susu tak ada la meriah sgt. Tp alhamdullilah berjaya jugak fully bf ikhlas.

So, waktu mengandungkan Muhammad adalah sebut2 depan hasben nak beli double breastpump. Sbb utama ialah nak cepatkan proses mengepam. Tak nak bazir masa pump sebelah2. Pump dua2 terus. Hasil dpt dlm masa yg sama. Kata anak dah ramai. So masa tu penting sgt2 pada saya utk uruskan ank2, rumahtangga jugak kerjaya.

Tp, saya biasa la kan. Cakap2 je. Beli tu tak pun. Tambah2 dah ada medela swing, so tak ada la kalut sgt nak beli yg lain. Fikir2 balik tak pe la. Pandai2 la manage masa sendiri nanti walaupum dalam hati teringin.

Tup2, sekarang hasben dah hadiahkan. Suka ok. Tak tahu nak ckp. Tak kan nak lompat bintang plak kan. Sengih2 je la sepanjang hari dpt tu. Kesimpulan dr kisah ni ialah saya kene harus lebih gigih memastikan Muhammad dpt saya susukan sepenuhnya sehingga umur Muhammad 2 tahun. Kalau time ikhlas saya mampu buat kenapa tak utk Muhammad kan. Caiyok noora...hihihi...

Tuesday, 8 January 2013

Cerita isnin mama &sofia

Terus masuk carita la....kejar masa ni tp gedik nk update blog...semlm nk update tp tiba2 sakit perut...terus tidur awal...

1st citer pasal sofia...semlm p ambil dia kat sek..dia nampak je saya keluar dr kereta terus dia meluru ke pintu and ckp "mama tengok ni" sambil tunjuk kaki dia..aik mana p seluar panjang sofia? Dlm hati, eh budak ni kencing ke?tanyer teacher dia...erm betul...teacher tu kata, sofia dah bagitahu teacher, past tu teacher bwk la p toilet..ntah mcm mana tak tahan terkencing time bukak seluar tu...baru saya teringat lepas bgn tidur pg tu, saya suruh dia kencing tp dia tak nak... Ntah2 tahan dr mlm sebelumnya lagi...mlm sebelumnya pun saya tak sempat suruh dia kencing sebelum tidur sebab dia dah tertidur awal...hebat betul daya tahan kencing sofia ni...past tu dlm kereta saya slow talk kat dia....bagitahu tak elok kalau kita tahan kencing..bahaya..kalau rasa je nak kencing mest terus p toilet....response sofia amat positif..ok mama...hehhee...good girl...

Semalam gak sofia dapat beg sekolah...excited tunjuk kat saya...tp dlm beg masih kosong..tak ada buku lagi..sofia kata, tadi belajar abc, 123, main badminton,main mainan mcm2 and nyanyi lagi head and soulder...ok la..asal sofia happy, mama pun happy...tp hari ni jgn nak terkencing lagi tau..hehehe..




Ni dia beg sekolah sofia..gedabak besar nama..baru tak bertukar...huhu...


2nd, cerita mama...tak ada la besar sgt ceritanyer..cuma semlm saya dah kembali mengepam susu di sekolah...dah dekat 2 bulan tak mengepam ni...time cuti mmg df je ikhlas....tak ada campur langsung susu fomula...alhamdullilah, dah nak masuk setahun 2 bulan breastfeed ikhlas...awal2 buka sekolah baru ni, saya terpaksa gak bekalkan susu fomula dkt pengasuh sbb mmg tak ada stok susu yg saya buat... Ikhlas tak minum byk pun susu fomula..dlm 9oz je sepanjang saya tinggalkan dia....now hari ni saya dah bekalkan susu saya...tp ada la top up sikit susu fomula tu...apapun ikhlas di rumah mmg tak adanyer nak minum susu fomula...ni pun mcm sampingan sgt2 utk ikhlas...satu tin yg ada kat rumah ni dah hampir 4 bulan tak habis2.. Moga Allah byk kan lagi susu saya utk saya terus susukan ikhlas sampaila umur ikhlas 2 tahun..masih ada 10 bulan lagi perjuangan ni.....caiyok noora.....

Ok la..dah 11.40.. Nak keluar ambil sofia kemudian zass ke rumah pengasuh dan bedesupppp p sekolah..tata...saya tinggalkan blog ni dengan tempekkan gambar hasil mengepam semlm..hikhik

Tuesday, 25 September 2012

Mama... Ikhlas nak 6 oz lg susu...

Mama rasa tak sanggup nak cerita kisah sedih ni dkt ikhlas.. Setiap kali mama nak mula cerita mesti air mata mama bergenang..mama rasa bersalah sgt.. Mama tension.. Mama risau.. Mama bingung..mama sedih.. Mcm2 perasaan menghantui mama.. Maafkan mama syg..

Alhamdullillah ikhlas dah 10 bulan.. Membesar dgn sihat and makin aktif.. Mama gembira tengok perkembangan ikhlas.. Ikhlas dah pandai lepas tgn and belajar nk bertatih.. Mulut dah pandai nk bersuara.. Ikhlas pun kuat mkn.. Lambat tengok makanan mest menangis2 nak.. Kadang2 terubat penat mama..td check up ikhlas kat klinik kesihatan.. Berat ikhlas dah naik.. Walaupun naik cuma 300g.. Mama dah syukur sgt2.. Dlm masa 10 bulan mama susukan ikhlas sepenuhnya dgn susu mama, berat ikhlas belum pernah lg turun.. Tp....
••••••
••••••
••••••
••••••
••••••
•••••
????
????
????
????
... Tp mama hanya leh susukan ikhlas sepenuhnya smp ikhlas berusia 10 bulan shj.. Padahal ikhlas cuma perlukan hanya 6 oz shj lg utk bekalan ke rumah ummi.. Mama tak mampu syg..mama dah cuba.. Pagi, ptg dan mlm mama pump.. Tp hasilnya cuma 6 oz sehari.. Ikhlas perlukan 12 oz di rumah ummi.. Mcm2 cara mama cuba.. Stok dlm freezer mmg dah licin.. Mama bersalah syg.. Dlm solat mama selalu doa supaya susu mama cukup utk ikhlas..Mungkin ada hikmah Allah nak duga mama.. Mama terima.. Rezeki Allah utk mama susukan ikhlas sepenuhnya cuma smp 10 bulan shj.. Mama redha..

Apapun mama perlu bersyukur sbb mama hanya bagi susu fomula dkt ikhlas hanya 6 oz sehari.. Kalau time susu mama tiba2 byk and boleh pump smp 12oz, ikhlas mmg tak merasa susu fomula hari tu.. Kalau hari yg dpt 6 oz shj bila pump, bermaksud ikhlas minum 2 botol susu mama and 2 botol susu fomula di rumah ummi.. Dkt rumah mmg ikhlas minum susu mama sepenuhnya..time cuti pun ikhlas sepenuhnya menyusu dgn susu mama juga..Mama tahu, mama tak sepatutnya sedih sebab ikhlas masih berpeluang merasa susu mama byk dr susu fomula.. Kalau nk di bandingkan dgn kakak cuma dpt merasa susu mama smp umur kakak 8 bulan shj..insyaAllah mama akan terus pump utk bekalkan susu dkt ikhlas time mama p kerja.. Mama pun masih berusaha buat stok supaya ikhlas boleh fully susu mama lepas ni.. Mama harap sgt susu fomula ni sementara je utk ikhlas.. Mama kesian tengok ikhlas berak2 sbb susu fomula tak sesuai dgn ikhlas.. Doktor kata ikhlas kene minum susu yang bebas laktosa .. Mama tukar pada susu soya.. Mama tengok ikhlas dah kurang berak.. Maybe susu tu sesuai dgn ikhlas.. Kalau la mama dpt bekalkan lg 6 oz susu dkt ikhlas semestinya ikhlas tak perlu merana berak2 kan..maafkan mama syg.. Andai suatu hari ikhlas baca entry ni, mama harap ikhlas faham betapa sedihnya mama tika ini.. Luv u amar ikhlas.. Maafkan mama syg...

Tuesday, 14 August 2012

Stok susu dah habis

Hari ni last kerja..Semlm, saya dah gunakan stok susu terakhir utk ikhlas.. Dgn jayanya stok susu dah habis licin.. Sedih jugak rasa.. Saya kene lebih rajin mengepam utk pastikan susu ikhlas cukup..dan semestinya cuti raya yg akan tiba beberapa hari lagi merupakan hari2 penting utk saya terus mengepam susu..tak boleh miss ye tunku noora..raya pun raya jugak....stok susu ank penting juga ye...

Ramadan dah nak berakhir.. So sepanjang berpuasa alhamdullilah saya tak ada masalah langsung dengan bekalan susu ikhlas.. Mengepam seperti biasa.. Nak kata meriah tak la jugak tp cukup utk ank mama manja sorang ni.. Tq Allah kerana murahkan rezeki utk amar ikhlas.. Saya juga amalkan makan habbatus sauda, minyak kelapa dara dan kurma..mungkin byk juga membantu.. Sudah nak masuk 9 bulan ikhlas fully breastfeed.. Sekejap je.. Lagi 3 bulan nak dpt degree.. Moga dpt saya teruskan hingga peringkat master and phd.. Amin...

Friday, 3 August 2012

Habbatus Sauda dan minyak kelapa dara

Saja terasa nak share ngan kaum2 hawa.. Tak kisah la ibu or ank dara ke or mak dara ke.. Hihi.. Just nak share kebaikan habbatus sauda dan minyak kelapa dara..

Waktu saya bersalin kan ikhlas, saya terlambat mkn jamu2 ni.. Bukan sebab malas tp sebab ikhlas terkena jaundis.. Sebulan lebih baru jaundis ikhlas hilang.. So selepas 40 hari baru saya boleh mkn jamu.. Urat2 pun kembang je kan.. Bdn still lesu time tu.. Bertungku dan mengurut la yg byk membantu segarkan sikit bdn.. Tu pun utk tempoh yg singkat.. Utk kesihatan dalaman mmg perlu telan ubat juga..

Selepas kembali bekerja, saya mkn jamu yg saya beli ngan bidan kat kg saya.. Ye saya akui, bdn saya rasa segar,tak cepat letih dan demam mmg susah nak dpt time tu.. Tp malangnya semakin hari saya perasan penghasilan susu perahan saya semakin merosot.. Saya dah mula syak jamu tu yg mengurangkan susu saya.. Sbb mak pernah kata, jamu ni panas, kadang2 leh kurangkan susu.. So saya ambil langkah stop terus mkn jamu bidan tu.. Alhamdullillah susu saya kembali normal tapi badan saya jadi cepat letih, mudah penat dan paling tak tahan saya mudah dapat selsema.. Bila dah selsema mestilah demam kan..tp bukan la saya kata jamu tu leh baikkan selsema or sihatkan bdn saya, semua tu atas kuasa Allah.. Dia yang memberi penyakit dan Dia juga yg menyembuhkannya kan..cuma kita berusaha mencari ubat utk kesihatan bdn kita.. Maklumla.. Perempuan yg dah bersalin ni mmg perlu suppliment tambahan.. Dengan nk urus diri sendiri, suami, ank2, rumahtangga dan kerja di tempat keje yg tak habis2..so suppliment perlu sgt2.. Kita pun bukannya ambil balance diet setiap hari.. Saya la.. Semua bedal.. Hehe

So.. 2 bulan lepas kwn saya kenalkan saya habbatus sauda dlm bentuk kapsul dan minyak kelapa dara..dia kata, bdn dia rasa segar dan susu pun byk..yes.. Maybe ni peluang saya..so saya order la habbatussauda kat dia.. Time tu dia bg try minyak kelapa dara sebotol.. Alhamdullilah, dgn izin Allah bdn saya rasa segar dan susu pun maintain... Paling best di bulan puasa ni la.. Walaupun saya still fully breastfeed tp saya kurang rasa lesu..susu tak merudum langsung.. So saya rasa habbatus sauda+minyak kelapa dara+kurma byk bantu menyihatkan bdn di samping banyakkan susu..kat bwh ni saya letakkan khasiat habbatus sauda dan minyak kelapa dara..tp sya tak jual ye.. Just share je.. Jgn ada yg order dah.. Haha..

Khasiat Minyak Kelapa Dara ( sumber dari http://infowanita.blogspot.com/2008/01/khasiat-minyak-kelapa-dara.html)

1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

11- Mempercepat pengantian sel-sel mati dengan yang baru – mengembalikan keanjalan, kelembutan dan kehalusan kulit.

Kesan Jangka Panjang Pengambilan Minyak Kelapa Dara Pada Tubuh.

1 - Mengurangkan kadar kolestrol – ia sendiri tidak mengandungi kolesterol. Oleh itu ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain yang mengandungi kandungan kolesterol yang tinggi

2 - Mengawal kencing manis - pankrease lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel bekerja lebih cekap mengambil gula darah keperluannya.

3 - Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah usia umur lanjut - anti oksida semulajadi dalam minyak kelapa dara adalah penghambat pembentukan radikal bebas.

4 - Tidak meningkatkan paras kelekitan platelet dalam darah – mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi anatara faktor punca serangan jantung.

5 - Tubuh lebih tahan serangan penyakit kerana memiliki agen anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa.

6 - Mendapatkan kembali keanjalan, kelembutan kulit – ia mempercepat pergantian sel-sel kulit yang mati dengan sel yang baru, selain melindungi dari sinaran ultra violet.

7 - Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang – sel rambut akan mendapat tenaga dan zat yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima.

8 - Terhindar dari gejala alahan – minyak kelapa dara bertindak sebagai agen anti histamine.

9 - Mengelakkan risiko sakit kanser – minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran organisma pathogen. Dengan itu sel darah putih mampu bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser, kerana ia tidak terbeban menghadapi organisma pathogen.

10- Keadaan berdengkur akan hilang – kerana saluran pernafasan dan anak tekak akan kembali anjal dan elastik hasil kewujudan sel-sel baru padanya.

Hasil google yg paling best tebtang minyak kelapa dara ni ialah

5) Memberi nutrisi kepada ibu mengandung, ibu dan bayi menyusu.

Susu ibu secara semulajadi mengandungi komposisi asid lemak yang sangat menakjubkan. Ia terdiri dari 45-50% 'saturated', sekitar 35% 'monounsaturated' dan 15-20% polyunsaturated'. Daripada jumlah keseluruhan faturated acid tersebut, sekitar 18% daripadanya adalah antimikrobial asid lemak yang terdiri dari lauric acid dan capric asid. Kedua-dua antimicrobial asid lemak tersebut memberikan bayi yang disusukan daripada berbagai jenis virus, seperti HIV dan bakteria. Paras kandungan antimikrobial asid lemak tersebut mungkin serendah 3-4%. Namun apabila seseorang ibu yang menyusukan anak mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, paras lauric acid dan capric acid akan bertambah dengan ketara dalam air susu mereka. Kajian telah menunjukkan apabila minyak kelapa dara dijadikan sebagai sebahagian daripada pemakanan, kandungan lauric acid dalam susu ibu akan bertambah sekitar tiga kali ganda, manakala kandungan capric acid akan bertambah sekitar dua kali ganda. Disamping khasiat terhadap anak yang disusukan ibu-ibu yang mengambil minyak kelapa dara dalam makanan, mereka juga akan mendapat kahsiat tambahan, kerana 'saturated fat' yang merupakan ' medium chain fatty acid' dalam minyak kelapa dara mudah dihadamkan dan ditukar kepada tenaga, disamping kemampuannya mengaktifkan atau melancarkan sistem metabolisma, mampu menyokong sistem imunisasi tubuh dan teruji dalam mengatasi masalah thyroid. (sumber dari http://www.colourvibrationtherapy.com/minyakkelapadara.htm)

Seterusnya khasiat habbatus sauda plak:

Kadangkala ia digelar sebagai "bijirin hitam" atau "jintan hitam".

Daripada Abu Huraira r.a. Nabi s.a.w. bersabda, "Harbatus Sauda ini menyembuhkan segala jenis penyakit kecuali Al Saam." Aisyah r.ha. pun bertanya: " Apakah Al Saam itu?" Jawab Baginda s.a.w. "Mati." (Riwayat Al-Muslim)

Khasiat-khasiat yang terdapat pada Habbatus Sauda yang berikut adalah dipetik dari buku yang bertajuk "Rahsia Perubatan Habbatus Sauda'" yang dikarang oleh Dr. Hassan Syamsi Baasya dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh Abdul Khairi AL-Latifi.

Kajian-kajian yang telah dibuat membuktikan bahawa Habbatus Sauda mempunyai khasiat-khasiat perubatan yang berikut:

1. Asid Urik dan Gout

Membantu mengeluarkan asid urik dari badan dan mengelakkan dari terkena penyakit gout.

2. Asthma

Bahan "Nigellon" yang terdapat dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan kesukaran pernafasan dan serangan Asthma dan memberi menafaat dalam rawatan serangan yang terjadi ke atas pembuluh udara (bronchitis).

3. Selsema

Ia dapat menyembuhkan selsema.

4. Tekanan Darah Tinggi

Ia boleh merendahkan tekanan darah.

5. Alahan (Allergic)

Bahan "Nigellon" dalam Habbatus Sauda dapat mengurangkan pengeluaran bahan "Histamine" dan bahan-bahan yang menyebabkan kejadian alahan (allergic).

6. Pengeluaran Bahan Empedu (Bile)

Juzuk Karbonil dan Thymoquinone (dua kandungan asas di dalam Habbatus Sauda) mempunyai keupayaan dalam menambahkan pembuangan empedu dari pudi empedu, untuk mengelakkan dari kewujudan penyakit batu pundi empedu.

7. Melancarkan Pengeluaran Susu

Ia mempunyai kesan yang kuat ke atas pertambahan kelancaran pengeluaran susu pada ibu.

8. Kesendatan Pembuluh Darah (Thrombosis)

Ia mempunyai kesan ke atas sistem kesendatan pembuluh darah di dalam tubuh dan di luar tubuh. Maknanya darah yang mengalir akan berhenti dengan cepat akibat kecepatan pembekuan darah. Begitu juga ia mempunyai kesan ke atas kecergasan pemecahan fibrin di dalam darah tersebut.

9. Sistem Kekebalan (Immunity) Tubuh

Ia meningkatkan sistem kekebalan supaya dapat membunuh kuman-kuman (bacteria), virus atau sel-sel barah supaya dapat mengelakkan tubuh dari dijangkiti penyakit-penyakit.

10. Barah

Ia dapat melindungi tubuh dari wujudnya kesan-kesan beracun akibat kegunaan "Cisplatin", yang digunakan dalam merawat bengkak-bengkak barah. Ubat "Cisplatin" ini, seperti lain-lain ubat yang digunakan untuk merawat bengkak-bengkak barah, menyebabkan kesan-kesan serangan sampingan (side effects).

11. Kuman-kuman

Ia amat aktif dan berkesan dalam membunuh beberapa jenis kuman seperti "E Coli", "Strep.Fecalis" dan "Bacillus subtilis." Ia juga mungkin berfaedah dalam melindungi gigi dari kejadian kerak-kerak kuning pada gigi (Plaques) dan kereputannya.

12. Ceret-Beret disebabkan Kuman

Ia dapat merawat masaalah ceret-beret dengan membunuh kuman-kuman yang menyebabkannya, seperti Kolerra, Shigella dan E.Colli yang berupaya menentang beberapa antibodi.

13. Kencing Manis

Ia dapat mengurangkan tahap kandungan gula di dalam darah.

14. Rheumatisme

Dalam bidang perubatan tradisional di timur tengah, ia digunakan sebagai bahan anti radang (Anti Inflammatory) dan anti-rheumatism (antirheumatic) dan digunakan dalam rawatan kepada migren.

Mereka yang alim di dalam bidang perubatan berkata: " Antara manafaat-manafaat Habbatus Sauda ialah:

i. Ia bertindak menghilangkan bengkak.

ii. Ia amat berfaedah dalam membuang lendir dan gelema dan mengeluarkan angin.

iii. Jika ia ditumbuk halus dan diuli dengan madu lebah serta diminum dengan air panas ia akan mencairkan batu-batu karang, melancarkan air kencing dan haid.

iv. Jika ia ditumbuk halus dan diikat didalam kain kapas atau kulit lalu dicium, maka ia memberi menafaat dalam penyembuhan selsema.

v. Jika diminum seberat 1 mithqal (4.235 gram) Habbatus Sauda dengan air, ia memberi manafaat dalam merawat kesesakan nafas,

vi. Jika ia dibungkus dengan kain maka ia memberi manafaat dalam merawat sakit kepala yang sejuk,

vii. Jika Habbatus Sauda dimasak dengan cuka dan berkumur-kumur dengannya maka ia memberi manafaat menyembuhkan sakit gigi."

( sumber dari http://www.seedsofhealth.biz/habbatussauda.htm)

Erm.. Tu je la.. Moga lebih byk kita share lebih byk pengetahuan kita dpt..



Thursday, 31 May 2012

Dah dapat diploma

Alhamdullilah akhirnya tamat sudah hari2 busy saya ... Segala tugas2 su peperiksaan dapat saya selesaikan dengan jayanya walaupun rasa tak menang tgn dengan keje sek, keje rumah, ank2, suami dan bisnes....hehe...dah rupa super mama saya 2 minggu lepas... Letih betul rasanyer....

Sabtu lepas cuti sekolah dah bermula... Walaupun cuti ni dibekalkan dengan kerje2 sekolah yg tak habis2 tp semua tu tolak tepi dulu... Hehe...sabtu petang saya sekeluarga bertolak ke kuantan... Mmg dah janji ngan family nk jumpa di rumah abg saya di kuantan coz sama2 nak hantar adik bongsu saya yg dapat tawaran ke matrikulasi kpm gambang...seronok juga p jln2 ramai2 sehari sebelum hari pendaftaran... P shopping tak ingat dunia.... Haha....

Apapun entry ni bukan nk cerita pasal holiday ke apa... Kalau rajin saya cerita di entry yg lain tp tak janji la... Hehe... Ni nak citer saya dah berjaya fully breastfeed amar ikhlas..alhamdulillah... Org kata dah berjaya dapat diploma... Saya akan teruskan utk setahun plak... Moga susu saya cukup utk ank tersayang...

Bermula genap usia ikhlas 6 bulan so bermulalah ikhlas boleh mkn n minum air masak... Saya ada bt pembacaan yg makanan awal baby ni tak boleh dimulakan dengan nasi bubur atau nestum lagi..saya pun first2 tu blender lobak n apple dulu.. Lobak n apple tu saya rebus dulu sekejap atas dapur n past tu baru blend... Time bg ikhlas mkn seronok betul saya.. Dia dah pandai mkn.. Siap bt aksi marah kalau lambat suap dia... Hehe...

Di sebabkan kesuntukan masa minggu lepas, saya tak berkesempatan nak sediakan makanan utk ikhlas tiap2 hari...Maklumla sibuk berjln. Terus belikan nestum.. Huhu... Tak pe la dik.. Nant balik rumah kita, mama masak bubur blend yg sedap2 ye... Time cuti ni mama nak rest dari masak2..

Skarang masih berusaha mengumpul stok susu.. Hasil seminggu ni tak byk sgt pun.. Sedih jugak.. Tp rasa sedih terubat bila baca komen ibu di KIM.. Dia kata Allah bg apa yg kita perlu bikan apa yg kita nak.. Terus sejuk hati saya lepas tu... Semangat pun terus melonjak2.. Hehe...

Apapun saya akan terus berusaha dan berdoa utk Susukan ikhlas sepenuhnya.. Moga dipermudahkan olehNya.. Target utk degree plak..

Saya yakin susu saya cukup utk keperluan ank saya... Caiyok2. :)

Thursday, 12 April 2012

Kurma boleh banyakan susu

Salam....
Sebelum tidur ni, teringat plak nak update sikit kisah minggu lepas. Bermula dari minggu lepas, saya dapat rasa kan pengeluaran susu mcm sikit merudum...hari isnin dan selasa lepas, saya pump di sekolah dan seperti biasa, pump utk satu sesi saya boleh dpt 9oz. Tapi tiba2 bermula dari hari rabu smp jumaat, hasil susu yg saya dpt utk sekali pump merudum byk jugak.. Dr boleh bwk balik 9oz setiap hari, tiba2 jd 5oz sahaja. Punya la bersungguh2 nak dptkan 5oz tu hinggakan sanggup tunggu sejam lebih...sedih giler2 3 hari tu.

Saya yang risau ni mula bertanya kwn2 cara nak tambahkan susu... Kwn pump saya kat sekolah syorkan saya makan Kurma.... Saya apa lagi, terus suruh hasben belikan kurma..weekend yg 2 hari tu saya amalkan..ambik tak byk pun, 2 biji je sehari sambil2 tu minum juga susu tepung. Alhamdullilah bermula Dari hari isnin, saya leh pump 10oz utk satu sesi...cik b pun asyik bengkak kalau Ikhlas lambat menyusu...

So, ok sgt2 la Kurma ni.. Tp tak leh bergantung sgt jugak pada Kurma...Ibu2 yg menyusu sendiri pun kena ambik balance food jugak..air Masak mmg kena byk minum...Tp Kurma ni sedikit Sebanyak membantu ...cuba2 lah ibu2..... InsyaAllah hasilnya memberangsangkan...

Wednesday, 4 April 2012

tempoh penyimpanan susu perahan

sumber dari  facebook breastfeeding zone

cara penyimpanan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

♥ bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
♥ bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
♥ breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

♥ Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
♥ Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
♥ Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
♥ Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

♥ Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
♥ Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
♥ Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
♥ Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
♥ Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
♥ Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
♥ Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

petikan diambil dr facebook breastfeeding zone






ini gambar dari sumber saya sendiri..hehehe...time bwk balik stok susu dari kg ke kajang..kumpul time pantang kat kg ni..perjalanan kan ambik masa dlm 6 hingga ke7jam..so cara terbaik nk pastikan susu tu elok, letak kan dlm tong mcm kat atas ni..tak silap tong putih yang biasa org letak ais pun boleh..beli ais byk2 n masukkan storage bottle sekali ngan ais dlm tong tadi..saya selang selikan dengan garam time letakais tu....ada orang bagitau saya tabur garam leh kekalkan suhu ais tu so ais lambat la nk cair...

Saturday, 31 March 2012

susukan ikhlas = mama berani????

BERANI????hehe..dah byk hari nak post entri ni tp tetap tak ada peluang nak mengadap laptop lama2. Ni ha peluang keemasan utk bercerita or dgn kata lain peluang update blog...dpt ketenangan berada depan laptop setelah suami dan ank2 berada dalam kedaan seperti dibawah...huahuahua....

pantang ada peluang...tdo je la dia....apapun letih jaga ikhlas demam semlm pun ye..mama berjaga tetap maintain tak ngantuk...hehe

sofia mkn ubat selsema terus tertdo...

ikhlas tdo lena sgt2 lepas balik klinik tadi...panas semakin berkurang...

mama?

ni mengadap laptop..maintain tak ngantuk walaupun bdn letih tahap gaban.......


kembali pada misi yg asal.. susukan ikhlas=mama berani????  cerita nyer tak best pun...hahaha...sebenarnya saya ni bukan la seorang pemandu kereta yang hebat...penakut nak mampus juga......teringat kisah awal2 boleh pindah kajang ni....suami bagi kereta dia suruh berulang p sek..menangis siang mlm nak bwk kereta manual ni...suami pun mengajar kadang2 termarah..hehe..ter tu...

disebabkan saya penakut dan saya kurang keyakinan diri bwk kereta manual,saya lagi rela bwk motor p kerje..bygkan time pregnant kan sofia, saya merempit..hahaha...dah tak ada jln penyelesaian..suami pun tak boleh ckp apa dah....terima je la kelemahan wife dia...dengan rela keluarkan duit belikan motor lagenda hijau....di sekolah, legenda hijau saya jadi kegilaan student2 saya..huhuhu...selalu kata..pacak cikgu..pacak cikgu......giler nk pacak..terkeluar ank cikgu nant oi..haha.......

setahun umur sofia...suami saya pun dah tak rela sgt2 tengok wife dia bwk motor..kadang2 berhujan pergi dan balik keje....letak motor kat umah..berpayung plak p ambik ank..bygkan kesusahan waktu tu.....memandangkan kewangan semakin baik, bersempena besday sofia, suami hadiahkan mama sofia sebuah kereta auto..hehe..sian sofia..besday dia..mama dpt hadiah..dptla sebuah kelisa biru yg amat saya syg....

dengan kereta auto ni la bermulanya episod saya drive p keje..senang giler2 la dah ada kereta..kadang2 langkah pjg smp ke serdang..tp serdang dan nilai je tempat yg paling jauh saya drive..penakut punya pasal...haha...kalau parking kereta lg panakut..cr tempat parking yg kiri kanan tak ada kereta baru saya parking..yg kelakar nyer nak p pej pos tak smp 15 min tp cari parking sampai sejam..nk cr parking yang kiri kanan tak ada kereta punya pasal...

tu kisah 3 thn lepas...cewah...ayat belagak...skarang dah pindah umah baru...umah ke sek jauh sikit dr dulu...hantar ank2 p  umah pengasuh kat kwsn umah sewa dulu yg tak jauh dr sek..perjlnan menempuh byk trafic light...jln semestinya sibuk dan byk kereta..yela..jln menuju ke bdr kajang kan..kira tu je laluan utama...saya semestinya menempuh satu perjalanan yg amat lama kalau dua2 ank saya meragam dlm kereta..biasanya si kecik ikhlas la yg meragam..sofia dah besar...tak kisah pun duk blakang..menangis tak pernah jugak rasanyer..cuma bila time jem dia bising sikit..teruskeluar soalan mana abah ma? mana tok ma? semua2 la..adik plak kalau panas mula la melalak....kadang2 saya plak rasa nk menangis..hehe..

apa yg berani? disebabkan terlampau terdesak dan tension dgr ikhlas menangis time saya drive, dicampur plak dah lmbt nk masuk kerje, saya yg penakut drive di jln raya bertukar jadi berani..saya ambik ikhlas dari baby carseat dah letak diatas saya.saya susukan dia sambil drive..huhu...mcm merbahayakan...tp saya terdesak..nak berhenti lagi susah..nant jln nangis lagi..kalau saya susukan terus senyap....

saya tahu ramai juga ibu2 kat luar sana pernah buat kan..skarang baru saya faham kenapa ada ibu2 yg sanggup bt mcm ni...terdesak punya pasal...bg susu terus baby senyap dan kita boleh drive dgn tenang..tp saya tak adalah bt aksi ni setiap hari..bila time terdesak sgt2 br buat..hehe...kalau boleh mengelak saya cuba elakkan...bukan apa, tak elok jugakan...mebahaya...tp tula...saya nk cerita, semangat menyusu ni boleh membuatkan saya jd berani...sayapun semakin yakin drive skarang. ank2 jd sumber keyakinan saya....bila terdesak, penakut pun leh jadi berani...so...renung2kan la..ermmmmmmmmm.........


saya mmg tak ditakdirkan utk drive kereta ini...huhuhu


lagenda hijau yang aku syg...skarang dah jadi milik hasben ku..huhuhu




kelisa ku yang masih berkhidmat utk aku dan ank2

Friday, 23 March 2012

medela swing mudah masuk air????

baru je post entri pasal I LOVE MEDELA SWING (http://www.anakmamamanja.blogspot.com/2012/03/medela-swingi-love-u.html), tiba2, medela swing saya buat hal....alahai cuak+ risau+ gelisah+ tension+ nak menangis time tu..tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan....otak terus pk..kalaula rosak nak kene p servis mest mkn masa berminggu gak..mest nak mencari pump yang sesuai n murah sementara tunggu elok dari servis...takkan nak beli yang mahal kot..time tu sempat lagi terfikir..tak kan swing saya ni merajuk sebab entri yang saya tulis nak tukar pada freestyle..hahahaha...


alkisahnya.....hari2 rutin wajib saya di sek mcm biasa la..masuk surau dan pump susu....sambil2 pump borak2 ngan kwn2 yang kuar masuk solat...tengah syok2 pump tiba2 saya terkejut tengok susu saya masuk kedlm tube breastpump n nak menuju ke motor pump...bukan setakat menuju tapi dah masuk kot dlm motor tu..tapi bukan dlm kuantiti yang byk sebab saya cepat2 tekan button off...eh..naper ni?dlm hati saya..sepanjang saya guna ni la kalipertama jadi mcmni...saya keluar dari surau dan cucikan tube yang masuk susu tadi..kwn saya yang duk dlm surau plak siap tunggangkan breastpump saya..takut rosak katanya..tq kak ain...


kemudian saya pump lagi..dlm 5min jadi lagi..saya dah jadi makin risau....keluar cucikan tube lagi....kwn yang kuarmasuk pun ada yang membantu...ada yang suruh sedut susu dari motor tu guna tube la...suruh bukak cover la...mcm2 la..last2 saya restkan pump tu sekejap..taklama past tu sambung balik...


kali ke 3 guna pun jadi gak...saya dah mula panik...tp masih cuba menenagkan diri....saya letak dulu breastpump dan solat asar...selepas solat rakan pump saya kat sek..hazlina pun masuk nak mengepam...saya bgtau dia..dia pun kata..oo.dia pernah gak jadi..dia suruh saya letakkkan breastpump tu tinggi dari saya...kataya baru tak masuk..bila fikir2 balik..betul la..kan tekanan tu...kalau letak rendah mmg mudah la mengalirke motot pumpkan...saya pump bt kali ke 4..alhamdullilah elok..boleh la saya bwk balik 12oz susu hari tu..tq hazlina...


mlmnya saya mcm biasa buka facebook kump ibu2 menyusu dan postkan masalah sayatadi..salahseorg kwn fb ni bgtauyang medela swing ni mmg mudah masuk air..air susu agaknya...dia kata kalau jadi mcm tu..biarkan pump tu on selama setengah jam..supaya dpt keringkan susuyang mayb termasuk dlm motor tu...ooooo..mcm tu caranya....tenang sgt2 saya lepas tu


skarang dah ok..setiapkali pump mmg letak motornya atas dari saya...contohnya letak atas kerusi, saya bersila je la atas lantaitime pump...selesai satu masalah dan dapat petua2 menjaga breastpump ngan baik..hehehe..tq kwn2....ilmu utk dikongsi bersama kan...

Wednesday, 21 March 2012

MEDELA SWING....I LOVE U.....

Cinta hati saya yang terbaru ialah medela swing.....kalau sehari tak jumpa mmg susah hati...bagi saya medela swing amat membantu saya untuk mencapai misi fully breastfeeding sehingga umur ikhlas 2 tahun....


time breastfeed sofia dulu, saya mmg tak tahu dengan kewujudan breastpump yang canggih manggih ni....mmg langsung tak pernah bt reseach pasal breastpump ...time tu hanya fikir, mama yang bekerja tak boleh fully breasfeed, tetap kene campur susu fomula..dengan tak ada pengetahuan dan tak ada sokongan, saya cuma leh susukan sofia smp umur dia 8 bulan shj....seterusnya my sofia minum susu lembu je la..huhuhu...


dulu time bengkak susu, suami belikan breastpump manual..saya masih ingat jenama pureen...pump jugak la saya time tu..dah la bengkak susu tu sakit...pump plak lagi la sakitnyer...kadang2 ngeri nak pump....hasilnye cuma 1 hingga 2 oz shj..teringatkan sakit nk pump, saya terus simpan breastpump tu...tak kuasa nak guna..time bersama ngan sofia saya direct feeding dia..tp time hantar pengasuh saya bekalkan susu fomula je la....tak tahu pun time tu leh simpan2 susu bt stok smp leh tahan berbulan bulan...teramat rugi saya time tu....sofiaselalu kene batuk...selsema..demam dan antibodi dia mmg tak kuat langsung....


BILA SAYA MULA TAHU KEBAIKAN DAN CARA BETUL MENYUSU SECARA EKSKLUSIF?


saya mula teruja nak fully breastfeeding ni bila ada seorang kwn ceritakan pada saya tentang pengalaman dia....dia la jadi titik mula saya kenal tentang dunia breastfeed ni....sejak dari situ saya mula buat research..bt bacaan..melawat blog2 ibu2 yang fully brastfeeding..pernah saya menangis bila baca blog ibu2 breastfeeding..bukan sebab cerita dia sedih tapi sebab menyesal tak tahu pasal penyusuan eksklusif ni time lahirkan sofia dulu..punya la teruja membaca dan menimba pengetahuan pasal breasfeeding ni,susu saya yang kering seawal usia sofia 8 bulan tiba2 keluar....ntah hormon apa yang merangsang pengeluaran susu time tu saya pun tak tahu..tp sebulan lepas tu saya pregnant kan ank ke 2..amar ikhlas...


APA TINDAKAN SAYA SETERUSNYA???


saya selalu ceritakan pada suami yang saya nk susukan ank ke dua ni secara eksklusif....suami saya angguk mcm setuju..tp tak nampak sgt dia betul2 teruja ngan misi saya time tu....membantah pun tak....sepanjang pregnantkan ikhlas saya mula mencari breastpump yang tahan lama, senang nak guna dan yang penting menjimatkan masa serta tak memenatkan tgn...sebenarnya pemilihan brastpump ni adalah kehendak individu..ada je yang menggunakan jenama yang biasa dan harganya murah tapi susu yang diperoleh time pump teramatlah meriah...so saya tak boleh nak jamin penggunaan breastpump yang mahal leh membantu ibu2 mengepam susu dengan byk..semua bergantung kepada cara dan masa ibu2 tu pump susu...


apapun saya mmg dah ada pengalaman menggunakan pump manual...so saya betul2 serik...sebab tu mencari yang lain..kwn yang saya ceritakan tadi juga memperkenalkan saya dengan beastpump jenama medela ni...dia kata tak sakit langsung bila pump..setelah bt perbandingan ngan semua jenama akhirnya saya mmg tertarik ngan jenama medela jugak..walaupun harganya boleh tahan juga mahal tp saya tak kisah...terbaik utk ank2..


MAIN KUTU BELI MEDELA SWING...


breastpump medela ni ada byk jenis...ada yang medala harmony, medela swing dan yang menjadi impian saya smp sekarang medela freestyle...


nak beli freestyle mmg tak mampu time tu...dengan nak masuk umah baru lagi..duit mmg byk nak guna...at last saya ambik keputusan beli medela swing...harganya rm600...tu pun saya tak beli cash..tp beli secara kutu di kedai brastpump dlm facebook..hehehehe..tiap2 bulan byr rm150 selama 4 bulan...punya la susah nak dapatkan medela swing dan punyala semangat..saya sorang2 je time tu..tak ada sokongan dari sesiapa..saya tekad jugak...sebab tu saya syg sgt dengan medela swing saya ni.


skarang dah 3 bulan 3 minggu saya menggunakan khidmat medela swing saya...stok susu mmg belum pernah terputus lagi..masa saya mengepam pun tak lama mcm saya gunakan breastpump manual..hasil susu pun alhamdullilah meriah..hehehe...walaupun saya ada menyimpan perasaan nak tukar pada freestyle tp saya rasa teramat syg nk tinggalkan swing ni....i love u medela swing...moga boleh terus berkhidmat dengan saya sehingga umur ikhlas 2 tahun...now suami saya adalah antara org yang byk menyokong saya meneruskan hasrat susukan ikhlas secara eksklusif...maybe dia dah dapat lihat hasil yg baik kot...siap berkongsi cerita ngan saya pasal kwn di tempat keje dia juga fully breastfeed..bersemangat dia bercerita...alhamdullilah...terima kasih juga pada kwn saya siti noraishah.. juga tak lupa pada mak saya yang byk sgt memberi sokongan...terimakasih semua...













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...