Showing posts with label besday. Show all posts
Showing posts with label besday. Show all posts

Thursday, 18 June 2015

Muhammad 1 tahun + Abah 35 tahun

Salam rindu peluk cium semua.....
.
.
Ntah ada ke tak lagi pembaca blog anak mama manja ni??
.
.
Ampun sangat2 sbb asyik menyepi je. Tak ke mana pun tp duk busy manjang. Macam2 benda nk settle setiap hari. Ni nak tekad supaya aktif menulis blog kembali. Muhammad pun dah membesar. InsyaAllah cuba konsisten selepas ni.Rindu nak share mcm2 di blog kesayangan ni. Banyaknya terlepas kisah kakak, abang teh dan adik muhammad. Tak kurang jugak terlepasnya kisah2 deko. Ada masa saya cuba menulis kembali  kisah2 lepas.Tu pun kalau still ingat.
.
.
Apa yang penting tak boleh telepas kisah besday family sendiri. Wajib cerita. Nanti kan Muhammad tuntut. Hihi. Dah seminggu pun berlalu besday muhammad yang pertama. 10 jun 2015 genapla usia ank bujang ke 2 saya merangkap anak ke 3 kami yang pertama.Perasaan??? excited la wei... Setahun dah anak mama sorang ni. Cepatnya adik membesar.Tak puas lagi mama nak menikmati bau baby yg best ni. 
.
.
Untuk besday muhammad ni, saya tak sempat nak buat apa2 sambutan pun  pada tarikh 10 jun tu. Kebetulan tarikh yang sama juga adik ipar saya konvo. So muhammad pun turut berkonvo dihari lahir sendiri.miahaha.Terkilan la jugak sbb time kakak dan abang teh setahun kami buat la jugak sambutan kecik2.



.
.
Tu dia. Konvo gak besday boy dua org ni. Hikhik
.
.
Esoknya, ambik jugak kesempatan sambut besday kecil kecilan. Alang2 dah family hasben ada so rai je la kan. Share terus besday. Jimat. Hihi. Beli la sebiji kek n letak 3 nama atas kek. Tiga???? Satu nama muhammad, 2 abah muhammad dan yg ke 3 sepupu muhammad. Sekali je la. Dah dekat2 tarikhnya.


.
.
Alhamdulillah. Sampai gak hajat nak sambut besday muhammad dan abah muhammad walaupun kecik kecilan. Yang penting ingatan kan.
.
.
.
.
Doa mama moga muhammad dan abah muhammad dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa ceria selalu. Tak lupa jugal buat anak sedara mak long, ainul. Semoga menjadi ank solehah ye syg.
.
.
Akhir kata salam ramadhan al mubarak semua. Selamat dtg ke bulan pesta ibadah.

Wednesday, 10 December 2014

Amar Ikhlas 3 tahun + kisah potty train

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

30 nov 2014 baru2 ni, genap la usia abg teh yg ke 3 tahun. Kenapalah cepat sgt masa berlalu ni. Memori bersalinkan abg teh time kitaorg baru 3 hari pindah ke rumah baru masih segar bugar lagi dlm ingatan. Pantas betul masa. Tak guna sebaik mungkin mmg rugi la sgt2.

2 minggu sebelum birthday abg teh, my bff (salmi) ada whatsapp ajak sambut besday ank2 sama2 ngan sorang lagi bff sy (hariza). Kebetulan ank masing2 sambut birthday bulan november. Dan lagi2 kebetulan bila tarikh sambutan yg kitaorg plan adalah 30 nov 2014. Tepat2 time birthday ikhlas. Seronok sgt la wei.

Kami plan celebrate  birthday ank2 kitaorg kat pusat permainan dlm giant kelana jaya. Salmi la selalu lepak sini. Kebetulan pusat permainan ni ada sewakan tempat utk sambutan hari lahir, apa lagi kan bg idea la kat kwn2 ni hah. Sy dan hariza setuju aje. Mcm biasa, mak budak lagi excited tak ingat apa berbanding ank2. Salmi n hariza la tu.. saya tak..haha..mest nyampah salmi n hariza baca ni..haha..

Malas nak cerita pjg2 sbb kesimpulannya mmg best sgt2 sambut birthday berjemaah ni. Ank2 suka..mak2 suka.. pakej boleh belah kek, boleh main, boleh mkn, boleh gosip..eh..haha..tu pun salmi n hariza je tu..haha..gurau2 yunk...ok biarla gambar berbicara.













 Doa mama semoga ikhlas menjadi ank yg soleh. Rajin mengaji. Rajin belajar. Jadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk jaga kakak dan adik ye. Mama syg abg teh sgt2. Muah2
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hutang n3. Hehe..ada sambungan lagi ni. Alang2 cerita kisah ikhlas kan. Potty train. Tak ada cerita sgt pun pasal potty train ikhlas ni. Senang cakap amat2 mudah. Tak perlu gulung karpet. Tak perlu ready mop. Oh tak perlu apa2. Sy sendiri pun terkejut. Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Time nak train dia. Sy ckp siap2 yg dia dah tak perlu pakai pampers sbb abg teh dah besar. Umur ikhlas waktu tu 2 tahun 7 bulan gitu. Amek kau. Umur 3 tahun baru mak ko nak cerita. Hihi. Takpe2. Asal cerita. Ikhlas mmg jenis cepat belajar. Senang terima perubahan. Bila nak terk****g je  terus dia bgtau. Seingat saya, Sepanjang 6 bulan tak pakai pampers ni baru sekali dua dia ter**** dlm seluar. Biasanya sbb dia ralit main benda yg dia suka. Tapi satu kekurangan ikhlas, bila time nk buang air besar, mesti cari pampers suruh kita pakaikan. Ntah apa dia geli pun tak tahu la. Mak sy kata takpe, nanti dia ok sendiri tp kene slow talk la. Sy pun tengah usaha.

Apapun, syukur sgt2 sbb sy mmg tak tension melatih ikhlas ke tandas. Kalau saya tahu semudah ini dah lama latih tau. Hihi. Over mak ko kan ikhlas. Bukan apa, terbayang2 kisah potty train sofia. 2 minggu baru lepas mop tau. Tu yg serik sbb time ikhlas ni kan baru lepas pantang muhammad. Fokus dah bertambah pada 3 ank. Sofia dulu sorang2 tak pe la kan. Betul la. Setiap ank2 tu berbeza. Potty train pun dah lain. Hehe. Tunggu muhammad plak tengok mcm mana. Harap2 senang la kan. Ni je kenangan potty train ikhlas yg saya boleh abadikan dlm blog. Tak ada episod2 sbb bg saya amat2 senang. Alhamdulillah. Tq Allah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
IKLAN






BAGI YG MENCARI LEARNING TOYS BOLEH LA WHATSAPP 0199189016
 OR
 EMAIL tunkunoora83@gmail.com

Wednesday, 12 February 2014

31 tahun

Salam....

9 feb 2014..ahad lepas..genap ler usia saya 31 thn...alahai..tua sudah...moga dengan peningkatan usia ni saya akan lebih matang menempuh hari2 mendatang..menjadi hamba Allah yg taat...menjadi isteri solehah dan ibu terbaik utk semua cahaya mata saya...Alhamdulliah atas semua rezeki yg dikurniakan olehNya....doakan saya selamat melahirkan ank ke 3 dengan selamat dan mendapat baby yg comel ye...saya pun mendoakan kebahagian anda2 semua....semoga kebahagian milik kita bersama...amin...





Tuesday, 21 January 2014

puteri sulungku sudah 5 tahun

Salam....


Puteri ini telah dilahirkan 5 tahun lepas di hospital serdang secara operation bersamaan 20 jan 2009.

Puteri ini kami namakan Nur 'Ain Sofia Bt Mohd Faizul membawa maksud cahaya mata yg suci.

Puteri ini kuat...mula mendapat asma seawal umur 4 bulan...sejak itu kami tidak jemu berulang alik ke klinik setiap bulan utk merawat beliau...demi kasih kami yg tak ada bandingan...demi janji kami utk menjaga zuriat kami yg telah di amanahkan olehNya..

Puteri ini membesar dengan cergas..puteri yg lasak walaupun ada asma... mula melangkah bebas diumur satu tahun..lagi menceriakan hidup kami..

Puteri ini membesar bagai juara diusia 2 tahun..tembam yg amat...jadi bantal peluk kami setiap hari..makin lincah dan lasak dari umurnya setahun...di usia 2 thn 11 bulan, puteri ini bergelar kakak kepada Amar Ikhlas B. Mohd Faizul..

Menjangkau usia 3 tahun, puteri ini kami hantar ke playgroup sbb kami merasakan beliau agak lambat bercakap..masih belum lancar dlm membuat ayat...alhamdullilah..berkat doa dan usaha kami, puteri ini nampak perkembangan yg positif..kami tahu beliau tiada masalah...

Utk terus  membimbing puteri ini...jugak utk mengajar puteri ini bersosial, kami sekolahkan beliau di usia 4 tahun....puteri yg kami risau lambat bercakap dulunya adalah puteri yg top 5 di sekolah...bersosial dan bercakap dengan baik di sekolah...pencapaian akademik yg cemerlang...komen positif dari guru2 sek...tq guru2 di tadika anggerik jaya...

Puteri ini ingin kan sekolah yg pakai tudung di tahun 2015..dan kami sampaikan hajat beliau...tak sia2 kerana beliau teramat2 suka dengan sekolah baru ini...moga menjadi muslimah sejati syg..jadi pelajar cemerlang di sekolah baru...

Puteri ini ada karekter tersendiri...manja tp  kuat orgnya...rajin tp tengok kehendaknya..penyayang dan berdikari sifat paling hebat dlm dirinya...lembut tengok pada tempatnya...pemalu buat pertama kali mengenalinya...petah bila ada topik yg paling disukainya..lasak belum ada penghujungnya..nampak keras tp lembut hatinya...

Selamat hari lahir syg...tiada apa yg dpt mama ucapkan selain rasa syukur pada Allah atas kurniaan hebat utk mama dan abah..membesar jadi anak solehah ye...

Luve u....


Friday, 20 December 2013

Amar Ikhlas 2 tahun

Salam...

Dah basi sgt2 dah citer ni...tp nak jugak la letak dlm blog ni..hari2 bersejarah utk ank2 kan..tak nak la terlepas...hehe..

Sambutan besday ikhlas tahun ni simple2 je..mmg tak plan nak bt besday party mcm thn lepas...lagi pun saya pun tak sihat sgt...tak sambutkan tak best plak...bt la kecik2 asal ank2 suka...

Kitaorg just beli kek n kfc kemudian mkn kat medan selera depan pantai batu buruk..plan mula2 nak sambut kat kfc je tp tiba2 mulut ni terasa nak mkn ikan goreng celup tepung so apa lagi kan...

Malas nak cerita panjang...layan gambar la ye..









Thursday, 20 June 2013

En hasben 33 tahun

Salam...

Lagi projek langsaikan hutang n3 yg bertangguh..actually, byk lagi senarai hutang n3 ni tp selesaikan yg sedia ada dulu..yg penting cerita...tak ada org kisah pun kan....hihihi..

1) karpet baru di ruang tepi tangga dan dry kitchen
2) hari lahir hasben ke 33

3) deko baru bilik tetamu
4) PBS yang siap jugak akhirnya
5) sofia sekolah di semester ke 2
6) kisah gigi

12 jun 2013 baru ni genap la en hasben saya berumur 33 tahun...aaayukk....dah tua...hihi...tak ada sambutan besar besaran pun...biasa2 aja..just p mkn kat restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi..kebetulan family saya ada sekali time tu so angkut diaorg sekali p celebrete kat sana...tak ada kek bagaipun..korang ingat hasben saya ni suka sgt ke kek2 ni...tak heran pun....ada dia kisah..tp kalau besday saya mesti saya kisah...hehehe....ala..org lelaki ni sempoi je...ucapan and ingatan pun dah berbaloi bagi diaorg...hasben saya punya style ler...hasben org lain tak tahu la..kebanyakannnya mcm tu la kan...

After mkn2, kitaorg menyinggah ke uptown jln reko...bukannya nak beli hadiah kat hasben, saya plak memborong apa yg bekanan kat uptown tu...hasben tengok2 je...yg saya ni duk sibuk nak itu ini mengalahkan org yg sambut besday....hahaha.....sabar je la bang ye...lagi pun nak beli apa la kan...mana ada barang yg abang nak kat situ...betul tak bang?

Apapun, sayang dan ank2 nak ucapkan SELAMAT HARI LAHIR yang ke 33TAHUN utk abg..Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan, ditabahkan hati, dikuatkan iman dan diberkati dunia dan akhirat...sayang dan ank2 sentiasa bersama abg dan menyokong dlm jatuh atau bangunnya abg...SAYANG ABG...SAYANG ABAH....dunia dan akhirat....

Hadiah lambat sikit ye bang......nak beli yg Sxxxxxx Gxxxx tak nak...yg abg nak tu kene  tunggu bulan 7 la....sabar je kan....hehe...buat kajian yg terbaik dulu supaya tak menyesal plak nanti...ayat cover sbbtak cukup budjet.....haha..kumpul2 dulu..sikit lagi ni hah....SABAR....




Thursday, 11 April 2013

Selamat Hari Lahir ke 60 Ku

Salam....

Mesti korang tertanya tanya...."ku?" siapa plak la ku ni kan.....ku adalah panggilan saya pada ayah yg paling saya sayang di dunia ni....special kan panggilan tu.....time saya kecil2 dulu, saya pelik jugak kenapa saya je yang panggi ayah saya ngan panggilan ku..dengar org lain mesti panggil abah, ayah, papa, daddy and macam2 la...saya plak ku...ish mcm panggil kawan.. Hehe..actually ku saya cerita yg panggilan ni adalah panggilan keturunan gitu...ku saya panggil atuk saya pun ku jugak...jgn pening hah...hehehehe..apapun saya seronok and suka sgt dengan panggilan tu....terasa special sgt....tp ank2 saya tak ada la panggil abah dia ku coz abh dia tak ada tunku or tengku ni....nanti bila sofia besar agak jenuh jugak saya nak menjawab soalan cepumas sofia..mesti dia tanya " kenapa ku?" hari tu pun dia pernah tanya kenapa nama dia tak ada tunku and kenapa nama ank abg saya merangkap sepupu dia ada tunku....menangis juga dia bila saya kata tak boleh sama ngan zarra...dia kata " yaya nak jugak" saya geram jugak mula2 and buntu nak explain..menyesal pun ada sbb p sebut nama penuh zarra...mesti la si sofia ni nak sama sbb nama mama dia pun ada tunku kat depan...saya ni mencari idea and jwb mcm ni.." yaya anak mama and abah...kalau anak mama and abah nama yaya kene jadi nur ' ain sofia.. Kalau yaya nak ada tunku yaya kene jadi anak ayah long..tak boleh jadi anak mama and abah" explain ngan berhemah and sopan gitu..alhamdulliah dia jwb " tak nak la..yaya ank mama, tak nak la sama ngan zarra".. Hehehe..berhasil...tapi agak take time jugak si sofia ni nak jwb tak nak tu...apapun dia dah belajar utk memahami..itu yg penting....

Apa la yg duk melalut cerita benda lain ni....pergi pada tujuan sebenar..hari ni 11 april 2013 merupakan hari lahir ku saya yang ke 60..kak ngah satu family nak ucap selamat hari lahir, moga panjang umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baikdan diberi kebahagian dunia dan akhirat...sofia and ikhlas sayang tokki...terima kasih kerana menjadi ku yg amat baik dan tokki yg amat penyayang....

Sunday, 10 February 2013

Travel dihari lahir

5.00 pagi/ 9.2.13
bgn awal sbb nak packing barang2 balik kampung....actually tak lena sgt tdo sbb seronok dpt hadiah besday dr hasben..huahua....umur 30 baru merasa hadiah special..sebelum ni besday asyik dlm pantang je...so hadiah ank je la...nant thn depan spare duit beli gelang ye bang....kuangkuang..bgn je terus sambar ipad...haha...bukak fb...di hari lahirla terasa diri seperti artis...balas msg kwn2 yg wish besday..seronok k..tq pada yg wish....tak kan wish saje kot...huahua..mengadap benda alah fb je dah setengah jam..past tu baru kalut nak packing..tak pack pun..p kemas dapur, angkat kain and basuh baju je dulu...buat benda2 tu pun dah smp subuh...ikhlas pun dah terjaga..hasben bwk turun bwh and letak dlm buaian..

7.30 pagi
Hasben bertolak p kerja...ikhlas mmg dah betul2 terjaga..melayan ikhlas je la tanpa rasa bersalah pada barang yg tak packing lagi.....saya kejutkan adik bongsu suruh bersiap...teman saya p sekolah...hari ni ada perjumpaan KRS...kene p jugak la..mana boleh aktiviti budak tak ada guru pengiring kan..so walaupun besday girl ( girl la sgt, sofia ckp mama girl k..hikik..), saya dipaksa and terpaksa ke sekolah jenguk budak2 KRS saya tu..

8.30 pagi
Hantar ikhlas ke rumah pengasuh..sofia masih tdo so saya tinggalkan dia ngan adik saya yg ke 4 tu...breakfast semua sudah siap dibeli...senang tau ada org kat rumah..tp sekejap je la merasa...

8.50 pagi
Sampai sekolah....p padang sekolah..budak KRS tengah kawad..bagus ank murid cikgu ni..disiplin.... After kawad, budak2 ni buat aktiviti masak telur...masak telur simple je...tanpa periuk or air bagai.. Cuma tanam dlm tanah telur tu, kemudian bt unggun api yg kecik2 je atas tanah yg ditanam telur tadi..tunggu la sampai telur ni masak...lama jugak tau telur tu nak masak...so saya bgtau budak yg cikgu nak p mkn dulu..cikgu tak makan lagi...mkn depan sekolah tu je pun..

9.40 pagi
Breakfast di kfc depan pagar sekolah..jgn tak tahu yg depan pagar sekolah saya ialah meto point...best kan..shopping complex gitu...order Platter combo kfc...tak sedap sgt k...menyesal beli...adik saya pun ambik menu sama...roti keras plak tu...hidangan pun sejuk....menyesal beli..tp dah terbeli...telan je la...lepak lama jugak la situ sambil update n3 besday saya..hikhik...

10.30 pagi
Pantau xtvt budak2 KRS... Dah masak pun telur diaorg...ada yg jadi ada yg tak masak..mcm2 budak2 ni..lepas pastikan semua brg2 dah kemas, saya arah budak2 bersurai...pesan terusbalik rumah...bukan boleh kira budak2 lelaki ni...maklumlah bila dah bertahun2 mengajar budak lelaki shj, teramat amat faham tingkah laku diaorg ni....kadang2 sama je ngan laki kita...hikhik

11.30 pagi
Ambik ikhlas dari rumah pengasuh.....pengasuh bekalkan bihun goreng...past tu pecut balik rumah..brg2 tak berkemas lagi...

12.00 thari..
Mula mengemas baju ank2... Siap je, kemas bakul utk letak air masak, susu sofia and ubat2... Kemudian, mula mengemas baju2 saya dan hasben...kemas beg pbs and beg sekolah sofia sekali..bwk dua tiga biji mainan si ikhlas....letih nak mampus...nasib baik ank2 saya adik2 yg tolong tengok kan...hasben tak balik kerja lagi....kemudian saya letak brg2 sebelah pintu keluar...kumpulkan sekali semua...baru tak tertinggal...nant hasben balik terus angkat masuk kereta....

1.00 ptg
Hasben dah balik...saya mcm biasa kemas dapur sekali lagi..kemas dan sapu ruang tamu...buang sampah dan susun segala brg2 mainan ank2.bila rumah dah complete kemas baru saya naik bilik bersiap...ank2 dah siap semua...ikhlas pun dah tdo time tu...

3.00 ptg
Bertolak sudah....lega...walaupun penat mengurus semua..tp tenang bila rumah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tersusun...baru ada feel balik kampung..tak payah sesakkan otak ngan nak pk rumah tak berkemas...Dlm kereta suap ank2 mkn bihun goreng yg pengasuh budak2 ni bekalkan tadi..bukan main berselera lagi...nant layan gambar kat bwh n3 ni ye...

3.30ptg
Sampai di gombak...singgah mkn thari dulu...mkn kat satu kedai kelantan ni....sampai bila2 dah tak p mkn dah kat kedai ni..korang tahu berapa rm kitaorg kene mkn tengah hari shj...rm 70... 4 org mkn...tp ambik lauk biasa2 je....terkejut bila bayar dia sebut rm 96... Kalah mkn dekat kfc.. Rm96 sbb campur ngan saya beli bahulu 2 bekas ..mlm sebelumnyer kitaorg mkn tomyam perahu pecah, nasi 4 org, kailan ikan masin, ikan 3 rasa, telur dadar, somtam, kueh tiaw sup and air2 baru rm 56...kat sini pengat durian yg tak ada durian and bekas teramat kecik smp rm 5.50.. Kalau dekat hotel or klcc or airport, saya tak kisah sgt la kan..ni restoran biasa je..mmg cekik darah...huhu...nant saya letak bil dia kat bwh sbg bukti ye...huhu

4.00ptg
Teruskan perjalanan..jem betul jln dr tol gombak sampaila ke karak...sejam lebih tersekat di situ....byk betul kereta....alhamdullilah jln clear lepas tu...

6.30ptg
Dah lewat sgt...kami berhenti solat asar dulu di hentian rehat temerloh...

8.30 mlm
Sampai rumah abg di bukit goh...tinggalkan adik2 perempuan saya kat sini sbb saya nak balik rumah mak mertua plak...disebabkan letih, hasben nak tdo sini dulu kemudian bertolak plak pukul 3 pagi utk balik rantau pjg.

10.00 mlm
Lepas mkn mlm, saya mandi and kemudian saya susukan ikhlas...terus tertdo..bgn2 plak pukul 12...p jenguk sofia...tdo dengan adik2 saya rupanyer.....dah habis sehari besday saya dengan xtvt di atas shj..apapun seronok...hehe

Pukul 3.00 pagi teruskan perjalanan ke rantau pjg..singgah solat subuh di rumah mak...mandikan ank2 pun kat rumah mak...sebelum tinggalkan rumah, saya sapu2 rumah dulu..dah seminggu mak and ku p umrah, rumah berhabuk sgt...pukul 11 baru smp rantau pjg....penat gilerrrrrrrrrr...

Past ni update n3 CNY di rantau panjang plak ye....















Saturday, 9 February 2013

Selamat hari lahir ke 30 tunku noora

Salam...

Tak malu kan..p ucap hapi besday kat diri sendiri..hikhik....

Terasa diri sudah tua bila angka 3 di depan...terima kasih pada suami, family and kawan2 yg bagi ucapan besday...

Mengharapkan diri ini semakin matang melalui kehidupan ini..

Moga dapat menambah dan memperbaiki lagi amal ibadah...mcm ceramah ustaz azhar, kita hrus berdoa utk dipanjangkan umur...bukan sbb nak mengejar dunia semata mata tp yg penting mengejar akhirat yg kekal abadi....jgn jadi manusia yg rugi bila panjng umur tapi tiada amal ibadah yg dibuat...jadilah manusia yg panjang umur tp byk amal utk akhirat..itu baru manusia bertuah..

Juga mengharapkan saya terus bahagia bersama suami tercinta dan ank2 disayangi....bertambah bahagia dengan family yg dikasihi..terima kasih ya Allah.. Besar kurniaan Mu bila angka 3 mula memperkenalkan dirinya ni...apa yg diimpikan semua dah dpt..nak suami sayang kita, dah dpt..nak ank sepasang, dah dpt...nak kereta sendiri, dah dpt..nak rumah sendiri dah dpt..nak perkejaan yg bagus pun dah dpt..so kenapa kita perlu berpaling dr bersyukur pada yg Maha berkuasa kan....sesungguhnya semua ini dugaan juga....mengharapkan diri ini tidak terlalu leka..tolong ingat dan tegur saya if saya jauh lalai ye...

Cewah...ayat mcm baik je....huahua..yg best besday kali ni dapat hadiah special dr my hubby k....sekali lagi tq bang.....peluk abang ketat2.. Heheh....


Sunday, 27 January 2013

Besday sofia @ tiara beach resort

Hari yg ditunggu2 dah tiba....hehe....lepas subuh tadi saya dah tak tidur....bukan sebab tak sabar2 nak p PD tapi nak cepat2 kemas rumah, basuh dan jemur baju sebelum bertolak....saya mmg jenis mcm tu..nak p mana2, rumah dan kain baju mesti settle kan dulu..baru leh bercuti ngan tenang...lepas settle urusan rumah, baru saya kemas kain baju yg nak bwk p bercuti ni....hasben beli je makanan utk breakfast pagi tadi...lepas tu cepat2 bersiap....sebelum bertolak ambik gambar dulu ngan kek princess cik sofia ni...huhu


Kek permintaan sofia..princess kaler purple





Jauh jugak nak bwk kek ni..risau smp2 dah tak rupa kek..so bergambar dulu..huhu...




Kemudian saya bungkus macam ni..kotak dia tak leh tutup sbb kek ni tinggi...




Singgah beli2 jajan and meggie cup dulu...sos cili life pun saya suruh hasben beli..hikhik...

Dlm Pukul 11.30 jugak kitaorg bertolak...check in hotel pukul 12.30.., sah2 tak akan boleh sampai PD dalam masa sejam kan...tak pe la...releks2 je..bukan nak kejar masa pun...releks punya releks, atas highway plak jem..berasap je....tp nasib baik tak teruk sgt..lepas seremban dah boleh speed kereta dah..hehe...dlm pukul 1 kitaorg smp dekat tol pertama ke PD... Saya ingatkan dah lepas tol dekat la..sekali hasben kata ish..ada 35km lagi..kita akan jumpa satu lagi tol...actually, dah lama tak sampai sini...last p PD thn 2006.. Dating yg ke2 ngan hasben (time tu tak hasben pun lagi..senyap2 nant mak marah if tahu saya p PD time tu)..cis..takut mak lagi dr Allah... Dah insaf dah pun mak...hehe..jiwa muda....hikhik...hasben ajak main kayak la konon time tu..rupa2nya ajak naik kayak sebab nak declare couple..sarung cincin atas kayak disaksikan laut biru la kononya.....sib baik tak tsunami time tu..huahua...kalau tak, mesti tak sempat nak taubat..hikhik...lupakan la...kisah silam..bila ingat buat kita tersenyum sorang2...kenangan zaman muda tu....tak leh jual beli...Tp dulu p balik hari la ..ni p bermlm and bwk ank2 plak....sekejap je masa berlalu...

Dlm pukul 1.30 jugak smp PD...try cr kfc kot2 ada la terjumpa sepanjang jln nk ke tiara beach resort ni...tak jumpa plak dah....plan nak potong kek and mkn kfc..tu yg suruh hasben beli sos cili life kat speedmart tadi...last decide nak check in dulu past tu baru cari kfc....sekali bila dah masuk bilik, budak2 ni bukan main rancak melompat..sofia plak tak sabar2 nak potong kek princess...tak leh jadi ni....saya pun ckp kat hasben, kita potong kek and mkn meggie cup je la..nant ptg2 kita p cari kfc...menu best gitu...huahua.....






Ni bilk yg kitaorg duduk..selesa la utk family saya ni...

Past tu celebrate la besday sofia simple2....yg penting ank gembira sudah...





Seronok jugak celebrete besday kat luar ni.. 2 in 1.. Besday and holiday= jimat...hikhik

Past tu semua dah tak sabar nak mandi manda...lepas solat zohor kitaorg siap2 nak turun berendam...




Seronok bukan main ank2 mandi..saya tak bwk turun kamera or ipad pun nak snap gambar..sbb mama diaorg pun excited nk mandi jugak...huahua...tengok la pagi esok nak mandi lagi..nant snap byk2.. Hikhik...dlm sejam setengah gak berendam...past tu ikhlas dah nampak penat..terus naik bilik...mandikan lagi sekali budak2 ni and siap2 kan diaorg..konon2 lepas solat asar nak keluar p cari mkn...sekali semua cari mkn atas katil....penat..sofia sorang je layan ipad ..yg ln terbongkang tdo..

Lepas maghrib gak keluar cari mkn...ya Allah ramai giler org..smpkan p restoran semua penuh....dua restoran kitaorg p..semua ckp kene tunggu dlm sejam baru dpt mknan..ish..mana
leh jadi ni...perut dah krok krak berbunyi..p restoran yg ke 3 bantai duduk je..lantak la lama pun...dah lapar giler....order simple2 je...saya mkn nasi goreng ikan masin, hasben nasi goreng pataya, sofia and ikhlas char kueh tiaw...pastu tambahan chiken chop..tak sedap sgt chiken chop tp char kueh tiaw meletop gak..habis mkn dlm 10.45 jugak la..past tu terus balik hotel..tak ada apa dah mlm2 ni...sebelum p mkn tadi, hasben singgah p beli pelampung kat ikhlas...sebelum ni dah beli tp besar sgt plak ngan ank bujang saya ni..sampai bilik je terus sambr pelampung tu..buat mcm duduk dlm air...meroyan jugak si ikhlas ni ngan air..hehe






Koya duk dlm air..hikhik

Lepas biarkan buat xtvt bebas sekejap, terus saya angkut budak ni basuh bdn sebelum pakaikan baju tdo...next, saya p potong kek letak dlm bekas and simpan dlm peti ais...si sofia plak sibuk nak princess...last2 bg je la...tengok dia p jilat krim kat bdn princess tu...








Bila dah kul 12 lebih, kerah diaorg ni tidur..sebelum tutup lampu sempat snap gambar si comel saya ni...




Tu je alkisah 1st day di tiara beach resort...esok citer lg...nite..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...