Showing posts with label Amar Ikhlas. Show all posts
Showing posts with label Amar Ikhlas. Show all posts

Wednesday, 11 May 2016

Amar Ikhlas::Little Caliphs Sports Day

Salam..
.
.
Selamat Hari Pekerja semua. Bersiaran di awal pagi sambil2 menunggu cik abe balik uptown. Mata tak terasa nak tutup sbb dah membuta ngan Muhammad ptg tadi. Hasben punya la berhempas pulas mengecat dinding ruang tamu dan ruang makan, saya selamba je membuta, Lama plak tu. Miahaha. Tak ada niat nak tidur, maybe letih meayan kerenah ank2 time sports day ikhlas pg tadi.
.
.
Pagi tadi kitaorg bangun lambat sebenarnya. Sepantas kilat jugak la bersiap. Ye la yg bersiap tu bukan saya,suami dan ikhlas shj tp kakak dan muhammad pun kami angkut sekali join sports day abg teh ni. Paham2 je la bila ank2 kecik ni. Melayan kerenah itu ini. Nak cepat pun tak boleh. Yang mmg dah lambatkan jadi semakin lambat. Tempat plak di Putrajaya, walaupun tak jauh ngan kajang ni tapi lebih kurang 30 minit jugak kot. Tengok atucara mula kul 8.30pg. Kitaorg kul 8 ngam2 baru nak bertolak.. haha.. Tak masuk masa singgah beli kuih muih tepi jln tu lg. Miahaha..Macam mana nak cepat. Iklan byk sgt kitaorg ni..
.
.
sampai2 je teacher suruh breakfast dulu.
.
.
Lepas breakfast teacher ikhlas suruh siapkan ikhlas. Ikhlas terlibat ngan persembahan teakwando. Teacher cakap semua yg terlibat ngan persembahan teakwando dah masuk kecuali ikhlas. Hihi..Kalut abah pakaikan kasut ank risau lewat.
.
.
Nak masukkan video persembahan teakwando abg teh tp ada problem upload la  plak. Tak pe la.Yang penting saya tiba2 rasa terharu dari jauh tengok persembahan abg teh. Besar sudah ank teruna ni. Camner nak gambar perasaan ek?? Hanya ibu je kot memahami perasaan ini.Cewah...Tahniah syg Very good performance. Ala cari gambar pun tak ada jugak. Memang ambik video semata hari tu.
.
.
Gambar ni time marching. Group Ikhlas pakai tshirt merah tu. Tema tahun ni "kampung style". Tapi Ikhlas tak ada time marching ni sbb tak sempat tukar baju teakwando kot. Lepas habis marching baru nampak kelibat ank teruna saya dari jauh.
.
.
Hah ni time lepas marching. Semua berkumpul sebelah gelanggang tu sbb 4years yg akan bersukan dulu. hihi.. tak payah tanya mana satu ikhlas.Saya pun tak tahu. Haha
.
.
Adik Muhammad pun bukan boleh duduk diam. Panjat sana sini. Aduhhhh...Pening...
.
.

Tu dia. Beratur dah dia. Hihi. Bermula game pertama. Lari dalam kain batik.Ala2 mcm lari dlm guni la. Kene selesaikan soalan past tu patah balik.
.
.
Gini la rupa permainan ni. Alhamdulillah merah team nombor  1. Lompat bintang mak ayah team merah. Sejuk kaki tgn nak tunggu. terasa nk je p main.. slow motion dan releks sgt2 la main budak2 ni. Mak ayah yg kuat sorak dr pergerakan ank2. haha..
.
.
yeh...dpt no 1
.
.
Susah betul nk ambil gambar si Ikhlas ni. Suruh berdiri elok2, biasanya tak elok la..Buat gaya tutup muka la.. Nganga mulut la.. Ni syukur leh dpt gambar sempurna. hihi
.
.
Now game ke 2. Setiap tahun kalau game ke 2 mesti melibatkan ibu atau bapa. Macam biasa, abah la yang wakil. Mama juara tengok je. Acara kali ni si abah kene tiup belon. Anak bwk belon smp depan. Abah kene pastikan ank duduk atas belon sampai pecah. Comel je budak2 ni tau.
.
.


semangat abah dan anak. Akhirnya dapat no 1. Tapi malangnya dibatalkan sbb ada juri bgtau ada belon yg tak pecah. huhu.. Tak ada rezeki nk dpt no 1. Terus dpt  no 4 game ni. Takpe la, game1st dah juara kan. hihi.. cuma ank2 tu mcm blur la kenapa dia dpt last plak.
.
.


.
.
 .
.
so, berakhirla sports day abg teh. Alhamdulillah abg teh dan kami enjoy sgt.
.
.
p/s:korang abaikan je la tarikh yg sy mention awal2 perenggan tu ye.. hari ni dah 11hb pun. time sy menaip entri ni tiba2 laptop gelap. ni baru dapat lepas repair so main sambung je... hihi...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.

SALES 15% OFF

LAST DAY
FOLLOW ig: @amm_book_and_learning_toy_shop
fb: amm_book_and_learning_toys_shop
whatsapp 0199189016

.
.


Thursday, 7 April 2016

Alhamdulillah, Saya dah ada butik permainan tau...

Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2016. Konpius nak mula dari mana.Tengok entry last bulan Julai tahun lepas. Tak la terkejut sgt sbb mmg tak ada masa sgt2 nak update. Last cerita deko raya yang mcm tak ada penghujungnya. Banyak kisah yg berlaku selepas entry last tu, membuatkan sy ambil keputusan menyepi dahulu. Urusan keluarga, bisnes dan kerja terpakasa didahulukan.
.
.
Masalah kesihatan muhammad time tu pun antara sebab sy tak ada masa nk layan blog.Korang tahu, buat pertama kalinya dalam hidup kami pada tahun lepas terpaksa beraya di perantauan. Cewah..Hihi.. Maksud saya bukan beraya dikampung halaman. Sebabnya muhammad diserang asma yang agak teruk, sampaikan terpaksa berada di wad hampir seminggu. Sedih. Pelbagai ujian demi ujian kami terima selepas tu. Rasanya tak perlu detail diceritakan di sini. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran kami waktu itu.
.
.
Sesungguhnya setiap yg pahit ada manisnya. Sesungguhnya juga setiap kesabaran itu indah, Allah turunkan ujian kemudian Allah tunjukkan jalan. Nikmat Allah mana yg harus kita dustai.
.
.
Alhamdulillah, sekarang kesihatan muhammad dah semakin baik. Dah jumpa penawar yang sesuai utk dia. Kuranglah kerisauan dalam hati kami suami isteri.Berat badan muhammad pun dah semakin naik. Sekarang dah mula belajar bercakap, dah mula aktif dan dah panjang akalnya. Karekter suka bergurau tu antara yg paling menyerlah. Menyakat abang dan kakak hobi utama. Tersenyum sorang2 saya kalau ingat keletah dia. Sekarang Muhammad dah 1 tahun 10 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.
.
.
.
.
Tu dia Muhammad kekasih hati ku. Besar sudah. Muhammad baju merah tu tau.Kot2 korang tertukar. Yang belakang tu kekasih hati saya jugak, Ikhlas merangkap abang teh. Ok now cerita pasal abang teh plak.
.
.
Anak teruna ke dua saya ni, semakin membina badan dengan jayanya, Bercakap dia la juara, Pelat? tak ada langsung dalam kamus hidup dia, Ayat dia kalau bercakap, perhhh... tak terjawab ko... hihi..Ikhlas dah 4 tahun 4 bulan. Saya masih hantar dia di LittleCaliph. Tak plan nak tukarkan dia ke tadika lain sbb saya dah jatuh hati dengan sistem pembelajaran di Little Caliph. Hafazan, membaca  dan mengira alhamdulillah sudah dikuasai.Yang best tahun ni saya hantar ke kelas teakwando. Abahnya kata nak bagi Ikhlas berani dan berdisiplin. Apa taknya, nampak anak lipas pun lari satu rumah. Hihi..
.
.

.
.
Hah... Gaya mesti lebih. Ini la hero bambam saya. Kalau nak cerita pasal dia sorang, sebulan pun tak habis.
.
.
Cerita Puteri Hang Li Po saya plak. Korang tahu, Sofia sekarang darjah satu dah. Duk cerita kisah sofia bermula dari dia umur 3 tahun kot dlm blog ni.Sekarang dah 7 tahun. Princess solehah nan sorang ni membesar bagai juara jugak. Kakak yg cukup kasih pada adik2, kakak yg cukup berdikari dan dengar kata,kakak yg sgt rajin belajar dan kakak yang suka berebut tab ngan adik2. Hihi. Kami suami isteri ambil keputusan  hantar dia ke Sek Rendah Islam Integrasi. Satu hari disekolah. Utk masa sekarang kakak nampak semakin menyesuaikan diri dengan sistem sekolah baru. Ialah dari tadika ke sekolah,byk jugak perubahan yang dia kene hadapi. Apapun kakak nampak enjoy ngan sekolah ni.Syukur sgt2.

.
.
.
.
Inilah kakak sofia, satu2nya puteri jantung hati saya. Besarkan. Anak dara dah. Saya dan suami?membesar jugak. Hihi..
.
.
Perkembangan terkini saya dan suami ialah pembukaan butik baru kami. Memang tak pernah cerita pun pasal kedai ke apa dalam blog ni. Bukan tak nak cerita, tapi benda2 ni berlaku dengan pantas. Usia bisnes kami pun baru dalam setahun lebih, masih banyak kene belajar dan masih byk lagi dugaan yg akan mendatang.Rasanya korang tahu saya menjual mainan pembelajaran secara online sbb saya pernah iklan barang2 dalamblog ni.
.
.

.
.
Ini lah tempat bermulanya saya berniaga online. Hanya berbekalkan minat yang teramat dengan mainan berunsurkan pendidikan atau dalam bahasa omputeh educational toys. Jual kecik2 dengan tujuan nak tolong orang lain dpt membeli mainan ni dengan mudah sambil2 saya seolah2 dapat mainan free gitu. Ruang family hall di rumah saya ni penuh sarat ngan stok. Masih menggunakan nama anak mama manja tp saya singkatkan pada amm kemudian tambah amm_book_ and_learning_toy_shop, sy jual di instagram dah fb sahaja mula2 tu. Boleh la nak follow sekarang. Cepat2 follow ig kami dan like page fb kami tau. Cewah.. Promosi plak. hihi.
.
.
Alhamdulillah sambutan educational toys ni amat2 menggalakkan di online. Dah jadi side income kami plak.Dari niat nk kumpul mainan utk anak shj mulanya. Bila hasben pun turut terjebak, maka tercetusnya idea dia nk cuba nasib buka cawangan di uptown jln reko kajang.Ternganga jugak saya dengar mula2. Dalam hati " ye ke suami aku ni?".. Apapun setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah dan dengan izinnya juga kami dipermudahkan segala urusan. Kedai di uptown dpt dibuka dan kami gajikan adk hasben sebagai staf kami. Hasben saya pun turut sama berniaga jugak bila ada masa free.Almaklumla masih terikat dengan waktu bekerja time tu.Sekarang pun kami masih disana. Lokasi tapak kami di hadapan agro bank dan  bersebelahan jalan besar. Saya jarang ke sana sbb uptown ni bukak mlm, dari 9mlm ke2 pagi. Anak2 kecik ni susah sikit la nak handle mlm2. Kalau pergi pun time weekend dan biasa singgah sekejap je.Tak larat nk kejar si muhammad.
.
.

Bila di uptown ni, kamimula campur sikit barang2jualan. Masih fokus pada mainan pembelajaran tapi tambah sikit denganbaju budak2 dan mainan2 ikut trend kartun terkini macam robocar poli dan tobot. Alhamdulillah sambutan pun baik di sini
.
.
Terbaru, kami buka cawangan terbaru kami di tingkat 1, tesco semenyih. Alhamdulillah cita2 nak memiliki butik permainan sendiri di makbulkan. Tu yang busy memanjang. dah hampir 2 bulan butik ni beroperasi. Meh ler singgah. Now, kesibukan sudah mula reda. Mungkin byk benda dah selesai jadi kehidupan just maintain shj. Terlepas dari kesibukan  pun rezeki kan.syukur.. Tu yg boleh update entry tu. hihi. Doakan saya dan suami terus berjaya ye.Ada masa singgah la mana2 cawangan kami.
.
.

Ok.. kisah deko plak? biasa2 je. tak ada apa2 perunahan. Kalau ada pun tambahan sikit2 gitu  je. Projek mega tak ada lagi setakat ni. Baru je keluar dari fasa kesibukan. insyaAllah akan update kalau ada deko2 terbaru. Kali ni belanja gambar2 lama je la.
.
.




Sekian dulu la ye.Nanti ada kelapangan saya update lagi ye. bye.

Friday, 23 January 2015

orentasi amar ikhlas di little caliphs

Salam..

Kene update cepat2 cerita orentasi ni. Sejarah penting untuk si ikhlas. Org semua duk busy 1st day ank2 ke tadika or ke sekolah hari ni. Si ikhlas n sofia dah mula sekolah rabu lepas. Mama dia baru kecoh nak cerita dlm blog. Tp kalau ada yg follow fb or instagram sy mest dah tahu yg budak2 ni dah mula berorentasi rabu lepas. Utk sofia mmg tak ada masalah sgt la coz senior dah kat little caliphs ni. Siap menambah mkn byk kali lagi. Ada kakak kesah kan. Yg penting kakak kenyang.

Ok. Pagi rabu tu kami hantar sofia dulu ke LC. Sofia sesi pagi. Ikhlas 4 tahun dan kelas sesi ptg. Kami bwk jugak ikhlas hantar kakak sbb nk tunjuk kelas dan tempat daycare dia.  Excited k. Bukan setakat ikhlas, mama dia pun sama excited tambah2 nampak nama ank2 yg siap tertampal cantik di dinding kelas. Bagus teacher little caliphs ni. Dah ready nama ank2 murid dr awal.

Cute kan
Tahun ni tempat belajar dan tempat daycare dah asing. Kelas semua di tingkat 3. Hanya daycare di tingkat 2. Seronok tengok suasana warna warni dlm kelas ank2. Dah bahagi siap2 kelas utk 4, 5 dan 6 tahun.

Ni kelas sofia. Mama plak terasa nk join kelas ni. Hihi. Time ni ank2 6 tahun turun utk mkn pagi. 
 After tengok2 sofia mkn pagi, kami pun tinggalkan sofia kat LC dan terus balik rumah. Sampai rumah si ikhlas tak sabar2 nak p sek. Alahai. Bagus betul anak mama manja sorang ni. Semangat bukan main. Balik terus mandikan dia, siap pakai baju kemas2 dan part paling best tak nak minum susu dlm botol. Ish..tak ada org ckp pun p sek tak payah minum susu dlm botol abg teh oi.  Maybe terpengaruh ngan kakak kot. Layan je kehendak dia. Mood tgh bagus.



Hari pertama sekolah, ikhlas tak nagis pun. Ni feedback teacher dia la. Ikhlas tengok je org nangis. Bagus abg teh. Mama dan abah tahu abg teh mmg ready nk p sekolah dan nak tahu apa yg ada di sekolah. Balik sekolah bwk balik aktiviti dia. Eh..ok la kerja ikhlas dalam kelas. Baru 3 tahun 2 bulan je pun. Jom tengok aktiviti si ikhlas selama 3 hari orentasi.


Tu dia. Gambar siap pakej ngan roti la..haha...

P/s: entry ni sy dah taip minggu lepas..hihi..baru ada kesempatan nk habiskan hari ni. So jgn pening ngan hari kat perenggan pertama. Rabu yg saya maksudkan adalah rabu 2 minggu lepas. Ngehngeh..alhamdulillah ikhlas boleh follow sekolah dgn baik. Seronok. Byk jugak hasil positif yg sy dpt tengok sejak 3 minggu sekolah ni. Moga berterusan ye syg.










IKLAN



Arithmetic digital card
rm29
postage rm8


Softbook : get dressed
Rm10
postage rm6

Islamic ipad for kids 3years above
rm26
postage rm6












                         

Wednesday, 10 December 2014

Amar Ikhlas 3 tahun + kisah potty train

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

30 nov 2014 baru2 ni, genap la usia abg teh yg ke 3 tahun. Kenapalah cepat sgt masa berlalu ni. Memori bersalinkan abg teh time kitaorg baru 3 hari pindah ke rumah baru masih segar bugar lagi dlm ingatan. Pantas betul masa. Tak guna sebaik mungkin mmg rugi la sgt2.

2 minggu sebelum birthday abg teh, my bff (salmi) ada whatsapp ajak sambut besday ank2 sama2 ngan sorang lagi bff sy (hariza). Kebetulan ank masing2 sambut birthday bulan november. Dan lagi2 kebetulan bila tarikh sambutan yg kitaorg plan adalah 30 nov 2014. Tepat2 time birthday ikhlas. Seronok sgt la wei.

Kami plan celebrate  birthday ank2 kitaorg kat pusat permainan dlm giant kelana jaya. Salmi la selalu lepak sini. Kebetulan pusat permainan ni ada sewakan tempat utk sambutan hari lahir, apa lagi kan bg idea la kat kwn2 ni hah. Sy dan hariza setuju aje. Mcm biasa, mak budak lagi excited tak ingat apa berbanding ank2. Salmi n hariza la tu.. saya tak..haha..mest nyampah salmi n hariza baca ni..haha..

Malas nak cerita pjg2 sbb kesimpulannya mmg best sgt2 sambut birthday berjemaah ni. Ank2 suka..mak2 suka.. pakej boleh belah kek, boleh main, boleh mkn, boleh gosip..eh..haha..tu pun salmi n hariza je tu..haha..gurau2 yunk...ok biarla gambar berbicara.













 Doa mama semoga ikhlas menjadi ank yg soleh. Rajin mengaji. Rajin belajar. Jadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk jaga kakak dan adik ye. Mama syg abg teh sgt2. Muah2
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hutang n3. Hehe..ada sambungan lagi ni. Alang2 cerita kisah ikhlas kan. Potty train. Tak ada cerita sgt pun pasal potty train ikhlas ni. Senang cakap amat2 mudah. Tak perlu gulung karpet. Tak perlu ready mop. Oh tak perlu apa2. Sy sendiri pun terkejut. Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Time nak train dia. Sy ckp siap2 yg dia dah tak perlu pakai pampers sbb abg teh dah besar. Umur ikhlas waktu tu 2 tahun 7 bulan gitu. Amek kau. Umur 3 tahun baru mak ko nak cerita. Hihi. Takpe2. Asal cerita. Ikhlas mmg jenis cepat belajar. Senang terima perubahan. Bila nak terk****g je  terus dia bgtau. Seingat saya, Sepanjang 6 bulan tak pakai pampers ni baru sekali dua dia ter**** dlm seluar. Biasanya sbb dia ralit main benda yg dia suka. Tapi satu kekurangan ikhlas, bila time nk buang air besar, mesti cari pampers suruh kita pakaikan. Ntah apa dia geli pun tak tahu la. Mak sy kata takpe, nanti dia ok sendiri tp kene slow talk la. Sy pun tengah usaha.

Apapun, syukur sgt2 sbb sy mmg tak tension melatih ikhlas ke tandas. Kalau saya tahu semudah ini dah lama latih tau. Hihi. Over mak ko kan ikhlas. Bukan apa, terbayang2 kisah potty train sofia. 2 minggu baru lepas mop tau. Tu yg serik sbb time ikhlas ni kan baru lepas pantang muhammad. Fokus dah bertambah pada 3 ank. Sofia dulu sorang2 tak pe la kan. Betul la. Setiap ank2 tu berbeza. Potty train pun dah lain. Hehe. Tunggu muhammad plak tengok mcm mana. Harap2 senang la kan. Ni je kenangan potty train ikhlas yg saya boleh abadikan dlm blog. Tak ada episod2 sbb bg saya amat2 senang. Alhamdulillah. Tq Allah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
IKLAN






BAGI YG MENCARI LEARNING TOYS BOLEH LA WHATSAPP 0199189016
 OR
 EMAIL tunkunoora83@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...