Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Sunday, 7 September 2014

Ruang Menonton dan Ruang Tepi Tangga ::: Cat dinding baru

Salam..

Jam 1.40 pagi. Tak heran dah berjaga sampai pagi sekarang. Muhammad jenis tidur malam. Siang dia tidur sekejap2. So segala jadual kemas rumah, membasuh, memasak dan segala mak nenek kerja rumahtangga saya terpaksa buat malam. Si Muhammad ni start tidur pukul 8 mlm, kemudian bangun2 subuh esok plak. Jaga nak susu dalam 3 jam sekali. Bahagia sgt2 la saya di malam hari tapi agak sengsara di siang hari. Tak boleh buat apa. Berkepit ngan muhammad dan abg kakak dia je la. Kesimpulannya masa bersama anak2 saya lakukan di waktu siang. Mengaji, hafazan, mewarna, membaca, melukis, menyanyi, mengira dan mcm2 aktiviti sy spend di siang hari bersama 3 cahaya mata saya tu. Bila muhammad nak susu, sy baring dan time tu la terlelap sekejap2 ngan Muhammad. Tu pun dengar je si sofia dan ikhlas duk aktif bermain. Namapun ibu. Tidur2 ayam je la. Asal boleh hilang penat jadila.

Melalut ok. Korang pun tak kuasa nak membaca or nak tahu aktiviti harian saya kan. Tak pe la. Just nak bagitau betapa tak ada masanya nak update blog. Siang ngan ank2. Malam ngan kerja rumah. Lewat malam dah letih so nak tdo la kan. Tp malam ni ter over rajin sikit. Cerita ringas2 je. Asal isinya padat. Hehe.

Lepas raya seminggu, sy dan ank2 ikut hasben balik kajang. 2 bulan tak jumpa rumah. Rindu jugak la kat rumah sendiri. Lama sgt kan duk kampung. tp bila lg nk duk lama2. Time ni ler. Lepas ni tak ada peluang dah.

Baru2 ni, hasben duk cakap2 yg dia bosan dengan warna cat dinding area ruang menonton dan ruang tepi tangga. Saya ni diam je. Dah la 2 bulan tak jumpa rumah. Balik mcm2 nak kene kemas. Dengan hari raya lagi kan. Ank2 yg mcm2 ragam lagi. So malas nak fikir cat2 baru ni. Maintain kemas yg ada ni pun dah ok sgt2 dah rasanya. Tp siapa2 pun tak ada boleh menghalang kerajinan si hasben ni. Nak cat sgt. Cat la bang. Lagi syg suka. So warna baru kami thn ini adalah seperti di bawah. Jom saya belanja gambar wajah baru ruang menonton dan ruang tepi tangga saya.






Baki hutang entry:
1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table dan kerusi ikea
7. Cermin mydin dan karpet meter1
8. Rak buku family hall
9. cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan anak2

Friday, 27 June 2014

pantang hari ke 17: rindu deko2

Salam..

Baru 17 hari pantang, tp dah mula rindu kat rumah sendiri. Rindu deko2 rumah. Rindu kemas2 rumah. Fuh. Dah la nora. Ko tu berpantang. Tak payah nak rindu2 sangat. Nanti dah balik rumah ntah sempat ke tak nak pk deko2. Anak dah ramai la katakan. Huhu..

Teringat plak kisah 2 tahun 7 bulan yg lepas. Ambik ko. Siap ngan bulan saya ingat. Waktu dalam pantang Ikhlas. Time tu rumah dalam proses renovation. Korang tahu, kami masuk rumah baru dengan keadaan rumah tak ada grill. Kabinet dapur pun tak pasang lagi. Nasib baik yg besarkan bahagian dapur dan ruang dobi dah siap. Terpaksa tergesa gesa keluar sebab rumah sewa dah ada org nak masuk. Saya sarat sgt waktu tu. Lepas 3 hari pindah, saya bersalinkan Ikhlas. Punya la busy dengan pindah, sampaikan tak sempat nak fikir pasal bersalin. Sakit nak bersalin pun tak fikir dah time tu. Tahu2 sakit dan terus bersalin. Awal 12 hari dari due. Sama je ngan Muhammad ni. Awal 12 hari jugak.

Tak banyak pun deko2 yang saya dan hasben buat sepanjang 2 tahun lebih kami tinggal di rumah sendiri. Konsep kami lebih kepada simple dan minimalis. Namapun minimalis so segala perhiasan kami cuba kurangkan perabot. Dalam pemilihan warna dinding pun kami tak berani nak main suka2 cat. Mmg bincang dulu ngan hasben. Kami tak nak rumah nampak sempit kerana pemilihan warna yg salah. Target kami, bila org dtg, org akan nampak rumah kami simple atau minimalis yang praktikal. Sesuai dengan family kami yang punya anak2 kecil.



Sofa2 yang ada ni, semua sofa lama. Beli dari kami menyewa lagi. Tak ada bajet nak beli baru. Saya cuba sesuaikan warna sofa ngan langsir supaya tak nampak janggal. saya juga peminat daun2 hijau. So buluh hijau dah pokok hijau jadi pilihan saya utk tambahkan seri ruang tamu. Saya letak karpet dan bantal kecil atas sofa yang ada gabungan warna kelabu untuk diserasikan dengan  warna feature wall  di ruang menonton yang tak jauh dr ruang tamu ini. Bantal kecil pink tu plak saya letak supaya ada contra warna di ruang ni.
Ini ruang mkn kami. Meja makan murah je. Pun dibeli dari rumah sewa lagi. Ruang makan ni bersebelahan dengan ruang tamu. Tak ada apa yang special. Sekuntum bunga dlm pasu hijau sebagai penyeri meja. Pelapit kerusi bewarna pink utk di serasikan dengan bantal kecil sofa di ruang tamu. Cermin ikea saya pasang agar rumah kecil kami ini nampak lebih luas. Jam berfungsi menambahkan seri dinding. Dan display cabinet yg ada diruang ini saya dan hasben tempah khas sebagai pembahagi antara ruang mkn dan ruang dapur kering. Rumah kami ni asalnya berkonsepkan open kitchen. Tak ada perhiasan sarat utk kabinet ini. Sekadar hiasan menjamu mata.


Ini dia ruang menonton. Mmg simple je konsep dia. Warna dinding kelabu. Saya serasikan dengan warna merah pintu stor. Kabinet tv dari ikea. Frame kufi. Karpet serta bunga lampu di hujung sudut ruang ni. Kalau korang perasan, ada meja kecil dan kerusi merah sebelah pintu stor kan. Saya letak meja tu untuk anak2 saya beraktiviti. Tp jenuh jugak la nak pastikan meja ni sentiasa kemas.

Ruang tepi tangga. Target kami jangan sarat dengan perabot. So ruang ni just letak kerusi pjg bewarna merah. Karpet bewarna kelabu. Hiasan dinding gambar bunga tulip. Pilihan warna utk setap item pun saya cuba kekalkan warna2 merah dan kelabu.


Ruang tangga. Pemegang tangga hasben catkan dengan warna merah.  Rak buku ikea utk saya letak majalah2 kegemaran. Frame yang tergantung di dinding saya muatkan dengan keratan majalah harmoni yang menceritakan deko2 di rumah kami. 1st time masuk majalah la katakan. Meroyan p letak kat dinding..haha..idea en hasben la ni.  Dan lampu dinding bewarna hijau. Hijau tetap jadi pujaan hati ku...

Now..saya nak bwk korang terjah dapur kecil saya.


Ini dapur kering saya. Just kabinet bentuk I. Ruang yang agak terhad. Sy cuba kurangkan peletakan barang2 diluar kabinet supaya tidak nampak serabut. Ruang dapur ni mmg saya gunakan utk bt minuman dan simpan brg2 dapur yang agak jarang digunakan. Ruang yg kecil ini, saya padankan dengan singki hitam yg kecil. Karpet putih sebagai hiasan lantai dan kaktus hijau atas kabinet tua. Ada yang kata tak sesuai kaktus tu berada di situ,  tp sy letak jugak sbb saya rasa tenang melihat tumbuhan hijau.

 Ok. Sekarang dapur basah plak. Pun saya cuba kekalkan keadaan yg tak sarat sgt dengan brg2 di atas table top. Cuma bekas2 rempah, rak pinggan  dan bekas beras yg saya letak kan di atas table top dapur basah ni. Dapur masak plak hasben saya memilih jenama fotile. Mmg best. Senyap je bila kita on kan penyedut asap dia tu. So boleh memasak dengan tenang. Utk hiasan tingkap, saya lebih suka memilih bidai kain kasa berbanding langsir fabrik. Senang cuci dan mempengaruhi ruang yg sempit agar nampak lebih luas.

 Breakfast table yg saya letak dlm dapur basah. Saya suka ruang ni.  Saya namakan ruang ni sebagai ruang santai.  Semua barang2 di ruang ni adalah dr ikea. Board, meja, kerusi, pelapit kerusi dan karpet made in ikea. Huhu. Sesuai utk ruang sempit.

Seterusnya, kita melawat bilik2 di rumah saya.



Ini masterbedroom saya. Hiasan ringkas2 shj. Suasana pun tak romantik sgt. Huhu. Hiasan ringkas supaya saya dan hasben terasa lapang dan tenang berada di dalam bilik setelah seharian penat bekerja. Masih byk yg perlu diubah tp tunggu bajet. Hehe

Bilik puteri sulung kami. Biasa2 aje. Hias ikut citarasa anak dara sorang ni. Dinding yg polkadot tu kami makeover sendiri laki bini. Gigih ko, kami cat dan bt polkadot tu. Sib baik hasilnya puas hati..hehe.. yg penting ank dara saya suka dan dia nak tidur dibilik sendiri.

Ini pula bilik anak bujang merangkap playroom jugak la. Lagipun ank bujang saya masih kecik so masih tdo di bilik saya. Bilik yg agak sempit tp saya cuba wujudkan susana selesa utk ank2 bermain. Yang penting ceria kan.



Bilik ke 4 ni pula berada di tingkat bawah. Saya jadikan bilik tetamu. Penggunaan warna2 lembut supaya bilik ni nampak cosy. Fuh cosy la sgt kan. Yg penting tetamu selesa.

Ok. Dr saya berpantangkan ikhlas smp la saya berpantangkan muhammad sekarang, ini sahaja deko2 yg kami suami isteri buat. Tp dah rasa ok sgt2 dah. Kemudahan semua lengkap walaupun byk lagi projek2 kami yg masih dlm perancangan. Kene slow2 la kan. Anak dah ramai ni. Perlu fikir kebajikan anak2 dulu.

Check list projek akan dtg:
Taman mini
Ruang dobi
Workstation
Family hall

Huhu. Saya pun tak tahu apa kaitan citer2 deko ni ngan kisah  pantang. Bedal je la. Dah nama byk masa dlm pantang kan. Update blog je la kerja ko noora..hihi..

Sunday, 9 March 2014

hasil jalan2 ikea

Salam...

Terus pada tajuk utama....jumaat lepas, saya n hasben p ikea dlm keadaan yg terkejar kejar memilih barang...Masa yg agak singkat tp nak p gak..kononnya tak nak terlepas ikea sale...

Hasil rembatan








Rak buku adalah benda utama yg menjadi penyebab saya ke ikea...kononnya nak beli rak buku yg promosi..rm45 je harga promosi...sekali tak ada...dah habis..laku sungguh...dah alang2 dtg ikea, saya rembat gak rak kat atas tu..bukan untuk letak buku rasanya...tp ok je bila susun buku atas ni..rm59...

Jln2 lagi..jumpa la karpet utk bilik ikhlas...pun ada potongan...harga after less rm49.90..harga sebenar rm65 kot..dah lupa..mmg dah plan nak tukar pakai karpet bilik ikhlas ni..yg puzzle 123 tu byk dah patah2 sbb ikhlas suka cabut..tak larat nak pasang balik...yg ni senang..tak pyh pk nak sambung2 balik..

Khemah pun saya rembat..besar jugak la khemah ni...letak sementara sebelah sofa kat ruang tamu...nant ank2 dah boring lipat masuk stor plak..sebulan lagi bukak balik..hehe...dah nampak boring dah tu..khemah ni harga dia rm49.90.

Dah smp saat nak membayar, jumpa plak karpet utk bilik sofia...eh..nak kata karpet pun tak jugak..apa nama dia ek..mcm kain alas tp kain dia tebal la...sempat gak rembat sbb pk tak ada karpet lagi kat  bilik sofia..tp mcm tak cantik bila letak dlm bilik sofia..hasben pun kata tak cantik sgt...maybe sbb kaler dia senada ngan cadar n dinding bilik..langsung tak ada kontra kaler..tp ok la utk sementara.. yg ni harga dia rm59.90..

Tu je la....dah  makin malas update blog bila perut makin membesar..ni pun n3 tertangguh...huhu...



Monday, 30 December 2013

makeover almari lama dan cadar baru ank bujang

Salam...

Alhamdullilah..saya sudah boleh slow2 kembali bersiaran secara aktif selepas ni..alahan dah mula nak melabuhkan tirainya...tiada lagi muntah berterusan..dah boleh masak utk family dan yg paling best dah dpt kembali pada minat mendeko...deko la sgt kan...hehe...

Bila mood meroyan dtg..jgn kita nak lepaskan mcm tu je...disebabkan pening tengok buku2 yg dibeli kad big bad wolf 2 thn berturut turut tak tersusun tempatnya, saya pun ambik keputusan makeover almari murah yg dah lama...semalaman saya mengadap benda alah tu...hehe...hasilnya...

Buku tak kemas lagi ni..duk bersepah lagi dlm bilik...tp puas hati la leh makeover almari ni...slow2 punya projek..hehe...

Utk bilik si bujang saya plak, saya belikan cadar baru..masih bertemakan angry bird tp dengan warna yg lagi terang...amat2 menarik perhatian saya..perhatian saya je k..org lain sy tak tahu..hehe...

Cadar je baru..yg lain sama je...
Dan berita paling best...saya sudah mula projek baru utk bilik si kakak yg sebelum ni dijadikan bilik solat kami sekeluarga...masih menunggu katil smp..nant saya bt n3 khas utk bilik kakak ye..

Ok...tu je...dah ngantuk ni....esok insyaAllah nak cerita pasal baby dln perut plak..tungguuuuu...

Friday, 4 October 2013

kisah ahmad albab dan siti albab

Salam...

Minggu lepas kitaorg hasben and wife dah jadi ahmad albab dan siti albab..gelaran yg saya bg sendiri disebabkan minggu lepas kitaorg dibayangi masalah pintu...haha...

Bermula ngan prob autogate yg tak terbuka sebelah sampaila pada tombol pintu di wet kitchen rosak..mmg topik perbualan kami laki bini adalah berkaitan ngan pintu je..apa tak jadi ahmad albab n siti albab kan..haha

Ok.pasal autogate ni satu hal...tension hasben saya siang mlm...kesian dia..nak membebel kat dia lagi2 kesian ..actually sebelum pasang autogate tu, saya pernah ckp kat hasben supaya p cari kedai yg dekat2..nant kalau rosak senang..berulang kali saya duk ulang tp dia tetap nak ambik melalui mudah.com tu..kedai cina tu dah la kat klang..ko ingat klang n kajang ni dekat...saya kalau sebut belah2 sana mmg malas nak p..jauh k..alasan hasben susah nak dpt autogate jenis yg dia nak tu kat area kajang puchong ni..tak survey mana nak tahu kan...ntah..biasa apa2 kata putus dibuat bersama tp kali ni hasben mcm berkeras sikit..saya biarkan aje la..yg penting ada autogate...haha..pompuan kan..dan saya yakin hasben  ni jenis study detail2 kalau nak beli apa2 brg2..

ntah macam mana minggu lepas sebelah pagar tak terbukak...tel la cina tu..dia ajar la suruh reset bagai..tak jadi jugak..kemudian dia janji nak dtg hari sabtu or ahad..ok la kan...under warranty lagi autogate ni...sekali hasben tel la si cina ni hari jumaat sbb nak confirm masa dia nak dtg..paling sakit hati sampai ahad dia tak angkat2 tel..ikhlas cakap..rasa nak maki je cina tu...kalau tak nak dtg sekali pun angkat dan bagitahu sebab la..ni hasben tel masuk call past tu mcm dia cancel call..guna hs saya pun mcm tu jugak...dlm hati..eh..cina ni nak menipu kot..mentang2 under waranty..kalau dtg dia tak dpt apa2 bayaran so dia buat bodoh la...rasa nak lempang laju2 tau..tp saya buat cool je sbb nampak hasben terlampau panas....buat mcm biasa..tenangkan dia..walaupun dlm hati saya dah mcm gunung berapi nk meletup ni. ..

last...hasben hantar msg nak report polis kalau dia tak dtg..segala dokumen pembelian mmg kami simpan...smp tahap mana dia nak menipu..oh lupa..kedai dia pun ada dlm fb..hasben tengok dia o9, bila bg msg melalui fb, haram dia tak bls..so logik tak dia tak perasan kan...mmg nampak sgt nak mengelak..elok dpt msg nak report polis, dlm 2 jam lepas tu dia bls msg..ko tengok...berhari2 kami call..berhari2 msg dlm fb..tiba2 dlm masa 2 jam after msg nak report polis boleh dia balas msg...dia ckp dia duk oversea..cis..menipu..ko ingat kitaorg ni bodoh ke???past tu dia janji nak dtg hari khamis semlm la....

semlm dtg la si cina tu...saya jaga pmr...so hasben mintak keluar dari tempat kerja...kitaorg ingat motor yg rosak...cina tu pun ingat mcm tu..tu yg dia tak nak dtg kot..kene tukar sebiji yg baru kan..sekali after tukar motor baru, tak terbuka jugak pintu tu..hasben la citer..saya just bygkan je keadaannya..huhu..mesti si cina tu melompat lompat suka kan...ye la..bukan silap dia...rupa2nya ada wiring pemaju yg rosak..terputus ke apa ntah..tu dia....habis angan2 tak nak byr sbb nak guna warranty...baiki wayar je si cina tu dah cas sampai rm150...cis...mest pengangkutan dia pun dia kira...erm..time ni baru nampak hasben menyesal tak dengar nasihat saya dulu...ala nasi dah jadi bubur pun..tak pe la bang...lain kali apa2 kita ambik yg kedai dekat ni je..yg paling penting autogate function mcm biasa..haha..kalau tak susah oi..i tak pandai nak masukkan kereta guna sebelah pagar je..padahal muat je kelisa tu masuk kalau bukak sebelah je pagar tp i tak mampu nak buat..haha


Kita bercerita pasal tombol pintu di wet kitchen plak..hari sabtu hari tu mcm biasa kitaorg bgn lambat..haha...weekend kan...lepas subuh terus sambung tdo berjemaah..ank2 pun mcm paham2 je..diaorg pun bgn lambat jugak..so bila dah bgn semestinya kalut nak sediakan breakfast...breakfast la sgt...dah campur lunch pun..huhu...hasben plak busy nak mesin kain baju..ntah macam mana, time hasben bukak pintu nk ke ruang dobi, pintu tu jadi terlekat...tombol dah rosak...

jenuh la kami  godek benda alah tombol tu..last2 terpaksa la cabut gak..sedih tengok pintu...berlubang k..sib baik ni bukan pintu belakang yg utama...Ni sebenarnya pintu asal yg pemaju letak utk pintu belakang...after kitaorg extand ruang dobi, pintu ni bukan lagi jadi pintu belakang coz pintu di ruang dobi yg ambil alih tugas sebagai pintu belakang kitaorg..kami ada plan nak tukar pintu ni pada pintu sliding tp masih belum dlm budjet kitaorg lagi...hehe
Amat tidak tenang bila tengok pintu jadi mcm ni..cacat sgt..tak lena tdo tau..
Hasben plak tak nak beli tombol tu coz dia kata nanti nak tukar pada pintu sliding jugak..dia nak pasang selak je..hah sudah.. suruh plak saya yg fikir mcm mana nak cover kawasan lubang tu..alahai..pening sgt2..

Kebetulan hari ahad tu kitaorg p daiso lagi..dan terjumpala sesuatu yg best utk tutup lubang ni..jeng jeng jeng...


Tu dia...cover ngan tempat penyangkut..haha..dah tak nampak lubang kan...ni pintu sebelah dlm.

Yg sebelah luar pun cover jugak lubangnya..ni kaler biru..

Selesai masalah tombol pintu..nak pakai selak pun ok je bang..asal tak nampak cacat dah la...kemas tu penting...nant bila2 dah tukar pada pintu sliding akan saya update lagi ye...tamat sudah cerita ahmad albab n siti albab kami..alhamdullilah dapat diselesaikan dengan sempurna...

Saturday, 21 September 2013

kk home deko & romantika

Salam....

Saya ni dah lama tak menjenguk kk home deko and romantika...dulu tiap2 bulan tawaf kat kedai tu..dulu tu time duk rumah sewa la...baru2 kawin and baru2 nak berjinak ngan dunia deko mendeko rumah ni...belajar ngan mak la ni...mak saya plak, dtg sini je nak p kk home deko and romantika....Last2 terpengaruh la anknyer ni...time tu tak terfikir pun nak buat konsep apa utk rumah sewa..main hentam je..asal cantik....saya ni mmg dah minat deko mendeko rumah dr duk rumah sewa lagi..tak nanti duk rumah sendiri..cuma dah rumah org so xtvt deko agak terhad la..bg saya tempat mana sekali pun kita tinggal..ia tetap syurga saya dan keluarga..so tak main la alasan malas nak deko2 and hias rumah sbb duduk rumah org...eh..rumah org tu pun rumah ko la jugak sbb ko yg sewa kan...jaga pun seperti rumah sendiri la kan...ni tak...tak nak deko sbb rumah org tp bg ank conteng rumah org sana sini tak pe plak...jgn la mcm tu kan...cuba kalau rumah kita org sewa, past tu buat mcm tu...naik bengang jugakkan..mak saya selalu pesan.. menyewa rumah org mesti jaga elok2...buat mcm tu rumah kita...tak salah kita jaga hak org...mana tahu suatu masa org jaga hak kita plak ..

apa la yg saya duk melalut ni...padahal nak update apa yg dibeli di kk home deko hari tu je...dah dekat 2 tahun tak masuk kk home deko ni...kad ahli pun dah tak tahu ke mana....haha...nasib baik leh guna ic..leh la dpt 20% diskaun...tp sales girl tu ckp kene bt gak kad baru coz ic boleh guna sekali je...tp saya tak buat pun...actually byk gak pembaharuan kat kk home deko ni..kalau dulu byk jual brg2 english style tp sekarang dah ada campuran yg moden style..walaupun tak byk tp ada pilihan la kan...

ok...apa yg dpt dari sana?...

Bunga dan pasu..harga sebelum diskaun
pasu rm4.90
bunga rm6.90
diskaun 20%
Korang kira la sendiri ek..hehe

Ok...yg ni daun hijau tu ikea punya..bekas kaca and bebola merah tu kk home deko punya...yg ni saya lupa harganya la...tp harga dlm lingkungan rm15 ke bawah utk setiap satu brg...senang kira bekas kaca and bebola merah tu harganya bawah rm40 la after diskaun harga ahli..
Yg ni sebenarnya nak tunjuk bunga dan pasu merah sebelah frame tu..tak ada gambar dekat la plak...ni pun harga lebih kurang yg set pasu atas meja mkn kat atas tu..

Berbaloi gak beli tiga benda ni dengan bajet rm50...ok la..saya pun tak ada la suka sgt bunga yg berjambak jambak..just sekuntum sudah...yg penting nampak simple dan kemas...

Beralih ke kedai romantika plak...kat sini tak ada diskaun ahli k...tp jumpa frame gambar yg amat2 menarik hati saya...harga pun masih dlm kemampuan rm29.90..haha....ok la utk menceriakan sikit family hall yg agak tak ceria tu..

Utk family hall ni, nanti saya update n3 lain ye...ada cerita baru..tunggguuuuuuuuuu.....

Tuesday, 16 July 2013

Tikar best utk ikhlas and sofia

Salam...

Bunyi tikar best tu mcm tikar apa je kan...ala tikar evamatik tu je la...kelmarin p manjaku sbb nak beli hadiah besday ank kawan... Ada la promosi yg manja ku buat....kalau beli brg rm70 ke atas, dpt  la beli tikar evamatik yg besar dgn harga rm29.90.. Kalau tak silap saya, harga tikar yg besar tu dlm rm50 jugak kat luar..yg kecik baru murah...tp yg size kecik tu comel sgt rasanya...dpt yg besar baru puas hati..huhu..

Actually..mmg dah lama bekenan kat tikar ni....sbbnya tikar ni kalis air..kalau buat lapit ank2 mkn mmg best giler la..boleh lap bagai....tak tembus air tu sampai ke lantai mcm tikar biasa tu...almaklumla..kadang2 ank2 ni nak tengok kartun depan tv mmg tak nak la masuk dapur mkn...so terpaksa la bentang tikar luas2 depan tv utk lapit diaorg mkn..si ikhlas plak pantang ada air dlm cawan..mesti nak tuang jugak atas lantai..mmg tau budak kecik sorang ni...saje nak bagi mama exersice mulut...ada tikar ni senang hati...tp problem terbaru plak, ank2 saya ni duk heret plak tikar ni ke hulu hilir...yg kakak pegang, si adik marah..si adik pegang si kakak mengamuk..bak kata lain berebut la plak...nanti kang mama bentang luas2 pastu tdo sambil depa tgn baru korang tak berebut ek....




Tuesday, 18 June 2013

lagi2 karpet

salam...

seperti yg dijanjikan....update satu dari beberapa hutang n3 di bwh:

1) karpet baru di ruang tepi tangga dan dry kitchen
2) hari lahir hasben ke 33
3) deko baru bilik tetamu
4) PBS yang siap jugak akhirnya
5) sofia sekolah di semester ke 2
6) kisah gigi

sesampainya ke kajang hari tu, mak dah awal2 ajak p nilai...borong karpet ler mak i tu...apa lagi kan...hehe...anak mak plak menumpang cuci mata dan paling kronik p borong sekali...tak tahan nafsu betul bila sampai nilai ni.. punya la tekad tak nak beli apa2...tp beli jugak..aduh.....pakistan jual karpet ni mmg tau....

di pendekkan cerita....antara yg di beli

karpet utk ruang tepi tangga... harga sebelum kurang rm160...mak saya mintak kurang punya kurang dpt la rm100...ok la coz karpet ni 5x7 kaki...besar la jugak and bulunya tebal....berbanding karpet yg saya pernah beli kat ruang tamu yg  4x5 kaki, harganya pun rm100 tp bulunya tak tebal sgt...ni yg suka p ngan mak..skill tawar menawar dia terlampau hebat..hihihi...

so dpt la saya gantikan karpet lama di ruang tepi tangga ni....

just tukar karpet je..ruang ni mmg saya kosongkan aje...senang ank2 nak berlari...perancangan masa depan tu adalah...tp bila nak start mendeko tu belum tahu lagi...

satu lagi yg saya beli ialah:

alas kaki utk dry kitcen....cantik....tebal...ini baru rm35...huhu....syokkan..

malas dah nak cerita pjg2...dah byk lupa....sbb dah lama sgt peram cerita..nantikan n3 beikutnyer k....bye

Sunday, 2 June 2013

Bilik tetamu:: wall makeover jarak jauh

Salam....

Seperti yg dijanjikan...deko jarak jauh saya masih berjalan seperti biasa...hehe...kali ni wall makeover di bilik tetamu oleh en hasben...actually, ok jugak en hasben buat wall makeover time ank2 kat kampung ni...tak byk sgt gangguan dari putera dan puteri ni...lagi pun cuti 2 hari en hasben tak ke mana...so saya suruh la en hasben bt makeover ni...

So....semlm en hasben ni dah letak masking tape dulu....Kemudian send kat saya gambar kat bwh ni..



Buat 4 jalur melintang.....ok lulus...


Bila dah diluluskan, mulala sesi mengecat.....



Sebelum masking tape di buka..


Selepas masking tape dibuka....alahai..ada sikit kecacatan...cat feature wall tertanggal plak dah...





Nampak tak jalur paling atas tu...cat tertanggal...kene touch up balik ler nampaknyer...





Ok la kan...

Tak sabar nak balik...nak tengok real2.. Hehe..apapun..tq sgt2 kat en hasben...katil bila plak bang? Hehehe...

Friday, 3 May 2013

perkembangan bilik sofia

salam..

cuti hari pekerja hari tu sempatla kemas2 sikit bilik sofia..tak ada perkembangan sgt pun..just tambah2 deko sikit...jom layan gambar..

frame di pintu masuk...mulanya nak letak gambar and gantung dlm bilik tapi tak ada tempat yg dirasakan sesuai la plak..past tu dpt idea mcm ni..so teruskan je la kan...hehe..


jom masuk...


almari ni je yg ada dlm bilk sofia..hehehe..katil belum ada lagi..sebelah tu pintu bilik air..saya gantung tirai princess ...seronok bukan main la si kakak...

masih berfikir nak susun brg2 atas almari ni..nak kasi nampak lebih kemas...saya just letak al quran, surah2 yasin and buku2 iqra....ni kan bilik  mengaji..so letak semua kelengkapan kat sini..senang...dlm kotak bunga2 tu saya simpan cloth diapers...bila ntah nak bg si ikhlas  pakai...asyik bertangguh je..CD ni si sofia yg punya...

ni la tirai princess..belas2 hinggit je harga dia...satu lg perasan tak signboard toilet..ingat tak yg saya citer signboard toilet dlm bilik ikhlas???sah2 tak ingatkan....hihi..ni saya beli utk bilik sofia..gambar girl la kan..apapun toilet share..hihi..


pandangan bilik dari tingkap...just ada rak penyidai sejadah and  telekung sembahyang sofia..inilah ruangan solat and mengaji kami...

dinding yg telah di makeover


sudut yg lain plak...saya letak frame gambar sofia di dinding yg agak kosong mulanya..

saya letak sofa kecil, meja ABC beserta kerusi...abaikan printer tu..saya tumpang letak je...masih berfikir nak buat work station tp belum ada budjet..tu tumpang letak printer kat sini..hehe...meja ni selalu sofia guna utk buat homework bila dia tak sabar2 nak habiskan homework sebelum solat magrib..so saya biasa suruh dia buat kat sini sementara menunggu saya mandi sebelum solat..jadi byk guna jugak la meja ni....

ini je yg ada...letak la dulu kan..nanti ada yg lagi baik kita susun atur balik..hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...