Showing posts with label Kisah Ramadhan dan Syawal. Show all posts
Showing posts with label Kisah Ramadhan dan Syawal. Show all posts

Monday, 27 June 2016

Deko::Ubah Suai Ruang Dan Console table

Salam Ramdhan semua..
Kita diambang akhir ramadhan dah kan. Cepatnya masa. Terasa sayu nak menjalani hari2 akhir ramadhan. Bulan penuh keberkatan,bulan rahmat, bulan rezeki, bulan ibadah dilipat gandakan. Special sungguh bulan ni. Waktu zaman kanak2 dulu, kalau boleh bulan puasa ni nak je cepat2 berlalu sbbnya lagi seronok nak raya. Bila dah tua ni, kita mesti mengharapkan sepanjang tahun ialah bulan ramadhan kan. Banyaknya ganjaran pahala kita boleh kumpul pada bulan ni.
.
.
Berbuka hari ni sy tak masak. Sofia dah 2, 3 hari mintak berbuka kat pizza hut. Dia punya ulang merayu rayu sampai naik bosan sy dan suami. Akhirnya bwk la jugak. Saya ni tekak orang kampung.Kalau boleh berbuka nak makan nasi berlauk. Pizza ni boleh je sebenarnya tp tekak ni tak berapa nk terima roti2 ni. Kalau p lepas mkn nasi ok la. Tu pun saya ambik la sekeping dua pizzanya. Makan ala kadar. Biasa p pun lepaskan hajat ank2 . 
.
.
Permintaan sofia bukan takat nk berbuka kat pizza tp nak kek jugak. Dia tuntut kek besday adik muhammad dan abahnya. Aduhai ank. Besday sape ni. Abah dia layankan aje.Kesian kakak puasa katanya. Jadi secara tak sengaja kami  tersambut besday abah dan adik muhammad. Sekali ngan besday adik ipar yg bulan jun jugak. Adik ipar saya ni mmg duk ngan kitaorg.Kerja ngan suami saya. Jadi berbuka dan celebrete besday la kami hari tu. Nampak riak muka gembira kakak.
.
.

Berbalik pada cerita console table. Jauh melalut tadi. Ok,utk pengetahuan korang,sy dah tukar kedudukan ruang mkn saya sebelumn ni ke ruang menonton. Kira tukar suka sama suka. Huhu.. Meh nak tunjuk gambar.
.
.

.
.
Inila rupa baru ruang makan saya.Sesimple boleh sy nak utk ruang ni. Cermin yg bwh jam tu, sy alih je dr ruang mkn sebelum ni kesitu. Tempat cermin tu dulu adalah tempat kami gantung tv. Disebabkan nampak kosong, sy pun beli la console table. Still mencari yg simple2.Kan dah tua,tak suka sarat2.Haha..Ada kaitan ke.
.
.

.
.
Inila rupa ruang menonton baru saya. Dulu sini ialah ruang makan. Ikhlas cakap.Mmg nampak luas dan lapang rumah bila ubah 2 ruang ni. Ruang tamu? Still pada kedudukan lama cuma ubah stool shj. Nah tengok gambar.
.
.

.
.
Sama je dengan yang dulu, cuma stool merah tu sebelum ni saya letak dekat ruang tepi tangga kan. Sekarang saya tukar.Wing chair sy ubah ke ruang tepi tangga manakala stool merah letak kat tempat wing chair sebelum ni. Kesannya semakin luas ruang tamu. Haha. Kan nk konsep simple dan lapang.
.
.
Bercerita pasal console table, actually ni bukan console table pun. Kalau ikut nama kat ikea namanya meja komputer. Hikhik. Saya plak duk bekenan sbb simple dan boleh matching ngan rak ikea yg ada kat ruang menonton.Dia plak memanjang gitu. Dari mata saya rasa mcm boleh je buat console table. Harga plak murah.Apa lagi rembat jela. Bila letak,not bad ok.Cantik jugak.Dimata saya la.So selesai masalah ruang kosong bila ada console table ni.
.
.

.
.
Hah 2perabot ni la yg saya nak matching kan tu.Dua2 dr ikea.Konsep kosong.Kihkih..
.
.
Okla..Nak sambung pasang wallpaperkat dapur ni. Baju Zalora sy pun baru sampai jap2baru. Tunggu next entry utk tahu pasal 2 kisah ni ye.Utk pengetahuan korang, entry ni sy taip dr hari khamis lepas tau.ni main sambung je. Jadi redho jela ye...kuikui..

Wednesday, 1 July 2015

DEKO RAYA 2015:: SELAMAT TINGGAL PINTU DAN TANGGA MERAH KU

Salam.
.
.
Saya tepati janji ye. Sy update kisah deko2 raya 2015 . Korang2 yg follow blog sy mesti tahu pasal pintu merah saya. Dulu pernah letak gambar rumah dlm group deko kat facebook. Ada sorang hamba Allah ni kata "sis ni pemilik blog anak mama manja kan? Saya kenal pintu merah sis. " hihi. Sampai gitu sekali pengaruh pintu merah ku.
.
.

Ada yang tak ingat ke? Takpe2..sy kasi gambar dolu2 punya cerita.
.
.
.
.
Mulanya rasa nak kekalkan merah ni. Kononnya jadi warna penegas la. Jadi tumpuan mata. Tp tu la. Plan boleh bertukar mengikut kesesuaian. Bila rasa tak menyerlah je mesti otak ligat fikir nak ubah.
.
.
selepas cat hijau. Keadaan pintu merah adalah seperti di bawah.
.
.
.
.
Tiba2 mata ni rasa tak sesuai. Satu malam perah otak cari idea. Cewah.. melampau kan. Last2 bgtau hasben saya nk tukar cat warna putih. Hasben pun setuju. Dia pun rasa putih lagi naik warnanya. So pg semlm hasben pun cat la pintu store. Tiba2 rasa sedih
bila tiada lagi pintu merah menyala yg pernah kwn hasben kata mcm tong letak surat pejabat pos. Miahaha..yg unik tu cantik kan. Hihi
.
.
Selepas cat putih. Hasilnya mmg tak menyesal. Org kata puas hati giler. Hihi
.
.
.
.
Tp...... tu dia. Tak habis2 tapi. Selepas pintu dicat putih. Mata ni senget2 tengok pemegang tangga yg merah tu. Rasanya dia pun harus dipakaikan baju raya baru warna putih. Baru sedondon. Kehkeh..oh rupanya sebelum di cat putih?? Tengok bawah.
.
.
.
.
Alamak. Gambar siap pakej ngan baju sangkut kat tangga. Abaikan jer. Just tengok pemegang tangga yg merah tu. Yg tu la yg saya nak pakaikan baju raya putih. Nasib baik lepas pakaikan baju putih mmg  sesuai sgt2. Di mata saya la kan. Mata korang2 ni ntah la.
.
.
.
.

Gambaran keseluruhan seperti berikut:


.
.
Sampai sini dulu. Next step tunggu......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IKLAN

DAPATKAN BAJU RAYA ROBOCAR POLI. 
.
.
ORIGINAL KOREA TAU
.
.
KEGILAAN ANK2 KECIL KITA
.
.
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER
.
.





Monday, 29 June 2015

DEKO RAYA 2015:: CAT FUTURE WALL TINGKAT BAWAH

Salam..
.
.
Alhamdulillah. Tahun ni diberi kesempatan utk deko2 raya. Tahun lepas kan dalam pantang time bulan puasa. Meleleh air liur tengok org deko rumah sebelum raya. Tahun ni ada rezeki sikit boleh la deko mendeko ni. Deko ala2 kadar je ni. Deko bajet pun ye. Yang penting mata kami2 yg duk di rumah ni rasa tenang dan lapang.
.
.
Ok. Step pertama ialah ubah warna future wall kami. Sebelum ni pernah warna kelabu. Kemudian kelabu gelap. Kali ni dah boring kelabu2 ni. Totally nk ubah jauh dr warna kelabu. So banyak la idea2 kami yg mencurah2 datang. Berani mati kali ni coz bila ubah warna future wall so byk benda yg kami kene ubah. Baik dr segi warna langsir, perabot , karpet dan yang sewaktu dengannya.
.
.
Apapun tak nak pk lagi step2 yg akan dtg tu. Kita slow and steady jerk. Tengok dulu hasil demi hasil baru boleh fikir idea2 deko lain. So pagi tadi bermula la proses mengecat. Mula dengan cat warna putih utk tindan warna lama.
.
.

Rajin tak anak2 ku
.
.
Ni kerja hasben dan ank2. Saya tengok je tadi coz nak kene pantau yg no 3. Kalau tak tengok mahunya masuk dlm tin cat. Tak pasal2 qu puteh nant. Miahahaha.
.
.
Kering je cat putih ni, hasben cat plak warna pilihan kami. Kali ni ank2 tak dibenarkan sentuh dah. Kan ada plak bahagian tebal dan ada bahagian nipis catnya. Ikhlas terutamanya, suka cat tempat sama. Tak pun dia p cat tempat2 mana dia suka shj.  Sah2 tak sekata cat tu nanti.
.
.
So cat punya cat, kul 7 baru siap. Saya tak ambik kisah dah coz busy layan kerenah ank2 dan layan masak utk berbuka. Apapun puas hati sgt dengan hasil nya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Langkah pertama dah selesai. InsyaAllah esok saya cerita lagi apa yg seterusnya. Tahun ni kami buat perubahan besar besaran tp kos yg ciput. Camner tu. Tungguuuuuuuuu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                                        IKLAN



DAH ADA BAJU RAYA ROBOCAR POLI UTK ANAK2 KE???
.
.
JANGAN MENYESAL KALAU LAMBAT2 BELI NANT DAH HABIS STOK.
.
.
SAYA ORG TERAWAL JUAL BAJU ROBOCAR POLI TAU. ORIGINAL DARI KOREA NI
.
.
RM50 SEPASANG
.
.
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER

Thursday, 18 June 2015

Muhammad 1 tahun + Abah 35 tahun

Salam rindu peluk cium semua.....
.
.
Ntah ada ke tak lagi pembaca blog anak mama manja ni??
.
.
Ampun sangat2 sbb asyik menyepi je. Tak ke mana pun tp duk busy manjang. Macam2 benda nk settle setiap hari. Ni nak tekad supaya aktif menulis blog kembali. Muhammad pun dah membesar. InsyaAllah cuba konsisten selepas ni.Rindu nak share mcm2 di blog kesayangan ni. Banyaknya terlepas kisah kakak, abang teh dan adik muhammad. Tak kurang jugak terlepasnya kisah2 deko. Ada masa saya cuba menulis kembali  kisah2 lepas.Tu pun kalau still ingat.
.
.
Apa yang penting tak boleh telepas kisah besday family sendiri. Wajib cerita. Nanti kan Muhammad tuntut. Hihi. Dah seminggu pun berlalu besday muhammad yang pertama. 10 jun 2015 genapla usia ank bujang ke 2 saya merangkap anak ke 3 kami yang pertama.Perasaan??? excited la wei... Setahun dah anak mama sorang ni. Cepatnya adik membesar.Tak puas lagi mama nak menikmati bau baby yg best ni. 
.
.
Untuk besday muhammad ni, saya tak sempat nak buat apa2 sambutan pun  pada tarikh 10 jun tu. Kebetulan tarikh yang sama juga adik ipar saya konvo. So muhammad pun turut berkonvo dihari lahir sendiri.miahaha.Terkilan la jugak sbb time kakak dan abang teh setahun kami buat la jugak sambutan kecik2.



.
.
Tu dia. Konvo gak besday boy dua org ni. Hikhik
.
.
Esoknya, ambik jugak kesempatan sambut besday kecil kecilan. Alang2 dah family hasben ada so rai je la kan. Share terus besday. Jimat. Hihi. Beli la sebiji kek n letak 3 nama atas kek. Tiga???? Satu nama muhammad, 2 abah muhammad dan yg ke 3 sepupu muhammad. Sekali je la. Dah dekat2 tarikhnya.


.
.
Alhamdulillah. Sampai gak hajat nak sambut besday muhammad dan abah muhammad walaupun kecik kecilan. Yang penting ingatan kan.
.
.
.
.
Doa mama moga muhammad dan abah muhammad dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa ceria selalu. Tak lupa jugal buat anak sedara mak long, ainul. Semoga menjadi ank solehah ye syg.
.
.
Akhir kata salam ramadhan al mubarak semua. Selamat dtg ke bulan pesta ibadah.

Friday, 15 August 2014

raya 2014

Salam syawal semua...

Baru ada kelapangan nak buat ucapan kat blog. Punya la busy lepas balik rumah sendiri ni. Byk perubahan jadual kehidupan lepas ada 3 anak. Dengan kemas2 rumah utk raya lagi. Org kemas time sebelum raya. Saya p kemas time raya. Boleh dimaafkan la sbb baru lepas pantang kan.

Ok. Dengan ini saya nak ucap SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN. Ampun la kalau ada salah dan silap ye. Jemput la dtg raya. Hehe.

Thn ni turn raya pertama di rumah saya. Raya ke 2 ptg baru balik kg suani. So sy tempek la beberapa keping gambar raya kami bt tatapan.






Ni je gambar yg kami sempat snap. Kat kg suami langsung tak ambik gambar. Tak ada kesempatan. Huhu

Thursday, 12 September 2013

open house 2013

Salam....

Cerita basi sudah..syawal pun dah labuhkan tirai..tp tak pe..nak cerita gak ringkas2..just jadikan kenangan..hihi..

Open house thn ni buat kecik2 je...tak la buat sebesar thn lepas..lgpun tahun lepas buat sekali ngan kenduri masuk rumah baru kan..so thn ni kecikkan bilangan tetamu yg dijemput...fokus utama student2 saya, jiran,kwn2 rapat and saudara mara yg duduk tak jauh dari kajang..

Kenapa fokus utama student? Pertama sbb thn lepas saya tak jemput student..just jemput semua cikgu ptg..so thn ni, fokus kat student la plak..sekali sekala bg budak2 mkn...seronok sebenarnya..ke dua sbb saya malas nak masak byk kali and penat byk kali...budak2 ni satu group nak dtg hari ni, satu lagi group nak dtg hari lain plak..kene lagi beberapa group nk dtg  minggu satu lagi..pening k...jenuh nk masak byk kali..tak kan la nk bg mkn kuih je...tak smp hati..dah la bg duit raya ciput kan..so baik bg diaorg mkn kenyang2..dpt duit raya ciput pun tak pe la..perut dah kenyang..tak la menyesal dtg rumah cikgu...haha....

So dah alang2 nk buat kat student, kitaorg suami isteri jemput la jiran2, kwn2 n saudara mara yg duk dekat2..
Kebetulan family saya dtg sbb nak daftar adik bongsu saya masuk uitm, mak sudi nak masak...adik beradik pun ramai menolong jadi on la open house thn ni..

Menu open house ialah nasi minyak, laksa penang, nasi himpit kuah kacang and sate..alhamdullilah licin..tuan rumah pun tak sempat nak mkn...tq mak, ku, abg, kak ina, adik chah n adik irah yg byk membantu kami laki bini ni..kalau tak mmg kalut jugak..hehe..tq jugak pada tetamu yg hadir...

Gambar?...satu gambar pun tak ambik..ni satu hal...tak ingat langsung..tahun depan kalau dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur utk buat open house lagi, mmg dah sepakat ngan hasben nak lantik adik2 kitaorg jadi photografer...kalau harap kitaorg mmg out...video tu adalah ku saya rekodkan..puas la leh tengok dlm tv kan..tp lagi best kalau leh cuci n jadikan kenangan kan...baru ada feel...

apapun ada gambar tersesat saya ngan sebahagian student yg hadir..ok la jadi pengubat...




Wednesday, 14 August 2013

demam raya

Salam...

Dah raya bagai nak rak...skarang dah demam bagai  nak rak jugak..kita demam ok lagi kan...ank2 demam mmg pening....susah betul nak kawal makan minum ank2 musim2 raya ni...dilarang mulala dia mengamuk ...bosan duk menjerit kat rumah org, akhirnya mengalah jugak si mama ni...



Sebab tu la setiap kali nak balik kampung or holiday ke mana2, ubat demam, batuk dan selsema merupakan benda wajib yg saya akan bawak...list ubat2 termasuk dlm senarai utama...tambah2 musim raya ni...sementara nak ke klinik, boleh la makan ubat ni dulu kan...silap2 klinik tutup or demam tgh mlm, bekal ubat ni la yg paling berguna..


Ala bukan susah pun nak bwk..cari je  bekas tuppeware and korang sumbat je segala ubat kat dlm ni..biasanya hasben akan p beli ubat ank2 ni kat klinik yg biasa kami p..selain utk anak, ubat utk mama and abah pun penting...panadol,ubat sakit perut, ubat tahan muntah semua saya bawak..haha...amat senang bila time memerlukan...

Raya pun raya jugak...kesihatan pun penting....harap2 ank mama cepat la sembuh ye...kita ada byk tempat tak raya lagi ni..huhu..tp lepas ni jgn harap korang nak main bantai mkn ye..mama akan tapis dulu....

Monday, 12 August 2013

raya 2013



Salam aidilfitri..belum terlambat lagi nak ucap selamat hari raya maaf zahir dan batin kat semua..raya2 ni tak sempat betul nak jenguk blog...tambah2 line internet tak berapa nak elok kat rantau panjang hari tu...

Now bersiaran dr trg...hari ni dah raya ke 5...baru berpeluang letak gambar raya...jom layan..


Raya tahun ni tema biru...hehe....@rantau panjang

Susah betul nak ambik gambar ikhlas duduk diam
Tengok aksi ikhlas tu...kakak maintain ayu..hehe

Family besar en suami...ada lagi 1 family tak ada dlm gambar coz diaorg raya 1st kat penang tahun ni..


Tu dia...ni lagi besar kan....kat rumah tok ayah...seluruh family hasben ambik gambar...ni pun masih ada ramai yg tak ada rasanya...riuh rendah usah cakap la kan..hihi


Raya ke 2 tak sempat nak ambik gambar pun...just snap satu dua keping gambar anak2..kalau raya pertama lebih tertumpu di rantau panjang, raya ke dua kami berubah ke pasir mas, kampung bapak mertua plak..sehari suntuk kami duduk di pasir mas shj n beraya ke  rumah saudara mara...






Lepas maghrib raya ke 2, kami dah bertolak balik terengganu...giliran terengganu plak utk raya ke 3..hehe.. pun tak byk gambar utk raya ke 3 sbb terkejar2 p rumah sanak saudara...apapun tempek je la gambar budak dua org ni...





Raya ke 4 baru la ada kesempatan raya ngan family saya...hihi...










Malam semalam hasben dah balik kajang...hari ni dah start kerja...so kami 3 beranak masih beraya di trg...sek kan cuti panjang..hasben suruh kami raya puas2...hehe..tq bang...sunyi jugak raya tak ada abg...cewahhh..mesti menyampah hasben i baca kan..haha....raya ke 5 ni masih lagi beraya ke rumah saudara and jiran tetangga..tak kurang jugak tetamu yg dtg beraya ke rumah..syok raya kan....raya smp pengsan.....hihihi
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...