Showing posts with label ZALORA. Show all posts
Showing posts with label ZALORA. Show all posts

Wednesday, 8 June 2016

ZALORA::: Koleksi Bokitta Hijab Online di ZALORA

Salam Ramadan..
.
.
Dah 3 hari kita berpuasa kan. Syukur tahun ni dpt mulakan ramadan di kampung. Bersahur dan berbuka bersama mak, ku dan adik beradik. Jarang2 cuti sekolah jatuh di awal2 ramadan mcm ni. Hari ni nak balik kajang dah. Kembali pada dunia realiti. Hihi. Macam la fantasi sgt sekarang. 
.
.
Balik kali ni saya sibuk jugak mencari kelengkapan raya utk keluarga, Terutama kain baju. Alhamdulillah baju raya utk 1st dan 2nd hari raya saya dah sediakan secara sederhana sahaja. Asal yg baru utk keluarga pun dah syukur. Lega tahap pertama dah selesai. Tapi dah pening nak mencari tudung raya plak dah. Bulan-bulan puasa ni korang ingat saya rajin sgt ke nak singgah dr butik ke butik mencari tudung? Mmg tak la kan. Nah, bg yg ala2 malas macam sy ni boleh la jamu2 mata ngan koleksi Bokita Hijab di ZALORA. Macam2 fesyen hijab ada. Pilih pastu beli je. 
.
.
.
.
Penggemar koleksi instant shawl pastinya sudah tidak asing dengan jenama hijab popular – Bokitta. Mula diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu, Bokitta Hijab mencetuskan fenomena pinless shawl di dalam arena industri fesyen tanah air dan menarik minat ramai wanita Muslimah. Apa yang menarik, trend pinless hijab ini terus mendapat tempat tempat di hati ramai wanita sehingga kini dan kita juga dapat melihat banyak jenama dan pereka yang turut mengeluarkan koleksi instant shawl dengan pelbagai rekaan yang menarik.
.
.
Namun, apa yang menarik, koleksi pinless shawl keluaran Bokitta Hijab adalah eksklusif dan berlainan dengan rekaan instant shawl yang boleh anda temui di pasaran. Ia dijual dalam dua bahagian iaitu bahagian inner dan bahagian shawl dimana anda hanya perlu menyarungkan sahaja kedua-duanya tanpa memerlukan sebarang pin tudung atau penggunaan brooch. 
.
.
.
.
Ini menjadikan koleksi pinless hijab Bokitta amat mudah dipakai dan praktikal untuk semua jenis acara. Ia juga menarik minat ramai wanita yang sentiasa sibuk dan menginginkan gaya tudung yang kemas serta mudah dipakai. Koleksi tudung Bokitta ini boleh anda temui dalam aneka pilihan warna menarik dan corak yang terkini.
.
.
Bagi penggemar koleksi pinless hijab Bokitta, anda kini boleh membuat pembelian dengan mudah secara online di ZALORA. ZALORA turut menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma terus ke rumah anda dengan masa yang pantas. 

Monday, 9 June 2014

Baucer rm100 zalora

Salam.....

Baru ada kesempatan waktu bercerita pasal baucer zalora. Banyak sangat agenda sejak akhir2 ni. Dengan keadaan diri yg menanti hari je ni. Now dah 38 minggu 1 hari. Kertas exam masih ada 3 kelas belum bertanda. Kenduri kawin adik di Kulai dan yang baru je lepas kenduri sambut menantu di kampung saya. Penat usah cakap la. Apapun semua tu saya cerita kemudian2 la ye. Ikut urutan. Kalau tak lupa nanti. Berderet entry menanti. Takpe2. Cuti bersalin lama. InsyaAllah ada masa. hehe

Kalau korang perasan, 2 minggu lepas saya ada post kan entry pasal iklan dari zalora. Mula2 terima email dari zalora, mmg terasa malas nak reply. Sebab utama adalah terlampau banyak kerja dan kepenatan badan yang menjadi jadi sejak sarat ni. Seperti biasa hasben saya la pendorong dan penyokong utama saya. Dia suruh reply jugak email. Manalah tahu dapat hadiah ke apa katanya. Saya pun buat muka malas. Haha. Tapi dah ada pendorong jadi semangat tu up sikit la kan.

Slow2, saya mula terjah blog2 orang yang pernah kerjasama dengan zalora ni. Hasilnya amat menarik. Katanya boleh dapat baucer rm50 untuk beli barang dari zalora jugak. Email dibalas dengan cepat dari pihak zalora. Lagi2 la tergoda kan. Bukan susah pun. Entry pihak zalora dah bagi. Kita edit sikit2 ikut style penulisan kita, past tu post kan kat blog. Senangkan. So, apa lagi, terus reply setuju.

Ni email dari zalora yang mula2 saya dapat
Lepas reply email ni, saya mmg dapat respon yang cepat dari pihak zalora. Bermula dari email saya setuju untuk bekerjasama sampailah email baucer dari zalora. Yang bestnya, baucer yang saya dapat bukan rm50 tau tapi rm100. Rezeki datang jangan ditolak. Nasib baik dengar cakap hasben. Kalau tak melepas kan. Ada jugak faedah ada blog ni sebenarnya.

Lepas diberi baucer dari zalora untuk beli barangan dari zalora jugak, saya pun mula la mencari baju muslimah yang ngam2 harga dengan baucer tu. Baru first time shopping zalora. Banyaknya pilihan. Pelbagai fesyen. Mudah dan senang. Harga plak dari yang rendah sampailah yang paling tinggi. Pilihlah ikut kemampuan masing2. Saya betul2 jatuh hati ngan zalora lepas shopping hari tu.

Zalora punya servis pun tiptop tau. saya order hari ni, esoknya dapat barang. Memang puas hati sangat. Korang patut cuba. Cewah. Iklan tak berbayar pun. Just cerita pengalaman sendiri.

Dah sampai.

Antara yang ada dalam plastik GDEX

Invois. Satu lagi, boleh tukar barang tau kalau tak sesuai ngan size or barang yang smp tu rosak ke apa. Tak silap dalam masa 2 minggu.

Dapat card zalora. Terus jadi member. Yang hitam tu tali tape. Cantik kan

Ni dia baju yang saya pilih

Tak sabar nak pakai. Tunggu perut ni kempis dulu.. hehe

Tq zalora..



Tuesday, 20 May 2014

ZALORA:::Busana Muslimah Moden Online

Salam.....

Bulan puasa dah tak lama kan...raya pun akan menyusul ....korang dah cari2 baju raya ke?..Sekarang dah tak payah nak susah2 menapak dari satu kedai ke kedai yg lain, tambah2 yang ada ank2 kecik..lagi2 la malas nak berjalan jalan sambil melayan kerenah anak2..boleh pitam...

So...jalan paling mudah..jom kita shopping busana muslimah moden online dari Zalora...meh...saya bwk korang semua cuci mata ngan saya..bekenan leh beli terus...






Dewasa ini kita dapat lihat perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang cukup pantas berkembang di pentas-pentas peragaan tempatan. Malah atas usaha para penggiat industri fesyen, trend ini semakin mendapat perhatian di peringkat global. Kemunculan banyak pereka fesyen tempatan yang berbakat turut mencetuskan revolusi yang sudah lama dinantikan ini. Penglibatan nama-nama besar dalam mengetengahkan fesyen Muslimah keperingkat antarabangsa membuahkan hasil kerana semakin mula mendapat tempat dan diterima ramai. Para pencinta fesyen tanah air telah menyaksikan kebangkitan trend gaya Muslimah dalam skala yang cukup besar. 

Ini telah menambahkan populariti trend pakaian Muslimah ditambahkan lagi dengan beberapa unsur yang diketengahkan menampakkan keistimewaan terhadapnya. Para pereka fesyen kita telah hadir dan akan terus menghasilkan koleksi busana Muslimah daripada pakaian tradisional wanita yang biasa namun ditambahkan dengan unsur-unsur lebih komersial. Dress Muslimah kini boleh didapati dengan rekaan yang lebih moden dan stylish lantas membuka lebih banyak peluang untuk para pembeli pilih.




Tidak dilupakan jugak ini lebih banyak variasi daripada segi jenis pakaian, warna dan size yang pastiakan membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan mempesona! Antara baju Muslimah yang sering mendapat tempat adalah seperti baju kurung moden, kaftan moden, jubah moden, baju peplum kurung dan baju peplum.




Menggayakan busana Muslimah moden amatlah mudah terutamanya jika anda berikan sendiri sentuhan kreatif bagi kelihatan lebih menyerlah dan selesa. Antara aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan baju anda ialah sudah tentunya tudung terkini ataupun shawl, bangle, bracelet, handbag atau clutch dan tidak dilupakan juga sepasang kasut pilihan anda sama ada ballerina flat, wedges ataupun high heels.




Beli busanaMuslimah moden di Zalora dan serikan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda dengan koleksi baju raya terkini 2014 di laman sesawang mereka untuk tahun ini. Zalora menawarkan pelbagai jenis baju raya yang pastinya akan menambat hati anda dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Rebut peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif daripada pereka-pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rizalman Ibrahim dan Syaiful Baharim untuk 2014 di Zalora Malaysia!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...