Saturday, 7 April 2012

deko rumah lagi...

Sejak ada rumah sendiri ni, tak habis2 cerita pasal deko2 rumah...hehe...betul org kata, dah duduk rumah sendiri nant mcm2 la nak buat..duit je yang kene sedia....


1) saya tukar cermin tingkap dapur saya...cermin yang dulu terlampau tak privacy..tak kira siang atau malam, kita leh nampak org dari luar tingkap dan org luar pun leh tengok kita dari dalam rumah...tu jiran blakang rumah tak duduk lagi..nantkalau dah duduk jenuh nak pakai tudung bila masuk dapur..hehe..akhirnya suami saya tukarkan tingkap tu pada cermin kabut...kira tak nampak org luar dan org luar pun semestinya tak nampak kita...hehe


dah tukar cermin kabut....br tak rasa diperhatikan..hehe




2) disebabkan mcm tak cantik je jemur baju kat depan rumah, saya dan suami decide nak beli ampaian yang terlekat di dinding tu..selain lagi nampak kemas, ia juga leh jimatkan ruang..al maklumla rumah bukanya besar..apa yang penting tak menyemakkan ruang depan rumah.

 sebelum ni ampaian kat depan rumah..time sidai baju mcm tak cantik sgt pandangan

ni baru best..letak kt ruang membasuh dan jimatkan ruang...



3) Dengan berita baik kakitangan awam dapat kenaikan gaji sebanyak 13%, kami berhasrat nk tiles kan ruang car porch yg ada tanah sekangkang kera tu..mula2 rasa sayang tp memandangkan rumah kami ni cuma car porch je panjang tp tak lebar sgt terus terfikir nak tileskan semua tanah kecik tu...bukan apa bila dua2 kereta parking sebelah2,mmg seksa la nak bukak pintu kereta..ruang sempit sgt...sib baik i kurus.....hahaha...tp plan je yang ni..tak buat lagi..masih berfikir2 nak bt design mcm mana...biar nampak lain dr yg lain..hahaha..koyya...ntah2 tiles kan sama mcm tiles car porch asal..tunggu dah lihat...huhuhu


 erm..tengok space antara kereta tu sempit bila nk bukak pintu..kalaumasuk 3buah kereta lagi berasak asak..haha

confident je nak tiles, sekali p tanam rumput...hahaha.masih ada masa utk berfikir fikir...



       yang dalam rumah pun byk lagi tak selesai, dah pk luar rumah..hehehe

Wednesday, 4 April 2012

tempoh penyimpanan susu perahan

sumber dari  facebook breastfeeding zone

cara penyimpanan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan untuk diberikan pada bayi sepanjang ketiadaan ibu bersama bayi. Susu ibu mengandungi sel hidup, oleh itu susu ibu yang diperah perlu disimpan dengan kaedah yang betul untuk memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu sebenarnya mempunyai bahan anti-bakteria yang membolehkannya kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

♥ bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)
♥ bekas kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)
♥ breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu

Susu ibu yang diperah boleh disimpan di dalam keadaan dan tempoh masa berikut:

♥ Di dalam suhu bilik (19 hingga 26 °C), tahan sehingga 4 jam
♥ Di dalam bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), tahan sehingga 12-24 jam
♥ Di dalam peti sejuk (kurang 4 °C), tahan sehingga 7 hari
♥ Di dalam peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C), tahan antara 3 hingga 6 bulan

Expressed Breast Milk (EBM)

Panduan asas penyimpanan susu ibu:

♥ Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh dengan bersih menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan dengan sempurna sebelum digunakan
♥ Catatkan tarikh perahan pada bekas susu sebelum menyimpannya
simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
♥ Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
♥ Susu yang hendak dibekukan sebaiknya hendaklah disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
♥ Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
♥ Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
♥ Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk

Maklumat Tambahan

1. Susu yang diperah di pejabat boleh disimpan di dalam peti sejuk di pejabat (jika ada) dan dibawa balik menggunakan cooler bag yang berisi ice pack yang mencukupi untuk perjalanan pulang ke rumah (walaupun perjalanan ke rumah hanya 10 minit, pastikan susu perahan kekal sejuk). Sampai di rumah, bolehlah pindahkan ke peti sejuk di rumah sama ada hendak letakkan di bahagian bawah (sejuk biasa) atau di bahagian atas (freezer). Tidak digalakkan membekukan susu semasa di pejabat kerana susu beku lebih sukar diuruskan (kerana kita perlu memastikan ia dibawa balik dalam keadaan beku dan tidak boleh mencair walaupun sedikit).

2. Jika susu beku sudah mencair (walaupun sedikit), susu tersebut tidak boleh lagi dibekukan semula. Ia perlu disimpan di bahagian bawah (bhg sejuk biasa) malah perlu dihabiskan (digunakan) dalam tempoh 24 jam dari masa ia mula mencair.

3. Susu perahan lebih baik disimpan di bahagian sejuk biasa berbanding bahagian beku (freezer) jika susu perahan itu adalah stok untuk beberapa hari. Sekiranya pada hari ke-5 susu perahan tersebut belum digunakan maka bolehlah naikkannya ke bahagian beku untuk memanjangan tempoh hayatnya.

4. Susu perahan yang dibekukan akan kehilangan beberapa nutrien dan antibodi akibat proses pembekuan namun komposisinya masih JAUH LEBIH BAIK berbanding susu formula. Oleh itu ibu perlu memberi susu segar (secara direct feeding), susu perahan yang disejukkan dan susu perahan yang dibekukan untuk mengimbangi keperluan nutrien dan antibodi bayi.

5. Susu perahan yang telah dipanaskan, diberikan kepada bayi tetapi tidak habis diminum. Ibu-ibu masih boleh menyimpan susu tersebut ke dalam peti sejuk semula untuk penyusuan berikutnya (anggaran masa tidak lebih dari 2 jam). Jika pada penyusuan kedua tidak juga dihabiskan maka susu tersebut perlu dibuang.

Sumber: Le Leche League

petikan diambil dr facebook breastfeeding zone






ini gambar dari sumber saya sendiri..hehehe...time bwk balik stok susu dari kg ke kajang..kumpul time pantang kat kg ni..perjalanan kan ambik masa dlm 6 hingga ke7jam..so cara terbaik nk pastikan susu tu elok, letak kan dlm tong mcm kat atas ni..tak silap tong putih yang biasa org letak ais pun boleh..beli ais byk2 n masukkan storage bottle sekali ngan ais dlm tong tadi..saya selang selikan dengan garam time letakais tu....ada orang bagitau saya tabur garam leh kekalkan suhu ais tu so ais lambat la nk cair...

Saturday, 31 March 2012

susukan ikhlas = mama berani????

BERANI????hehe..dah byk hari nak post entri ni tp tetap tak ada peluang nak mengadap laptop lama2. Ni ha peluang keemasan utk bercerita or dgn kata lain peluang update blog...dpt ketenangan berada depan laptop setelah suami dan ank2 berada dalam kedaan seperti dibawah...huahuahua....

pantang ada peluang...tdo je la dia....apapun letih jaga ikhlas demam semlm pun ye..mama berjaga tetap maintain tak ngantuk...hehe

sofia mkn ubat selsema terus tertdo...

ikhlas tdo lena sgt2 lepas balik klinik tadi...panas semakin berkurang...

mama?

ni mengadap laptop..maintain tak ngantuk walaupun bdn letih tahap gaban.......


kembali pada misi yg asal.. susukan ikhlas=mama berani????  cerita nyer tak best pun...hahaha...sebenarnya saya ni bukan la seorang pemandu kereta yang hebat...penakut nak mampus juga......teringat kisah awal2 boleh pindah kajang ni....suami bagi kereta dia suruh berulang p sek..menangis siang mlm nak bwk kereta manual ni...suami pun mengajar kadang2 termarah..hehe..ter tu...

disebabkan saya penakut dan saya kurang keyakinan diri bwk kereta manual,saya lagi rela bwk motor p kerje..bygkan time pregnant kan sofia, saya merempit..hahaha...dah tak ada jln penyelesaian..suami pun tak boleh ckp apa dah....terima je la kelemahan wife dia...dengan rela keluarkan duit belikan motor lagenda hijau....di sekolah, legenda hijau saya jadi kegilaan student2 saya..huhuhu...selalu kata..pacak cikgu..pacak cikgu......giler nk pacak..terkeluar ank cikgu nant oi..haha.......

setahun umur sofia...suami saya pun dah tak rela sgt2 tengok wife dia bwk motor..kadang2 berhujan pergi dan balik keje....letak motor kat umah..berpayung plak p ambik ank..bygkan kesusahan waktu tu.....memandangkan kewangan semakin baik, bersempena besday sofia, suami hadiahkan mama sofia sebuah kereta auto..hehe..sian sofia..besday dia..mama dpt hadiah..dptla sebuah kelisa biru yg amat saya syg....

dengan kereta auto ni la bermulanya episod saya drive p keje..senang giler2 la dah ada kereta..kadang2 langkah pjg smp ke serdang..tp serdang dan nilai je tempat yg paling jauh saya drive..penakut punya pasal...haha...kalau parking kereta lg panakut..cr tempat parking yg kiri kanan tak ada kereta baru saya parking..yg kelakar nyer nak p pej pos tak smp 15 min tp cari parking sampai sejam..nk cr parking yang kiri kanan tak ada kereta punya pasal...

tu kisah 3 thn lepas...cewah...ayat belagak...skarang dah pindah umah baru...umah ke sek jauh sikit dr dulu...hantar ank2 p  umah pengasuh kat kwsn umah sewa dulu yg tak jauh dr sek..perjlnan menempuh byk trafic light...jln semestinya sibuk dan byk kereta..yela..jln menuju ke bdr kajang kan..kira tu je laluan utama...saya semestinya menempuh satu perjalanan yg amat lama kalau dua2 ank saya meragam dlm kereta..biasanya si kecik ikhlas la yg meragam..sofia dah besar...tak kisah pun duk blakang..menangis tak pernah jugak rasanyer..cuma bila time jem dia bising sikit..teruskeluar soalan mana abah ma? mana tok ma? semua2 la..adik plak kalau panas mula la melalak....kadang2 saya plak rasa nk menangis..hehe..

apa yg berani? disebabkan terlampau terdesak dan tension dgr ikhlas menangis time saya drive, dicampur plak dah lmbt nk masuk kerje, saya yg penakut drive di jln raya bertukar jadi berani..saya ambik ikhlas dari baby carseat dah letak diatas saya.saya susukan dia sambil drive..huhu...mcm merbahayakan...tp saya terdesak..nak berhenti lagi susah..nant jln nangis lagi..kalau saya susukan terus senyap....

saya tahu ramai juga ibu2 kat luar sana pernah buat kan..skarang baru saya faham kenapa ada ibu2 yg sanggup bt mcm ni...terdesak punya pasal...bg susu terus baby senyap dan kita boleh drive dgn tenang..tp saya tak adalah bt aksi ni setiap hari..bila time terdesak sgt2 br buat..hehe...kalau boleh mengelak saya cuba elakkan...bukan apa, tak elok jugakan...mebahaya...tp tula...saya nk cerita, semangat menyusu ni boleh membuatkan saya jd berani...sayapun semakin yakin drive skarang. ank2 jd sumber keyakinan saya....bila terdesak, penakut pun leh jadi berani...so...renung2kan la..ermmmmmmmmm.........


saya mmg tak ditakdirkan utk drive kereta ini...huhuhu


lagenda hijau yang aku syg...skarang dah jadi milik hasben ku..huhuhu




kelisa ku yang masih berkhidmat utk aku dan ank2

Friday, 23 March 2012

medela swing mudah masuk air????

baru je post entri pasal I LOVE MEDELA SWING (http://www.anakmamamanja.blogspot.com/2012/03/medela-swingi-love-u.html), tiba2, medela swing saya buat hal....alahai cuak+ risau+ gelisah+ tension+ nak menangis time tu..tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan....otak terus pk..kalaula rosak nak kene p servis mest mkn masa berminggu gak..mest nak mencari pump yang sesuai n murah sementara tunggu elok dari servis...takkan nak beli yang mahal kot..time tu sempat lagi terfikir..tak kan swing saya ni merajuk sebab entri yang saya tulis nak tukar pada freestyle..hahahaha...


alkisahnya.....hari2 rutin wajib saya di sek mcm biasa la..masuk surau dan pump susu....sambil2 pump borak2 ngan kwn2 yang kuar masuk solat...tengah syok2 pump tiba2 saya terkejut tengok susu saya masuk kedlm tube breastpump n nak menuju ke motor pump...bukan setakat menuju tapi dah masuk kot dlm motor tu..tapi bukan dlm kuantiti yang byk sebab saya cepat2 tekan button off...eh..naper ni?dlm hati saya..sepanjang saya guna ni la kalipertama jadi mcmni...saya keluar dari surau dan cucikan tube yang masuk susu tadi..kwn saya yang duk dlm surau plak siap tunggangkan breastpump saya..takut rosak katanya..tq kak ain...


kemudian saya pump lagi..dlm 5min jadi lagi..saya dah jadi makin risau....keluar cucikan tube lagi....kwn yang kuarmasuk pun ada yang membantu...ada yang suruh sedut susu dari motor tu guna tube la...suruh bukak cover la...mcm2 la..last2 saya restkan pump tu sekejap..taklama past tu sambung balik...


kali ke 3 guna pun jadi gak...saya dah mula panik...tp masih cuba menenagkan diri....saya letak dulu breastpump dan solat asar...selepas solat rakan pump saya kat sek..hazlina pun masuk nak mengepam...saya bgtau dia..dia pun kata..oo.dia pernah gak jadi..dia suruh saya letakkkan breastpump tu tinggi dari saya...kataya baru tak masuk..bila fikir2 balik..betul la..kan tekanan tu...kalau letak rendah mmg mudah la mengalirke motot pumpkan...saya pump bt kali ke 4..alhamdullilah elok..boleh la saya bwk balik 12oz susu hari tu..tq hazlina...


mlmnya saya mcm biasa buka facebook kump ibu2 menyusu dan postkan masalah sayatadi..salahseorg kwn fb ni bgtauyang medela swing ni mmg mudah masuk air..air susu agaknya...dia kata kalau jadi mcm tu..biarkan pump tu on selama setengah jam..supaya dpt keringkan susuyang mayb termasuk dlm motor tu...ooooo..mcm tu caranya....tenang sgt2 saya lepas tu


skarang dah ok..setiapkali pump mmg letak motornya atas dari saya...contohnya letak atas kerusi, saya bersila je la atas lantaitime pump...selesai satu masalah dan dapat petua2 menjaga breastpump ngan baik..hehehe..tq kwn2....ilmu utk dikongsi bersama kan...

Wednesday, 21 March 2012

MEDELA SWING....I LOVE U.....

Cinta hati saya yang terbaru ialah medela swing.....kalau sehari tak jumpa mmg susah hati...bagi saya medela swing amat membantu saya untuk mencapai misi fully breastfeeding sehingga umur ikhlas 2 tahun....


time breastfeed sofia dulu, saya mmg tak tahu dengan kewujudan breastpump yang canggih manggih ni....mmg langsung tak pernah bt reseach pasal breastpump ...time tu hanya fikir, mama yang bekerja tak boleh fully breasfeed, tetap kene campur susu fomula..dengan tak ada pengetahuan dan tak ada sokongan, saya cuma leh susukan sofia smp umur dia 8 bulan shj....seterusnya my sofia minum susu lembu je la..huhuhu...


dulu time bengkak susu, suami belikan breastpump manual..saya masih ingat jenama pureen...pump jugak la saya time tu..dah la bengkak susu tu sakit...pump plak lagi la sakitnyer...kadang2 ngeri nak pump....hasilnye cuma 1 hingga 2 oz shj..teringatkan sakit nk pump, saya terus simpan breastpump tu...tak kuasa nak guna..time bersama ngan sofia saya direct feeding dia..tp time hantar pengasuh saya bekalkan susu fomula je la....tak tahu pun time tu leh simpan2 susu bt stok smp leh tahan berbulan bulan...teramat rugi saya time tu....sofiaselalu kene batuk...selsema..demam dan antibodi dia mmg tak kuat langsung....


BILA SAYA MULA TAHU KEBAIKAN DAN CARA BETUL MENYUSU SECARA EKSKLUSIF?


saya mula teruja nak fully breastfeeding ni bila ada seorang kwn ceritakan pada saya tentang pengalaman dia....dia la jadi titik mula saya kenal tentang dunia breastfeed ni....sejak dari situ saya mula buat research..bt bacaan..melawat blog2 ibu2 yang fully brastfeeding..pernah saya menangis bila baca blog ibu2 breastfeeding..bukan sebab cerita dia sedih tapi sebab menyesal tak tahu pasal penyusuan eksklusif ni time lahirkan sofia dulu..punya la teruja membaca dan menimba pengetahuan pasal breasfeeding ni,susu saya yang kering seawal usia sofia 8 bulan tiba2 keluar....ntah hormon apa yang merangsang pengeluaran susu time tu saya pun tak tahu..tp sebulan lepas tu saya pregnant kan ank ke 2..amar ikhlas...


APA TINDAKAN SAYA SETERUSNYA???


saya selalu ceritakan pada suami yang saya nk susukan ank ke dua ni secara eksklusif....suami saya angguk mcm setuju..tp tak nampak sgt dia betul2 teruja ngan misi saya time tu....membantah pun tak....sepanjang pregnantkan ikhlas saya mula mencari breastpump yang tahan lama, senang nak guna dan yang penting menjimatkan masa serta tak memenatkan tgn...sebenarnya pemilihan brastpump ni adalah kehendak individu..ada je yang menggunakan jenama yang biasa dan harganya murah tapi susu yang diperoleh time pump teramatlah meriah...so saya tak boleh nak jamin penggunaan breastpump yang mahal leh membantu ibu2 mengepam susu dengan byk..semua bergantung kepada cara dan masa ibu2 tu pump susu...


apapun saya mmg dah ada pengalaman menggunakan pump manual...so saya betul2 serik...sebab tu mencari yang lain..kwn yang saya ceritakan tadi juga memperkenalkan saya dengan beastpump jenama medela ni...dia kata tak sakit langsung bila pump..setelah bt perbandingan ngan semua jenama akhirnya saya mmg tertarik ngan jenama medela jugak..walaupun harganya boleh tahan juga mahal tp saya tak kisah...terbaik utk ank2..


MAIN KUTU BELI MEDELA SWING...


breastpump medela ni ada byk jenis...ada yang medala harmony, medela swing dan yang menjadi impian saya smp sekarang medela freestyle...


nak beli freestyle mmg tak mampu time tu...dengan nak masuk umah baru lagi..duit mmg byk nak guna...at last saya ambik keputusan beli medela swing...harganya rm600...tu pun saya tak beli cash..tp beli secara kutu di kedai brastpump dlm facebook..hehehehe..tiap2 bulan byr rm150 selama 4 bulan...punya la susah nak dapatkan medela swing dan punyala semangat..saya sorang2 je time tu..tak ada sokongan dari sesiapa..saya tekad jugak...sebab tu saya syg sgt dengan medela swing saya ni.


skarang dah 3 bulan 3 minggu saya menggunakan khidmat medela swing saya...stok susu mmg belum pernah terputus lagi..masa saya mengepam pun tak lama mcm saya gunakan breastpump manual..hasil susu pun alhamdullilah meriah..hehehe...walaupun saya ada menyimpan perasaan nak tukar pada freestyle tp saya rasa teramat syg nk tinggalkan swing ni....i love u medela swing...moga boleh terus berkhidmat dengan saya sehingga umur ikhlas 2 tahun...now suami saya adalah antara org yang byk menyokong saya meneruskan hasrat susukan ikhlas secara eksklusif...maybe dia dah dapat lihat hasil yg baik kot...siap berkongsi cerita ngan saya pasal kwn di tempat keje dia juga fully breastfeed..bersemangat dia bercerita...alhamdullilah...terima kasih juga pada kwn saya siti noraishah.. juga tak lupa pada mak saya yang byk sgt memberi sokongan...terimakasih semua...













Tuesday, 20 March 2012

sofia terkencing di metro point.....

hikhik..semlm dah post entri pasal si adik..now stori mori pasal kak sofia plak...byk nk citer ni...nk start dr mana ye....ok kita mula ngan kisah sofia terkencing di metro point...hikhik...bermula umur sofia 2 thn setengah, saya dengan penuh semangat men potty train sofia...kisah train sofia ada saya coretkan dlm blog ni..ni link dia http://www.anakmamamanja.blogspot.com/2011/07/potty-train-yg-mengajar-erti-kesabaran.html#comment-form  time tu mcm2 perasaan saya lalui..pernah saya menangis smp teresak2 utk beberapa kali coz tak tahan sabar nk marah bila dia kencing tak bagitahu....mmg potty train mengajar erti kesabaran buat saya..apapun saya tak pernah putus asa....train n terus train smp sekarang la....at last doa saya dimakbulkan oleh Nya.


now sofia dah pandai kencing sendiri...Alhamdullilah syukur sgt2...berak pun sendiri...time dia rasa nak ke toilet dgn sendirinya berjln..buka seluar n masuk toilet..dah siap kencing or berak baru dia panggil....syukur sgt2 dah pandai kakak berdikari....kalau time nak berak dia akn ambik sendiri pelapit tandas utk kanak2 n letak atas tandas duduk..naik sendiri....ish boleh dikatakan semua sendiri la..terasa senang sgt2skarang..cuma time basuh tu kita la kan..saya masih tak percaya la dia yang basuh sendiri....


dulu tak berani lagi tak pakaikan pampers time nk p jln2...skarang saya dah semakin yakin...abah sofia la yang mula2 train sofia tak pakai pampers time p jln..alhamdullilah boleh juga, cuma minggu lepas ada kes sofia terkencing di metro point...hahahaha...2 minggu lepas kami ke metro point gak tapi tak plak dia terkencing..minggu ni p..aduh terkencing plak....sejuk sgt kot..hahaha....apapun, saya tak kisah..peringkat umur ni ,dia masih belajar lagi..mayb ada masa dia akan terlupa..tambah2 tengok ramai org di shopping complex..sebab tu kot jadi terlupa...tp beberapa jam lepastu dia nak kencing lagi..kali ni dia bgtau..hehehe....kes kecik je tadi rasanya...kalau tidur plak masih kami pakaikan pampers..nant besar sikit lagi nak train plak tak pakai pampers time tidur...di rumah pengasuh???? yihaaaa..dah tak pakai pampers gak...pengasuh sofia kata mula2dia malu nk bgtau tp skarang dah ok..tak ada kes terkencing n terberak lagi setakat ni..hehehe


ma ..ya nak olah..........(mama ya nak sekolah).....


hah.....anak saya dah mula merenget nk ke sek...lambat tengok taska mest ckp nk sek..kadang2 tak tahu nk jawab mcm mana..setiap kali ambik dia dr umah pengasuh, mest dia akan ckp nk psek..bila tengok bas sekolah je mula la dia...nampak mcm kakak sofia ni dah ready nak ke sek.......tp saya n suami mmg nak tunggu 4 tahun baru hantar....byk saya dengar cerita akak2 di tempat keje bgtahu anak mereka cepat boring bila hantar ank ke sek awal sgt...pernah suatu pagi sofia nk mandi awal...kebetulan hujung minggu time tu...suami saya pun mandi n siapkan sofia..sekali dia bwk beg n cakap nk naikbasikal..kami pun biar je la...rupa2nya dia bwk beg n nak naik basikal p cari sek....jenuh juga la si abah memujuk cik kak ni..satu taman dia round cari sek..hehehe.kesian plak..skarang bila sofia ckp nk sek..saya suka jawab mcmni " ok..thn depan mama hantar sofia sek..tp sofia kene pandai baca a,b, c dulu...kene rajin baca buku, tak boleh malas mengira 1,2,3...boleh?" dan jawapan si kecik sofia...otey(ok) dengan nada suara yang amat cute,,hehehe...hasilnyer sofia nampak semakin rajin mengadap buku...1,2,3 mmg dah ok..one two three pun okla..abc tu mmg tahu abc je la..yang lain2 kene ikut..alif ba ta pun cam tu gak...doa pun boleh ikut2 saya dan suami la..apapun nampak dia semakin rajin....bila ank2ni nak kan sesuatu, tak payah paksa..dia sendiri yg buat kan...


SOFIA PENYANYANG????




mmg saya tak sangka sofia adalah seorang kakak yang penyayang..dulu ingatkan dia akan cemburu bila dapat adik...dia akn meragam n buat perangai yang bukan2 bila dpt adik..tpsangkaan saya semua meleset...spfia seorang yang amat penyayang......setakat 3 bulan 3 minggu usia adik ikhlas, sofia belum pernah pukul atau gigit adik....kalau dulu setiapkali bgn tidur cari abah atau mama..skarang bgn tidur ayat pertama dia..eh mana adik???best kan.....kalau ayun adik mest nyanyi lagu ayun adik ayun..lucu bila tengok..adik plak senyap je dengar kakak nyanyi...hehehe....kalau mamadah lewat nak solat tpadik tak tidur lagi..kakak sofia la tolong tengok2kan.....mmg tak percaya tptu lahakikatnyer......Maha Besar kuasa Allah menyelitkan perasaan kasih syg pada budak berumur 3 tahun pada adiknya..menyelitkan erti tanggung jawab pada adiknya....apapun saya tak ada la biarkan shj sofia ngan ikhlas..ye la..nama pun masih budak..kadang2 adik dia nangis dia duk syok tengok astro ceria....mana nak melayan si adik..kita sebagai mama la kene pandai tengok situasikan...

SOFIA PEMBERSIH????

skarang sofia dah pandai sgt bezakan kotor dan bersih..kalau pakaian dia tak boleh kotor langsung..kalau kotor sikit mest "ma ukor aju lain la"....ayat dia..hehehe....kalau kaki terkene pasir or slipar basah sikit mula la mulut tak berhenti..ma kotor lah.ulang byk kali smpbosan mama dia mendengar......semlm saya baringkan ikhlas atas toto depan tv..mulut saya plak terasa nk mkn  mempelam yg mertua bagi hari tu..saya ambik n makan dekat dgn ikhlas di atas toto...sekali cik sofia ni nampak...dia pun bt dialog"eh mama.....muka terkejut..."angan la..otor tu"...."apa mama ni"..alahai malunyerpada ank sendiri...terus saya keluardari kwsn toto sambil kata..ok2 mama minta maaf, mama tak ingat...hehehe...dulu saya yg ajar dia..skarang dia plak yang ajar mama dia..hehehe...

apalagi ek...rasa mcmbyk nk cerita tapi dah byk lupa...hehehe...utk kali ni..yg ni dulu la..nant update lain plakbila ingat pasal kakak ni....hehehe..apapun i love u sofia....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...