Monday, 9 June 2014

Baucer rm100 zalora

Salam.....

Baru ada kesempatan waktu bercerita pasal baucer zalora. Banyak sangat agenda sejak akhir2 ni. Dengan keadaan diri yg menanti hari je ni. Now dah 38 minggu 1 hari. Kertas exam masih ada 3 kelas belum bertanda. Kenduri kawin adik di Kulai dan yang baru je lepas kenduri sambut menantu di kampung saya. Penat usah cakap la. Apapun semua tu saya cerita kemudian2 la ye. Ikut urutan. Kalau tak lupa nanti. Berderet entry menanti. Takpe2. Cuti bersalin lama. InsyaAllah ada masa. hehe

Kalau korang perasan, 2 minggu lepas saya ada post kan entry pasal iklan dari zalora. Mula2 terima email dari zalora, mmg terasa malas nak reply. Sebab utama adalah terlampau banyak kerja dan kepenatan badan yang menjadi jadi sejak sarat ni. Seperti biasa hasben saya la pendorong dan penyokong utama saya. Dia suruh reply jugak email. Manalah tahu dapat hadiah ke apa katanya. Saya pun buat muka malas. Haha. Tapi dah ada pendorong jadi semangat tu up sikit la kan.

Slow2, saya mula terjah blog2 orang yang pernah kerjasama dengan zalora ni. Hasilnya amat menarik. Katanya boleh dapat baucer rm50 untuk beli barang dari zalora jugak. Email dibalas dengan cepat dari pihak zalora. Lagi2 la tergoda kan. Bukan susah pun. Entry pihak zalora dah bagi. Kita edit sikit2 ikut style penulisan kita, past tu post kan kat blog. Senangkan. So, apa lagi, terus reply setuju.

Ni email dari zalora yang mula2 saya dapat
Lepas reply email ni, saya mmg dapat respon yang cepat dari pihak zalora. Bermula dari email saya setuju untuk bekerjasama sampailah email baucer dari zalora. Yang bestnya, baucer yang saya dapat bukan rm50 tau tapi rm100. Rezeki datang jangan ditolak. Nasib baik dengar cakap hasben. Kalau tak melepas kan. Ada jugak faedah ada blog ni sebenarnya.

Lepas diberi baucer dari zalora untuk beli barangan dari zalora jugak, saya pun mula la mencari baju muslimah yang ngam2 harga dengan baucer tu. Baru first time shopping zalora. Banyaknya pilihan. Pelbagai fesyen. Mudah dan senang. Harga plak dari yang rendah sampailah yang paling tinggi. Pilihlah ikut kemampuan masing2. Saya betul2 jatuh hati ngan zalora lepas shopping hari tu.

Zalora punya servis pun tiptop tau. saya order hari ni, esoknya dapat barang. Memang puas hati sangat. Korang patut cuba. Cewah. Iklan tak berbayar pun. Just cerita pengalaman sendiri.

Dah sampai.

Antara yang ada dalam plastik GDEX

Invois. Satu lagi, boleh tukar barang tau kalau tak sesuai ngan size or barang yang smp tu rosak ke apa. Tak silap dalam masa 2 minggu.

Dapat card zalora. Terus jadi member. Yang hitam tu tali tape. Cantik kan

Ni dia baju yang saya pilih

Tak sabar nak pakai. Tunggu perut ni kempis dulu.. hehe

Tq zalora..



Friday, 30 May 2014

Abadikan kenangan di ruang tangga

Salam....

Amboi tajuk....huhu.....

Kenangan yg bukan senang nak dpt kan..ntah2 sekali ni je seumur hidup..rezeki dtg jgn ditolak...

Ala bukan kenangan apa pun....pasal rumah masuk majalah harmoni..rumah org masuk majalah berpuluh kali pun tak kecoh nak heboh2 abadikan kenangan pun kan....sy je yg lebih2..miahaha...

Apapun....bg sy n hasben, ianya tetap kenangan indah kami....mest diabadikan dlm frame..baru semangat deko tak akan pudar..haha....ank2 pun suka tau...."muka kakak masuk majalah..muka adik masuk majalah"...mana la tahu lepas ni muka baby baru plak masuk majalah....hihi.....rezeki dr Allah sape nak tahu kan....ni pun mcm mimpi..rumah tak seberapa pun...budjet pun ciput..semua buat sendiri ikut selera hati....rupa2nya ada org yg tertarik hati....alhamdullilah...apapun sy masih kecil di dunia deko2 ni...apa yg ada dikongsi bersama supaya dpt belajar dr org lain jugak...rumah sy pun tak cantik mana....tp yg tak cantik..yg kecik n yg biasa2 tu la syurga kami....tak salah kita cantikkan utk kepuasan kita kan..sambil2 bg semangat pada kwn2 lain juga...segala2nya bermula dr syurga kecil ni..ank2 belajar n membesar pun di dlm syurga kecil ini...so manfaat kan la ia sebaik mungkin...betul tak???

Dah malalut.....jom tengok gambar....







Friday, 23 May 2014

Little caliphs sports day

Salam....

Cerita dah basi...lantak la..nak jugak update....untuk kenang kenangan....tarikh pun saya dah tak ingat sebenarnya..haha...punya lama dah berlalu..demi ank manja, nak jugak update....

Ok....sports day sofia kali ni lagi happening dr tahun lepas....sekolah pun berbeza kan...suasana pun tak sama...sports day ni berjalan serentak dengan 2 lagi cawangan little caliphs yg lain.. meriahnya usah ckp...dengan pelbagai ragam ank2 kecik comel berumur antara 4 ke 6 tahun...

Sofia plak semangat nak bersukan...dah ada pengalaman tahun lepas kan...so tahun ni dia mmg faham apa tu sports day...blur2 dah tak ada..bila tengok budak 4 tahun bersukaneka teringat plak sofia tahun lepas...tahun ni kakak hebat..bolot no 1 dlm 2 acara yg dia masuk...acara semua berkumpulan la..tp nampak sofia cergas n fokus sepenuhnya pada acara yg dia masuk...tahniah kakak..mama terharu n bangga dengan kakak....hehe...


Smp2 je kene pakaikan sofia mcm ni...yg kat kepala n pinggang tu..
Kemudian teacher kumpulkan sofia n kawan2 dlm bilik persediaan  ni...dapat roti tp sofia tak mkn pun sbb dah breakfast kat rumah dulu...parents plak kene tunggu kat bawah je..
Perarakan masuk...bacaan doa dan menunggu acara masing2 bermula
Ni acara 1st....lengkapkan puzzle jam tu..kene merangkak bwh tali sebelum lengkapkan puzzle...past tu merangkak balik utk past pada kwn lain plak...alhamdullilah no 1..
Ni acara kedua...kene bwk bola celah kangkang pastu labelkan anggota bdn upin tu...dan sekali lagi kump sofia dpt no 1...seronok sgt mama sofia..haha...
Acara penyampaian hadiah..tahniah ank manja mama nur 'ain sofia..
Tak lama lagi kami berlima..hehe...thn dpn turn abg teh plak...kakak kene kekalkan kejuaraan la ni..hehe..baby kakak n abg teh melompat lompat dlm perut nak tengok kakak n abg teh tahun depan...

Tuesday, 20 May 2014

ZALORA:::Busana Muslimah Moden Online

Salam.....

Bulan puasa dah tak lama kan...raya pun akan menyusul ....korang dah cari2 baju raya ke?..Sekarang dah tak payah nak susah2 menapak dari satu kedai ke kedai yg lain, tambah2 yang ada ank2 kecik..lagi2 la malas nak berjalan jalan sambil melayan kerenah anak2..boleh pitam...

So...jalan paling mudah..jom kita shopping busana muslimah moden online dari Zalora...meh...saya bwk korang semua cuci mata ngan saya..bekenan leh beli terus...






Dewasa ini kita dapat lihat perkembangan trend fesyen Muslimah terkini yang cukup pantas berkembang di pentas-pentas peragaan tempatan. Malah atas usaha para penggiat industri fesyen, trend ini semakin mendapat perhatian di peringkat global. Kemunculan banyak pereka fesyen tempatan yang berbakat turut mencetuskan revolusi yang sudah lama dinantikan ini. Penglibatan nama-nama besar dalam mengetengahkan fesyen Muslimah keperingkat antarabangsa membuahkan hasil kerana semakin mula mendapat tempat dan diterima ramai. Para pencinta fesyen tanah air telah menyaksikan kebangkitan trend gaya Muslimah dalam skala yang cukup besar. 

Ini telah menambahkan populariti trend pakaian Muslimah ditambahkan lagi dengan beberapa unsur yang diketengahkan menampakkan keistimewaan terhadapnya. Para pereka fesyen kita telah hadir dan akan terus menghasilkan koleksi busana Muslimah daripada pakaian tradisional wanita yang biasa namun ditambahkan dengan unsur-unsur lebih komersial. Dress Muslimah kini boleh didapati dengan rekaan yang lebih moden dan stylish lantas membuka lebih banyak peluang untuk para pembeli pilih.




Tidak dilupakan jugak ini lebih banyak variasi daripada segi jenis pakaian, warna dan size yang pastiakan membuatkan anda kelihatan lebih anggun dan mempesona! Antara baju Muslimah yang sering mendapat tempat adalah seperti baju kurung moden, kaftan moden, jubah moden, baju peplum kurung dan baju peplum.




Menggayakan busana Muslimah moden amatlah mudah terutamanya jika anda berikan sendiri sentuhan kreatif bagi kelihatan lebih menyerlah dan selesa. Antara aksesori yang sesuai untuk dipadankan dengan baju anda ialah sudah tentunya tudung terkini ataupun shawl, bangle, bracelet, handbag atau clutch dan tidak dilupakan juga sepasang kasut pilihan anda sama ada ballerina flat, wedges ataupun high heels.




Beli busanaMuslimah moden di Zalora dan serikan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda dengan koleksi baju raya terkini 2014 di laman sesawang mereka untuk tahun ini. Zalora menawarkan pelbagai jenis baju raya yang pastinya akan menambat hati anda dengan harga yang cukup murah dan berpatutan. Rebut peluang untuk mendapatkan koleksi eksklusif daripada pereka-pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Hatta Dolmat, Rizalman Ibrahim dan Syaiful Baharim untuk 2014 di Zalora Malaysia!

Wednesday, 14 May 2014

tirai or bidai di bilik anak2

Salam....

Fuh..berderet n3 tertangguh....kadang2 dah tak kuasa nak meng update n3..huhu...ni pun duk sebelah si ikhlas yg baru lepas mengamuk sbb tak bg kakak dia pakai sweater kakanya sendiri...korang paham??? Haha....mama dia pun tak paham...miahahaha...apapun kakak n abah si ikhlas ni dah selamat bertolak p kerja n sofia p sekolah seperti biasa...saya n ikhlas je duk bersenang lenang atas tilam ni....jgn jeles..i kerja ptg..hehe...

Ok...kembali pada tujuan asal....mulanya saya p terjah nilai 3 utk survey brg2 kawin adik..ni dah berlaku 3 ke 4 minggu lepas..haha....dah hampir sebulan noora oi...kecoh nak cerita lagi...nak di jadikan cerita...tgh2 syok survey brg2 kawin, ternampak la plak tirai yg sama mcm saya letak kat wet kitchen saya...terus dtg idea nak letak bilik ank2....sbb terasa simple n kemas pasang tirai berbanding pakai langsir fabrik di bilik ank2...lg pun tirai ni ada 2 fungsi..boleh nak block cahaya n boleh pusing utk dptkan cahaya...so apa lagi, operasi tawar menawar pun bermula....

Saya pilih tirai yg 4 kaki lebarnya sbb tingkap 2 panel kan...harga yg tauke kedai nak bg rm180 utk satu tirai...alahai..mahal la wei...nak beli 2..dah jadi rm360..lagi pun beli yg dkt wet kitchen dulu pun baru rm150 satu...yg lebar 5 kaki plak tu...tak puas hati lagi..mintak lagi kurang..dari rm180 ke rm150..past tu rm140..past tu rm130...past tu rm120...last2 sy dpt rm115..hahaha.....yg ni last price...penat tawar menawar ni tau...terus angkat 2..rm230...hah..jauh kan beza dari harga asal...nak hidup pandai2 la kan...

Hasilnya ialah....

Ni di bilik sofia..tirai ni di tutup dr masuk cahaya
Ni plak bila buka....


Ni utk bilik ikhlas

Perbezaannya???? Saya rasa ruang bilik lagi nampak luas bila pasang tirai berbandig pakai langsir fabrik..senang cuci...utk bilik ank2 kecik saya ni mmg sesuai sgt2..puas hati n tenang fikiran..hahah...

Jom tengok perbezaan sebelum n selepas...

Sebelah kiri yg sebelum n sebelah kanan yg selepas...lagi kemas kan..
Ok la..tak leh lama2 ni...kerja2 rumah byk menanti sebelum bersiap p kerja..insyaAllah kalau mood rajin dtg, esok nak citer2 pasal little caliphs sports day..

Wednesday, 16 April 2014

persiapan barangan baby dan bilik berpantang vs masalah catu air

Salam.....

Pregnant kali ni betul2 rasa cepat giler..tup2 dah 7 bulan lebih...persiapan brg2 baby pun buat lepas sedar yg kandungan dah 31 minggu..tu pun nurse tanya, "pn dah siap2 kan beg ke?"..time p check up minggu lepas....saya pun yakin je jawab.." dah ready semua dah"..haha...padahal..satu apa pun tak buat..releks betul kali ni..mayb sbb dah yg ke 3...pengalaman dah byk kan..byk la sgt..miahaha...

So...selepas tu gigih la siapkan brg2 baby dan persiapan utk saya berpantang...keluarkan apa yg penting..baju2 sofia dan ikhlas time baby2 dulu semua letak dlm satu bakul...p sekolah mintak ngan kwn check list barang2 nak bersalin ni...ko tengok..kata dah ada pengalama...Check list pun mintak ngan kwn..hehe...past tu gigih salin n tick apa yg dah ada n apa yg perlu beli...past tu lekat siap2 kat board kat meja santai saya di wet kitchen..bukan apa...situkan tempat yg confirm sy duduk setiap hari..so boleh la setiap hari semak apa yg tak ada...hihi..

Ni dia..ruang santai sy..so check list lekat kat sini..setiap masa leh tengok..

Checklist..melampau kan..selit pen merah lagi..haha
Barang yg dah ada sy letak dlm satu bakul....senang la nant..ala..korang pun mesti buat gini gak kan..
Tu dia...syok plak tengok brg2 baby bila duk dlm satu bakul mcm ni
Semua brg2 baby ni sy letak kat bilik tetamu tingkat bawah ni...ko larat ke lepas beranak nak menapak naik tangga masuk bilik atas..mmg tak la kan..so kemas2 la sikit bilik ni....ada gak berangan nak pasang aircond sbb bilik ni panas oo....tp kene tengok dulu ada rezeki lebih ke tak..hehe...tgh2 nak dkt beranak ni la water heater dlm bilik air bwh ni rosak...tu pun nak kene berganti...nant bt budjet balik..beli yg penting dulu kan..yg penting bilik tetamu ni selesa utk dijadikan bilik berpantang saya..ala bukan lama pun pantang kat rumah...seminggu lepas tu balik kampung..tu pun kalau beranak kat kajang..kalau beranak kat kg, maksudnya tak guna la bilik ni utk pantang..hehe...apapun ready je kot2 kemungkinan2 nak bersalin di kajang kan..

Bilik tetamu merangkap bilik pantang sy nant..hehe
Hah..satu lagi..korang jgn tertipu ek...semua brg baby yg tersusun elok dlm bakul tu tak berbasuh lagi pun..miahaha.....kenapa? Sbb masalah catuan air ni la...dua hari ada..dua  hari tak ada...bila ada plak airnya kuning tau...mmg tak basuh lagi la..almaklumla, baju baby kan byk kaler putih..tak nak la baju cantik2 jadi kuning...dgrnya tak lama lagi nak tamatkan catuan air ni...so time tu la start basuh...hehehe...baju ni pun bukannya tak berbasuh lagi, cuma nak la basuh lagi sekali sbb dah lama tak pakai..yg baju2 baru lagi2 la kene basuh..cepat2 la hentikan catuan air ni...tak best langsung..hehe

Tuesday, 15 April 2014

ubah frame

Salam...

Sebenarnya tak ada perubahan apa pun....just tukar kedudukan frame je...saje bosan2....


Gambar ni sebelum perubahan frame


Tu je..frame kufi sy letak kat dinding tv...yg frame bunga plak sy tukar pafa dinding tangga..kan dah  ckp, tak ada apa2 pun..gatal nak cerita..haha...

Gambaran keseluruhan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...