Sunday, 19 June 2016

Ramadhan 2016

Alhamdulillah dipertemukan lg dengan bulan ramadhan yg mulia ni. Dah 13 Ramadhan baru terhegeh2 nak buat entry. Apapun saya gembira jugak sbb 1 Ramadhan tahun ni jatuh pada cuti sekolah. Dapatlah merasa bersahur dan berbuka di kampung bersama family. Tahun lepas kami diduga dengan Muhammad sakit. Tak ada peluang langsung nak berada dikampung. Tapi Allah bg kami merasa perjalanan ramadhan dan syawal di hospital. Terasa besarnya nikmat itu sbb kalau Allah tak takdirkan Muhammad sakit mungkin saya langsung tidak memahami kepayahan dan keperitan org lain. Sampai sekarang masih terkesan di hati dan tak mungkin lupa sampai ke mati.  Sebab tu la selalu kita dengar bila raya jgn kita lupa pada org yg memerlukan, org yang sakit dan anak2 yatim. Sebenarnya tak perlu tunggu puasa or raya pun utk ingatkan mereka2 ni. Peringatan utk diri sendiri juga.
.
.
Balik sahaja kajang, kami ditimpa ujian plak. Kali ni bukan anak2 yang sakit tp sy dan suami. Sampai2 je kajang dah nak dekat waktu berbuka. Bdn sy sebenarnya dr kampung lagi dah rasa nak demam. Tak larat sgt2. Yang paling kesian hasben saya la, sepanjang dia drive dr terengganu ke kajang duk tersedu tak berhenti. Pelik betul. Time berhenti rehat, hasben tidur, kemudian sedu tu berhenti sendiri. Tak lama lepas sedar dia tersedu balik.Korang bayangkan sedu mcm tu, mahu sakit perut dan dada kan. Kita yg sedu sekejap pun rasa tak selesa dah, inikan sedu sepanjang hari,puasa plak tu. Kesian sgt tengok.
.
.
Kami berbuka di restoran berhampiran dengan taman kamini je. Balik je terus solat maghrib dan telan penadol. Saya jadi sakit2 badan. Badan pun panas giler2. Kebetulan sedu hasben dah hilang.Dia plak nampak ok. Saya mmg tdo je mlm tu. Ank2 mmg serah kat hasben. Bila masa muhammad dtg dan tdo sebelah saya mlm tu pun, sy tak tahu. Dalam kul 4 pagi, sy terjaga nk solat isyak. Time ni baru la rasa bdn sejuk dan ringan sgt2. Rasa sengal2 bdn dah hilang.Alhamdulillah. Tp tiba2  hasben sy yg ok semlm jadi sakit perut dan tersedu lagi. Kesian sgt2 kat dia. Selesai sahur telefon mak kat kampung tanya pasal sakit perut dan sedu ni. Mak suruh urut2 bdn dan betis. Angin kot katanya. Saya pun try la urut belakang dan betis. Last2 hasben tertdo dan sedu berhenti. Sepanjang hari tu hasben mmg tdo je. Bgn utk solat shj. Sy pun suruh dia rest. Kalau terjadi lagi sedu mmg suruh dia p klinik je. Nasib baik tak berulang dah. Cuma sakit perut dia ambik masa 2 ke 3 hari nak hilang. Pakej ngan sakit2 belakang lagi time kene sakit perut. Kami ank beranak habiskan saki baki cuti di rumah shj. Dah abah tak sihat mmg mcm tak ada kaki la kami pun.
.
.
10 jun 2016 bersamaan 5 ramadhan. Besday muhammad yang ke 2. Mmg tak ada plan nak sambut sbb tak sempat nk plan. Thari tu hasben nak p jenguk butik kami di tesco.Dah lama sgt tinggal. Lagipun nak p hantar stok batal dan stok handbag raya utk budak2. So hari tu dapatla kemas2 kedai sikit. Tengok2 buku sales. Check stok2 brg. Tiba2 adik ipar sy whatsapp nk dtg berbuka kat umah. Jadi cepat2 la balik sbb nk masak.Time tu ada terfikir nk beli kek utk muhammad. Bolehla sambut besday ngan sepupunya rania. Tp tu la benda tak plan dr awal ni susah sikit nak menjadi.Last2 balik masak lauk berbuka je. Tu pun ngam2 nak berbuka baru siap.Masaknya tomyam, masak merah ketam ngan kerabu sotong je tp gaya bersilatnya hebat giler..hahaha...

kejap main ok..kejap gaduh

boring dah muhammad.nak kereta tak boleh

time ok.
Malam tu, kami semua p uptown. Pun operasi melawat kedai yg lama dah tinggal. Adik sy pun ikut sekali, kebetulan adik ipar nk round2 uptown. Dalam pukul 12 lebih kami balik.
.
.
Esoknya, 6 ramadhan. Saya teman hasben p ambik stok pakaian raya di KL. Anak2 tinggal kat umah pengasuh. Kesian jugak nk bwk sbb si kakak tu puasa. Kan penat plak. Benda nk kene menapak sana sini. So kami ambik kepuusan tinggalkan ank2.Lagipun nak cepat jugak. Kan tak sempat nk berbuka plak. Seharian jugak kami di sana. Sampai2 kajang singgah bazar beli makanan berbuka.Mmg tak sempat dah nak masak. Past tu ambik ank2.Ngam2 sampai umah dah berbuka. Malam plak kene p set up kedai. Kami kurangkan jualan mainan2 pembelajaran bulan ni. Ye la bulan2 puasa ni kalau ikut pengalaman thn2 lepas mainan pembelajaran sales nya drop sikit di bulan ramadhan. Apa taknya. Mainan bukan keperluan raya kan. Nak menampung sewa tapak dan sewa butik yg naik disebabkan bulan perayaan terpaksala cari idea jual keperluan2 raya budak2. Sebelum ni pun kami ada la jual baju jugak tp just baju tdo dan tshirt serta topi budak shj. Kali ni kami ambil baju kurung, baju melayu, jubah, jeans, legging, handbag budak dan mcm2 la. Kene setting elok2 kedai uptown sbb kami target sales uptown  utk cover butik kami bulan ni. Butik permainan kami kat tesco tak dapat letak pakaian raya disebabkan terikat dengan syarat2 tesco yang agak ketat. Kedai yg jual mainan mmg tak boleh jual benda2 lain begitu jugak dengan kedai2 lain. Tu pun kami letak jugak handbag dan tshirt raya budak2..hihi..sikit2 la.. Malam tu pukul 2lebih baru sampai rumah.Letihnya ya Allah.

jemputla datang ye.educationaltoys pun masih ada cuma kami buka 1 meja shj
.
.
Akhirnya kami terlepas sahur . Paling sedih saya dah terlambat wish besday kat hasben. Subuh baru wish. Alahai abg..mintak maaf ye bang. Keletihan sgt smp byk benda lupa. Besday hasben ngan muhammad tak jauh sgt beza. Selang 2 hari je. Sama macam muhammad gak, tak ada sambutan dibuat.Ada la plan last2 minute nak p mkn situ la..sinu la..Last2 kat umah jugak sbb sy busy menanda paper budak2. Rasa nk muntah hijau bila 2 hari pulun menanda. InsyaAllah kami dah plan nak berbuka kat satu tempat ni utk sambut besday 2 lelaki idaman malaya ni. Kalau tak pun kene sambut lepas puasa la nampaknya. Sambut tetap sambut cuma lambat sikit.
.
.
Hari pertama bukak sekolah, kelam kabut jugak sbb baru nak masukkan markah dalam saps. Tp balik still lagi masak utk berbuka. Lega bila beban menanda dah hilang. Fuhhh..bukan senang melalui fasa marking paper tau. Hihi. Malangnya hari ke 2 sekolah, sy demam dan cirit birit. Dugaan kesihatan dtg lagi. Ntah apa yang salah makan tak tahu la. Saya sorang plak yg kene tu. Balik kerja terbaring atas katil tahan sakit perut, sakit bdn dan sakit kepala. Keluar masuk tandas lagi. Menangis jugak sbb tak tahan. Hasben kata sakit ni penghapus dosa kita. Jgn merungut sgt. Puasa plak kan jd lembik la sikit. Esoknya ambik cuti.Rest. Alhamdulillah hari khamis dan jumaat dapat kerja seperti biasa.
.
.
Khamis tu siap ke sekolah ikhlas ambik report card dia. Ikhlas tak ada exam pun. cuma laporan pretasi. Mengikut laporan akademik tu, prestasi ikhlas ok la. Bacaan bahasa melayu antara yang ok dalam kelas. Begitu jugak hafazan. Matematik plak, teacher kata semua dalam kelas ikhlas tu kemampuan dia lebih kurang. Tak ada perbezaan sgt antara soarang dengan yg lain. Cuma ikhlas agak lemah dalam little qari.Little qari ni mcm iqra la. Banyak jugak dia ketinggalan berbanding kawan2 dia. Saya mengaku, ni salah saya jgak.Mmg saya jarang ajar little qari tu kat rumah. Yang saya duk ulang buat ialah bacaan, hafazan dan math. Selalu abaikan little qari tu. Kita sebagai parents mmg kene bantu guru. di sekolah mereka dah ajar, pengukuhan tetap kita. So mulai jumaat dan hari ni mmg saya fokus little qari kat ikhlas. Lepasni hari2 la baca iqra ngan mama ye abg teh
.
.
Wah...mcm pajang plak cerita.Himpun cerita 1 smp 13 ramadhan . Lepas ni ntah bila plak nak update. Kisah cat n deko2 rumah pun tak sempat nk celah. Ok ngantuk dah.Nak kene bgn utk masak sahur lagi ni. Nanti sambung lagi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
DAPATKAN BAJU MELAYU BABY
0 HINGGA 6 BULAN
RM30 SEPASANG
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER
.
.








1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...