Thursday 21 June 2012

Ikhlas 6 bulan 3 minggu

Pejam celik.. Pejam celik.. Ank kesayangan mama dah 6 bulan 3 minggu.. Minggu depan dah 7 bulan.. Alhamdullilah.. Tq Allah... Ikhlas masih lagi fully breastfeed..

Isnin lepas p check up ikhlas seperti biasa, dah tertunda2 temujanji klinik ikhlas ni... Apapun berat ikhlas naik tak byk pun.. Dari 7.1kg ke 7.5kg je.. Maybe ikhlas sudah mula melasak sekarang...

Injection kali ni ikhlas tak demam pun...temujanji seterusnya lepas raya plak..ok la, bulan puasa tak payah menunggu di klinik kesihatan...time menunggu turn tu la time paling memboringkan...

Makan plak berselera sgt.. Setakat ni kalau ada masa mmg akan cuba sedaya upaya masak utk ikhlas.. Minggu ni cuma sehari tak masak utk ikhlas.. Hari yg p check up tu la.. Mcm2 menu bt..bubur ayam.. Bubur carrot, bubur ikan n mcm2 ler..Paling ikhlas suka bubur carrot Hehe...Hilang penat masak bila ikhlas mkn habis semangkuk..

6 bulan 3 minggu usia ikhlas ni, byk sgt dah kebolehan dia.. Merangkak dah laju... Dah boleh berdiri dengsn berpegang pada dinding atau kabinet ...paling menakutkan bila dah pandai memanjat tangga... Sejuk perut2 ni.. Apapun mama mengharapkan ank mama membesar dgn aktif dan sihat... Moga jd ank yg soleh... Amin..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...