Nak kongsi gak kisah ni ngan ibu2 kat luar sana.. Moga berhati2 memilih patern langsir atau tirai untuk rumah kita.. Jgn pentingkan sgt cantik tp perkara pertama yg kita kene fikir ialah keselamatan kita dan anak2..
Al kisahnya.. Rumah saya ada 2 dapur iaitu wet kitchen dan dry kitchen.. Pemisah antara dapur ni ialah pintu kecil.. Di sebabkan konsep rumah saya ni open kitchen yg mana dari ruang tamu boleh terus nampak dapur so saya dan suami ambik keputusan letakkan satu tirai di pintu pemisah antara dapur. Mmg kami tak nk letak langsir kain sbb nak menampakkan ruang rumah yg luas.. Kalau letak langsir kain nanti terus nampak tertutup dan kami rasa boleh menyempitkan ruang rumah.. Hehe.. Mcm ler pandai sgt deko kan..
So nak dijadikan cerita, beberapa bulan yg lepas, suami saya pernah tersangkut kepala kat tirai tu.. Dengar mcm kelakar kan.. Time tu dia berlari dari wet kitchen nak ke ruang tamu sbb dengar ikhlas menangis.. Tengah nk pecut tu tersangkut kepala kat tirai sampai bengkok besi penyangkut tirai disebabkan kuat sgt tarik.. Time tu saya membebel2 kat suami.. Saya ckp, Mcm mana leh sangkut la.. Tak nampak tirai la.. Tak tengok betul2 la.. Tirai halus mcm ni leh sangkut la.. Mcm2 saya membebel.. Suami saya mcm biasa explain ckit past tu mest dia kata dlm hati " erm membebel la smp penat mulut" haha.. Saya rasa la dia kata mcm tu coz dia maintain senyap je.. Hehe
Di takdirkan Allah utk membuktikan kata2 suami saya tu betul, beberapa hari yg lepas kepala saya plak tersangkut kat tirai tu.. Haha.. Sekali lagi dengar mcm kelakar.. Tp betul2 bahaya.. Kisah yg sama ngan suami, saya dari wet kitchen terdengar ikhlas menangis dan sofia menjerit adik jatuh.. Saya dgn aksi terkejut berlari nak ke ruang tamu...kalau suami saya hanya tersangkut sahaja tp saya ni siap luka lagi kat bahagian leher.. Sekali tengok mcm org kene kelar... Sakit nya hanya Allah je tahu, padahal tirai tu asalnya dlm keadaan normal dan tak berbelit.. Bayangkan yg kene tu ank2 kecik.. Mesti menjerit2. Bila tertarik lagi kuat, mest lagi teruk lukanya.. Dah la nak leraikan tirai dari kepala tu satu lagi masalah. Sofia tergamam tengok saya.. Sempat lagi dia gelak dan kata" haha mama..Licin ke?" ish budak ni, dia ingat kita bt aksi lawak ke? Hehe
Mlmnya tunjuk kat suami luka kat leher saya tu.. Terus kami decide tak nk pakai tirai tu sbb saya dan suami dah terkena.. Maybe ni amaran supaya kami lebih berhati2.. Takut nant terkena pada ank2.. So terus kami ke kamdar mlm tu, p cari langsir, biarla nampak tak luas ke apa ke.. Yg penting keselamatan kita dan ank2 terjaga...so hati2 la ibu2 ngan tirai ni... Tak payah la pakai if ank kita masih kecil.. Lagikan kita leh tetsangkut, ini kan plak kanak2 rebina yg suka berlari2 kan..
Saya upload gambar tirai yg bahaya tu kat bawah ni.. Gambar paling bwh tu adalah gambar langsir yg baru saya beli.. Kain pun kain la, yg penting ank mama manja selamat..
No comments:
Post a Comment