Wednesday 10 December 2014

Amar Ikhlas 3 tahun + kisah potty train

Salam...

1. Kisah prolonged jaundice muhammad
2. Wajah baru ruang tepi tangga dan ruang menonton
3. Muhammad 2 bulan
4. Cat baru family hall
5. Potty train ikhlas
6. Make over coffee table kerusi ikea
7. Cermin mydin da  karpet meter
8. Rak buku family hall
9 cerita tv
10. Wajah baru family hall
11. Buku dan perkembangan ank2
12. Wallpaper kaison
13. Muhammad demam: 3 bulan

30 nov 2014 baru2 ni, genap la usia abg teh yg ke 3 tahun. Kenapalah cepat sgt masa berlalu ni. Memori bersalinkan abg teh time kitaorg baru 3 hari pindah ke rumah baru masih segar bugar lagi dlm ingatan. Pantas betul masa. Tak guna sebaik mungkin mmg rugi la sgt2.

2 minggu sebelum birthday abg teh, my bff (salmi) ada whatsapp ajak sambut besday ank2 sama2 ngan sorang lagi bff sy (hariza). Kebetulan ank masing2 sambut birthday bulan november. Dan lagi2 kebetulan bila tarikh sambutan yg kitaorg plan adalah 30 nov 2014. Tepat2 time birthday ikhlas. Seronok sgt la wei.

Kami plan celebrate  birthday ank2 kitaorg kat pusat permainan dlm giant kelana jaya. Salmi la selalu lepak sini. Kebetulan pusat permainan ni ada sewakan tempat utk sambutan hari lahir, apa lagi kan bg idea la kat kwn2 ni hah. Sy dan hariza setuju aje. Mcm biasa, mak budak lagi excited tak ingat apa berbanding ank2. Salmi n hariza la tu.. saya tak..haha..mest nyampah salmi n hariza baca ni..haha..

Malas nak cerita pjg2 sbb kesimpulannya mmg best sgt2 sambut birthday berjemaah ni. Ank2 suka..mak2 suka.. pakej boleh belah kek, boleh main, boleh mkn, boleh gosip..eh..haha..tu pun salmi n hariza je tu..haha..gurau2 yunk...ok biarla gambar berbicara.













 Doa mama semoga ikhlas menjadi ank yg soleh. Rajin mengaji. Rajin belajar. Jadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk jaga kakak dan adik ye. Mama syg abg teh sgt2. Muah2
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Hutang n3. Hehe..ada sambungan lagi ni. Alang2 cerita kisah ikhlas kan. Potty train. Tak ada cerita sgt pun pasal potty train ikhlas ni. Senang cakap amat2 mudah. Tak perlu gulung karpet. Tak perlu ready mop. Oh tak perlu apa2. Sy sendiri pun terkejut. Allah permudahkan. Alhamdulillah.

Time nak train dia. Sy ckp siap2 yg dia dah tak perlu pakai pampers sbb abg teh dah besar. Umur ikhlas waktu tu 2 tahun 7 bulan gitu. Amek kau. Umur 3 tahun baru mak ko nak cerita. Hihi. Takpe2. Asal cerita. Ikhlas mmg jenis cepat belajar. Senang terima perubahan. Bila nak terk****g je  terus dia bgtau. Seingat saya, Sepanjang 6 bulan tak pakai pampers ni baru sekali dua dia ter**** dlm seluar. Biasanya sbb dia ralit main benda yg dia suka. Tapi satu kekurangan ikhlas, bila time nk buang air besar, mesti cari pampers suruh kita pakaikan. Ntah apa dia geli pun tak tahu la. Mak sy kata takpe, nanti dia ok sendiri tp kene slow talk la. Sy pun tengah usaha.

Apapun, syukur sgt2 sbb sy mmg tak tension melatih ikhlas ke tandas. Kalau saya tahu semudah ini dah lama latih tau. Hihi. Over mak ko kan ikhlas. Bukan apa, terbayang2 kisah potty train sofia. 2 minggu baru lepas mop tau. Tu yg serik sbb time ikhlas ni kan baru lepas pantang muhammad. Fokus dah bertambah pada 3 ank. Sofia dulu sorang2 tak pe la kan. Betul la. Setiap ank2 tu berbeza. Potty train pun dah lain. Hehe. Tunggu muhammad plak tengok mcm mana. Harap2 senang la kan. Ni je kenangan potty train ikhlas yg saya boleh abadikan dlm blog. Tak ada episod2 sbb bg saya amat2 senang. Alhamdulillah. Tq Allah
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
IKLAN






BAGI YG MENCARI LEARNING TOYS BOLEH LA WHATSAPP 0199189016
 OR
 EMAIL tunkunoora83@gmail.com

3 comments:

  1. haha.sama lagi...saya pun hutang kisah potty train si qaid mukhlis....sama juga sgt senang berbanding kakaknya qaisara....haih bila la nak tulis kat blog ni....bkn apa...utk diaorang baca jer nanti....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...