Wednesday, 8 July 2015

DEKO RAYA 2015 :: RAK IKEA PELENGKAP RUANG

Salam..
.
.
Ingat tak dalam n3 yg lepas saya ada sebut pasal meja study ank2 sy dah tak ada di ruang menonton. Ini pun antara penyebab bermulanya projek deko raya. Kalau korang lupa kedudukan meja tu.. meh sy tempek balik gambar meja study ni.
.
.

.
.
Ok. Meja ikea kecik tu la sy jadikan meja study ank2. Tp dah tak sesuai kat situ sbb muhammad suka panjat. Risau la jatuh sbb kalau baby yg naik kira agak tinggi la jugak utk dia. Sebelum apa2 terjadi kami alih la meja tu.  So mulala mesi pencarian rak ikea utk ruang ni. Mencari yg simple2 je. Tak nak nampak serabut sgt. Konsep mininalis tetap di ambik kira. Akhirnya jumpa yg bekenan di hati.
.
.
Ni je piliha kami. Biasa2 je. Hihi
.
.
Saya lupa dah apa nama rak ni. Harga rm159. Hasben yg bekenan sgt rak ni. Dia tak nak rak or perabot yg tertutup. Konon nak nampak luas n simple. Bila pasang ok la..nampak simple dan sesuai sgt2 dgn apa yg kami nak.
.
.
Adanya rak ni kira lengkapla ruang menonton n ruang tepi tangga kami. Rasa best sgt tengok.
.
.


.
.
Alhamdulillah siap sudah ruang menonton dan ruang tepi tangga kami. Tak ada apa yg menarik sgt pun...kebanyakan perabot2 lama dan kedudukan perabot yg sama macam asal. Tambahan rak dan warna dinding baru shj.
.
.
InsyaAllah next n3 saya cerita family hall plak.

Sunday, 5 July 2015

DEKO RAYA 2015:: TERJAH IKEA & SAMBUNG CAT LAGI

Salam..
.
.
Jumaat baru ni, kami laki bini p terjah ikea. Lama sgt2 tak p ikea wei. Terlepas rindu kat ikea. P berdua plak tu. Lagi la lancar kerja kami hari tu.
.
.
Hasil dapatan di ikea:
*Rak hiasan
*bantal sofa
*Alas kerusi utk meja mkn
.
.
Teaser la sikit kat korang

Rak hiasan

Bantal.sofa
Alas kerusi tak ambik pun gambar. Tak siap lg la. Bersepah lg rumah ni..nant dah siap saya kasi gambar real.
.
.
Hari ni seharian hasben cat dinding ruang tamu n ruang mkn. Warna apa??? WARNA PUTIH JER. Ye putih shj. Nak nampak ringkas la kononnya. Layan je la gambar ni ye.
.
.
Dah macam kene bom


Penat sgt abg teh..muhammad gak tak tentu arah nak cekau cat

Thursday, 2 July 2015

DEKO RAYA 2015:: MASIH KARPET LAMA

Salam..
.
.
Sambung kisah deko lagi. Kali ni pendek je entry. Alang2 tunggu cerita MAID. Haha
.
.
Kisah karpet di ruang menonton dan ruang tepi tangga. Td p kamdar cari langsir, tiba2 ternampak karpet putih. Tergoda giler2. Dah la less 10% tp bentuk karpet tu bulat. Byk kali jeling smp pening. Siap ukur bagai ngan hasben. Last2 tak jadi k. Hihi. Sbb utama ialah tiada bajet utk karpet. Bajet ke kamdar hanya utk langsir.  So terima seadaanya karpet lama. Sobsob
.
.


.
.
Apapun ok je la karpet lama. Perasan tak dah tak ada meja study ank saya. Mcm korang ingat. Nampak kosong kan. InsyaAllah saya sambung kisah perabot baru esok or lusa. Stop la. Ready for MAID.

Wednesday, 1 July 2015

DEKO RAYA 2015:: SELAMAT TINGGAL PINTU DAN TANGGA MERAH KU

Salam.
.
.
Saya tepati janji ye. Sy update kisah deko2 raya 2015 . Korang2 yg follow blog sy mesti tahu pasal pintu merah saya. Dulu pernah letak gambar rumah dlm group deko kat facebook. Ada sorang hamba Allah ni kata "sis ni pemilik blog anak mama manja kan? Saya kenal pintu merah sis. " hihi. Sampai gitu sekali pengaruh pintu merah ku.
.
.

Ada yang tak ingat ke? Takpe2..sy kasi gambar dolu2 punya cerita.
.
.
.
.
Mulanya rasa nak kekalkan merah ni. Kononnya jadi warna penegas la. Jadi tumpuan mata. Tp tu la. Plan boleh bertukar mengikut kesesuaian. Bila rasa tak menyerlah je mesti otak ligat fikir nak ubah.
.
.
selepas cat hijau. Keadaan pintu merah adalah seperti di bawah.
.
.
.
.
Tiba2 mata ni rasa tak sesuai. Satu malam perah otak cari idea. Cewah.. melampau kan. Last2 bgtau hasben saya nk tukar cat warna putih. Hasben pun setuju. Dia pun rasa putih lagi naik warnanya. So pg semlm hasben pun cat la pintu store. Tiba2 rasa sedih
bila tiada lagi pintu merah menyala yg pernah kwn hasben kata mcm tong letak surat pejabat pos. Miahaha..yg unik tu cantik kan. Hihi
.
.
Selepas cat putih. Hasilnya mmg tak menyesal. Org kata puas hati giler. Hihi
.
.
.
.
Tp...... tu dia. Tak habis2 tapi. Selepas pintu dicat putih. Mata ni senget2 tengok pemegang tangga yg merah tu. Rasanya dia pun harus dipakaikan baju raya baru warna putih. Baru sedondon. Kehkeh..oh rupanya sebelum di cat putih?? Tengok bawah.
.
.
.
.
Alamak. Gambar siap pakej ngan baju sangkut kat tangga. Abaikan jer. Just tengok pemegang tangga yg merah tu. Yg tu la yg saya nak pakaikan baju raya putih. Nasib baik lepas pakaikan baju putih mmg  sesuai sgt2. Di mata saya la kan. Mata korang2 ni ntah la.
.
.
.
.

Gambaran keseluruhan seperti berikut:


.
.
Sampai sini dulu. Next step tunggu......
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IKLAN

DAPATKAN BAJU RAYA ROBOCAR POLI. 
.
.
ORIGINAL KOREA TAU
.
.
KEGILAAN ANK2 KECIL KITA
.
.
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER
.
.





Monday, 29 June 2015

DEKO RAYA 2015:: CAT FUTURE WALL TINGKAT BAWAH

Salam..
.
.
Alhamdulillah. Tahun ni diberi kesempatan utk deko2 raya. Tahun lepas kan dalam pantang time bulan puasa. Meleleh air liur tengok org deko rumah sebelum raya. Tahun ni ada rezeki sikit boleh la deko mendeko ni. Deko ala2 kadar je ni. Deko bajet pun ye. Yang penting mata kami2 yg duk di rumah ni rasa tenang dan lapang.
.
.
Ok. Step pertama ialah ubah warna future wall kami. Sebelum ni pernah warna kelabu. Kemudian kelabu gelap. Kali ni dah boring kelabu2 ni. Totally nk ubah jauh dr warna kelabu. So banyak la idea2 kami yg mencurah2 datang. Berani mati kali ni coz bila ubah warna future wall so byk benda yg kami kene ubah. Baik dr segi warna langsir, perabot , karpet dan yang sewaktu dengannya.
.
.
Apapun tak nak pk lagi step2 yg akan dtg tu. Kita slow and steady jerk. Tengok dulu hasil demi hasil baru boleh fikir idea2 deko lain. So pagi tadi bermula la proses mengecat. Mula dengan cat warna putih utk tindan warna lama.
.
.

Rajin tak anak2 ku
.
.
Ni kerja hasben dan ank2. Saya tengok je tadi coz nak kene pantau yg no 3. Kalau tak tengok mahunya masuk dlm tin cat. Tak pasal2 qu puteh nant. Miahahaha.
.
.
Kering je cat putih ni, hasben cat plak warna pilihan kami. Kali ni ank2 tak dibenarkan sentuh dah. Kan ada plak bahagian tebal dan ada bahagian nipis catnya. Ikhlas terutamanya, suka cat tempat sama. Tak pun dia p cat tempat2 mana dia suka shj.  Sah2 tak sekata cat tu nanti.
.
.
So cat punya cat, kul 7 baru siap. Saya tak ambik kisah dah coz busy layan kerenah ank2 dan layan masak utk berbuka. Apapun puas hati sgt dengan hasil nya.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Langkah pertama dah selesai. InsyaAllah esok saya cerita lagi apa yg seterusnya. Tahun ni kami buat perubahan besar besaran tp kos yg ciput. Camner tu. Tungguuuuuuuuu
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
                                        IKLAN



DAH ADA BAJU RAYA ROBOCAR POLI UTK ANAK2 KE???
.
.
JANGAN MENYESAL KALAU LAMBAT2 BELI NANT DAH HABIS STOK.
.
.
SAYA ORG TERAWAL JUAL BAJU ROBOCAR POLI TAU. ORIGINAL DARI KOREA NI
.
.
RM50 SEPASANG
.
.
WHATSAPP 0199189016 UTK ORDER

Thursday, 18 June 2015

Muhammad 1 tahun + Abah 35 tahun

Salam rindu peluk cium semua.....
.
.
Ntah ada ke tak lagi pembaca blog anak mama manja ni??
.
.
Ampun sangat2 sbb asyik menyepi je. Tak ke mana pun tp duk busy manjang. Macam2 benda nk settle setiap hari. Ni nak tekad supaya aktif menulis blog kembali. Muhammad pun dah membesar. InsyaAllah cuba konsisten selepas ni.Rindu nak share mcm2 di blog kesayangan ni. Banyaknya terlepas kisah kakak, abang teh dan adik muhammad. Tak kurang jugak terlepasnya kisah2 deko. Ada masa saya cuba menulis kembali  kisah2 lepas.Tu pun kalau still ingat.
.
.
Apa yang penting tak boleh telepas kisah besday family sendiri. Wajib cerita. Nanti kan Muhammad tuntut. Hihi. Dah seminggu pun berlalu besday muhammad yang pertama. 10 jun 2015 genapla usia ank bujang ke 2 saya merangkap anak ke 3 kami yang pertama.Perasaan??? excited la wei... Setahun dah anak mama sorang ni. Cepatnya adik membesar.Tak puas lagi mama nak menikmati bau baby yg best ni. 
.
.
Untuk besday muhammad ni, saya tak sempat nak buat apa2 sambutan pun  pada tarikh 10 jun tu. Kebetulan tarikh yang sama juga adik ipar saya konvo. So muhammad pun turut berkonvo dihari lahir sendiri.miahaha.Terkilan la jugak sbb time kakak dan abang teh setahun kami buat la jugak sambutan kecik2.



.
.
Tu dia. Konvo gak besday boy dua org ni. Hikhik
.
.
Esoknya, ambik jugak kesempatan sambut besday kecil kecilan. Alang2 dah family hasben ada so rai je la kan. Share terus besday. Jimat. Hihi. Beli la sebiji kek n letak 3 nama atas kek. Tiga???? Satu nama muhammad, 2 abah muhammad dan yg ke 3 sepupu muhammad. Sekali je la. Dah dekat2 tarikhnya.


.
.
Alhamdulillah. Sampai gak hajat nak sambut besday muhammad dan abah muhammad walaupun kecik kecilan. Yang penting ingatan kan.
.
.
.
.
Doa mama moga muhammad dan abah muhammad dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan sentiasa ceria selalu. Tak lupa jugal buat anak sedara mak long, ainul. Semoga menjadi ank solehah ye syg.
.
.
Akhir kata salam ramadhan al mubarak semua. Selamat dtg ke bulan pesta ibadah.

Wednesday, 27 May 2015

dugaan anak2 sakit

Salam

Sejak akhir2 ni sy mmg jarang dah update blog. Cerita ank2 ntah ke mana hala. Cerita deko pun sama. Byk benda penting yg kene diuruskan setiap hari. Kadang2 rindu nak bercerita seperti dulu. Tak nak tertinggal walaupun 1 cerita anak2 kesayangan. Tp terpaksa utamakan yg penting. Kerja sekolah pun boleh tahan bertimpa timpa. Bisnes pun alhamdulillah semakin mendapat sambutan dan yg paling penting ank2 manja mama yg selalu sakit2.
.
.
time cuti sekolah yg seminggu baru2 ni. Eh..baru ek?? Tak baru mana pun. Lama dah la. 2 bulan yg lepas, muhammad terpaksa dibawa ke kecemasan hospital kajang. Nafas dia laju. P klinik biasa dulu. Tp lepas beberapa kali ambik nebulizer, doktor tak berani ambik risiko, terus buat surat utk bawa p kecemasan. Berkejarla kami ke kecemasan. Lama la jugak duk dlm kecemasan, dpt nebulizer banyak kali. Kene x ray bagai tp last2 tak masuk wad pun. Alhamdulillah lepas dpt antibiotik dan ubat radang paru2, nafas muhammad makin ok.
.
.
Ntah mcm mana 2 minggu lepas tu nafas dia laju balik. Mulanya p klinik kesihatan nak lengkapkan imunisasi dia yg tertinggal sbb selalu demam. Sekali doktor tak bg cucuk. Kene ambik nebulizer plak. Lepas ambik nebulizer nafas still laju. Sekali lagi doktor bg surat refer kecemasan. Berkejar la kami ke sana plak. Kali ni terus kene tahan wad. Tak pe la. Saya dan suami mmg dah tekad nak muhammad masuk wad. Dah tak larat nk ulang alik kecemasan. Teka teki tak ada jawapan. Baik masuk wad dan doktor buat pemeriksaan. So dpt tahu apa penyakit sebenar.
.
.
3 hari berkampung di wad. Last2 tahu muhammad kene viral phnemonia. Keadaan dia waktu tu tak perlu antibiotik sbb muhammad tak demam. So doktor bgtau maybe virus dlm paru2 tu virus biasa. Sbb tu dia tak demam. Cuma antibodi muhammad lemah so tak dpt nak lawan virus. Mungkin jugak muhammad asma sbb kami pun ada strong history of athsma.
.
.
3 minggu lepas tu muhammad demam lagi. Pakej sekali batuk dan selsema. Bila dah batuk mula la sy risau. Nafas muhammad lagi sekali laju. Mula2 kami ke klinik dulu. Dengan harapan komen doktor positif dan tak perlu bawa ke hospital. Sekali jawapannya negatif. Doktor nak buat surat untuk kami bawa muhammad ke kecemasan. Sy dan suami minta doktor bg ubat dulu. Kalau pg esoknya tak ada perubahan baru kami nak bawa ke kecemasan.
.
.
Keadaan esok paginya pun sama. Nafas still laju. Sobsob. Redha je menyerah diri ke kecemasan dan sekali lagi berkampung kami di wad hospital kajang. Perkara sama berulang. Sepanjang kat wad muhammad mmg tak demam. Nafas je laju. Kali ni
5 hari juga dalam wad tanpa sebarang ubat antibiotik or ubat demam. Just nebulizer shj.
.
.
Pemeriksaan doktor, muhammad ni kene bronchitis . Radang pada bronchial yg menyebabkan saluran menyempit dan menyebabkan oksigen susah nak masuk. Tu yg menjadikan nafas muhammad laju. Bila tanya doktor kenapa terjadi? Doktor just bgtahu kemungkinan faktor daya tahan bdn yg rendah dan paling kuat ialah sbb asma. Seperti biasa baby bwh 2 tahun tak boleh dikategorikan sebagai asma.
.
.
selepas 5 hari, muhammad dibenarkan pulang. Dan yg pasti muhammad terpaksa bergantung pada inhealer macam kakak jugak. Tak pe la dik. Mama tak kisah. Asal adik baik je.
.
.
Hari ni selepas sebulan keluar wad, muhammad demam batuk dan selsema lagi. Risaunya mama. Nafas tak laju lg. Mama dah mula guna inhealer biru yg berfungsi sebagai pelega. Doakan muhammad tak melarat ye. Nak setahun ni mcm2 la dugaan. Moga Allah permudahkan urusan kami.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
IKLAN

Hot item
Robocar Poli
1pcs rm20
1set (4pcs) rm70

WHATSAPP UTK ORDER 0199189016

Monday, 6 April 2015

buku untuk ibu bapa hebat serta ank yang hebat

Salam..

Kehidupan semakin busy. Kadang2 blog ni terpaksa disepikan. Bukan kadang2 dah ni tp dah selalu. Hihi. Kehidupan mama yg beranak 3 dengan tiba2 terlibat ngan bisnes dicampur plak dengan tugas2 wajib di tempat kerja dan dalam masa yang sama nak mendidik ank2 dalam aspek agama, akademik dan sahsiah mmg terasa kepenatannya. Kalau mampu satu pun tak nak tercicir. Nak jadi mama yg hebat di mata ank2. Nak jadi cikgu terbaik utk student. Nak jadi bisneswoman yg best di mata customer. Tinggi cita2 kan. Moga doa dan cita2 saya tercapai. Tp yg paling penting nak jadi hamba Allah yg tak lalai dengan tanggungjawab terhadapNya.
.
.
Bila dah bisnes semakin mendapat sambutan. Sempat lagi la saya ni merajuk ngan hasben. Hihi. Alasan agak ntah apa2. Lenguh tulis alamat. Hahaha. Ye la. Ko byg kan setiap borang pos laju nk kene tulis alamat pengirim dan penerima. Sy ni tak ada la nak tulis ringkas2. Contoh ada org tulis nama, poskod n no tel semata. Ngan tempat tinggal tak tulis bagai. Ntah. Bg saya maklumat tu penting. Nak sorok buat apa. Jadi apa2 senang nak return balik barang semua. Mmg la no tel ada tp buatkan tersilap tulis angka atau tak dpt nak call kita, kan susah. Byk kemungkinan kita kene fikir. Saya buat kerja mmg tak suka ambil mudah sbb tu pun satu kepercayaan customer terhadap kita. Pendapat saya la. So???
.
.
So merajuk la nak suruh hasben tempah cop. Haha.. kelakar kan. Sib baik si hasben saya ni cuti semalam. P la dia buat cop. Ok la..kemas n cantik. Ada nama syarikat, no pendaftaran ssm, alamat n no phone. Jenuh mengecop la saya semlm atas borang pos laju. Jimat byk la masa. Tinggal tulis alamat customer je. Lapangnya dada. Miahaha.
.
.
Entry ni sebenarnya untuk promote buku dan kad imbas yang saya jual. Intro tu tak sesuai langsung kan. Hihi. Dalam keseronokan menjual mainan pembelajaran, kedai online kami maju setapak lagi dengan menjual buku dan kad imbas. Mmg dari awal lagi kami plan nak jual buku ni. Sbb tu nama syarikat kami amm book and learning toys enterprise. Tak nak ketinggalan letak book kat dalam nama syarikat. Minat pada buki punya pasal. Mmg nak bg yg terbaik untuk customer. Ok. Kat bwh ni sy letak antara buku dan kad imbas yg kami jual.
.
.

Rm16

Rm20

Rm40

Rm25/ set termasuk pos
rm53/ 3set termasuk pos

Rm35





Rm45

Rm40
Kalau ada yg berminat leh la whatsApp saya ye. 0199189016

Monday, 30 March 2015

birthday ::: sofia 6 tahun & mama 32 tahun

Salam...

Bulan Mac dah nak melabuhkan tirai... Pantasnya masa. Rasa baru je sambut tahun baru. Usahkan bulan berganti bulan terasa cepat. Hari berganti hari pun terasa cepat sgt2. Kalau dulu, tempoh masa dari pagi sampai tengah hari sebelum p sekolah terasa mcm2 boleh buat. Kenapa la sekarang saya rasa tempoh masa yang sama, saya hanya sempat kemas rumah, masak, urus ank2 dan mengajar ank2 sekejap. Nak rest sekejap sebelum p kerja pun tak sempat. Tu pun kadang2 ada yg skip tak masak..ada skip tak mengajar ank2. Ada skip tak mengemas rumah. Ntah2 saya tak pandai manage masa. Sobsob..

Dah melalut, cerita birthday sofia dulu lah. 20 jan 2015. Ambik ko. Bulan januari punya cerita. Anak sulung kesayangan saya ni dah 6 tahun usianya. Tahun depan dah darjah satu. Dah tua mamanya. Tahun ni tak ada majlis dirumah. Tak ada sambut besday bwk p holiday ke apa. Permintaan kakak nak sambut besday kat sekolah. Tahun last di zaman pra sekolah. ok la.Mama dan abah bagi peluang kakak merasa sambut besday bersama kawan2 di Little Caliphs. Persediaan yg simple dan last minute. Just beli sebiji kek, air kotak dan pop corn. Pop corn ni saya tempah dengan adik kwn sekerja. Nasib baik dia sanggup buat 80 bekas pop corn dalam masa yang singkat. Mlm tempah. Pagi esoknya dpt. Pantas dan puas hati. Hihi.

kek frozen permintaan sofia.

tak sabar nk potong

tercapai hajat kakak nak sambut besday dengan teacher dan kawan2

piss sikit

suap teacher

teacher ayu plak

alhamdulillah. sampai hajat puteri kesayangan walaupun persiapan last minute
Now cerita bulan 2 plak. Besday mama. Tak ada persiapan or apa2 kejutan pun. Almaklumlah besday jatuh hari bekerja. Kebetulan mak dan ayah saya ada kat rumah. Ayah saya belanja sate haji samuri sempena besday ank yg dah tua bangka ni. Hihi.

Dari suami apa plak?Hebat abang tahun ni. Hadiah hantar ngan email je. miahaha.. Korang tahu apa? Jap nak tunjuk..

Tu dia....p spa wei.. hihi.... tq la bang... ni besday bulan 2...nak masuk bulan 4 tp tak p pun lg. Jgn lepas due date dah


Paling best ada lg. Ini mmg best la. Nampak sgt bini makin mengembang. Korang tahu my lovely hasben bg apa.. ambik tengok

Sy nak large kan gambar pun malu sbb terasa diri semakin gemuk. Miahaha...

Apapun tq bang. Suka je hadiah apapun. Asal hadiaj semua senyum sampai telinga. Penimbang pun penimbang la. Hari2 timbang berat. Ok la. Ada la jugak semangat nk diet lepas ni benda alah ni. Hihi..

Ok tu je cerita besday saya dan sofia. Ringkas dan padat yg penting catat..











IKLAN LEARNING TOYS

Utk order:
WhatsApp 0199189016 
Email : tunkunoora83@gmail.com

Shape sorter rm20
postage rm6


Rm19
postage rm6


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...