Wednesday 27 April 2016

Bilik Anak Perempuan::: penambah baikan bilik sofia

salam semua..
.
.
Alhamdulillah lately mmg ada masa nak hadap blog. Harap2 sentiasa diberi rezeki kelapangan waktu begini. Hari ni pun kebetulan pagi ada karnival sukan kat sekolah jadi muhammad dah awal2 hantar kat pengasuh. Sofia dan ikhlas sekolah. Habis karnival plak awal so plan nk p butik kat tesco. Hajat nk hantar DVD Islamic Children Song kat butik. Kebetulan baru smp semlm stoknya.Tapi terasa malas la plak.Hihi.. Malas nak terkejar kejar .Kul 12 lebih nak kene bersiap p sekolah plak kan. Jadi apa lagi update blog la. Nak kemas2 rumah tak ada mood sgt sbb ruang bawah sekarang dah tak tentu hala. 100% nak ubah. Nanti2 cerita pasal ruang bawah.
.
.
Tak ada apa2 perubahan yg ketara pun bilik kakak ni. Ubah sikit2 je. 


Terbaru almari baju dan meja study. Dah lama nak tukar almari sofia ni. Almari dulu tu pun pintu dia dah tercabut. Asyik nak kene pasang balik bila terbuka dr skru dia. Bertahun dah geram nak tukar tp asyik sayang sbb terasa elok lagi body almari tu. Hihi.Sampailah timbul masalah susah nk gantung baju2 sofia. Dah sekolah ni mcm2 keperluan la kan. Tempat penyimpanan baju yg selesa dan mudah untuk ank ambil mmg perlu disediakan. Gantung semua baju2 sekolah dan baju2 lain. Mmg amat2 memudahkan sofia dan memudahkan mama dia jugak sbb mama dah tak payah nak lipat2 baju. Bila kemas almari lama hari tu, yang banyak cuma baju2 sofia yg dari baby dan baju2 yg dah tak muat sofia nak pakai. Patutla tak ada space nak simpan baju2 sekarang. Puas hati kemas baju2 lama tu. Dapatla 1 kotak besar. 

Pemilihan warna almari mmg putih ler. Match la dengan katil kan. Bilik pun nampak besar bila tukar almari ni sbb almari yg lama tu agak besar size dia berbanding yg ni. 
.
.


Cerita meja study plak. Dah lama sgt dah beli meja ni.Tak silap akhir tahun lepas. Kononnya nak siapakn meja study kat sofia sebelum dia masuk darjah 1. Nanti homework semua buat dlm bilik. Hihi. Tak sampai target pun. Sekarang baru nk mula ajar sofia guna. Tapi masih tak terlambat pun nk latih. Lagi pun sy rasa sekarang lagi sesuai mulakan sbb bilik dah kemas dan lapang. Baru ada ketenangan.
.
.

Ceria muka anak dara ni bila mama deko2 sikit bilik dia.
.
.

Actually terasa nk tukar laci pink ni pada laci ikea. Tapi hasben tak bagi kelulusan lagi. Maybe laci ni masih elok dan warna dia tak lari dari tema bilik kakak. Tak pe la, guna dulu ye kakak. Nanti abah kata tukar kita tukar. Laci ni asalnya dr bilik tetamu kat bawah.Saya simpan baju ikhlas dan muhammad dalam ni.Now bilik bawah tu pun kami buat sikit perubahan so laci ni bawak naik bilik kakak utk senang kakak nak simpan buku2 dia. 
.
.


Cerita pasal frame gambar. Kalau korang perasan, dulu dinding belakang laci pink tu sy gantung frame2 gambar sofia. Now sy dah gantung gambar konvo sofia time 6 years hari tu. Hampir berbulan2 kakak mintak gantungkan tp sekarang baru dapat tunaikan hajat dia. Frame gambar yg dulu plak sy letak pada dinding yang asalnya saya letak cermin. So sekarang, bukak2 pintu bilik dah nampak gambar tuan tanah. hihi..
.
.
Eh tu je la kot. Nak p kerja dah ni.Nanti sambung ye.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ISLAMIC CHILDREN SONG (DVD)

NI TENGAH HOT DAN VIRAL SEKARANG TAU. BOLEH DAPATKAN DARI KAMI. INSYAALLAH ESOK SY UPDATE ENTRY PASAL DVD ICS NI YE





6 comments:

  1. Cantiknya bilik anak dara :)

    ReplyDelete
  2. suka tengok feature wall. DIY ke wall paper ye?

    ReplyDelete
  3. cantik cadar tu... biasa saya tgk cadar patchwork mcm sarat coraknya. ni cute jer.

    ReplyDelete
  4. salam....lama tak jalan sini...blog sendiri dah bersawang, huhu....
    tgk bilik anak dara tu dok berangan, tp tak sempat2 lagi nak buat secantik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm... kita pun dah lama tak jln2 singgah blog org lain lagi. ni baru ada kelapangan waktu nk update. ala deko biasa2 je ni.tambah sikit2 je..

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...