Tuesday 11 September 2012

Muntah + cirit birit

Ni baru berkesempatan nak update kisah minggu lepas..tgn ni pun sebelah duk ayun si ikhlas and sebelah lg duk laju menaip ni.. Nak tunggu budak kecik ni tdo ntah bila la.. Ni pun duk usha kak dia yg melompat2 ni..saya pun past ni nk kene siapkan keje2 sekolah yg belambak tak siap ni.. Exam pun dah tak lama..

Nak dipanjangkan cerita, hari isnin lepas ank sulung kesayangan saya muntah2..subuh2 lg dah bgn menangis.. Abah dia yg bersiap nak p keje time tu angkat and dukung la dulu coz nak memujuk... Sekali.. Uwekkkk baik punya atas abah dia... Fuhhhhhh.. Masam k..mulanya ingat sofia muntah sbb terlampau byk minum ais.. Almaklumla hujung minggu yg penuh dengan mkn2 raya kan.. Sofia ni bukan boleh minum ais pun.. Asma dia mula la dtg kalau mkn minum tak kawal betul2..sekali tu muntah berterusan smp tengah hari... Saya dah start risau... Terus bwk sofia p klinik n mintak mc ngan doktor.. Ni mest kwn2 kat sek syak saya cuti sbb penat bt open house... Hikhik... Apapun ptg ckit muntah2 dah kurang... Dia pun sihat and aktif je...

Esoknya, pengasuh budak2 ni plak call bgtau nak cuti jaga ank2 saya coz ank dia plak yg muntah2.. Alahai.. Semlm saya dah mc, takkan nak cuti lagi.. Gelabah jadinya.. Sofia tak susah coz adik saya leh jagakan.. Kebetulan dia ada di rumah ...tp ikhlas la.. Akhirnya suami saya terpaksa keje half day.. Nasib baik dipermudahkan...

Habis cerita anak pengasuh muntah2 tp sambung plak ikhlas yg muntah n cirit birit plak hari rabu... Dah bersambung2...kesian betul... tp ikhlas tak merenget sgt and tak seteruk sofia.. Saya plak dah byk ambik cuti.. Suami lagila.. Kilang jepun bukan leh dpt cuti sesuka hati.. So ngan rasa berat hati terpaksalah hantar ikhlas ke rumah pengasuh.. Ummi dia bgtau yg ikhlas merenget jugak satu hari tu.. Muntah dah stop tp cirit birit la teruk ikhlas ni.. Hari khamis masih lg berak2 tp dah tak seteruk hari sebelumnya...

Nak di sambungkan cerita, jumaat mlm saya plak bgn pukul 3 pagi muntah2... Smp subuh.. Campur plak ngan cirit birit... Seksanya tuhan je yg tahu.. Pg2 sabtu terus p klinik.. Doktor kata jangkit la ni.. Terus dpt mc.. Saya bantai tdo satu hati.. Hasben jaga ank2.. Bgn2 p open house umah pengasuh.. Hehe.. Sempat lg tu..tp tak selera mkn pun.. Sekadar rai je kan.. Tak p mcm tak best plak.. Minggu lepas penuh ngan muntah n cirit birit je la family kami...nasib2...:(

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...