Tuesday, 29 March 2011

Botol Susu Bebas BPA

2 minggu lepas kecoh mengenai pengharaman botol susu mengandungi BPA pada 1Mac 2012......semua ibu2 dah mula resah...Duk tengok belakang botol ank masing2.... Cepat2 buang yg lama dan terus berkejar beli yg baru....Aku pun mula2 teruja gak.....tp mengenangkan sofia menggunakan botol susu jenama tupperware perasaan tu hilang..Yela tupperware produk di iktiraf tidak mengandungi bhn2 kimia....Kita duk sebut2 BPA....Ibu2 tahu ke apa itu BPA dan kenapa ia berbahaya...Aku mula google dan apa yg aku kongsi hari ini adalah apa yg aku faham..mungkin ibu2 diluar sana leh menambah dan membetulkan apa yang silap..kita kongsi ilmu bersama...ini antara ilmu yang sedikit maybe boleh membantu ibu2 diluar sana...


Istilah BPA adalah Bisphenol A, bahan kimia  yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar. Manakala Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi. 


Ibu2 mest setiap hari membasuh botol susu ank dan rendam botol susu dan puting susu dengan air panas bertujuan untuk menghapuskan kuman kan....Bagi botol susu yang mengandungi BPA..botol tersebut tak boleh dipanaskan secara terus atau terkena air panas kerana bhn kimia tersebut akan bertindak balas....lagi teruk jika botol tersebut calar...


Apa kesan menggunakan botol susu  BPA pada ank kita? Kalau nk diceritakan mmg byk kesan merbahaya kepada kesihatan..jom tengok senarai di bwh


Berikut adalah kesan buruk BPA:
  • Mengganggu gugat perkembangan otak dan perubahan tingkah laku kepada janin dan bayi yang baru lahir
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar prostat janin, bayi dan juga kanak-kanak
  • Memberi kesan buruk kepada kelenjar susu janin, bayi dan kanak-kanak perempuan
  • Masalah kegemukan atau obesiti
  • Kecacatan pada bayi baru lahir
  • Menambahkan risiko kematian bayi
  • Pengurangan berat badan bayi dan kecacatan kepada keturunan seterusnya
    Menambahkan risiko mendapat kanser dan sakit jantung
  • Beri kesan kepada kelenjar tiroid serta sistem reproduktif


Ibu2 juga mesti memberi perhatian pada label2 di bawah botolsusu sebelum membeli..




label  7 menunjukkan botol susu mengandungi BPA

So apa tunggu lagi ibu2..bertukarla sekarang demi ank2 manja kita..lagipun botol susu yg bebas BPA mahal sikit je..jenama PUREEN pun ada...aku baruje beli untuk rumah pengasuh sofia..selama ni aku tak tahu..aku pun tertipu membeli botol susu BPA yg biasa kita leh dpt 3 botol dlm harga rm4.90 je...aku tukar 3bulan sekali..di rumah aku mmg guna botol susu tupperware..menyesalnye....tp masih belum terlambat..buang la yg BPA...tukarla yg bebas BPA...kalau yg aku gunakan botol jenama tuperware, Avent dan pureen free BPA mmg elok la..tp aku lagi suka guna yg tupperware....jaminan seumur hidup..kualiti mmg dijamin bebas BPA...


Botol susu yg aku gunakan utk sofia..brg2 yg lain pun aku guna tupperware sebab bebas bahan kimia..jgn lupa tempat letak susu, bekas makanan, botol air masak juga ada yg mengandungi bahan kimia...so elak botol BPA dan bekas2 yg mengadungi bahan kimia demi anak manja mama...




2 comments:

  1. aper pun tq atas info sbb ramai kiter ibu2 yg kurang periksa benda2 mcm ni...temasuk la su sndiri now skang semua dh tukar kpd free bpa...tak per sygkan anak kuar modak tak ada masalah kan???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...