Salam ramadan...
Dah 4 ramadan hari ni. Hari ke dua di bulan julai juga. Merangkap hari ke 23 berpantang. Sekejap sgt2 la masa berlalu. Pejam celik..pejam celik..nant dah raya kan.
Kisah kali ni berlaku dalam awal2 pantang. 2 minggu yang lepas kot. Lupa dah eh. Tengok tu, cepat bebenor saya ni lupa ingatan. Kata ko kejutan dalam pantang noora. Tp tarikh kejutan pun ko dah ingat2 lupa. Nasib badan ler. Yang penting kisah dalam pantang. Kan saya dah cakap, cerita pantang mesti update dlm pantang gak. Baru syok. Biar la lambat sikit pun. Boleh??? Dah tak payah tanya korang. Saya jawab boleh aje. Suka hati ko la noora oi. Bukan org baca pun. Huhu.
Erm..peristiwa berlaku hari ahad. Hasben time tu p jabatan pendaftaran utk buat surat beranak Muhammad. Saya dan anak2 busy makan tengah hari di dapur. Mak saya pun kelam kabut melayan cucu. Tiba2 dengar bunyi hon. Ni mest hon van pos laju or yg sewaktu dengan nya. Sape lagi yg nak hon byk kali kan. Kalau ada tetamu yg dtg pun mesti diaorg tekan loceng je. Tak payah nk hon byk2 kali mcm kita ni pekak badak. Hehe.
Kebetulan ayah saya dah ada di depan rumah. So dia je la yang berurusan ngan org pos laju tu. Saya ni tak heran langsung sebabnya bukan ada surat or barang yg dinanti pun. Mmg time tu fikir yang sampai tu surat or barang mak dan ayah saya je la. Tiba2 ayah ckp bungkusan tu atas nama saya. Terkejut biawak jugak la kan. Bila plak saya beli brg online. Kalau menang hadiah apa2 pun tak kan diaorg tahu alamat kampung saya. Dan paling bermasalah, saya tak pernah join apa2 pertandingan so kot celah mana la nak menang hadiah kan. Gedabak besar plak tu bungkusannya. Suprise jugak la awal2 tu. Anak2 plak duk bising2 keliling saya suruh bukak. Mcm2 soalan dia tanya. Saya pun tak ada nak jawab apa2
.membisu seribu bahasa sbb konfius..haha...
Bila bukak..korang tahu benda apa??? Ni dia...
Mula2 nampak benda alah ni si sofia kata..".ooo..beg rupanya.".. dia ambik n galas kat bahu...
Past tu datang plak ikhlas... terus bertukar watak benda alah ni.. " jom naik motor dik"... tak pasal2
kakak penuggang motor, si adik jadi pembongceng..
Puas je menunggang motorsikal. Terus berlaku aksi berebut dua beradik ni. Sampai naik angin saya di buatnya. Last2 kakak yg mengalah. Dpt la plak kat si ikhlas seorang. Lama dia duk tilik benda alah ni. Last2 dengar dia sebut " roooom..roooomm..rommmm..". apa ke benda la plak kali ni... bila tanya..abg teh buat apa tu...dia jwb.. " ni mesin rumput tokki mama" sambil buat gaya orang mesin rumput..haha...mcm2 idea...
Bila malam. mak plak buat lawak. Kalau hasben saya tak ada, mak teman saya dan ank2 tidur. Jadi biasa la malam2 si Muhammad ni bangun nak menyusu. Sekali tu Muhammad menangis kuat giler. Dah lama nangis tp kitaorg tak dengar kot. Saya cepat2 bgn dan angkat Muhammad utk susukan. Mak plak mamai2 bgn terus tanya " ngah nak pakai gitar ke?".. dah apa kene ngan mak ni ofer gitar pagi2 buta kat saya...haha..saya geleng kepala tp tak gelak pun sbb ingat mak mengigau..kelas gitu mak ngigau..ofer gitar lagi..haha.. pagi nya tergelak saya bila ingat balik sbb yg mak ofer tu adalah benda alah kat dlm gambar tu. Dia risau saya lenguh so dia ofer nak tolong ambikkan.. tak mengigau rupanya. huhu..
Dpt kat sofia jadi beg dan motor..dpt kat ikhlas jadi mesin rumput tokki..dapat kat mak terus jadi gitar .haha...nasib baik ayah saya tak komen apa2. Kalau tak ntah la jadi apa.. hihihi...
So korang mesti dah tahu apa benda alah tu kan? Utk pengetahuan korang dengan lebih lanjut, saya ni, ank nak masuk 3 baru tahu pasal benda alah ni. Tu pun sebab ada dlm checklist keperluan2 bersalin yang sy copy dari kawan. Punya la tak ambik tahu atau lebih senang cakap mmg tak tahu. Hihi.
Satu hari tu saya tanya la kwn. Perlu ke saya beli benda alah ni. Kwn kata best. Patut beli. Dia bwk la contoh yang dia dah beli. Rupanya mcm bantal bulan sabit. Saya ni try la bantal bulan sabit tu. Syok la plak bila lepas mencuba. Jatuh cinta nak beli jugak. Balik terus ckp kat hasben nak jugak satu. Ala. Nama pun org lelaki. Ko ingat dia heran. Dia pun tak tahu apa2.
Bila dah hasben diam. Saya pun diam gak la. Tak ada plak usaha nak p beli ke apa. Rasa mcm tak ada pun ok je. Huhu. Tp lepas balik hospital ada la jugak mengeluh kat hasben lenguh pinggang menyusu Muhammad. Time tu la dia terdetik nak bt suprise kat bini dia kot. Order benda alah ni on9. Tanpa tanya sepatah pun kat si isteri mcm mana rupa benda alah yg saya nak tu. Material mcm mana. Bentuk macam mana. Tup2 dpt bentuk mesin rumput tokki kata ikhlas. Hehe..apapun tetap gembira jugak.
Benda alah yang saya maksudnya ialah NURSING PILLOW. Tq en hasben sbb belikan utk si isteri. Semangat nak menyusu tau. Huhu..
waa...best best....saya ni, teringin nak beli dah lama, tapi bila tgk harga..macam mahal pulak, lagipun dah anak ketiga n rasa mcm rugi jer beli...hehe...selama ni guna bantal biasa je wat lapik baby., so tak la kena pangku teruk sangat...apapun nursing pillow ni mesti lagi best gitu...
ReplyDelete