Monday, 14 July 2014

video sofia dan ikhlas


Salam ramadan....

Hari ke 35 berpantang. Hari ni nak layan video sofia dan ikhlas. Mood rindu yang melampau dah ni. sudah hari ke 3 budak berdua ni ikut abah diaorg balik kampung abahnya. Tinggal mama ngan muhammad je kat umah tok. Sunyinya tak dengar suara budak berdua ni. Kerja saya sepanjang budak berdua ni tak ada adalah tengok video2 mereka. Cepat2 balik ye syg. Mama tak sabar dah nak peluk cium awak berdua ptg ni.




Ni video sofia membaca. Antara yg terbaru saya rakam. Sofia mmg rajin baca buku. Hari2 suruh mama dengar dia baca buku cerita. Walaupun masih byk yg tersekat sekat tp ok la. Alhamdullilah sgt2 untuk usia dia yg 5 tahun 5 bulan ni. Perlu lebih rajin lagi ye kakak. Mama rindu nak ajar kakak ni.




Ni plak video time kakak nak ajar abg teh baca iqra'. Tengok la gelagat 2 beradik ni. Si kakak ikhlas nak mengajar. Si adik ego nak baca sendiri. Apapun kerajinan kakak mmg banyak membantu adik. Bila kakak ambik buku baca, si abg teh ikut.Tinggal semua mainan dia. Sibuk suruh mama ajar dia jugak. Syukur dengan perkembangan budak berdua ni setakat ni. Mereka pun punya kemahuan yg tinggi nak belajar tanpa perlu dipaksa. Moga sikap ni jadi contoh untuk muhammad plak nanti. InsyaAllah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...