Salam ramadan..
Hari ke 38 berpantang. Hari ni selera makan bertambah sikit. Dah boleh makan bebola ikan yg tumis dengan cili boh tu. Nikmatnya sehingga menjilat jari ye. Betapa sedapnya bila menu berpantang dah bertukar pada menu org biasa.
Sedih jugak pantang kali ni. Ala bukan kali ni je, setiap kali pantang mmg sedih bab2 mkn. Tp kira bersyukur la sbb pantang mkn utk muhammad dan ikhlas dulu tak ada la seteruk pantangkan sofia. Sayakan czer waktu bersalin sofia. Mak plak tak tahu sgt menu pantang org yg czer ni. So korang bygkan menu hari2 saya ialah bubur campur sayur sawi je. 30 hari saya melantak bubur smp rasa nk muntah. Mak risau luka dlm perut tu lambat baik kalau main mkn je. Tp tu la. Kalau mkn ikan panggang n sayur sawi air pun kira dah ok. Apa alasan mak suruh mkn bubur tu tak tahu la sy. Dah mak masak, perut pun lapar. Ngap je la. Bila makcik saya dtg melawat saya dan baby, baru la mak saya ubah menu. Makcik sy pun czer. So dia ckp kat mak, dah boleh buat sup daging. Patutnya dah lama boleh mkn daging tu. Nasi biasa pun boleh je mkn. Lada hitam tu mmg tak boleh mkn la sbb mak takut panas, risau luka dlm perut tu lambat baik. Sy ni tak tahu apa2 kan. Ikut je la. Tp alhamdullilah, mmg cepat pulih luka. Walaupun operate tp bdn sy sihat. Parut pun elok je. Pregnantkan ikhlas dan muhammad langsung tak sakit dekat tempat operate. Tu hikmah bersabar dan dengar ckp mak kot.
Ok. Bila bersalinkan ikhlas dan muhammad, menu saya tak ada la bubur sampai 30 hari. Alhamdullilah, saya dapat lahirkan ikhlas dan muhammad secara normal. So tak susah la mak saya nak masak makanan2 pantang sbb dia pun dah biasa menu2 pantang org bersalin normal ni. padahal lebih kurang je. Cuma ada masalah lain plak.
Bila dah bersalin normal, dugaan kot lain plak. Time saya bersalinkan sofia, sy mmg rasa susah nak menjaga luka operate, takut nak mkn itu ini sbb risau luka operate lambat baik, pergerakan pun terbatas tp sofia bebas jaundice. Sy tak perlu berulang ke klinik kesihatan setiap hari or selang beberapa hari utk ambik bacaan jaundice. Allah maha penyayang kan. Dia tahu kita susah nk bergerak, mkn pun bukan mcm org lain, tenaga pun kurang jd Allah tak duga plak benda di luar kemampuan saya.
Saya akui yg saya bersalinkan ikhlas dan muhammad tak la susah mcm saya bersalinkan sofia. Tak sakit lama mcm sofia. Saya duduk 12 jam dalam labour room baru dpt melahirkan sofia. Ikhlas plak 2 jam dan muhammad 1 jam sahaja dalam labour room. Semakin ramai ank semakin senang proses kelahiran kot. Maybe jln dah ada dan berkat doa kita yang mintak pertolongan dariNya kan. Tapi saya diuji plak dengan prolonged jaundice. Ye, ikhlas dan muhammad mengalami prolonged jaundice. kuning yang lebih dari 2 minggu. Sebulan lebih ye. Mahu tak risau. Susah hati usah ckp la.
Apapun saya bukan nak cerita pasal pasal prolonged jaundice ni. Yang ni nanti saya buat entry khas. Cuma masanya belum tiba. Saya nak cerita makanan saya bila ank2 terkena jaundice ni. Hari pertama keluar hospital mak masakkan saya ikan panggang kunyit dan sayur sawi air. Bukan main sedap saya mkn. Hari pertama kan. Lama tak mkn ikan panggang jd semuanya sedap.
Esoknya sy p check kuning muhammad. Naik mendadak. Dari bacaan 100 lebih terus meningkat jadi 200 lebih. Kecut perut. Nurse pun pesan jgn mkn kunyit, halia, lada hitam dan sebarang jamu. Tu antara sbb kuning ank naik katanya. Telan air liur lagi saya. Kisah ikhlas berulang lagi. Kene hadapi lagi sekali. Langsung tak leh sentuh kunyit, halia dan lada hitam. Padahal benda2 tu la penyedap makanan kita time pantang kan.
3 minggu pertama, menu saya ikan panggang kosong dan sayur sawi air shj. Dah lebih 21 hari kuning muhammad masih lagi ada. Sy dah mula jemu menu ikan panggang kosong tu. Buat plak bubur. 2 minggu makan bubur. Mula2 sedap la, past tu berkerut muka nak habiskan. Maklum la, bubur bukan boleh letak halia or lada hitam. Mana la nak sedap kan. Demi ank ku telan jua.
Bila masuk hari ke 30 lebih, saya dah rasa nak nangis dengan makanan2 saya. Org lain dah boleh mkn ayam masak lada hitam bagai kan. Saya duk menu bubur lagi. Sebab tension, saya p tanya nurse boleh tak saya nk mkn ikan goreng. Haha. Kelakar plak time tu. Nurse ada la tanya pasal result darah dan air kencing muhammad. Sy jawab semua ok. Nurse pun senyum dan cakap, mkn je la. Jgn makan jamu dah. Maybe kuning muhammad disebabkan oleh susu ibu. So dia lambat turun. Lega sgt2 bila dah boleh mkn ikan goreng. Hihi. Ikan goreng je pun. Mcm org meroyan bila tak boleh mkn. Bila masuk hari ke 35, mak kata boleh la nak makan nasi goreng tp letak minyak sikit je time tumis. Cili boh pun jgn la byk sgt. Sukanya hati bukan kepalang. Tu pun dah syukur sgt. Kuning muhammad pun dah semakin turun. Lg 2 hari saya dah nak tamatkan pantang. Moga ahad depan muhammad dah boleh discharge kuning ni. Mama nak telan jamu plak. Nak tutup rapat2 dah buku menu pantang. Naik jemu sudah...huhu..
mula-mula memang sedap kan..tapi lama2 rasa bosan, selamat habeskan pantang
ReplyDeletehttp://welovesusuibu.blogspot.com/2014/07/bisnes-online-khas-surirumah-100.html
hihi,, bubur dengan nasi adalah sama jer kan? cuma bubur tu air dia lebih....so pndapat saya sama je kot makan nasi...
ReplyDelete