Sunday, 26 August 2012

Cerita raya kami

Sambungan cerita dari entry raya pertama. Ops.. Sebelum terlupa.. Alhamdullilah saya dan keluarga telah selamat sampai ke teratak buruk kami pada pukul 6.45 pagi tadi setelah mengharungi perjalanan yg penuh suspen.. Suspen dengan ikhlas yg menangis tak berhenti sepanjang jalan jerangau - jabor. Risau giler time tu.. Dah la jalan gelap, rumah org pun tak ada and nak patah balik mmg tak la kan.. Tp pujuk punya pujuk senyap jugak dia..actually ikhlas mmg dah demam dr pg semlm.. Mcm nak tumbuh gigi lagi.. Biasa dia mmg susah nak menangis dlm kereta. Melasak tu mmg ye.. Panik juga saya awal2 tu.. Tp akhirnya dia tidur juga..

Pergi pada suspen seterusnya..on the way perjalanan kami,aircond kereta tiba2 tak function.. Cermin jadi berkabut.. Saya yg tidur time tu dpt rasa hangat dalam kereta.. Pelik sgt.. Biasa aircond kereta husband ni, saya boleh bagi 5 bintang sejuknya..saya yg mengantuk giler time tu cuba buka mata..tengok2 hasben saya duk lap cermin sbb tak nampak jln.. Saya terus suruh hasben berhenti and check apa yg tak kene ngan aircond ni..Sib baik dlm 500 meter lagi nak smp hentian rehat temerloh.. Dan2 masuk hentian rehat enjin kereta stop.. Panik giler time tu.. Dah la pukul 4 pagi..dengan ikhlas demam lagi.. Kalau rosak nk cari saper la pg2 buta tu.. Sekali hasben tutup aircond and try start kereta balik... Alhamdullilah boleh.. Check punya check tp tak tahu punca.. Maybe wiring apa2 kot coz kereta kan baru lepas repair time raya ke 3 hari tu.. Ish kereta ni dah byk problem ni.. Terasa mcm nk tukar baru je.. Tp tu la komitmen hutang byk gak.. Hehe.. Moga2 tahun depan adalah rezeki kereta baru utk ank mana manja ni..lagipun kereta hasben ni dah lama berkhidmat pada tuan dia.. Dah anak 2 ni, brg ank2 saje dah penuh bonet kereta. Agak2 dah sesuai kami memiliki mpv kot.. Tp bt masa ni berangan la dulu... Huahua..Apapun kami dah selamat smp kajang dengan kereta kesayangan hasben ni..Syukur..

Cerita raya di kampung plak.. Raya tahun ni turn kampung saya di trg..tiap2 tahun mcm tu la kami.. Setakat ni belum lagi terlanggar turn.. Hehe.. Disiplin betul kami kalau bab2 balik raya. Even raya haji pun kami teramat disiplin, inikan pula raya aidilfitri..so raya pertama di trg berjln dengan gembiranya..bermaaf maafan di pg raya, ambil gambar ngan family, pergi melawat sanak saudara terdekat..mkn2...oh seronoknyer.. Hehe..
Raya pertama..tema coklat thn ni...paling best tahun ni beraya dengan sorang lagi ahli baru dlm family...Amar  Ikhlas..now mama dan abah dah ada geng masing2.. Hehehe



Raya ke 2 dr pagi smp ptg masih di rumah mak saya.. Biasa raya ke 2 mak2 sedara dan sepupu2 berkumpul di rumah saya..riuh rendah rumah jadinya..nasi kuning menu utama di rumah mak pada raya ke 2.. Fuh.. Dah lama saya tak merasa suasana berkumoul ramai2 di rumah mak ni.. Seronok yg amat..suami saya plak dah tak sabar nak ajak balik rantau panjang.. Kalau ikut kebiasaan kami akan balik tengah hari raya ke 2 tp disebabkan tahun lepas balik lambat gak dr rantau pjg ke trg so balas dendam tahun ni.. Hahah.. Kan saya dah kata kami amat disiplin kalau bab2 balik raya.. Apapun suami saya yg dah janji so kene tepati la kan.. Kisah balik lambat tu tak penting sgt tp kisah yg paling penting ialah peristiwa kereta rosak time on the way balik rantau pjg mlm raya ke 2 tu. alahai sedih giler..kesian kat hasben pun ye.. Berejam gak kami tersadai tepi jln.. Akhirnya tarik kereta ke kedai mak sedara hasben.. Kebetulan makcik kami ada 2 buah kereta.. So dia bagi pinjam kereta dia utk kami balik raya ke rantau pjg..terima kasih byk che ni.. kereta hasben plak che ni akan carikan mekanik yg biasa repair kereta dia.. Tq byk2 che ni.. So mlm tu kami tidur sekejap kat rumah che ni.. Dlm kul 5 pagi baru bertolak balik.. Semua dah keletihan.. Alhamdulliah pukul 8 pagi raya ke 3 kami selamat sampai..


Bergambar beramai ramai.. Sejak kawin, ni la thn pertama saya dpt bersama sanak saudara sepenuhnya di raya ke2.. Beginila nasih bila kita telah dimiliki.. Huhu



Raya ke 2..


Kereta hasben tersadai rosak..

Kami beraya di kg suami sama 4 hari..mulanya nak balik sekejap coz ingat kereta yg tak repair lg.. Sekali che ni dah tolong panggil mekanik.. Kereta siap sehari je baiki.. Water pump yg rosak.. Kene dlm rm200..fuh lega..so beraya di rantau pjg sama juga mcm di trg.. Melawat saudara mara and penuhi jemputan rumah terbuka.. Apa yg rugi saya tak sempat nak snap gambar.. Ish.getam betul...tengah hari raya ke 6 kami bertolak balik ke trg..



On the way balik..

Selamat smp trg dlm pukul 4 ptg.. Esoknya kami dah kene bertolak balik kajang.. Puas hati juga la raya thn ni.. Duit raya ank2 pun best.. Haha.. Setakat ni, duit raya yg dikumpul 2 beradik ni hampir rm500.. Hikhik.. Alhamdullilah rezeki.. Apa yg best dah ada kes meminjam duit raya ank ni.. Haha.. Tak pe ank2 mama, hujung bulan ni abah gaji.. Mama ganti balik ye.. Past tu kita p simpan dlm tabung haji mcm tahun2 lepas.. Ops.. Utk ikhlas baru 1st time la ni.. Now.. Sambung raya di kajang plak.. Kita tengok duit raya yg dpt di kumpul plak.. Haha.. Ntah apa2 mama sofia and ikhlas ni.. Apapun meraikan hari raya bersama ank dan suami serta keluarga tercinta adalah detik terindah kan.. Moga kita dipanjangkan umur utk bertemu ramadan dan syawal pada thn depan.. Amin...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...