Apa yg anda inginkan setelah berumah tangga?.. Jawapannya semestinya zuriat sendirikan?.. Ada yang murah rezeki terus dikurniakan cahaya mata setelah berumah tangga.. Makin murah rezeki bila tiap2 tahun menambah bilangan anak.. Alhamdullilah murah rezeki mereka... Saya juga bersyukur kerana sudah dikurniakan sepasang cahaya mata...
Persoalan saya sekarang ialah pasangan yg sudah lama berumah tangga tp masih menanti dan terus menanti dengar penuh harapan utk dikurniakan cahaya mata.. Saya tergerak utk menulis entri ini sebab tersentuh dengan cerita seorang rakan di tempat kerja.. Tak perlu saya bercerita panjang mengenai kisah dia.. Dia bukan kawan pertama saya yang punya masalah ini.. Ada lagi beberapa org kawan saya yg senasib dengan dia..saya simpati..amat2 simpati.. Kadang2 time dia bercerita saya nampak mata dia berkaca seperti menahan air mata.. Suara dia sebak.. Kadang2 lidah saya kelu untuk berkata kata sebab saya tak tahu nak ckp apa.. Hanya mampu kata.. Sabar la ye.. Mungkin dugaan Allah utk menguji kesabaran hambanya..saya sebak tp cuba mengawal perasaan...
Bila balik kerja, saya termenung sorang2.. Saya kagum dengan kesabaran meraka2 yg tak dikurniakan cahaya mata ni.. Kalau saya di tempat mereka, semestinya saya tidak setabah itu.. Ye.. Mungkin yg saya nampak cuma luaran.. Mereka menangis di rumah pun bukan kita tahu.. Tp percayalah wahai kwn2 ku, anda adalah insan terpilih.. Sesungguhnya Allah berikan apa yg kita perlu tp bukan apa yg kita nak..Allah menguji anda kerana anda mampu laluinya... Jgn la putus asa.. Teruskan usaha dan doa. Saya turut mendoakan yg terbaik utk kwn2..
Bg kita yg telah dikurniakan cahaya mata.. Jgn lah kita leka ..kerana ank2 itu Allah pinjamkan pada kita.. Bila2 masa Allah boleh ambil mereka dari kita.. Jagalah zuriat kita sebaiknya.. Dan bagilah semangat pada kwn2 kita yg masih belum memilikinya.. Jgn memperkecilkan mereka.. Mereka juga punya hati..dan mereka juga bukan selamanya kuat utk hadapi dugaaan.. Kita sama2 muhasabah diri.. Sesungguhnya kita boleh merancang utk memiliki cahaya mata seramai mana pun tp perancangan Allah itu lagi hebat.. So.. Jgn la bersedih wahai kwn ku..
No comments:
Post a Comment