Friday, 7 September 2012

Majlis kesyukuran dan jamuan raya

Alhamdullilah majlis kesyukuran dan jamuan raya yg kami adakan pada hari sabtu, 1 sept 2012 baru2 ni berjalan dengan penuh meriah..saya dan suami tak sangka tetamu yg hadir seramai tu sbb time kami jemput ramai yg kata tak dpt hadir.. So kami anggarkan tetamu yg akan hadir dlm 100 org shj..

Mlm sebelum majlis kesyukuran, kami dah menjemput org2 surau dtg ke rumah utk solat hajat dan tahlil.. Sib baik berjln lancar coz kami hampir2 tak dpt imam utk mengetuai solat hajat dan tahlil.. Maklumlah musim mcm ni ramai ambik kesempatan bt majlis..imam pun dah di booking awal2 lagi.. Nak jadi rezeki, imam tu sanggup dtg lepas maghrib hari jumaat..alhamdullilah.. Apa yg penting solat hajat dan tahlil kan.. Itu niat sebenar kami..lega lepas solat hajat dan tahlil berjalan lancar.. Syukur sgt dipermudahkan oleh Nya..
Sewaktu tahlil..sofia sempat lagi duk atas riba abah dia lepas solat hajat..ish budak sorang ni...


Setelah selesai solat hajat dan tahlil , para jemaah dijemput mkn.. Alhamdullilah semua berjln dengan baik..seterusnya mula la sesi menyediakan juadah utk esok plak.. Actually preparation ni bukan bermula dr mlm jumaat tu tapi dah bermula dari pagi jumaat lagi.. Basuh ayam, goreng ayam, kupas bawang and mcm2 la.. Meriah sgt.. Sib baik mak, ayah and adik beradik dtg menolong.. Mertua pun ada sekali.. Dpt ler meringankan kerja i kan.. Hikhik..


Kuah laksa penang dah dimasak prg jumaat coz mak kata awal ckit tak pe.. Bila mkn kita panaskan kiah laksa mi akan jadi semakin sedap..


Sesi godek2 ayam sambil dipantau oleh ikhlas.. Hikhik


Sesi menggoreng ayam


Saje aksi menyibuk.. Kacau kuah kacang kot time ni...


Ini la kerja sofia dan sepupunya zara time mak2 duk busy di dapur.. Saper ntah snap gambar ni.. Huhu

Mlm jumaat selepas tahlil dan solat hajat, kanopi pun mula dipasang...Susah betul nak dptkan kanopi musim2 raya dan kebetulan plak minggu ni ada cuti bersambung ngan cuti hujung minggu..ramai lah yg ambik kesempatan utk bt openhouse dan tak kurang jugak kenduri kawen.. Mula2 cuak jugak bila tel kedai ni dah habis, tel yg ln plak bgtau sepatutnya kene booking dari sebelum puasa lg.. Alamak mmg tak berkanopi la nanti..kitaorg nk bt majlis hari sabtu and cari kanopi hari rabu, mane la nk dapatkan.. Tgh2 frust, suami kata ada kwn tempat kerja dia boleh sewakan kanopi.. Wah.. Berbunga2 hati time tu..harga pun murah.. Rm300 dgn khemah, scallop, kerusi 40 buah, meje buffel 2buah and meja mkn 4 buah..ramai yg kata ok la.. Kitaorg pun tak tahu sgt harga sebenar tp rasanya murah kot..hasilnya seperti di bawah


Ok.. Now masuk pada majlis kemuncak.. Alhamdullilah, syukur pada Allah majlis kami berjalan lancar..tak tahu nak gambarkan perasaan gembira kami..bukan setakat 100 tetamu yg hadir tp rasanya 200 lebih kot.. Sampai tak terlayan and yg paling best my mum smp tak sempat nk masak nasi.. Baru je kuarkan satu periuk besar dah mintak tambah lagi... Lakukan..Lauk berlambak tp nasi tak sempat masak.. Sib baik dlm 30 min je.. Sori ye para tetamu..past tu stok nasi kembali ok.. Tq mak..apapun saya dan suami amat rasa berpuas hati.. Terasa mcm nak buat lagi tp penat la kalau tak ramai membantu..syukur sgt...plannya saya nk la ambik gambar ngan setiap tetamu tp sekali dtg serbunya ramai, terus tak tahu mana p kamera.. Gambar yg ada pun awal2 majlis je.. Ok la dr tak ada kan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...