Kepala duk pening.. Mata ni rasa nak tertutup je.. Td sambil duduk susukan ikhlas atas sofa boleh saya tertidur smp tersenget senget bdn and kepala.. Ikhlas maintain je menyusu walaupun mama dia dah condong ke sana sini.. Haha..ikhlas leh tidur plak tu.. Klass gitu.. Mama dia plak senget kepala2 sampai terkeluar air liur.. Haha.. Tak senonohkan mama ikhlas ni.. Nak bagitau letih sgt2...
Dari ahad lepas smp la semlm saya, suami and sofia asyik tidur pukul 1 lebih.. Hari ahad tu tidur lambat sebab balik lewat dr ikea.. Leh lagi melantak maggie ank beranak pukul 1.30 pg.. Dgn sofia sekali join.. Isnin smp rabu saya duk teman hasben pasang barang2 yg dibeli di ikea.. Ukur sana.. Letak sini.. Tebuk sana and sini.. Macam2 aksi.. Huhu..Sofia plak mmg tak akan tidur kalau kami tak masuk bilik.. Ikhlas pukul 10 mmg dah mimpi ke laut.. Tu mmg time dia tdo..abah dia ketuk dinding pun dia releks je tidur..
Mula hari rabu mlm sofia dah mula batuk2.. Saya dah mula rasa tak sedap hati.. Batuk dia mmg lain mcm.. Saya dapat rasa debu2 dari tebuk dinding utk pasang brg2 tu antara sebab dia batuk..mlm rabu tu dia dah start meragam tak boleh tidur.. Batuk berpanjangan, badan pun panas.. Hasben bg inhealer, ubat demam and batuk dkt sofia.. Esoknya dia dah ok sikit tp batuk tu mcm makin teruk..
Disebabkan semalaman sofia batuk so suami decide nak mc je hari tu.. Bwk sofia p klinik.. Sofia pun dah teruk sgt asma dia.. Perut pun dah berombak2.. Saya p kerja mcm biasa.. Kerja terlampau byk dkt sekolah..silibus sains budak2 ada 2 bab lg nk kene habiskan.. Masuk kelas pun mcm dah kurang bernafas.. Punya la nak kejar silibus.. So hasben yg jaga sofia semlm.. Ikhlas saya hantar ke rumah pengasuh.. Biar sofia leh rest sikit kalau duduk di rumah.. Di rumah pengasuh main je keje dia..
Di sebabkan keletihan tak cukup tdo hampir 5 hari, kami sekeluarga boleh tertidur bergelimpangan depan tv lepas solat isyak dlm pukul 8.30 semlm..Saya terjaga pun sbb ikhlas menangis dlm pukul 10.. Terus kejutkan hasben and sofia supaya mkn mlm.. Sofia pun nak mkn ubat so saya paksa gak dia mkn.. Ikhlas pun bukan main berselera lagi mkn mlm2.. Last2 kami tidur dkt pukul satu lebih jugak.. Huahua..
Mengharapkan sofia dah boleh tidur mlm semlm.. Rupa2nya sofia makin teruk.. Dah hampir setahun kami tak alami situasi mcm ni.. Hampir setahun juga tidur kami lena tanpa dengar sofia menangis and muntah2 mlm.. Hampir setahun kami tak perlu bgn bg inhealer kat sofia... Tp mlm semlm semua mengimbau kenangan kami menjaga sofia asma sebelum ni.. Kami ingat semua tu sudah berakhir.. Tp tak sebenarnya.. Penat mcm mana sekalipun tetap nak kene lalui..mama and abah syg sofia..
Subuhnya saya and suami bgn dengan lemah longlai.. Huhu.. Nak tidur balik lepas subuh mmg berangan je la.. Ikhlas awal2 dah bgn... Siapkan bubur budak2 lagi.. Letihnya.. Apapun sofia tak berapa elok lagi tu.. Masih maintain ubat and inhealer.. Terasa nak cuti jerk jaga dia tp bila ingatkan hari ni hari jumaat.. Kerja cuma 4 jam lebih so gagahkan diri p jugak.. Sebelum p kerja dah siapkan ank2 mandi, bg mkn, bg ubat and inhelaer kat sofia..moga ank mama cepat sembuh ye.. Mama sedih bila tengok ank mama sakit..
Ni mama tempek gambar sofia and ubat sofia time asma.. Mama doakan moga ank mama akan sembuh sepenuhnya dari asma satu masa nanti. Amin..
No comments:
Post a Comment