Friday 11 July 2014

kejutan pantang::: episod breastpump

Salam ramadan..

Dah main episod2 plak. Ni episod last kot untuk aksi2 kejutan yang tak berapa nak terkejut sgt pun. Tak ada apa nak cerita dlm pantang ni kan. Bedal je la cerita apapun. Janji ada cerita utk saya baca dan gelak sorang2 pada masa akan datang. Hihi. Sebelum tu nak bgtahu jugak yg hari ni dah hari 32 berpantang. Tak lama dah nak habis. Yahooo....

Korang ingat tak kejutan pertama dlm pantang yang saya citer sebelum ni? Kompem tak ingat dan tak baca pun kan. Tak baca pun tak pe. Tak penting sgt. Time tu duk fikir la sape yg hantar hadiah besar2 kan. Siap terfikir bila masuk pertandingan bagai. Last2  tahu dr hasben sendiri. Dah tak payah nak berangan ko ada peminat nak bg hadiah noora oi. Laki ko je yg minat nak bg hadiah2 ni.hehe. so dapat la saya sebuah mesin rumput eh nursing pillow.. hehe.. seronok bukan kepalang.

Selepas beberapa hari aksi kejutan tersebut, dtg plak van gdex masuk pagar rumah dan hon laju2 depan rumah mak saya ni. Kebetulan sy dan ank2 lepak kat ruang tamu, so sy pun keluar la jumpa abg gdex tu. Besar kotak yang keluar dr van. Ter excited la plak saya bila dia ckp parcel ni atas nama saya. Terkejut sikit je la tp macam dah boleh agak  hasben yg hantar. Cuma suprise, benda alah apa la plak kali ni kan.

Tu dia..kotak mcm ni sampai. Apa tak ter excited nya. Dah mcm kota biskut pun ye kan.

Apa lagi. Dengan penuh teruja saya bukak kotak ni. Berlawan ngan anak2 yg sama naik teruja mcm mak dia. Kita tarik sini. Si ank2 tarik sana. Kita menjerit jangan, si ank2 menjerit nak. Penuh drama k. Padahal bukak kotak je pun..miahaha...

Buka2.. terharu giler bila nampak......

Electronic double breastpump jenama Autumnz
Tu dia...best sgt2
Terima kasih sgt2 kat hasben sbb bg suprise ni. Memang betul2 terkejut. Dah lama berangan nak double breastpump. Dr susukan ikhlas lagi. Time Ikhlas dulu sy beli breastpump medela swing. Medela swing kan guna single breastpump. Saya ni bekerja. Semua nak kene cepat. Masa tu amat2 beharga. Kalau yg single ni ambik masa la sikit nak mengepam. Kalau 10 min yg double breastpump dah boleh dpt 5 oz susu. Yg single kene setengah jam tau. Ni utk kes saya mengepam la. Susu tak ada la meriah sgt. Tp alhamdullilah berjaya jugak fully bf ikhlas.

So, waktu mengandungkan Muhammad adalah sebut2 depan hasben nak beli double breastpump. Sbb utama ialah nak cepatkan proses mengepam. Tak nak bazir masa pump sebelah2. Pump dua2 terus. Hasil dpt dlm masa yg sama. Kata anak dah ramai. So masa tu penting sgt2 pada saya utk uruskan ank2, rumahtangga jugak kerjaya.

Tp, saya biasa la kan. Cakap2 je. Beli tu tak pun. Tambah2 dah ada medela swing, so tak ada la kalut sgt nak beli yg lain. Fikir2 balik tak pe la. Pandai2 la manage masa sendiri nanti walaupum dalam hati teringin.

Tup2, sekarang hasben dah hadiahkan. Suka ok. Tak tahu nak ckp. Tak kan nak lompat bintang plak kan. Sengih2 je la sepanjang hari dpt tu. Kesimpulan dr kisah ni ialah saya kene harus lebih gigih memastikan Muhammad dpt saya susukan sepenuhnya sehingga umur Muhammad 2 tahun. Kalau time ikhlas saya mampu buat kenapa tak utk Muhammad kan. Caiyok noora...hihihi...

10 comments:

  1. Bagusnya....dh start buat stok ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum. Lepas 40 baru nak bt stok. Sekarang byk df je sbb baby kene prolonged jaundice

      Delete
  2. best2 best.....tapi saya beli sendiri ...alhamdulilah gak kan...tp memang best pump ni...cepat dan senyap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bestkan..mmg cepat n senyap. Sy suka yg ni lagi compare ngan medela swing

      Delete
  3. wah..bestnye surprise dr hubby..
    sy guna evelove flexi..double pump...
    tapi saya lebih selesa guna single pum...lebih mudah kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe.. atas org kan... ada suka single..ada suka double...yg penting pump..

      Delete
  4. alololo..swet nya asben bagi hadiah bermakne macam ni.. :)

    ReplyDelete
  5. bestnyer.. kalau la hubby saya pun bt surprise mcm ni..hehe..

    p.s: follw dr group kssa..singgah sini..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...