Thursday 7 April 2016

Alhamdulillah, Saya dah ada butik permainan tau...

Assalamualaikum..

Entry pertama untuk tahun 2016. Konpius nak mula dari mana.Tengok entry last bulan Julai tahun lepas. Tak la terkejut sgt sbb mmg tak ada masa sgt2 nak update. Last cerita deko raya yang mcm tak ada penghujungnya. Banyak kisah yg berlaku selepas entry last tu, membuatkan sy ambil keputusan menyepi dahulu. Urusan keluarga, bisnes dan kerja terpakasa didahulukan.
.
.
Masalah kesihatan muhammad time tu pun antara sebab sy tak ada masa nk layan blog.Korang tahu, buat pertama kalinya dalam hidup kami pada tahun lepas terpaksa beraya di perantauan. Cewah..Hihi.. Maksud saya bukan beraya dikampung halaman. Sebabnya muhammad diserang asma yang agak teruk, sampaikan terpaksa berada di wad hampir seminggu. Sedih. Pelbagai ujian demi ujian kami terima selepas tu. Rasanya tak perlu detail diceritakan di sini. Mungkin Allah sedang menguji kesabaran kami waktu itu.
.
.
Sesungguhnya setiap yg pahit ada manisnya. Sesungguhnya juga setiap kesabaran itu indah, Allah turunkan ujian kemudian Allah tunjukkan jalan. Nikmat Allah mana yg harus kita dustai.
.
.
Alhamdulillah, sekarang kesihatan muhammad dah semakin baik. Dah jumpa penawar yang sesuai utk dia. Kuranglah kerisauan dalam hati kami suami isteri.Berat badan muhammad pun dah semakin naik. Sekarang dah mula belajar bercakap, dah mula aktif dan dah panjang akalnya. Karekter suka bergurau tu antara yg paling menyerlah. Menyakat abang dan kakak hobi utama. Tersenyum sorang2 saya kalau ingat keletah dia. Sekarang Muhammad dah 1 tahun 10 bulan. Cepat sungguh masa berlalu.
.
.
.
.
Tu dia Muhammad kekasih hati ku. Besar sudah. Muhammad baju merah tu tau.Kot2 korang tertukar. Yang belakang tu kekasih hati saya jugak, Ikhlas merangkap abang teh. Ok now cerita pasal abang teh plak.
.
.
Anak teruna ke dua saya ni, semakin membina badan dengan jayanya, Bercakap dia la juara, Pelat? tak ada langsung dalam kamus hidup dia, Ayat dia kalau bercakap, perhhh... tak terjawab ko... hihi..Ikhlas dah 4 tahun 4 bulan. Saya masih hantar dia di LittleCaliph. Tak plan nak tukarkan dia ke tadika lain sbb saya dah jatuh hati dengan sistem pembelajaran di Little Caliph. Hafazan, membaca  dan mengira alhamdulillah sudah dikuasai.Yang best tahun ni saya hantar ke kelas teakwando. Abahnya kata nak bagi Ikhlas berani dan berdisiplin. Apa taknya, nampak anak lipas pun lari satu rumah. Hihi..
.
.

.
.
Hah... Gaya mesti lebih. Ini la hero bambam saya. Kalau nak cerita pasal dia sorang, sebulan pun tak habis.
.
.
Cerita Puteri Hang Li Po saya plak. Korang tahu, Sofia sekarang darjah satu dah. Duk cerita kisah sofia bermula dari dia umur 3 tahun kot dlm blog ni.Sekarang dah 7 tahun. Princess solehah nan sorang ni membesar bagai juara jugak. Kakak yg cukup kasih pada adik2, kakak yg cukup berdikari dan dengar kata,kakak yg sgt rajin belajar dan kakak yang suka berebut tab ngan adik2. Hihi. Kami suami isteri ambil keputusan  hantar dia ke Sek Rendah Islam Integrasi. Satu hari disekolah. Utk masa sekarang kakak nampak semakin menyesuaikan diri dengan sistem sekolah baru. Ialah dari tadika ke sekolah,byk jugak perubahan yang dia kene hadapi. Apapun kakak nampak enjoy ngan sekolah ni.Syukur sgt2.

.
.
.
.
Inilah kakak sofia, satu2nya puteri jantung hati saya. Besarkan. Anak dara dah. Saya dan suami?membesar jugak. Hihi..
.
.
Perkembangan terkini saya dan suami ialah pembukaan butik baru kami. Memang tak pernah cerita pun pasal kedai ke apa dalam blog ni. Bukan tak nak cerita, tapi benda2 ni berlaku dengan pantas. Usia bisnes kami pun baru dalam setahun lebih, masih banyak kene belajar dan masih byk lagi dugaan yg akan mendatang.Rasanya korang tahu saya menjual mainan pembelajaran secara online sbb saya pernah iklan barang2 dalamblog ni.
.
.

.
.
Ini lah tempat bermulanya saya berniaga online. Hanya berbekalkan minat yang teramat dengan mainan berunsurkan pendidikan atau dalam bahasa omputeh educational toys. Jual kecik2 dengan tujuan nak tolong orang lain dpt membeli mainan ni dengan mudah sambil2 saya seolah2 dapat mainan free gitu. Ruang family hall di rumah saya ni penuh sarat ngan stok. Masih menggunakan nama anak mama manja tp saya singkatkan pada amm kemudian tambah amm_book_ and_learning_toy_shop, sy jual di instagram dah fb sahaja mula2 tu. Boleh la nak follow sekarang. Cepat2 follow ig kami dan like page fb kami tau. Cewah.. Promosi plak. hihi.
.
.
Alhamdulillah sambutan educational toys ni amat2 menggalakkan di online. Dah jadi side income kami plak.Dari niat nk kumpul mainan utk anak shj mulanya. Bila hasben pun turut terjebak, maka tercetusnya idea dia nk cuba nasib buka cawangan di uptown jln reko kajang.Ternganga jugak saya dengar mula2. Dalam hati " ye ke suami aku ni?".. Apapun setiap apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah dan dengan izinnya juga kami dipermudahkan segala urusan. Kedai di uptown dpt dibuka dan kami gajikan adk hasben sebagai staf kami. Hasben saya pun turut sama berniaga jugak bila ada masa free.Almaklumla masih terikat dengan waktu bekerja time tu.Sekarang pun kami masih disana. Lokasi tapak kami di hadapan agro bank dan  bersebelahan jalan besar. Saya jarang ke sana sbb uptown ni bukak mlm, dari 9mlm ke2 pagi. Anak2 kecik ni susah sikit la nak handle mlm2. Kalau pergi pun time weekend dan biasa singgah sekejap je.Tak larat nk kejar si muhammad.
.
.

Bila di uptown ni, kamimula campur sikit barang2jualan. Masih fokus pada mainan pembelajaran tapi tambah sikit denganbaju budak2 dan mainan2 ikut trend kartun terkini macam robocar poli dan tobot. Alhamdulillah sambutan pun baik di sini
.
.
Terbaru, kami buka cawangan terbaru kami di tingkat 1, tesco semenyih. Alhamdulillah cita2 nak memiliki butik permainan sendiri di makbulkan. Tu yang busy memanjang. dah hampir 2 bulan butik ni beroperasi. Meh ler singgah. Now, kesibukan sudah mula reda. Mungkin byk benda dah selesai jadi kehidupan just maintain shj. Terlepas dari kesibukan  pun rezeki kan.syukur.. Tu yg boleh update entry tu. hihi. Doakan saya dan suami terus berjaya ye.Ada masa singgah la mana2 cawangan kami.
.
.

Ok.. kisah deko plak? biasa2 je. tak ada apa2 perunahan. Kalau ada pun tambahan sikit2 gitu  je. Projek mega tak ada lagi setakat ni. Baru je keluar dari fasa kesibukan. insyaAllah akan update kalau ada deko2 terbaru. Kali ni belanja gambar2 lama je la.
.
.




Sekian dulu la ye.Nanti ada kelapangan saya update lagi ye. bye.

5 comments:

  1. alhamdulillah..tahniah dear..:) semoga dpermudahkan semua nya... bangga sampai tahap ni..

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. tahniah semoga terus berjaya
    :)

    ReplyDelete
  3. seronok baca pasal kejayaan org. tahniah sis & semoga success selalu!

    ReplyDelete
  4. Cantiknya dekorasi.

    Tahniah. Kakyu doakan semoga terus suksess :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...