Saturday, 9 April 2011

Anak Mengigau Malam...

Dari awal minggu ni aku dan suami letih tak cukup tidur..Sofia asyik mengigau menangis waktu tengah malam.....biasa dalam pukul 3 or 4 pagi mula la dia mengigau...bayangkan time tu la time kita tengah lene tidur...hari pertama mengigau  setiap 10or 15 minit sekali mest dengar suara menangis..kalau sekejap2 dan tak meronta ronta aku tak kisah dan bimbang sgt tp ni siap menangis keluar air mata..tunjuk2 dan kata nak2...bila aku dan suami angkat nak peluk dia tak nak..tolak2 badan kita sebab suruh baringkan dia atas tilam dia balik..atas tilam plak menangis la pusing kiri dan kanan...mata pejam..aku dan suami pujuk la..dlm5 minit menangis tiba2 dia berhenti dan sambung tido balik..aku dan suami sambung tido juga la..dalam sejam dua dia mengigau balik....

Malam berikutnya pun macam tu..aku dah mula pelik dan kadang2 rasa gak nak marah sebab letih sgt duk pujuk dia...Tapi aku dan suami sabar lagi...Subuhnya kami mula rasakan sofia ni mengigau mest disebabkan dia terlampau kuat bermain waktu siang atau waktu siang dia nak kan sesuatu tapi aku dan suami halang...yang kelakar dlm menangis mengigau tu aku pernah terdengar dia sebut pin pin(upin ipin)...Aku pun terus teringat malam sebelum dia tidur dia minta pasangkan cd upin ipin..aku pasang la...sekali tengok cd tak nak tido sampai la jam dah nak masuk pukul 1 lebih....aku pun tutup tv..terus dia menangis suruh buka kan..pujuk punya pujuk akhirnya tertido..maybe sebab tak dpt apa yg dia nak terbawa2 dlm mimpi...Nak kata dia mengigau sebab takut aku mcm tak setuju sebab dia tidakmenunjukkan dia takut..biasa kalau org mengigau satu benda yang menakutkan kita akan suka bila org peluk kita sebab rasa dilindungi...kes sofia marah bila aku dan suami peluk...

Lepas suami aku pergi kerje hari selasa baru2 ni, aku mula google pasal mengigau malam dan apa yang aku dapat ialah:
-anak mengigau kerana terlampau letih bermain
-Luahan perasaan yang anak2 tak dapat nak nyatakan terbawa ke dalam tidur
-keperluan atau kemahuaan dia tidak dapat dipenuhi

bila aku baca 3 faktor ni aku mula mengimbas kembali..Kalau bermain tu mmg aku tak hairan sgt..sofia mmg anak yang aktif..dia boleh bermain tanpa henti selama beberapa jam..itu mmg dari kecil lagi...sejak akhir2 ni mainan dia lasak2...kita tengok pun letih....tp silap aku dan suami.biarkan saja dia bermain...cuma bila tengok permainan tu merbahaya baru la aku larang..pernah aku dan suami marah dia buat aksi2 pelik yang merbahaya contohnya turun sofa guna kepala dulu..dia menangis menjerit2 marah sebab halang dia...malam pun mengigau dengan cara yang sama waktu aku dan suami marahkan dia bermain begitu....so leh dikatakan kemahuan dia tidak dipenuhi membuatkan terbawa ke dlm tidur..faktor luahan perasaan pun maybe gak...Sofia bukan la petah sgt bercakap...pelat2 lagi...kadang dia nak bagitahu sesuatu kita tak faham...kemungkinan juga boleh menyebabkan dia mengigau...

So....dari kesimpulan faktor ni...aku bagitahu suami....kami sepakat kawal emosi dan tingkah laku dia di waktu siang... 2 hari kami cuba Alhamdullillah ada nampak perkembangan positif...mengigau masih ada tapi tak ada la sampai menangis dan meronta ronta...Aku cuba kurangkan aktiviti bermain dia tp bukan dalam keadaan memaksa...cuba penuhi kehendak dia asalkan tidak keterlaluan....kawal dia dari tidak menangis kuat2....bila nampak nakmula menangis aku umpan dia dengan  mainan yang lagi menarik....kat umah pengasuh aku bagitahu masalah sofia mengigau dan minta tolong pengasuh pantau permainan dia....Alhamdulliah semalam sofia leh tidur tanpa mengigau lagi...bgn pun minta susu shj....

Sebenarnya anak2 ni mudah sahaja dijaga kalau kita tahu apa penyebabnya....Jgn la biarkan ank kita mengigau sehingga berlarutan setiap malam....kerana ada benda tak kene pada anak kita....hanya ibu bapa kenal anak2 dia....walaupun mengigau perkara yang biasa tpkita kene ingat anak2 cuba luahkan perasaan dia tu...Aku dan suami sudah mula nampak apa yang sofia mahukan....mungkin kami leke sebelum ni..syukur disebabkan sofia mengigau aku tahu faktor2 ini...dan sekarang aku kongsi dengan ibu2 yang sudi membaca...Semua ini hanya untuk anak manja mama...................

sofia 3 bulan kot time ni....lenenya tidur anak mama ni.....sarung tangan mana sebelah lagi sayang?

ini la gaya sofia tidur bermula umurnya 2 bulan setengah....gaya tidur ni mama dan abah tak akan lupakan sampai bila2...ramai yang menegur bila tengok sofia tidur mcmni..apa taknyer baru 2 bulan setengah..tp dengan gaya tidur ni la anak mama leh tidur lena dan tidak diserang asma ....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...