Saturday, 23 April 2011

Hyperemesis Gravidarum (minggu ke 7)

Bila sebut morning sickness mest semua ibu2 tahu kan......satu keadaan yg mana rasa loya dan muntah yg biasanyan menyerang ibu2 mengandung di waktu pagi....morning sickness ni dipercayai berpunca daripada perubahan fisiologi, tahap hormon dan alahan pada bau2 tertentu....morning sickness ini menjadi lebih serius jika kandungan air dalam badan terlalu kurang dan pada masa yang sama berat badan turun...

Tapi apa yang aku alami bukan sekadar morning sickness tapi muntah sepanjang hari sehingga badan ini menjadi lesu dan tak bermaya......hasil bacaan aku,rupa2 nya keadaan ini dinamakan hyperemesis gravidarum iaitu keadaan loya dan muntah yang teruk.......Ya Allah..hanya Allah yang tahu betapa peritnya keadaan ini....makan apa sahaja mest akan muntah....bdn plak tak ada tenaga dan nak buat kerja2 harian pun tak boleh..lemah dan lesu je tubuh ni..sehingga ramai rakan sekerja menegur dan nasihat supaya byk minum air masak...minggu ni mengajar pun tak boleh...kesian plak kat student2 ku...aku mengajar setakat yg mampu..minyak cap kapak menjadi peneman sepanjang hari....

Alhamdulliah kali ni tak seteruk seperti mengandungkan sofia dulu....adalah sedikit kekuatan......tp tak ada la jauh beza sgt......apa yang aku baca, ini adalah faktor keturunan..jika ibu kita mmg alahan yg teruk..kita pun berkemungkinan besar akan teruk....mengandung buat pertama kali pun leh menyebabkan hyperemesis gravidrum...patutla time mengandung yg sulung aku lagi teruk dari yang ke 2 ini......

Tak ada apa yang boleh di buat time ni....aku cuma berdoa supaya aku diberi kekuatan untuk menempuh semua ni.......makanan di ambil seperti biasa......walaupun aku tahu akan keluar balik...itu lagi baik dr membiarkan perut kosong dan boleh terjadinya gastrik......aku tahu Allah menguji kerana aku mampu lalui....pengorbanan seorang ibu untuk anak tersayang......hanya ibu2 yang pernah merasai keadaan ini mengetahui perasaan aku.....pada masa yang sama aku sedar betapa besarnya pengorbanan ibu ku tercinta...beginilah rasanya sewaktu beliau mengandungkan aku..rupanya ada hikmah yang terselindung atas apa yang terjadi pada diri ini..KUAT LA SEMANGAT WAHAI IBU2...SESUNGGUHNYA ANDA SEDANG MELAKUKAN PENGORBANAN YANG BESAR DALAM HIDUP ANDA........MOGA JALAN KITA DIPERMUDAHKAN OLEH NYA...AMIN.............................

1 comment:

  1. saya pun kene hyperemesis gravidarum.. dari anak sulong sampai anak yg ke 3.. skg sedang pregnant ank ke 3.. ank 1st n 2nd mmg admit ward. muntah teruk smpi minggu ke 20++. hari ni.. saat ini pun sedang mencari kekuatan.. moga tak admit ward lagi..sy pun keturunan. mak dulu sampai anak ke 6 teruk begini. mmg sepanjang masa muntah. kalau orang tak faham mmg menyampah tgk kita (igt sengaja buat2).. tapi sy redha. ini kehendak allah utk sy.. salam.. cynur2108@yahoo.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...